Skip to main content

Keputusan Mahkamah, Enam Suspek Bakar Tahfiz Didakwa, Seorang Dibebaskan !!!

Keputusan Mahkamah, Enam Suspek Bakar Tahfiz Didakwa, Seorang Dibebaskan !!! | MALAYSIA KINII – Enam daripada tujuh orang suspek yang terlibat dalam membakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah hari ini di dakwa di Mahkamah Jalan Duta.

Sementara itu seorang daripadanya dibebaskan oleh mahkamah.

Semua enam suspek didakwa didakwa mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dua daripada mereka berdepan satu lagi pertuduhan dibawah seksyen 302, Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Seorang suspek berusia 12 tahun dibebaskan kerana ujian air kencing mendapati tidak positif dadah dan polis tidak ada bukti untuk mengaitkan remaja itu dengan insiden kebakaran pusat tahfiz itu.

“Bagi jenayah membunuh, dua suspek didakwa manakala bagi penggunaan dadah pula enam orang (semua suspek,” kata Othman Abdullah, Timbalan Pendakwa Raya semasa ditemui di Mahkamah Majistret Jenayah hari ini.

Sebanyak 23 pertuduhan dibacakan ke atas semua enam suspek dan pertuduhan dibacakan secara bersama terhadap mereka.

Kesemua mereka juga tidak dibenarkan untuk diikat jamin atas faktor keselamatan masing-masing.

Pada 16 September lalu, tujuh remaja ditahan reman berhubung kes kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat Hujung yang mengorbankan seramai 23 individu.

Remaja berusia 11 hingga 18 tahun itu ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan unsur khianat yang menjadi punca kebakaran kes itu.

Enam daripadanya berusia 18 tahun ke bawah dan seorang daripadanya berusia 11 tahun.

Sumber : MalaysiaGazette

The post Keputusan Mahkamah, Enam Suspek Bakar Tahfiz Didakwa, Seorang Dibebaskan !!! appeared first on MALAYSIA KINII.



Sumber : MalaysiaKini

Popular posts from this blog

'Wah Siap ada mock cheque!' - Student Form 2 bayar zakat perniagaan RM10,000, undang pelbagai reaksi netizen

Laporan media mengenai seorang pelajar Tingkatan Dua membayar zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), menarik perhatian pengguna media sosial.  Difahamkan, Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mustaman merupakan pengasas produk pemakanan tampil menunaikan tanggungjawab itu selepas produk yang diniaganya itu mencapai jualan sebanyak RM400,000 dalam tempoh empat bulan.  Anak muda itu menjual produk berkenaan sejak September 2022 melalui aplikasi TikTok dan kini dia telah mengambil alih perniagaan itu sejak Januari.  "Saya mula berniaga menerusi TikTok dan agak terkejut dengan sambutan luar biasa daripada pelanggan," katanya.  Sejak daripada itu, dia mula mengambil ejen untuk meluaskan lagi 'empayar' perniagaannya. Dalam masa sama ibu bapanya menasihatkan diau ntuk mengeluarkan zakat perniagaan kepada MAIK.  Sementara itu, ibunya, Bibi Hasnalinda mengakui dia terharu dengan usaha anaknya itu sehi...

'Heran deh, ini negara (Malaysia) hobbynya cari kambing hitam' - Apabila netizen Indonesia gagal fahami isi berita Covid-19

26 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa lebih 70 peratus kes Covid-19 yang diimport berasal dari Indonesia .  Menurut data Kementerian Kesihatan, seramai 139 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif Covid-19. Dari jumlah itu, 71,22% (99 orang) rakyat Malaysia pulang dari Indonesia.  Kes yang selebihnya membabitkan mereka yang pulang dari United Kingdom, Singapura, Turki, Belanda, Amerika, Thailand, Perancis dan Bangladesh.  Kenyataan Dr Noor Hisham itu kemudian disiarkan juga di laman berita Indonesia, Kaskus. Malangnya, pembaca laman itu gagal memahami isi kandungan berita tersebut lalu menuduh Malaysia menjadikan Indonesia sebagai kambing hitam, kononnya punca penularan wabak Covid-19 di Malaysia adalah berpunca dari Indonesia.  Netizen Indonesia menuduh Malaysia gemar mencari 'kambing hitam', malah menuduh lockdown di Malaysia gagal.  Keadaan bertambah buruk apabila satu laman ...

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Apa Kes?

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Ini Respon Balas Pelakon Ini   Pasangan Hafidz Roshdi dan Shuhada kini sedang menanti anak pertama mereka berdua. Sejak berkahwin, pelbagai dugaan yang timbul kepda Hafidz Roshdi dan juga isteri. Yang terbaru, isteri kepada Hafidz Roshdi ini telah dihentam sekali lagi. Semalam Hafidz Roshdi ada memuat naik sekeping gambar bersama isterinya, jika dilihat sememangnya tida apa yang menjadi perhatian. Tetapi ada follower yang telah menegur penampilan isterinya dan cara teguran itu dianggap oleh Hafidz Roshdi amat keterlaluan. Difahamkan individu tersebut menegur cara pemakaian tudung isteri Hafidz yang dilihat pada matanya singkat hingga menunjukkan dada beliau. Namun cara teguran yang diberiakn memang tidak seperti sepatutnya. Tidak lama kemudian individu itu memadam komen tersebut tetapi sempat di screen shot oleh Hafidz. Kemudian, setelah menghentam isteri Hafidz Roshdi, akaun terbabit telah 'block' Hafidz Roshdi. T...