Intan reda suami berpoligami dan terima Izreen sebagai madu, namun Izreen kesal ada pihak cuba keruhkan keadaan
"Susah nak terima. Mungkin salah saya, tak pandai jaga suami," demikian kata Intan, isteri kepada pemuzik bebas program Gegar Vaganza yang dikenali sebagai Uda, yang dilaporkan sudah berkahwin dengan pelakon terkenal, Izreen Azminda. Dalam temubual bersama sebuah portal berita, Intan mendakwa dia mengetahui perkara itu sejak dua minggu lepas. Namun dia reda dengan keputusan suaminya untuk berpoligami. "Saya terkejut apabila mendapat tahu perkara ini pada dua minggu lalu dan tidak sangka kerana hubungan kami baik sebagai suami isteri. "Pada mulanya saya tidak terima, namun disebabkan kasih sayang kepada suami dan anak, saya reda dan terima takdir yang telah ditentukan," katanya. Intan dan Uda telah mendirikan rumah tangga sejak empat tahun lalu dan mereka dikurniakan dua cahaya mata yang masing-masing berusia tiga tahun dan 11 bulan. Intan tidak menolak kemungkinan bahawa apa yang berlaku mungkin berpunca dari kekurangan dirinya sebagai seorang...