Skip to main content

Masuk Dalam Bubur Atau Dalam Dubur, Lepas Ini Jangan Tersilap Pula, Ini Apa Yang Ibu Bapa Harus Tahu


Sudah menjadi kebiasaan buat kita, kalau dapat ubat mestilah kena makan, tidak kira buat anak, atau dewasa. Tapi, bagaimana pula, kalau sudah bagi makan, masih tidak elok-elok juga, salah makan, atau salah cara.

Menerusi perkongsian dari ahli farmasi, iaitu saudari Maryam Jamilah ini, terdapat ubat yang mana, ia tidak semestinya dimakan, atau melalui mulut, tetapi dengan cara lain. Macam mana tu?

Mari kita ikuti perkongsian darinya, untuk mengetahui lebih lanjut, lebih-lebih lagi ubat buat anak-anak.


UBAT JANGAN SILAP MASUK KE BUBUR

"TIPU BETUL ubat hospital bagi ni. Kenapa makan, tapi tak baik-baik? Makan dah ikut cara yang betul dah macam cik farmasi ajar. Masuk dalam bubur. 4 kali sehari atau apabila perlu" 
.
Nampak macam lucu kan? Tapi itu lah hakikatnya. Kisah benar. Umie saya seorang jururawat (sekarang dah matron agaknye). Ada pesakit mengadu tak kebah-kebah tapi makan dah ikut seperti yang diajar. 

Bila tanya macam mana, dia kata masuk ke dalam bubur dan gaul sampai larut lepas tu makan. Bertukar hijau muka jururawat. Salah bagi arahan ke ni? Ke pesakit salah dengar?

Itu kes orang dewasa. Kadang-kala, baby dan juga kanak-kanak akan diberi ubat seperti ini (suppository atau singkatannya supp) terutama kalau demam terlalu panas, dan sukar untuk kebah kalau diberi minum sirap paracetamol. 

Apa anda perlu tahu?
1. Dos

Dos supp paracetamol tak sama macam sirap paracetamol (Ubat Demam Anak Salah Dos?) iaitu 30-40mg/kg. Jadi kalau berat anak anda 9kg, dos sepatutnya adalah 270mg-360mg, akan tetapi kebiasaannya akan diberikan supp Paracetamol 125mg atau 250mg

2. Cara penyimpanan

Tidak digalakkan simpan dalam peti sejuk sama seperti sirap paracetamol. Tetapi misalkata terlalu panas, dan ubat macam mencair, boleh masukkan 1-2 biji standby dan keluarkan bila nak guna (basahkan sedikit dengan air supaya licin). 

Reminder, jangan masukkan ubat yang sejuk terus ke dalam dubur anak ye. Kesian baby, terkejut badan dia.

3. Lap dengan tuala basah

Supp paracetamol cepat menurunkan suhu badan anak, tapi cepat juga suhu naik kembali. Misalkata dah masukkan ubat, tak lama selepas itu panas semula, mohon lap dengan tuala basah. Jangan berikan ubat lagi (sirap atau supp) selagi belum sampai jarak minima 4 jam, atau akan ada kebarangkalian keracunan paracetamol.
.
4. Pastikan cara pemberian yang betul

Yang paling penting sekali. Ingat. Ubat suppository dimasukkan ke dubur, bukan dicampur dengan bubur dan dimakan.

Jadi, selepas baca artikel ni, teringin lagi nak TERmasukkan ubat dalam bubur tak?

Notakaki : ubat paracetamol kadangkala ditukar kepada diclofenac, tetapi fungsinya untuk anak yang demam adalah sama.

Siakap Keli

Popular posts from this blog

'Biarlah orang kata kami kedekut tak bagi pegang anak'

Tiba-tiba pernafasan anak berbunyi laju dan perutnya berombak, membuatkan pasangan suami isteri ini panik melihat keadaan anak mereka itu lalu membawanya ke klinik sebelum dirujuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan.  Setibanya di hospital, keadaan si kecil itu tidak menunjukkan perubahan yang positif meskipun doktor cuba memberikan rawatan. Doktor terpaksa menghubungi semua PICU di hospital berhampiran dan pesakit itu dihantar ke PICU Hospital Ipoh.  Menurut doktor, keadaan pesakit agak kritikal dan jika tidak diberi rawatan segera, dia mungkin boleh terus pergi buat selamanya. Apa puncanya? Menurut ibunya, Farah Rahim, anaknya itu mula mengalami batuk semenjak kenduri akikah Februari lalu. Ditambah pula dengan keadaan sekeliling yang tidak begitu mengizinkan dipercayai menjadi punca anaknya jatuh sakit.  ASSALAMUALAIKUM , hari ini saya baru ada kekuatan untuk menceritakan apa yang berlaku pada 17 Mac lalu. Lebih kurang jam 3 petang, Harraz tiba-tiba saja nafas...

(Video) Restoran Dflora Air Buah di Terengganu dah diserbu penguatkuasa?

Susulan tular video pemilik restoran di Terengganu dipeluk sekumpulan lelaki mata keranjang, wanita berkenaan dipercayai telah menyahaktifkan akaun TikToknya yang mempunyai lebih 300,000 followers.  Walaupun akaun tersebut telah dinyahaktifkan, ada beberapa akaun lain yang menggunakan namanya dipercayai didalangi oleh individu tidak bertanggungjawab untuk meraih followers dengan cara mudah. Pengendali akaun palsu berkenaan tanpa takut dengan dosa, memuat naik video wanita terbabit dengan caption yang sengaja mengundang kecaman.  Sementara itu semakan di Facebook, ada beberapa pihak memuat naik video menunjukkan wanita berkenaan melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya ketika melayani pelanggan yang datang ke premis perniagaannya.  Tidak kurang juga ada golongan isteri memberi 'teguran' kepada pasangan masing-masing agar tidak mengikut sebarang aktiviti konvoi permotoran kerana bimbang ada yang akan mengambil kesempatan singgah di restoran tersebut semata...

“Lebih Teruk Dari Pelacur” – Wanita Dedah Muslimah Penggoda Yang Sering Mengganggu Rumahtangganya

Kawan sekolah menengah ku dulu namanya Amani (bukan nama sebenar) merupakan seorang guru sekolah rendah mengajar di bandar K, Selangor dan berstatus janda anak dua. Kisahnya bermula apabila saya memperkenalkan dia kepada abang ipar yang merupakan seorang duda anak dua. Pada mulanya, Amani menolak abang ipar disebabkan belum sedia untuk hubungan serious dan masih trauma dengan kisah rumahtangga sebelumnya. Namun selepas dua bulan, Amani menyatakan bahawa hatinya telah terbuka menerima abang ipar kerana sikap abang yang matang dan budiman. Abang ipar mewakilkan kedua ibubapa aku merisik Amani kerana dia telah yatim piatu, manakala rumah orang tua Amani terletak tidak jauh dari rumah keluargaku. Suami meminta akaun Facebook dan nombor telefon Amani, aku fikir itu untuk hubungan perkenalan biasa dengan bakal kakak iparnya. Sejurus sebelum hari merisik, Amani tiba-tiba buat hal dan tidak mahu majlis merisik diteruskan. Namun abang ipar bertegas untuk meneruskan rancangan as...