Skip to main content

Intan reda suami berpoligami dan terima Izreen sebagai madu, namun Izreen kesal ada pihak cuba keruhkan keadaan


"Susah nak terima. Mungkin salah saya, tak pandai jaga suami," demikian kata Intan, isteri kepada pemuzik bebas program Gegar Vaganza yang dikenali sebagai Uda, yang dilaporkan sudah berkahwin dengan pelakon terkenal, Izreen Azminda. 

Dalam temubual bersama sebuah portal berita, Intan mendakwa dia mengetahui perkara itu sejak dua minggu lepas. Namun dia reda dengan keputusan suaminya untuk berpoligami. 

"Saya terkejut apabila mendapat tahu perkara ini pada dua minggu lalu dan tidak sangka kerana hubungan kami baik sebagai suami isteri. 

"Pada mulanya saya tidak terima, namun disebabkan kasih sayang kepada suami dan anak, saya reda dan terima takdir yang telah ditentukan," katanya. 

Intan dan Uda telah mendirikan rumah tangga sejak empat tahun lalu dan mereka dikurniakan dua cahaya mata yang masing-masing berusia tiga tahun dan 11 bulan. 

Intan tidak menolak kemungkinan bahawa apa yang berlaku mungkin berpunca dari kekurangan dirinya sebagai seorang isteri. 

"Dia suami yang baik. Kalau bab anak-anak, dia bertanggungjawab. Saya yakin dia mampu untuk berlaku adil. Susah nak terima, mungkin salah saya tak pandai jaga suami," katanya. 

Portal mStar Online pada Rabu melaporkan Izreen bakal berkahwin dengan pemuzik berkenaan dan satu majlis doa selamat akan diadakan oleh Izreen pada 7 Disember depan di Damansara Perdana kira-kira jam 8 malam. 


Dalam laporan Sinar Harian, Izreen meluahkan rasa sedih dan kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang didakwanya cuba mengeruhkan keadaan melibatkan dirinya itu. 

Pelakon berusia 32 tahun itu juga akan mengadakan satu sidang media khas minggu hadapan di sebuah lokasi di Damansara bagi menjawab segala dakwaan itu. 

"Sejujurnya hal tersebut terlalu sensitif untuk dinyatakan kepada umum. Bagaimanapun, sebagai selebriti, saya sedia faham setiap inci gerak geri akan menjadi perhatian. Malah sebagai orang yang sudah matang dalam industri, saya juga sedia faham kerja pengamal media. 

"Namun bila hal ini berlaku di luar pengetahuan, saya jadi kesal dan sedih. Sebab kalau boleh biarlah situasi ini diperjelaskan terlebih dahulu menerusi sidang media yang akan dibuat," katanya. 

Izreen berkata, dia mungkin akan hadir ke sidang media tersebut bersama dengan individu yang didakwa sebagai temannya itu.

"InsyaAllah kami akan hadir bersama dan apa yang akan dijawab kami nanti, biarlah ia dijelaskan pada waktu itu saja. Buat masa sekarang, saya lebih selesa berdiam diri supaya tidak menjatuhkan air muka mana-mana pihak. Banyak hati yang perlu dijaga dan kalau boleh, saya harap selepas sidang media itu nanti, semuanya akan kembali neutral," katanya. 

"Fasa ini agak sukar untuk kami lalui, ditambah dengan pelbagai isu tidak benar yang mulai disebarkan. Doakan yang terbaik untuk kami dan semoga sidang media itu nanti akan memperjelaskan segalanya," katanya lagi. 

Sumber: mStar Online, Sinar Harian, Media Hiburan

Popular posts from this blog

'Wah Siap ada mock cheque!' - Student Form 2 bayar zakat perniagaan RM10,000, undang pelbagai reaksi netizen

Laporan media mengenai seorang pelajar Tingkatan Dua membayar zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), menarik perhatian pengguna media sosial.  Difahamkan, Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mustaman merupakan pengasas produk pemakanan tampil menunaikan tanggungjawab itu selepas produk yang diniaganya itu mencapai jualan sebanyak RM400,000 dalam tempoh empat bulan.  Anak muda itu menjual produk berkenaan sejak September 2022 melalui aplikasi TikTok dan kini dia telah mengambil alih perniagaan itu sejak Januari.  "Saya mula berniaga menerusi TikTok dan agak terkejut dengan sambutan luar biasa daripada pelanggan," katanya.  Sejak daripada itu, dia mula mengambil ejen untuk meluaskan lagi 'empayar' perniagaannya. Dalam masa sama ibu bapanya menasihatkan diau ntuk mengeluarkan zakat perniagaan kepada MAIK.  Sementara itu, ibunya, Bibi Hasnalinda mengakui dia terharu dengan usaha anaknya itu sehi...

'Bangun pagi mata tak boleh buka, rasa pedih dan sakit sangat' - Gadis kongsi pengalaman mata kanannya nyaris buta disebabkan contact lens

Gadis ini mendakwa mata kanannya hampir buta disebabkan kanta lekap yang dipakainya. Menurut Cik Siti Musliha, dia mempunyai masalah penglihatan (rabun) dan tidak menafikan yang dia memilih untuk menggunakan kanta lekap juga bagi tujuan kelihatan cantik.  Sehinggalah 3 April lalu, Cik Siti tidak dapat membuka mata kanannya selepas bangun dari tidur. Panik dan bimbang dengan matanya itu, Cik Siti kemudian pergi mendapatkan rawatan di klinik mata sebelum dirujuk ke klinik pakar mata.  3 April 2017 yang lalu memang pengalaman hitam aku bila mata sebelah buta sekejap disebabkan contact lens. Aku nak kongsi pengalaman ini untuk korang yang pakai contact lens, kemudian kongsi sekali cara yang betul menjaga contact lens seperti yang disarankan oleh doktor mata.  Sebelum aku kongsi tentang cara pakai dan jaga contact lens, aku nak cerita macam mana aku boleh buta sebelah mata seketika. Aku memang sejenis pakai contact lens bila keluar jalan-jalan, sebab rabun itu masal...

'Heran deh, ini negara (Malaysia) hobbynya cari kambing hitam' - Apabila netizen Indonesia gagal fahami isi berita Covid-19

26 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa lebih 70 peratus kes Covid-19 yang diimport berasal dari Indonesia .  Menurut data Kementerian Kesihatan, seramai 139 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif Covid-19. Dari jumlah itu, 71,22% (99 orang) rakyat Malaysia pulang dari Indonesia.  Kes yang selebihnya membabitkan mereka yang pulang dari United Kingdom, Singapura, Turki, Belanda, Amerika, Thailand, Perancis dan Bangladesh.  Kenyataan Dr Noor Hisham itu kemudian disiarkan juga di laman berita Indonesia, Kaskus. Malangnya, pembaca laman itu gagal memahami isi kandungan berita tersebut lalu menuduh Malaysia menjadikan Indonesia sebagai kambing hitam, kononnya punca penularan wabak Covid-19 di Malaysia adalah berpunca dari Indonesia.  Netizen Indonesia menuduh Malaysia gemar mencari 'kambing hitam', malah menuduh lockdown di Malaysia gagal.  Keadaan bertambah buruk apabila satu laman ...