Skip to main content

Boleh Terima Rawatan Di Wad Kelas 1 Percuma Sampai 10 Tahun, Antara Keistimewaan Penderma Darah Yang Ramai Tak Tahu


Ramai orang takut untuk menderma darah, ketika ini tabung darah negara amat memerlukan orang ramai untuk menderma darah di mana bekalah darah yang ada seharian digunakan untuk menyelamatkan nyawa orang.

Sebenarnya terdapat pelbagai kelebihan dalam menderma darah, antaranya

1. Derma Darah Mengurangkan Berat Badan 

Percaya atau tidak, menderma darah boleh mengurangkan berat badan. Setiap kali menderma darah kita akan membakar 650 kalori serta kehilangan satu paun bagi setiap pain darah yang diderma. 

2 . Pertambahan Sel Darah 

Menderma darah akan menyebabkan sel-sel darah merah kita berkurangan. Ini akan memaksa sum-sum tulang untuk membuat yang baru. Proses ini akan menyebabkan badan kita menjadi lebih segar serta lebih baik untuk melaksanakan tugas yang baru.

3. Mengurangkan Risiko Kanser 


Kanser adalah antara penyakit yang paling ditakuti. Di Malaysia jumlah pesakit kanser semakin meningkat tahun demi tahun. Terdapat sejumlah 32,000 kes baru pada tahun 2008 dan 37,400 pada 2012. Antara punca utama penyakit kanser adalah pengambilan makanan yang tidak sihat seperti daging yang diproses serta bernafas dalam udara yang tercemar. Tetapi jika kita konsisten menderma darah, ianya boleh menurunkan risiko kanser dalam kolon, perut, paru-paru, hati, dan juga tekak. 

4. Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung 

Penyakit jantung merupakan penyebab nombor satu kematian di Malaysia sejak 30 tahun lepas. Namun kita tak perlu risau kerana dengan menderma darah, risiko serangan jantung dan penyakit jantung akan berkurangan. Sebabnya adalah kerana penyakit jantung selalunya dikaitkan dengan tahap zat besi dalam darah kita. Terlalu banyak besi pekat dalam darah, akan merosakkan arteri kita dalam jangka masa panjang. Apabila menderma darah, kita mengeluarkan besi berlebihan dari badan.

“Satu unit darah (antara 300 hingga 450 mililiter) dapat menyelamatkan nyawa mangsa demam denggi, kemalangan (yang kehilangan banyak darah), ibu yang tumpah darah ketika bersalin, pesakit talassemia, anemia, leukemia dan haemofilia, mangsa kebakaran serta bayi yang perlu menjalani pertukaran darah.

Apabila anda menderma darah, tidak perlu fikir siapa penerimanya atau bagaimana ia akan digunakan. Setiap hari ada saja orang memerlukan darah untuk menyambung hidup. Darah yang diderma boleh disimpan selama 42 hari dalam peti dingin beku sebelum diberikan kepada golongan yang memerlukan.

Darah yang diderma dibahagi mengikut komponennya iaitu sel darah merah, plasma, platelet, plasma beku segar, cryoprecipitate, cryosupernatant, Faktor VIII dan IX - semuanya ada kegunaan tersendiri.
Sel darah merah digunakan untuk merawat pesakit talassemia, leukemia, orang yang kehilangan darah (mangsa kemalangan, kebakaran, pembedahan) dan kekurangan darah (anemia). Manakala produk darah seperti plasma beku segar dan Faktor VIII serta IX untuk pesakit haemofilia.”

Tahukah Anda Yang Menderma Darah Membuatkan Anda Mempunyai keistimewaan Layanan Di Hospital Kerajaan?


Penderma-penderma darah yang menderma di Pusat Darah Negara dan lain-lain Tabung Darah di Hospital Kerajaan adalah layak mendapatkan rawatan percuma berdasarkan Surat Pekeliling KPK 5/2005 bertarikh 20 Julai 2005 seperti di bawah.

1 kali - Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh *4 bulan.

2 kali (dalan tempoh 12 bulan) - Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B.(Hepatitis B boleh merosakkan hati. Ia mudah berjangkit sehingga 50 hingga 100 kali berbanding HIV. 1.4 juta rakyat Malaysia dipercayai mengidap penyakit ini. Jadi amatlah penting untuk kita semua mendapatkan vaksin penyakit ini. Vaksin Hepatitis B akan diberi secara percuma sekiranya kita menderma darah dua kali dalam satu tahun.)

2 ~ 5 kali - Percuma  rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *4 bulan.

6 ~ 10 kali - Percuma rawatan pesakit luar selama *1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh *6 bulan.

Harga Cas semasa rawatan di hospital kerajaan. cas rawatan pesakit luar
hanya RM1 dan rawatan di jabatan pesakit luar pakar RM5
11 ~ 15 kali - Percuma rawatan pesakit luar selama *2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *1 tahun.

16 ~ 20 kali - Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *2 tahun.

21 ~ 30 kali - Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *3 tahun.

31 ~ 40 kali - Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh *4 tahun.

41 ~ 50 kali - Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh *6 tahun.

Lebih 50 kali (bagi penderma“Whole blood”) dan Lebih 150 kali (bagi penderma aferesis) - Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.


*Tempoh masa keistimewaan yang dinyatakan adalah sah digunakan bermula dari tarikh pendermaan terakhir.

  • Penderma perlu menunjukkan buku sijil (buku merah) kepada pihak hospital sebelum layak menggunakan keistimewaan seperti dalam jadual di atas.
  • Kemudahan wad adalah bergantung kepada keadaan semasa. Jika wad yang dinyatakan dalam jadual telah penuh, maka penderma akan ditempatkan di wad lain yang sesuai.
  • Keistimewaan ini hanya boleh digunakan oleh penderma darah sahaja.
  • Penderma darah yang berstatus penduduk tetap adalah layak untuk menggunakan keistimewaan ini
Jadi, tunggu apa lagi, selain menyelamatkan nyawa orang, ianya memberi kebaikan kesihatan kepada kita selain keistimewaan yang boleh kita nikmati, jom derma darah. - Siakapkeli.my

Popular posts from this blog

'Biarlah orang kata kami kedekut tak bagi pegang anak'

Tiba-tiba pernafasan anak berbunyi laju dan perutnya berombak, membuatkan pasangan suami isteri ini panik melihat keadaan anak mereka itu lalu membawanya ke klinik sebelum dirujuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan.  Setibanya di hospital, keadaan si kecil itu tidak menunjukkan perubahan yang positif meskipun doktor cuba memberikan rawatan. Doktor terpaksa menghubungi semua PICU di hospital berhampiran dan pesakit itu dihantar ke PICU Hospital Ipoh.  Menurut doktor, keadaan pesakit agak kritikal dan jika tidak diberi rawatan segera, dia mungkin boleh terus pergi buat selamanya. Apa puncanya? Menurut ibunya, Farah Rahim, anaknya itu mula mengalami batuk semenjak kenduri akikah Februari lalu. Ditambah pula dengan keadaan sekeliling yang tidak begitu mengizinkan dipercayai menjadi punca anaknya jatuh sakit.  ASSALAMUALAIKUM , hari ini saya baru ada kekuatan untuk menceritakan apa yang berlaku pada 17 Mac lalu. Lebih kurang jam 3 petang, Harraz tiba-tiba saja nafas...

(Video) Restoran Dflora Air Buah di Terengganu dah diserbu penguatkuasa?

Susulan tular video pemilik restoran di Terengganu dipeluk sekumpulan lelaki mata keranjang, wanita berkenaan dipercayai telah menyahaktifkan akaun TikToknya yang mempunyai lebih 300,000 followers.  Walaupun akaun tersebut telah dinyahaktifkan, ada beberapa akaun lain yang menggunakan namanya dipercayai didalangi oleh individu tidak bertanggungjawab untuk meraih followers dengan cara mudah. Pengendali akaun palsu berkenaan tanpa takut dengan dosa, memuat naik video wanita terbabit dengan caption yang sengaja mengundang kecaman.  Sementara itu semakan di Facebook, ada beberapa pihak memuat naik video menunjukkan wanita berkenaan melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya ketika melayani pelanggan yang datang ke premis perniagaannya.  Tidak kurang juga ada golongan isteri memberi 'teguran' kepada pasangan masing-masing agar tidak mengikut sebarang aktiviti konvoi permotoran kerana bimbang ada yang akan mengambil kesempatan singgah di restoran tersebut semata...

“Lebih Teruk Dari Pelacur” – Wanita Dedah Muslimah Penggoda Yang Sering Mengganggu Rumahtangganya

Kawan sekolah menengah ku dulu namanya Amani (bukan nama sebenar) merupakan seorang guru sekolah rendah mengajar di bandar K, Selangor dan berstatus janda anak dua. Kisahnya bermula apabila saya memperkenalkan dia kepada abang ipar yang merupakan seorang duda anak dua. Pada mulanya, Amani menolak abang ipar disebabkan belum sedia untuk hubungan serious dan masih trauma dengan kisah rumahtangga sebelumnya. Namun selepas dua bulan, Amani menyatakan bahawa hatinya telah terbuka menerima abang ipar kerana sikap abang yang matang dan budiman. Abang ipar mewakilkan kedua ibubapa aku merisik Amani kerana dia telah yatim piatu, manakala rumah orang tua Amani terletak tidak jauh dari rumah keluargaku. Suami meminta akaun Facebook dan nombor telefon Amani, aku fikir itu untuk hubungan perkenalan biasa dengan bakal kakak iparnya. Sejurus sebelum hari merisik, Amani tiba-tiba buat hal dan tidak mahu majlis merisik diteruskan. Namun abang ipar bertegas untuk meneruskan rancangan as...