Empat beradik ditinggalkan bersendirian di rumah, sementara ibu mereka pergi bercuti di Jerman selama 11 hari
IOWA, AMERIKA SYARKAT - Empat kanak-kanak ditemui bersendirian di rumah minggu lalu selepas ditinggalkan ibu mereka yang pergi bercuti ke Jerman selama 11 hari, lapor Daily Mail. Polis di Johnston, Iowa mengarahkan pihak kebajikan memeriksa rumah Erin Lee Macke,30, pada 21 September lalu selepas mendapat maklumat dua anak kembarnya (lelaki dan perempuan) berusia 12 tahun dan dua lagi adik perempuan mereka masing-masing berusia 7 dan 6 tahun ditinggal bersendirian di rumah. Hasil siasatan mendapati, kanak-kanak itu bukan sahaja ditinggalkan bersendirian, malah Macke juga turut meninggalkan sepucuk pistol kepada mereka. Difahamkan, Macke meninggalkan pistol jenis Glock 9mm di atas almari pakaiannya, yang masih dipenuhi dengan peluru hidup. Kanak-kanak itu memaklumkan, ibu mereka telah pergi ke Jerman sehari sebelum dan tidak merancang untuk pulang dalam masa terdekat sehingga 1 Oktober 2017. Polis kemudian telah menghubungi Macke yang berada di lu...