Skip to main content

Program MeleTOP, Luahan Hati Neelofa Yang Menyentuh Perasaan

Program MeleTOP, Luahan Hati Neelofa Yang Menyentuh Perasaan



Pengacara sensasi Neelofa telah membuat satu luahan perasaan yang menyentuh hati tentang program MeleTOP.

Luahan ini dibuat di laman media Instagram pada malam Selasa mengundang perhatian ramai para peminatnya.

Tulisan dari Neelofa itu membuatkan ramai menyangka Neelofa memberi bayangan dia akan meninggalkan program itu selepas lima tahun bertindak sebagai hos.

Neelofa dmelahirkan rasa bertuah dapat menjadi ahli keluarga besar MeleTOP dan rancangan itu akan sentiasa berada di dalam hatinya.

Ini antara kata kata Neelofa:

"Lima tahun bersama progrm itu dan saya membesar bersama MeleTOP (saya mula mengacara program itu ketika berusia 23 tahun) di tambah dengan krew yang terbaik dan tidak ketinggalan rakan pengacara, Nabil yang banyak saya kutip ilmu daripadanya.

"Saya cukup bertuah dapat menjadi hos sebuah program dengan rating tertinggi dan paling lama bertahan dalam industri.

"MeleTOP akan sentiasa ada tempat di hati saya dan studio ini membuatkan saya rasa seperti di rumah sendiri," tulisnya.

"Di sinilah saya berpeluang bertemu orang ramai dari pelbagai latar belakang termasuk selebriti, ahli politik dan atlet di mana mereka berkongsi pengalaman dan pandangan bersama penonton.

"Lebih penting semua peminat saya dari dekat atau pun jauh datang untuk berjumpa dengan saya,"

Ini luahan hati penuh dari Neelofa di IG miliknya:

#MeleTOP , this is my pitstop every Tuesday, for the past 5 years, where i have met people from all walks of life, from celebrities to politicians to sportsmen, where they have shared their experiences and views with the audience and most importantly, where all my fans, from near and far have come to see me in person. 5 years with the show, i basically grow up with @Meletop ( i started hosting the show when i was only 23  ), with the fantastic team and my forever crazy co-host Nabil I have learnt so many things. I feel very lucky and blessed to be able to host one of the highest rated and longest running weekly shows in the this industry! #MeleTOP will always have a special, special spot in my heart because this studio will always feel like home. 

Sementara itu, para peminat  Neelofa memohon agar pelakon popular itu terus kekal mengendalikan rancangan MeleTOP.

Banyak komen-komen yang mahu Neelofa terus menajdi hos rancangan itu. Katanya, MeleTOP tidak akan sama tanpa kehadirannya kerana Neelofa.



Popular posts from this blog

'Wah Siap ada mock cheque!' - Student Form 2 bayar zakat perniagaan RM10,000, undang pelbagai reaksi netizen

Laporan media mengenai seorang pelajar Tingkatan Dua membayar zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), menarik perhatian pengguna media sosial.  Difahamkan, Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mustaman merupakan pengasas produk pemakanan tampil menunaikan tanggungjawab itu selepas produk yang diniaganya itu mencapai jualan sebanyak RM400,000 dalam tempoh empat bulan.  Anak muda itu menjual produk berkenaan sejak September 2022 melalui aplikasi TikTok dan kini dia telah mengambil alih perniagaan itu sejak Januari.  "Saya mula berniaga menerusi TikTok dan agak terkejut dengan sambutan luar biasa daripada pelanggan," katanya.  Sejak daripada itu, dia mula mengambil ejen untuk meluaskan lagi 'empayar' perniagaannya. Dalam masa sama ibu bapanya menasihatkan diau ntuk mengeluarkan zakat perniagaan kepada MAIK.  Sementara itu, ibunya, Bibi Hasnalinda mengakui dia terharu dengan usaha anaknya itu sehi...

'Bangun pagi mata tak boleh buka, rasa pedih dan sakit sangat' - Gadis kongsi pengalaman mata kanannya nyaris buta disebabkan contact lens

Gadis ini mendakwa mata kanannya hampir buta disebabkan kanta lekap yang dipakainya. Menurut Cik Siti Musliha, dia mempunyai masalah penglihatan (rabun) dan tidak menafikan yang dia memilih untuk menggunakan kanta lekap juga bagi tujuan kelihatan cantik.  Sehinggalah 3 April lalu, Cik Siti tidak dapat membuka mata kanannya selepas bangun dari tidur. Panik dan bimbang dengan matanya itu, Cik Siti kemudian pergi mendapatkan rawatan di klinik mata sebelum dirujuk ke klinik pakar mata.  3 April 2017 yang lalu memang pengalaman hitam aku bila mata sebelah buta sekejap disebabkan contact lens. Aku nak kongsi pengalaman ini untuk korang yang pakai contact lens, kemudian kongsi sekali cara yang betul menjaga contact lens seperti yang disarankan oleh doktor mata.  Sebelum aku kongsi tentang cara pakai dan jaga contact lens, aku nak cerita macam mana aku boleh buta sebelah mata seketika. Aku memang sejenis pakai contact lens bila keluar jalan-jalan, sebab rabun itu masal...

'Heran deh, ini negara (Malaysia) hobbynya cari kambing hitam' - Apabila netizen Indonesia gagal fahami isi berita Covid-19

26 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa lebih 70 peratus kes Covid-19 yang diimport berasal dari Indonesia .  Menurut data Kementerian Kesihatan, seramai 139 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif Covid-19. Dari jumlah itu, 71,22% (99 orang) rakyat Malaysia pulang dari Indonesia.  Kes yang selebihnya membabitkan mereka yang pulang dari United Kingdom, Singapura, Turki, Belanda, Amerika, Thailand, Perancis dan Bangladesh.  Kenyataan Dr Noor Hisham itu kemudian disiarkan juga di laman berita Indonesia, Kaskus. Malangnya, pembaca laman itu gagal memahami isi kandungan berita tersebut lalu menuduh Malaysia menjadikan Indonesia sebagai kambing hitam, kononnya punca penularan wabak Covid-19 di Malaysia adalah berpunca dari Indonesia.  Netizen Indonesia menuduh Malaysia gemar mencari 'kambing hitam', malah menuduh lockdown di Malaysia gagal.  Keadaan bertambah buruk apabila satu laman ...