Skip to main content

Harap Lofattah Akan Terus Kekal Tak Kira Apa Jadi


Minta maaf tumpang lalu sekali lagi dengan berita penting mengenai Neelofa dan juga Fattah Amin. Menerusi temubual bersama BH Online, Neelofa menjelaskan situasi sebenar mengenai hubungan mereka kerana ketika ini timbul macam macam cerita tidak benar tentang mereka.

Sejak minggu pertama kami berlakon drama Suri Hati Mr Pilot (SHMP) lagi, memang kami pernah bersama. Ramai yang ingat, masa cerita kami timbul awal-awal dulu, ia seperti memberi harapan palsu. Cinta yang digambarkan tidak wujud, hanya igauan, khabar angin, andaian semata-mata dan macam-macam lagilah yang diperkatakan orang”

“Kami juga sedar peminat harapkan jawapan pasti. Cuma dalam hal ini kami kena berhati-hati. Kami tak mahu menyakitkan hati banyak pihak. Kami mahu berlaku adil kepada semua supaya tidak wujud salah faham dalam perkara begini. Memang dari awal minggu ketika penggambaran SHMP, kami memang pernah bersama,” jelas Neelofa.
Mungkin apa yang dimaksudkan Neelofa dengan bersama ialah hubungan cinta. Malah tambah Neelofa lagi, situasi mereka berbeza kerana setiap perkara yang mahu dilakukan, ia akan membabitkan media, peminat orang ramai dan individu yang tidak mengenali kami lantas segala keputusan oleh pasangan ini akan mengambil kira dari segala aspek.
Selain itu, Neelofa juga menafikan bahawa Fattah Amin telah menggunakan popularitinya untuk mempromosikan lagu Wanita Terakhir malah Neelofa turut mendedahkan perkara yang mungkin peminat mereka sendiri tidak tahu sebelum ini.
“Tak wujud istilah Fattah guna nama saya untuk mempromosikan lagu itu. Saya sendiri bersetuju dia menyanyikan lagu berkenaan. Ketika Fattah merakamkan lagu itu pun saya ada di studio rakaman. Kalau ada yang kata kami berdua nak guna populariti dan impak Lofattah (gelaran untuk gandingan mereka berdua dan peminat kedua-duanya) untuk buat duit dan menggunakan peminat, sudah banyak produk kami lakukan bersama,” katanya.
“Apa jadi sekalipun, saya sentiasa hendak bekerja dengannya. Saya nak okey dengannya sampai bila-bila. Tak kiralah bagaimana emosi dan tekanan sekalipun. Saya memang tidak mahu bergaduh dengannya. Ini jawapan ikhlas saya dan bukan kerana anda semua ada di depan kami (merujuk kepada peminat yang hadir ke acara berkenaan).
“Harap Lofattah akan terus kekal tak kira apa jadi,” katanya lagi. Jadi buat peminat pasangan ini, nampaknya hubungan mereka bukan fantasi dan anda kini sudah boleh menarik nafas lega

Popular posts from this blog

'Wah Siap ada mock cheque!' - Student Form 2 bayar zakat perniagaan RM10,000, undang pelbagai reaksi netizen

Laporan media mengenai seorang pelajar Tingkatan Dua membayar zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), menarik perhatian pengguna media sosial.  Difahamkan, Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mustaman merupakan pengasas produk pemakanan tampil menunaikan tanggungjawab itu selepas produk yang diniaganya itu mencapai jualan sebanyak RM400,000 dalam tempoh empat bulan.  Anak muda itu menjual produk berkenaan sejak September 2022 melalui aplikasi TikTok dan kini dia telah mengambil alih perniagaan itu sejak Januari.  "Saya mula berniaga menerusi TikTok dan agak terkejut dengan sambutan luar biasa daripada pelanggan," katanya.  Sejak daripada itu, dia mula mengambil ejen untuk meluaskan lagi 'empayar' perniagaannya. Dalam masa sama ibu bapanya menasihatkan diau ntuk mengeluarkan zakat perniagaan kepada MAIK.  Sementara itu, ibunya, Bibi Hasnalinda mengakui dia terharu dengan usaha anaknya itu sehi...

'Heran deh, ini negara (Malaysia) hobbynya cari kambing hitam' - Apabila netizen Indonesia gagal fahami isi berita Covid-19

26 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa lebih 70 peratus kes Covid-19 yang diimport berasal dari Indonesia .  Menurut data Kementerian Kesihatan, seramai 139 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif Covid-19. Dari jumlah itu, 71,22% (99 orang) rakyat Malaysia pulang dari Indonesia.  Kes yang selebihnya membabitkan mereka yang pulang dari United Kingdom, Singapura, Turki, Belanda, Amerika, Thailand, Perancis dan Bangladesh.  Kenyataan Dr Noor Hisham itu kemudian disiarkan juga di laman berita Indonesia, Kaskus. Malangnya, pembaca laman itu gagal memahami isi kandungan berita tersebut lalu menuduh Malaysia menjadikan Indonesia sebagai kambing hitam, kononnya punca penularan wabak Covid-19 di Malaysia adalah berpunca dari Indonesia.  Netizen Indonesia menuduh Malaysia gemar mencari 'kambing hitam', malah menuduh lockdown di Malaysia gagal.  Keadaan bertambah buruk apabila satu laman ...

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Apa Kes?

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Ini Respon Balas Pelakon Ini   Pasangan Hafidz Roshdi dan Shuhada kini sedang menanti anak pertama mereka berdua. Sejak berkahwin, pelbagai dugaan yang timbul kepda Hafidz Roshdi dan juga isteri. Yang terbaru, isteri kepada Hafidz Roshdi ini telah dihentam sekali lagi. Semalam Hafidz Roshdi ada memuat naik sekeping gambar bersama isterinya, jika dilihat sememangnya tida apa yang menjadi perhatian. Tetapi ada follower yang telah menegur penampilan isterinya dan cara teguran itu dianggap oleh Hafidz Roshdi amat keterlaluan. Difahamkan individu tersebut menegur cara pemakaian tudung isteri Hafidz yang dilihat pada matanya singkat hingga menunjukkan dada beliau. Namun cara teguran yang diberiakn memang tidak seperti sepatutnya. Tidak lama kemudian individu itu memadam komen tersebut tetapi sempat di screen shot oleh Hafidz. Kemudian, setelah menghentam isteri Hafidz Roshdi, akaun terbabit telah 'block' Hafidz Roshdi. T...