Skip to main content

'Kepada yang terlibat dalam gambar ini, mohon maaflah secara terbuka sebelum terlambat'


24 Mei 2020, seorang pengguna Twitter memuat naik gambar The First Breakfast vs The Last Supper yang mengundang pelbagai reaksi netizen terutamanya penganut agama Kristian. 

Disebabkan gambar itu, lelaki berkenaan diselar teruk sehingga dia terpaksa menarik balik gambar kontroversi itu dari Twitternya.

Walaupun begitu, netizen masih tidak berpuas hati kerana lelaki itu dikatakan tidak membuat sebarang permohonan maaf di atas tindakannya yang jelas sekali mempersendakan agama Kristian.


The Last Supper atau Santapan Terakhir dilukis oleh Leonardo  da Vinci, mengenai gambaran Jesus di majlis makan malam terakhir bersama dua belas pengikutnya sebelum disalib (menurut pandangan Kristian). Situasi pada santapan terakhir itu dianggap sebagai peristiwa penting dalam agama Kristian.

Turut menyuarakan rasa kesal, Abdul Aziz Isa yang meluahkan pandangan peribadinya melalui Facebook, semalam. 

BENDA macam inilah yang menyebabkan agama Islam dipandang serong oleh penganut agama lain. Seharusnya sebagai umat Islam, kalian harus menunjukkan keindahan Islam dengan menghormati sensitiviti agama lain. 

Apakah perasaan kamu jika penganut agama lain mempersendakan agama Islam? Bodoh jika anda tidak mempunyai perasaan marah, kan? Begitu juga dengan penganut agama lain. 

Bayangkan jika ada penganut agama lain mempersendakan Islam dengan menyerupai watak Nabi Muhammad s.a.w sama ada dalam bentuk karikatur, penulisan, persembahan teater dan drama atau apa cara sekalipun dengan niat memburuk-burukkan watak Nabi Muhammad s.a.w, semestinya anda akan marah, kan? 

Lebih dahsyat lagi, kamu akan membuat laporan polis dari Perlis sampai ke Sabah, malah membuat demonstrasi di hadapan Sogo! 

Tinggi pun pelajaran kamu sampai ke menara gading, jika tiada adab dan ketatasusilaan, maka sia-sia sahaja ibu bapa kamu menghabiskan duit. Akhirnya kamu menjadi graduan yang tiada akhlak, adab dan kesopanan. Apa guna ilmu setinggi langit jika tidak dihiasi dengan adab mulia? Kamu ingat kamu belajar setinggi langit adalah lesen untuk kamu memperlekehkan agama lain? Sungguh celaka dan hina perangai kalian. 

Lagi satu, kamu tahukah bahawa dalam gambar mural, "The Last Supper" yang dilukis oleh Leonardo da Vinci itu ada menunjukkan Jesus duduk di tengah bersama-sama dengan Twelve Apostles (al-Hawariyyun)? Kamu tahu kan? Jangan menipu kalau kamu pura-pura tidak tahu! Dan kamu tahukah bahawa gambar mural tersebut menceritakan tentang akan adanya pengkhianatan ke atas Jesus? 

Dan kamu tahu bahawa Jesus merupakan tuhan yang disembah oleh penganut agama Kristian, apabila kamu mengambil gambar dalam posisi tengah seolah-olah kamu membawa watak Jesus, apakah perasaan penganut agama Kristian? Kamu bukanlah tuhan yang disembah oleh penganut agama Kristian, bahkan sebagai umat Islam adalah haram hukumnya menyerupai agama lain!

Sepatutnya kamu harus ada sifat hormat-menghormati antara satu sama lain. Siapa kita untuk menganggap diri kita ini lebih agung dari penganut agama atau bangsa yang lain? Islam mengajar umatnya untuk meraikan perbezaan agama dan menghormati sesama manusia sejak 1,400 tahun yang lalu. Ianya juga telah difirmankan oleh Allah s.w.t dalam petikan Surah al-Hujuraat.

Allah s.wt. telah berfirman: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah al-Hujuraat: 13)

Memang fahaman agama Islam dan Kristian sangat berbeza dari segi tauhid namun apakah kamu sewenang-wenangnya boleh mencerca sembahan agama mereka? Dalam Islam, menghina tuhan agama lain merupakan suatu hal yang sangat dilarang. Hal ini kerana ianya dapat menimbulkan kerosakkan dan fitnah yang besar. Bukan hanya bagi dirinya sendiri namun juga terhadap Allah s.w.t. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam Surah al-An’am.

“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.” (Qs al-An’am: 108)

Jika kamu mencerca sembahan agama lain, maka lebih banyak cercaan yang akan dibalas kepada agama Islam. What goes around comes around. I’m a Muslim and grew up in a wonderful Christian family! Never once in my life ever thought to insult their religion! Belum pernah dalam hidup saya menghina dan mencerca sembahan agama datuk, nenek, bapa saudara, ibu saudara dan sepupu saya! Malah saya sentiasa meraikan bersama-sama mereka namun ianya tidak sekali mengugat iman saya sebagai seorang Muslim. Jauh sekali mempunyai niat untuk memperlekehkan dan mencerca agama Kristian!

Kepada kalian yang mengambil gambar ini, belajarlah menjadi seorang Muslim yang dihormati oleh bukan Muslim. Adalah seeloknya kalian membuat kenyataan maaf secara terbuka kepada penganut agama Kristian sebelum anda dikenakan sebarang tindakan undang-undang. Sesungguhnya perbuatan kalian memperlekehkan agama lain adalah satu perbuatan yang keji dan terkutuk. Bahkan berdosa besar di sisi agama Islam!

KALIAN MEMANG JIJIK, HINA DAN KURANG AJAR!

Respect is earned, not given!

Popular posts from this blog

'Wah Siap ada mock cheque!' - Student Form 2 bayar zakat perniagaan RM10,000, undang pelbagai reaksi netizen

Laporan media mengenai seorang pelajar Tingkatan Dua membayar zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), menarik perhatian pengguna media sosial.  Difahamkan, Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mustaman merupakan pengasas produk pemakanan tampil menunaikan tanggungjawab itu selepas produk yang diniaganya itu mencapai jualan sebanyak RM400,000 dalam tempoh empat bulan.  Anak muda itu menjual produk berkenaan sejak September 2022 melalui aplikasi TikTok dan kini dia telah mengambil alih perniagaan itu sejak Januari.  "Saya mula berniaga menerusi TikTok dan agak terkejut dengan sambutan luar biasa daripada pelanggan," katanya.  Sejak daripada itu, dia mula mengambil ejen untuk meluaskan lagi 'empayar' perniagaannya. Dalam masa sama ibu bapanya menasihatkan diau ntuk mengeluarkan zakat perniagaan kepada MAIK.  Sementara itu, ibunya, Bibi Hasnalinda mengakui dia terharu dengan usaha anaknya itu sehi...

'Heran deh, ini negara (Malaysia) hobbynya cari kambing hitam' - Apabila netizen Indonesia gagal fahami isi berita Covid-19

26 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa lebih 70 peratus kes Covid-19 yang diimport berasal dari Indonesia .  Menurut data Kementerian Kesihatan, seramai 139 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif Covid-19. Dari jumlah itu, 71,22% (99 orang) rakyat Malaysia pulang dari Indonesia.  Kes yang selebihnya membabitkan mereka yang pulang dari United Kingdom, Singapura, Turki, Belanda, Amerika, Thailand, Perancis dan Bangladesh.  Kenyataan Dr Noor Hisham itu kemudian disiarkan juga di laman berita Indonesia, Kaskus. Malangnya, pembaca laman itu gagal memahami isi kandungan berita tersebut lalu menuduh Malaysia menjadikan Indonesia sebagai kambing hitam, kononnya punca penularan wabak Covid-19 di Malaysia adalah berpunca dari Indonesia.  Netizen Indonesia menuduh Malaysia gemar mencari 'kambing hitam', malah menuduh lockdown di Malaysia gagal.  Keadaan bertambah buruk apabila satu laman ...

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Apa Kes?

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Ini Respon Balas Pelakon Ini   Pasangan Hafidz Roshdi dan Shuhada kini sedang menanti anak pertama mereka berdua. Sejak berkahwin, pelbagai dugaan yang timbul kepda Hafidz Roshdi dan juga isteri. Yang terbaru, isteri kepada Hafidz Roshdi ini telah dihentam sekali lagi. Semalam Hafidz Roshdi ada memuat naik sekeping gambar bersama isterinya, jika dilihat sememangnya tida apa yang menjadi perhatian. Tetapi ada follower yang telah menegur penampilan isterinya dan cara teguran itu dianggap oleh Hafidz Roshdi amat keterlaluan. Difahamkan individu tersebut menegur cara pemakaian tudung isteri Hafidz yang dilihat pada matanya singkat hingga menunjukkan dada beliau. Namun cara teguran yang diberiakn memang tidak seperti sepatutnya. Tidak lama kemudian individu itu memadam komen tersebut tetapi sempat di screen shot oleh Hafidz. Kemudian, setelah menghentam isteri Hafidz Roshdi, akaun terbabit telah 'block' Hafidz Roshdi. T...