Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2017

LHDN Bagi Masa Tempoh 6 Bulan Kepada Shaheizy Sam Selesaikan Cukai Tertunggak

LHDN Bagi Masa Tempoh 6 Bulan Kepada Shaheizy Sam Selesaikan Cukai Tertunggak Shaheizy Sam terpalit kontroversi apabila diberi notis bankrupsi baru-baru ini. Pelakon ini diberi peluang hingga 15 Februari tahun 2018 untuk menyelesaikan cukai tertungak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Pengarah Eksekutif Komunikasi dan Multimedia Korporat LHDN berkata Shaheizy perlu bertindak segera agar notis kebankrapan yang dikeluarkan sebelum ini boleh ditarik balik. Ini pendedahan: "Semalam [kelmarin] mahkamah menetapkan 15 Februari tahun depan untuk kes difailkan. "Sebenarnya dalam tempoh enam bulan ini adalah masa untuk beliau menyelesaikan cukai tertunggak. “Buat apa yang patut dan jangan berlengah lagi," Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan sehingga 15 Februari depan bagi LHDN meneruskan prosiding kes bankrap terhadap Shaheizy. Untuk pengetahuan, suami kepada Syatilla Melvin itu dikenakan notis muflis kerana mempunyai cukai pendapatan tertunggak RM300,000.

Kaki pencuri tersekat dek pintu automatik

CHINA - Hajat seorang lelaki merompak sebuah kedai menemui kegagalan apabila rancangan jahatnya itu tergendala dek pintu automatik premis tersebut.  Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan, sekitar jam 4 pagi, pintu premis berkenaan mula ditutup sebaik saja pemiliknya keluar dengan menaiki motosikal.  Dalam kesempatan itu, lelaki terbabit cuba berlari memasuki ke dalam premis itu. Namun, belum sempat dirinya masuk ke dalam kedai, pintu automatik itu telah tertutup dan menimpa kakinya, menyebabkan lelaki itu terperangkap.  Pencuri itu cuba melepaskan dirinya selama beberapa minit, malangnya segala usahanya tidak menemui kejayaan sebelum dia terus baring dan pasrah dengan nasibnya, serta menunggu hari siang agar pihak polis datang menyelamatkannya.  Apabila polis tiba di tempat kejadian, suspek menafikan dakwaan kononnya dia cuba memasuki premis tersebut.  "Saya bersumpah, ia tidak seperti apa yang awak sangkakan," katanya,...

(FOTO) Baby Bump Mawar Fareeda, Isteri Fizo Omar Kini Kelihatan..Dipuji Semakin Jelita Berseri

(FOTO) Baby Bump Mawar Fareeda, Isteri Fizo Omar Kini Kelihatan..Dipuji Semakin Jelita Berseri Isteri kepada pelakon popular Fizo Omar, Mawar Fareeda kini sedang hamil 5 bulan. Sebelum ini, Fizo ada berkongsi perubahan yang melanda Mawar fareeda setelah disahkan hamil beberapa bulan yang lalu. Baca perkongsian Fizo Omar ( DI SINI ) Yang terkini melalui perkongsian gambar terbarunya, sudah kelihatan baby bump Mawar Fareeda. Kini Mawar Fareeda telah dipuji semakin cantik dan berseri-seri selepas disahkan hamil pada penghujung Mei lalu. Hampir memasuki terimesta yang kedua, 'baby bump' bayi pertama pasangan ini semakin membesar dan jelas kelihatan. Ini perkongsian foto terkini Mawar Fareeda: “Sampai ja harus la cari nasi kandaq. Sapa kat sini dah balik kampung? (Adoi kat perot tu tali seluaq ok jangan kecam na.),” Di ruang  komen, para follower Mawar mula meluahkan rasa excited apabila melihat baby bump Mawar Fareeda. Kebanyakkan mendoakan agar urusan Mawar...

Program MeleTOP, Luahan Hati Neelofa Yang Menyentuh Perasaan

Program MeleTOP, Luahan Hati Neelofa Yang Menyentuh Perasaan Pengacara sensasi Neelofa telah membuat satu luahan perasaan yang menyentuh hati tentang program MeleTOP. Luahan ini dibuat di laman media Instagram pada malam Selasa mengundang perhatian ramai para peminatnya. Tulisan dari Neelofa itu membuatkan ramai menyangka Neelofa memberi bayangan dia akan meninggalkan program itu selepas lima tahun bertindak sebagai hos. Neelofa dmelahirkan rasa bertuah dapat menjadi ahli keluarga besar MeleTOP dan rancangan itu akan sentiasa berada di dalam hatinya. Ini antara kata kata Neelofa: "Lima tahun bersama progrm itu dan saya membesar bersama MeleTOP (saya mula mengacara program itu ketika berusia 23 tahun) di tambah dengan krew yang terbaik dan tidak ketinggalan rakan pengacara, Nabil yang banyak saya kutip ilmu daripadanya. "Saya cukup bertuah dapat menjadi hos sebuah program dengan rating tertinggi dan paling lama bertahan dalam industri. "MeleTOP akan sentia...

'Kerana kau, mak bapak aku nak bercerai!' - Anak belasah kekasih gelap bapanya

CHINA - Anak mana yang tak sayang hubungan keluarganya? Pastinya pedih dan sedih apabila melihat ibu bapa tidak sefahaman atau bertengkar dan dalam masa yang sama anak-anak tidak dapat memujuk kedua-duanya untuk segera berdamai.  Seorang lelaki dari Henan, bertindak membelasah kekasih gelap bapanya di tengah jalan raya yang sibuk sambil diperhatikan oleh orang awam yang melalui jalan itu, lapor Shanghaiist.  Video kejadian itu kemudian viral di media sosial, menunjukkan lelaki terbabit menarik rambut dan mengheret wanita yang dipercayai berusia lingkungan 40-an itu ke tengah jalan sebelum membelasahnya.  Wanita terbabit diumbuk di bahagian perut, kepalanya ditampar dan ayat-ayat caci maki dilemparkan terhadapnya oleh anak teman lelakinya.  Lelaki berkenaan kemudian mengheret wanita itu kembali ke tepi jalan dan terus membelasahnya bertubi-tubi tanpa belas kasihan.  Kejadian itu disaksikan oleh orang ramai yang hanya melihat sahaja tanpa tampil ...

Ini Respon Penjaga Gol Malaysia, Haziq Nadzli Setelah Jaring Gol Ke Gawang Sendiri

Ini Respon Penjaga Gol Malaysia, Haziq Nadzli Setelah Jaring Gol Ke Gawang Sendiri Semalam perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea telah berlangsung di Stadium Shah Alam antara Malaysia dan Thailand. Sebelum perlawanan memang kecoh tentang isu tiket yang kehabisan dalam sekelip mata dan menjadi rebutan macam pisang goreng panas. Setelah 90 minit berlangsung, akhirnya pasukan Malaysia tewas kepada Thailand dengan keputusan penuh 0-1. Namun yang menjadi buah mulut ialah gol Thailand dijaringkan oleh penjaga gol Malaysia iaitu Haziq Nadzli. Haziq Nadzli telah menumbuk gol dari sepakan penjuru Thailand ke arah gol sendiri. Gol jaringan sendiri ini merupakan satu-satunya gol pada malam itu. Walaupun mencuba dengan sebaik mungkin namun pasukan Malaysia tetap gagal juga mencari gol. Apabila tamat permainan, Malaysia tewas dan mendapat pingat perak. Oleh kerana telah menjaringkan gol sendiri, penjaga gol ini telah memberi respon di laman sosial. Ini respon dari Haziq Nadzli...

Suami maut, isteri dan tiga anaknya selamat selepas dihempap lori pembancuh simen

FILIPINA - Viral di media sosial, video rakaman orang awam yang menunjukkan sebuah lori pembancuh simen menghempap sebuah kereta yang membawa satu keluarga sehingga menyebabkan pemandunya maut di tempat kejadian.  Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), sebelum kejadian itu berlaku, lori tersebut dipandu dengan kelajuan yang normal sahaja. Tetapi apabila pemandunya menyedari brek kenderaannya secara tiba-tiba tidak berfungsi, dia terus menghala kenderaannya ke sebelah kiri bagi mengelakkan dari melanggar kereta di hadapan dan mencederakan pengguna jalan raya yang lain.  Namun, lori tersebut hilang kawalan lalu menghempap sebuah kereta di sebelah kanannya sehingga bumbungnya kemek. Lebih malang lagi, lori pembancuh simen terbabit pada ketika itu membawa muatan simen yang penuh dan telah dibancuh, menyebabkan pemandunya maut.  Bagaimanapun, isteri dan tiga orang anaknya terselamat dari kemalangan itu dan menunggu untuk diselamatkan oleh pasukan p...

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Apa Kes?

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Ini Respon Balas Pelakon Ini   Pasangan Hafidz Roshdi dan Shuhada kini sedang menanti anak pertama mereka berdua. Sejak berkahwin, pelbagai dugaan yang timbul kepda Hafidz Roshdi dan juga isteri. Yang terbaru, isteri kepada Hafidz Roshdi ini telah dihentam sekali lagi. Semalam Hafidz Roshdi ada memuat naik sekeping gambar bersama isterinya, jika dilihat sememangnya tida apa yang menjadi perhatian. Tetapi ada follower yang telah menegur penampilan isterinya dan cara teguran itu dianggap oleh Hafidz Roshdi amat keterlaluan. Difahamkan individu tersebut menegur cara pemakaian tudung isteri Hafidz yang dilihat pada matanya singkat hingga menunjukkan dada beliau. Namun cara teguran yang diberiakn memang tidak seperti sepatutnya. Tidak lama kemudian individu itu memadam komen tersebut tetapi sempat di screen shot oleh Hafidz. Kemudian, setelah menghentam isteri Hafidz Roshdi, akaun terbabit telah 'block' Hafidz Roshdi. T...

Shuib Sepahtu Akhirnya Akur Terpaksa Tegur Perbuatan Isterinya Siti Sarah

Shuib Sepahtu Akhirnya Akur Terpaksa Tegur Isterinya Siti Sarah Jika dilihat di laman media sosial, Siti Sarah sering merakam aksi romantik spontan bersma suaminya Shuib Sepahtu. Oleh kerana terlalu kerap, ada follower yang mula 'rimas' dan memberi komen negatif tentang perkara tersebut. Akhirnya, Shuib terpaksa menasihatkan kelakuan Siti Sarah itu supaya tidak keterlaluan menunjukkan kemesraan mereka di laman media sosial. Namun begitu, Shuib mengatakan kemesraan dirinya dan Sarah bukan dibuat-buat dan dia kadang-kadang tidak perasan dirakam oleh Siti Sarah. Ini komennya: "Saya tahu ada pihak kurang senang dengan kemesraan kami. Saya ada menegur Sarah untuk tidak memuat naik video atau gambar yang keterlaluan di media sosial. "Sebenarnya, saya tidak tahu koleksi video yang tersimpan dalam telefon bimbit Sarah. Ini kerana apa yang dimuat naik sebelum ini pun saya tidak sedar dia merakamkan momen spontan itu," "Ini adalah sikap kami sejak d...

91 mangsa tampil, dedah kerugian hampir RM500,000

SHAH ALAM, SELANGOR - Susulan viral video beberapa pasangan yang mendakwa telah menjadi mangsa penipuan Zurin Jundi Wedding Planner, ramai individu telah tampil mendedahkan jumlah kerugian yang dialami setelah dikhianati oleh pemilik syarikat tersebut.  Lapor laman Facebook Baitul Muslim, seramai 91 mangsa dari pelbagai negeri tampail mendedahkan kerugian yang jumlah keseluruhannya dianggarkan hampir setengah juta.  Difahamkan, Puan Zurin juga turut berjanji akan membayar semula semua wang individu-individu yang telah menjadi mangsanya pada bulan depan. Pengakuannya itu juga turut ditulis pada sekeping kertas sebagai bukti perjanjian, yang juga berserta dengan tandatangannya sendiri.  Sementara itu di media sosial, netizen turut mempersoalkan mengapa tiada sebarang tindakan dari pihak berkuasa sedangkan seramai 91 mangsa telah membuat laporan polis.  "Dia tibai duit 91 orang dan yang peliknya masih ramai lagi yang menggunakan perkhidmatannya. M...

Selepas Imam Besar Dan Pengarah JAIS, Kini Giliran Mufti Pula Beri Kenyataan

Selepas Imam Besar Dan Pengarah JAIS, Kini Giliran Mufti Pula Beri Kenyataan Pergolakan rumah tangga Hafiz Hamidun dan Joy Revfa mendapat ;perhatian umum apatah lagi melibatkan satu perkara yang amat sensitif iaiu melibatkan sah pernikahan. Isu ini mendapat perhatian ramai pihak termasuk Imam Besar dan juga pengarah JAIS. Terbaru, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Haji Zulkifli turut tampil memberikan pendapatnya. Antara point yang diberi ialah: -Mendaftarkan perkahwinan dan penceraian mengikut saluran sah -Membuka aib tidak menyelesaikan masalah -Elakkan menulis sangkaan belum pasti -Elakkan memberi komen di media sosial  Ini kenyataan penuh daru Mufti Wilayah Persekutuan: Melihat kepada fenomena yang tidak sihat berlaku dalam masyarakat tentang isu perceraian ini, kami tujukan nasihat ini kepada pihak-pihak berikut: Nasihat Kepada Pasangan Suami dan Isteri Islam mengajar umatnya agar memelihara hubungan perkahwinan dengan cara yang baik dan pembubaran juga...

Jangan letak telefon di kepala anak

Ada segelintir ibu bapa yang selalu meletakkan telefon berhampiran dengan bahagian kepala anak bila si kecil tidur. Namun tanpa menyedari, tindakan itu sebenarnya boleh mendatangkan bahaya yang tidak kelihatan.  Menurut bekas jurutera syarikat Intel dan Western Digital ini, radiasi yang terhasil dari gelombang isyarat telefon pintar, berupaya menjejaskan sel-sel otak anak-anak kecil yang sedang berkembang. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru dan sudah ramai yang mengkajinya.  Jadi, ibu bapa diminta untuk tidak berbuat demikian di masa akan datang bagi mengelakkan anak-anak kecil berisiko menghidap penyakit yang tidak diingini. Semoga informasi dari Puan Nana Farhanah ini bermanfaat.  PERKARA ini kadang-kadang berlaku pada saya dan anak-anak. Sambil-sambil menidurkan atau menyusukan anak, sambil itu reply mesej (pm) dari pelanggan. Kadang-kadang sampai tertidur. Sedar-sedar saja, telefon bimbit berada di kepala anak kecil.  Allah, masa itu terkilan san...

Masalah Rumah Tangga Sampai Masuk Hospital, Isteri Unfollow IG, Ini Pendedahan Keith Foo

Masalah Rumah Tangga, Ini Penjelasan Keith Foo Selebriti sering menjadi tumpuan orang ramai terutama melibatkan masalah rumah tangga. Yang terbaru pasangan selebriti Keith Foo dan Kim Raymond pula menjadi topik bualan. Akhir-akhir ini jarang melihat gambar Keith Foo bersama isteri dimuatnaik ke media sosial sehingga ada gosip mengatakan rumah tangga pasangan ini bergolak. Lebih menguatkan gosip itu apabila isterinya tidak mengikut Instagram Keith lagi. Namun Keith menafikan dakwaan terbabit, dan menjelaskan hubungan mereka suami isteri masih bahagia. Ada juga buah mulut mengatakan Keith Foodimasukkan ke hospital berikutan masalah rumah tangga yang dihadapinya dengan isteri. Keith sekali lagi menafikan perkara itu dan menegaskan insiden beliau dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan ketika bersenam hingga menyebabkan kepalanya terhantuk. Ini komennya: "Kami juga ketika ini sedang sibuk membuat persiapan untuk berpindah ke rumah baharu. Semuanya baik-baik...

Ini Kata-Kata "Bongkak" Kapten Pasukan Bola Sepak Thailand

Ini Kata-Kata Bongkak Kapten Pasukan Bola Sepak Thailand Ketua pasukan Thailand, Chenrop Samphaodi mengatakan ‘poketnya’ penuh dengan rahsia cara merobek kubu skuad bola sepak Malaysia di final Sukan Sea. Jika dilihat rekod tiga pertemuan terkini kedua-dua pasukan, ini, Chenrop sering berjaya membolosi gawang Malaysia tanpa mampu dihalang Adib Zainudin mahupun Irfan Zakaria. Dalam tiga aksi itu, Malaysia tewas dalam semua pertemuan iaitu : ~ 1-2 di final Piala Negara-Negara ~ 0-4 di Kejohanan Piala Dubai ~ 0-3 di Kelayakan Piala Konfederasi Bolasepak Asia B-23 Malah Chenrop selalunya menjadi penjaring gol ketika bertemu dengan pasukan Malaysia. Ini komennya: “Setiap perlawanan dengan Malaysia sebelum ini saya berjaya menjaringkan gol. Ketika di final Piala Negara-negara, saya menjaringkan satu gol, begitu juga di Dubai. “Di Bangkok bulan lalu, saya jaringkan dua gol dan untuk sekali lagi melakukannya di final Sukan SEA, bukan mustahil. “Saya dah banyak kali me...