Semua orang mahukan perubahan yang baik pada diri sendiri. Namun begitu, perubahan yang berlaku haruslah kena ikhlas dan bukan disebabkan faktor lain. Itulah yang terjadi kepada pelakon kontroversi, Tasha Shilla yang turut menyimpan impian untuk berubah, namun enggan melakukannya hanya kerana desakan dari orang luar. Tasha Shila baru-baru ini sekali lagi kembali menjadi bualan apabila memuat naik gambar berseluar pendek dan berbaju hitam yang agak terdedah di laman Instagram. Pelakon ini berkata, dia akan melakukan perubahan dengan hati yang ikhlas dan bukan atas permintaan orang lain. Ini komen dari Tasha Shila: " Saya tidak mahu melakukannya hanya kerana takut dengan umpat keji manusia sedangkan hati tidak ikhlas. Berikan saya masa kerana saya juga ingin berubah. " Jangan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman hanya kerana saya suka tampil seksi. Mungkin dulu saya suka mencetuskan kontroversi, tetapi saya juga ada maruah dan harga diri. Saya bukan budak-buda...