Skip to main content

Rozita Che Wan melenting, anak dikritik sebab tunjuk mewah

Kritikan gaya hidup mewah keluarga Rozita Che Wan tercetus apabila mereka bercuti ke London, Paris, Madrid dan Barcelona selama 22 hari baru-baru ini. — Foto ehsan Instagram/Rozita Che Wan
Kritikan gaya hidup mewah keluarga Rozita Che Wan tercetus apabila mereka bercuti ke London, Paris, Madrid dan Barcelona selama 22 hari baru-baru ini. — Foto ehsan Instagram/Rozita Che Wan 
KUALA LUMPUR, 15 Jan — Pelakon dan model Rozita Che Wan akan sensitif dan mudah melenting jika ada pihak tertentu, termasuk peminat, yang memandang negatif gaya hidup keluarganya.
Rozita berkata sebagai ibu, beliau berhak memberikan kemewahan kepada anak-anaknya. Popular juga diipanggil Che Ta, beliau berasa marah jika pengguna media sosial mempertikaikan rezekinya.
“[Kritian] itu pantang saya. Hati ibu mana yang tidak terasa jika anaknya dituduh dan dikritik tanpa usul periksa. Bukan saja saya, malah mereka turut merasainya.
“Saya cukup marah apabila ada mengatakan anak saya bernasib baik kerana memiliki ibu seperti saya sehingga boleh hidup mewah. Sebab itu saya akan balas komen mereka.
“Ini kerana perkara sedemikian tidak sepatutnya dijadikan isu. Lagipun, kalau bukan untuk mereka, siapa lagi?” kata bekas pramugari ini seperti dipetik portal Harian Metro.

Kritikan gaya hidup mewah mereka tercetus apabila Che Ta bersama keluarga bercuti ke London, Paris, Madrid dan Barcelona selama 22 hari baru-baru ini.
Di akaun Instagram, anak sulungnya Ammar Effendy memuat naik gambar membimbit beg beli-belah dengan coretan:
“Whoever said money can't buy happiness simply didn't know where to stop”. (Sesiapa yang menyatakan wang tidak boleh membeli kebahagiaan memang tidak tahu)
Gambar itu mengundang reaksi pengguna media sosial, ada di antara mereka tidak berpuas hati dengan kemewahan yang ditunjukkan Ammar.

Che Ta sebelumnya tidak lokek memberi kemewahan kepada anaknya apabila menghadiahkan kereta mewah BMW 6 siri kepada Ammar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.
Anak keduanya Aniq Ezzra, 18, yang sedang menunggu keputusan peperiksaan tersebut bakal menerima kereta sports Nissan GT-R pula.
Manakala anak bongsunya Aaisha Dhia Rana semasa majlis ulang tahun kelahiran pertama November tahun lalu diberikan hadiah seutas rantai berlian.
“Saya dulu tidak menikmati seperti anak saya dapat hari ini. Jadi, apabila saya diberikan rezeki lebih, tidak salah jika saya berbelanja untuk mereka,” Che Ta dipetik berkata. “Namun, untuk mendapatkan apa diinginkan, mereka perlu berusaha.”

Popular posts from this blog

'Wah Siap ada mock cheque!' - Student Form 2 bayar zakat perniagaan RM10,000, undang pelbagai reaksi netizen

Laporan media mengenai seorang pelajar Tingkatan Dua membayar zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), menarik perhatian pengguna media sosial.  Difahamkan, Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mustaman merupakan pengasas produk pemakanan tampil menunaikan tanggungjawab itu selepas produk yang diniaganya itu mencapai jualan sebanyak RM400,000 dalam tempoh empat bulan.  Anak muda itu menjual produk berkenaan sejak September 2022 melalui aplikasi TikTok dan kini dia telah mengambil alih perniagaan itu sejak Januari.  "Saya mula berniaga menerusi TikTok dan agak terkejut dengan sambutan luar biasa daripada pelanggan," katanya.  Sejak daripada itu, dia mula mengambil ejen untuk meluaskan lagi 'empayar' perniagaannya. Dalam masa sama ibu bapanya menasihatkan diau ntuk mengeluarkan zakat perniagaan kepada MAIK.  Sementara itu, ibunya, Bibi Hasnalinda mengakui dia terharu dengan usaha anaknya itu sehi...

'Heran deh, ini negara (Malaysia) hobbynya cari kambing hitam' - Apabila netizen Indonesia gagal fahami isi berita Covid-19

26 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa lebih 70 peratus kes Covid-19 yang diimport berasal dari Indonesia .  Menurut data Kementerian Kesihatan, seramai 139 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif Covid-19. Dari jumlah itu, 71,22% (99 orang) rakyat Malaysia pulang dari Indonesia.  Kes yang selebihnya membabitkan mereka yang pulang dari United Kingdom, Singapura, Turki, Belanda, Amerika, Thailand, Perancis dan Bangladesh.  Kenyataan Dr Noor Hisham itu kemudian disiarkan juga di laman berita Indonesia, Kaskus. Malangnya, pembaca laman itu gagal memahami isi kandungan berita tersebut lalu menuduh Malaysia menjadikan Indonesia sebagai kambing hitam, kononnya punca penularan wabak Covid-19 di Malaysia adalah berpunca dari Indonesia.  Netizen Indonesia menuduh Malaysia gemar mencari 'kambing hitam', malah menuduh lockdown di Malaysia gagal.  Keadaan bertambah buruk apabila satu laman ...

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Apa Kes?

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Ini Respon Balas Pelakon Ini   Pasangan Hafidz Roshdi dan Shuhada kini sedang menanti anak pertama mereka berdua. Sejak berkahwin, pelbagai dugaan yang timbul kepda Hafidz Roshdi dan juga isteri. Yang terbaru, isteri kepada Hafidz Roshdi ini telah dihentam sekali lagi. Semalam Hafidz Roshdi ada memuat naik sekeping gambar bersama isterinya, jika dilihat sememangnya tida apa yang menjadi perhatian. Tetapi ada follower yang telah menegur penampilan isterinya dan cara teguran itu dianggap oleh Hafidz Roshdi amat keterlaluan. Difahamkan individu tersebut menegur cara pemakaian tudung isteri Hafidz yang dilihat pada matanya singkat hingga menunjukkan dada beliau. Namun cara teguran yang diberiakn memang tidak seperti sepatutnya. Tidak lama kemudian individu itu memadam komen tersebut tetapi sempat di screen shot oleh Hafidz. Kemudian, setelah menghentam isteri Hafidz Roshdi, akaun terbabit telah 'block' Hafidz Roshdi. T...