Skip to main content

Taib Mahmud sambung khidmat sebagai TYT Sarawak untuk dua tahun lagi


Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud hari ini menerima surat cara pelantikan bagi menyambung khidmatnya selama dua tahun daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, di sini.


Ini merupakan penggal ketiga Abdul Taib dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak, mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak.


Lantikan pertama adalah pada 1 Mac 2014 hingga 28 Feb 2018, manakala lantikan kedua pada 1 Mac 2018 hingga 28 Feb 2022.


Istiadat Pengurniaan Surat cara Pelantikan Kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.


Antara menteri yang hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri dan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Hasbi Habibollah.


Abdul Taib pernah memegang jawatan ketua menteri selama 33 tahun sejak 26 Mac 1981 setelah menggantikan bapa saudaranya, Tun Abdul Rahman Ya'kub.


Anak sulung daripada 10 beradik kepada pasangan Mahmud Abang Yahya dan Hamidah Ya'kub itu dilahirkan pada 21 Mei 1936.


Beliau pernah berkhidmat sebagai hakim bersekutu di Mahkamah Agung Australia Selatan selepas menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang di University of Adelaide, sebelum kembali ke Sarawak.


Anak jati Bumi Kenyalang itu menceburi politik pada tahun 1963 apabila menjadi anggota Majlis Perundangan Negeri Sarawak sehingga 1966.


Sumber: Bernama

Popular posts from this blog

'Wah Siap ada mock cheque!' - Student Form 2 bayar zakat perniagaan RM10,000, undang pelbagai reaksi netizen

Laporan media mengenai seorang pelajar Tingkatan Dua membayar zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), menarik perhatian pengguna media sosial.  Difahamkan, Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mustaman merupakan pengasas produk pemakanan tampil menunaikan tanggungjawab itu selepas produk yang diniaganya itu mencapai jualan sebanyak RM400,000 dalam tempoh empat bulan.  Anak muda itu menjual produk berkenaan sejak September 2022 melalui aplikasi TikTok dan kini dia telah mengambil alih perniagaan itu sejak Januari.  "Saya mula berniaga menerusi TikTok dan agak terkejut dengan sambutan luar biasa daripada pelanggan," katanya.  Sejak daripada itu, dia mula mengambil ejen untuk meluaskan lagi 'empayar' perniagaannya. Dalam masa sama ibu bapanya menasihatkan diau ntuk mengeluarkan zakat perniagaan kepada MAIK.  Sementara itu, ibunya, Bibi Hasnalinda mengakui dia terharu dengan usaha anaknya itu sehi...

'Heran deh, ini negara (Malaysia) hobbynya cari kambing hitam' - Apabila netizen Indonesia gagal fahami isi berita Covid-19

26 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa lebih 70 peratus kes Covid-19 yang diimport berasal dari Indonesia .  Menurut data Kementerian Kesihatan, seramai 139 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif Covid-19. Dari jumlah itu, 71,22% (99 orang) rakyat Malaysia pulang dari Indonesia.  Kes yang selebihnya membabitkan mereka yang pulang dari United Kingdom, Singapura, Turki, Belanda, Amerika, Thailand, Perancis dan Bangladesh.  Kenyataan Dr Noor Hisham itu kemudian disiarkan juga di laman berita Indonesia, Kaskus. Malangnya, pembaca laman itu gagal memahami isi kandungan berita tersebut lalu menuduh Malaysia menjadikan Indonesia sebagai kambing hitam, kononnya punca penularan wabak Covid-19 di Malaysia adalah berpunca dari Indonesia.  Netizen Indonesia menuduh Malaysia gemar mencari 'kambing hitam', malah menuduh lockdown di Malaysia gagal.  Keadaan bertambah buruk apabila satu laman ...

'Bangun pagi mata tak boleh buka, rasa pedih dan sakit sangat' - Gadis kongsi pengalaman mata kanannya nyaris buta disebabkan contact lens

Gadis ini mendakwa mata kanannya hampir buta disebabkan kanta lekap yang dipakainya. Menurut Cik Siti Musliha, dia mempunyai masalah penglihatan (rabun) dan tidak menafikan yang dia memilih untuk menggunakan kanta lekap juga bagi tujuan kelihatan cantik.  Sehinggalah 3 April lalu, Cik Siti tidak dapat membuka mata kanannya selepas bangun dari tidur. Panik dan bimbang dengan matanya itu, Cik Siti kemudian pergi mendapatkan rawatan di klinik mata sebelum dirujuk ke klinik pakar mata.  3 April 2017 yang lalu memang pengalaman hitam aku bila mata sebelah buta sekejap disebabkan contact lens. Aku nak kongsi pengalaman ini untuk korang yang pakai contact lens, kemudian kongsi sekali cara yang betul menjaga contact lens seperti yang disarankan oleh doktor mata.  Sebelum aku kongsi tentang cara pakai dan jaga contact lens, aku nak cerita macam mana aku boleh buta sebelah mata seketika. Aku memang sejenis pakai contact lens bila keluar jalan-jalan, sebab rabun itu masal...