Skip to main content

'Sakit betul hati aku dengan kakak ipar, dia baik tapi dia fake' - Gadis luah rasa meluat dengan kakak ipar, tapi diselar netizen



Media sosial sering menjadi pilihan untuk belia berkongsi mengenai masalah yang dihadapi. Jika bernasib baik, mungkin ada yang akan memberi nasihat untuk menangani masalah itu. Tetapi perkara sebaliknya yang berlaku sekiranya luahan yang dikongsikan itu memakan diri. 


22 September lalu, seorang gadis bernama Azie meluahkan ketidakpuasan hatinya mengenai kakak ipar yang didakwa hanya berpura-pura baik dengan mereka apabila berada di depan suaminya. Namun, di belakang.. wanita itu kerap menunjukkan rasa tidak selesa dengan kehadiran Azie dan seorang lagi adiknya. 


Difahamkan, Azie dan adiknya tinggal bersama abangnya yang telah berkahwin. Dua beradik itu tinggal bersama dengan abangnya kerana tempat tinggal itu berada di kawasan bandar yang mempunyai banyak peluang pekerjaan. 


"Aku dan adik bekerja di klinik yang sama dan kami mempunyai syif bergilir. 7 pagi hingga 3 petang dan 2 petang hingga 10 malam. Kalau nasib baik syif kami sama. Nasib tak baik, seorang pagi dan seorang malam," katanya. 


Sementara itu, abangnya bekerja sebagai penjawat awam dan kakak ipar pula akauntan di syarikat besar dan selalu sibuk. 


Saban hari, dua beradik itu dihantar dan diambil oleh abang mereka dari tempat kerja. Tetapi Azie dapat merasakan kakak iparnya menganggap mereka sebagai beban kepada suaminya. 


"Kakak ipar seorang yang lemah lembut di hadapan kami, tetapi di belakang aku tahu dia menganggap kami menyusahkan dia dan abang. Dia langsung tak bertolak ansur tentang isu pergi dan balik kerja ni. 


"Pernah sekali abang demam pada hujung minggu dan aku bekerja syif pagi. Dia suruh aku menaiki Grab sedangkan dia cuti masa tu. Sakit betul hati aku, sedangkan dia tahu kos Grab mahal dan gaji aku tak sebanyak dia. 


TAK SETUJU ADIK DUDUK DI BILIK TETAMU


"Itu baru isu pergi dan balik kerja. Entahlah, kadang-kadang aku kesian dengan abang sebab kakak ipar langsung tak membantu dalam soal ini. Nak kata penat urus anak, rumah ada pembantu walaupun tak duduk bersama. Anak buah aku pergi dan balik sekolah pun ada pemandu sendiri yang abang bayar setiap bulan khas untuk ke sekolah," katanya. 


Dalam pada itu, Azie juga mendakwa, kakak iparnya tidak bersetuju adiknya duduk di bilik tetamu (bilik keempat). Sedangkan rumah itu ada empat bilik dan dia menyuruh mereka duduk bersama dalam satu bilik. Tetapi Azie membantah kerana biliknya kecil dan tambahan pula barang adiknya banyak. 


Tetapi kakak iparnya terpaksa mengalah selepas suaminya bertegas. Dan disebabkan itu, setiap kali keluarga kakak iparnya datang, dia akan menempah bilik hotel atau homestay untuk menempatkan keluarganya. Tindakan wanita itu membuatkan suaminya berasa serba salah. 


"Bila keluarga kakak ipar datang bertandang, dia sengaja book hotel atau homestay untuk mereka. Keluarga aku elok je tidur dengan aku atau adik. Tak pun di ruang tamu. Bapak aku elok je  tidur atas sofa di ruang tamu," katanya. 


Menyentuh soal kebersihan dalam rumah, Azie mengakui kakak iparnya memang mengutamakan kebersihan sehinggakan makanan yang disimpan dalam peti ais melebihi dua hari akan dibuang ke dalam tong sampah tanpa bertanya siapa pemiliknya. 


"ABANG MACAM LEMBU DICUCUK HIDUNG"


Dedah Azie lagi, dia pernah mendengar kakak ipar mengadu pada suami yang dia tertekan dengan kehadiran mereka dua beradik kerana tiada ruang privasi untuk suami isteri. 


"Dia sangka aku dan adik duduk sementara nak mencari bilik atau rumah sewa. Ibu aku kata, buat apa nak menyewa sedangkan ada abang di sana? Lagipun adik-adik pun tanggungjawab abang juga. 


"Dan sekarang dia dah start kirim barang rumah macam sabun ke, barang memasak dari kami, tetapi tak bayar balik. Bila aku minta, dia kata kami pun guna juga.


"Abang pun macam lembu dicucuk hidung, ikut je kata bini dia. Kalau kami sakit, memang dia akan jaga sepenuhnya. Sebelum pergi kerja, dia masakkan sup ke, bubur macam tu dan letak dalam bilik. 


"Bila dia (kakak ipar) sakit, dia nak kami pun macam tu juga. Dia kata kat abang, sekurang-kurangnya tanyalah khabar dia. Abang mulalah membebel kat kami," ujarnya. 


"SUMPAH AKU DAH TAK TAHAN HIDUP DENGAN DIA!"


Selain itu, Azie juga tidak berpuas hati bilamana kakak ipar mempertikaikan tindakannya membeli iPhone, sedangkan dia mengumpul duit sendiri, termasuk menggunakan sedikit wang simpanan KWSP untuk membeli telefon buah epal kegemarannya itu. 


Lebih memanaskan hatinya apabila dia mendakwa kakak ipar tidak gemar dia keluar dengan teman lelaki, sedangkan dia akan bertunang dengan lelaki itu tidak lama lagi dan selalu balik sebelum jam 12 malam.


"Dia baik, tetapi dia fake. Depan kami lembut je, belakang mengata dekat kakak dia. Aku selalu je dengar sebab diorang selalu bersembang di ruang tamu atas, depan bilik aku. 


"Semalam dia suruh aku atau adik ambil lesen memandu sebab dia kesian dekat abang. Abang elok je tak kata apa. Dia yang sibuk-sibuk suruh itu ini. 


"Walaupun dia bayar half, lesen bukan murah dengan kereta tak ada. Dia offer guna kereta dia tetapi kalau rosak ke, nak servis, mesti aku juga kena hadap (bayar) kan? 


"Ibu kadang-kadang okey kalau aku mengadu, kadang-kadang dia menyebelahi kakak ipar. Mungkin sebab kakak ipar selalu bagi duit dengan hadiah. Maka ibu pun sayang lebih. 


"Sumpah aku dah tak tahan hidup dengan dia. Patut tak aku dengan adik keluar cari bilik lain? Sebab aku nampak kakak ipar macam dah benci sangat dengan aku. Sibuk suruh aku kahwin cepat semua. Rasa tak tenang dekat rumah sendiri. Aku berharap dia berubah," katanya. 


Sementara di ruangan komen Facebook IIUM Confessions dihujani dengan pelbagai komen yang menyelar Azie kerana tidak sedar diri dan secara tidak langsung telah menjejaskan kehidupan rumah tangga abangnya. 


"Rasa tak tenang dekat rumah sendiri? Bila masa pula tu rumah kau? Ish! Ish! Ish! Kahwin dulu, nanti baru faham situasi kakak ipar. 


"Kitorang di sini sebulat suara menggesa kau dan adik kau berambus keluar dari rumah abang dan kakak ipar kau tu sebab bukan kakak ipar kau je benci kau. Kitorang semua pun sama bencikan kau. All the best, bij!" kata netizen. 




Sumber: IIUM Conffesions

Popular posts from this blog

'Wah Siap ada mock cheque!' - Student Form 2 bayar zakat perniagaan RM10,000, undang pelbagai reaksi netizen

Laporan media mengenai seorang pelajar Tingkatan Dua membayar zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), menarik perhatian pengguna media sosial.  Difahamkan, Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mustaman merupakan pengasas produk pemakanan tampil menunaikan tanggungjawab itu selepas produk yang diniaganya itu mencapai jualan sebanyak RM400,000 dalam tempoh empat bulan.  Anak muda itu menjual produk berkenaan sejak September 2022 melalui aplikasi TikTok dan kini dia telah mengambil alih perniagaan itu sejak Januari.  "Saya mula berniaga menerusi TikTok dan agak terkejut dengan sambutan luar biasa daripada pelanggan," katanya.  Sejak daripada itu, dia mula mengambil ejen untuk meluaskan lagi 'empayar' perniagaannya. Dalam masa sama ibu bapanya menasihatkan diau ntuk mengeluarkan zakat perniagaan kepada MAIK.  Sementara itu, ibunya, Bibi Hasnalinda mengakui dia terharu dengan usaha anaknya itu sehi...

'Heran deh, ini negara (Malaysia) hobbynya cari kambing hitam' - Apabila netizen Indonesia gagal fahami isi berita Covid-19

26 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa lebih 70 peratus kes Covid-19 yang diimport berasal dari Indonesia .  Menurut data Kementerian Kesihatan, seramai 139 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif Covid-19. Dari jumlah itu, 71,22% (99 orang) rakyat Malaysia pulang dari Indonesia.  Kes yang selebihnya membabitkan mereka yang pulang dari United Kingdom, Singapura, Turki, Belanda, Amerika, Thailand, Perancis dan Bangladesh.  Kenyataan Dr Noor Hisham itu kemudian disiarkan juga di laman berita Indonesia, Kaskus. Malangnya, pembaca laman itu gagal memahami isi kandungan berita tersebut lalu menuduh Malaysia menjadikan Indonesia sebagai kambing hitam, kononnya punca penularan wabak Covid-19 di Malaysia adalah berpunca dari Indonesia.  Netizen Indonesia menuduh Malaysia gemar mencari 'kambing hitam', malah menuduh lockdown di Malaysia gagal.  Keadaan bertambah buruk apabila satu laman ...

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Apa Kes?

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Ini Respon Balas Pelakon Ini   Pasangan Hafidz Roshdi dan Shuhada kini sedang menanti anak pertama mereka berdua. Sejak berkahwin, pelbagai dugaan yang timbul kepda Hafidz Roshdi dan juga isteri. Yang terbaru, isteri kepada Hafidz Roshdi ini telah dihentam sekali lagi. Semalam Hafidz Roshdi ada memuat naik sekeping gambar bersama isterinya, jika dilihat sememangnya tida apa yang menjadi perhatian. Tetapi ada follower yang telah menegur penampilan isterinya dan cara teguran itu dianggap oleh Hafidz Roshdi amat keterlaluan. Difahamkan individu tersebut menegur cara pemakaian tudung isteri Hafidz yang dilihat pada matanya singkat hingga menunjukkan dada beliau. Namun cara teguran yang diberiakn memang tidak seperti sepatutnya. Tidak lama kemudian individu itu memadam komen tersebut tetapi sempat di screen shot oleh Hafidz. Kemudian, setelah menghentam isteri Hafidz Roshdi, akaun terbabit telah 'block' Hafidz Roshdi. T...