Skip to main content

'Mak tak nak balik, geli bau tahi atok' - Ibu terkilan, menantu berubah selepas suaminya jatuh sakit


Di awal perhubungan mereka, segalanya baik. Ketiga-tiga menantunya dilayan sama rata, tiada dibanding beza sehingga mereka menjadi begitu akrab dan bahagia. 

Tetapi, segalanya berubah selepas bapa mertua jatuh sakit dan tidak lagi berkemampuan bergerak seperti orang normal. Sedikit demi sedikit, timbul rasa kurang selesa di kalangan menantu. Suami mereka pula tetap taat menjaga bapa yang tidak sihat, meskipun isteri masing-masing adakalanya enggan bersama pulang ke kampung atas alasan jijik. 

Perkara itu diceritakan oleh si cucu kepada neneknya, membuatkan wanita warga emas itu terkilan. Dia terpaksa berpura-pura tidak mengetahui semua itu dan tetap melayani menantunya seperti biasa. Sehingga kemuncak.. segalanya sudah tidak dapat dibendung lagi.

ASSALAMUALAIKUM. Cucu makcik kata di sini boleh meluahkan perasaan. Kalau makcik luahkan depan anak menantu, bimbang mereka terasa hati. Makcik harap, apa yang makcik taip sampailah pada anak menantu makcik. 

Makcik ada tiga anak lelaki, tiga menantu, cucu ramai. Dulu makcik kerja, sekarang dah pencen. Suami masih hidup lagi. Makcik layan menantu lebih dari anak sendiri sebab mereka datang dalam hidup makcik, galas tanggungjawab makcik menjaga anak-anak makcik, melahirkan cucu makcik. 

Makcik tak pernah anggap menantu tak sama, semuanya sama. Kalau masuk dapur, hendaknya semua masuk dapur. Tak pandai masak pun makcik tak kisah, makcik ajar. Makcik buat macam kawan. Bila mereka bersalin, makciklah yang menjaga pantang mereka, cuci luka, cari herba mandian. Makcik nak kenangan semasa hidup ini diingat menantu. 

Selepas kahwin, makcik tetap bantu anak-anak makcik di kala duit tak cukup di hujung bulan sebab makcik pernah rasa permulaan hidup. Kalau tidak ibu bapa, siapa lagi nak bantu anak menantu? Kami hidup harmoni. Setitik pun makcik tak masuk campur hidup anak menantu. Kecuali kalau mereka perlukan bantuan makcik barulah makcik tolong. 

Makcik selalu pesan pada anak lelaki makcik, "kamu kawin dengan orang yang masih ada ibu bapanya. Jangan sesekali larang isteri balik rumah ibu bapanya. Sebiji beras pun kamu tidak pernah bagi untuk membesarkan isteri kamu melainkan ibu bapanya."

Keluarga mereka aman harmoni dan doa saya tak pernah putus. Tapi sejak suami makcik sakit, entah kenapa hilang seri kasih sayang yang dulu pernah menantu makcik berikan. Anak makcik kadang balik seorang. Kadang dengan cucu makcik. Cucu makcik bercerita maknya tak nak balik, 

"Geli bau tahi atok. Nanti abah suruh mak buat, mak geli katanya". 

Ada juga cucu lain mengadu, sejak abah diorang kerap balik waktu cuti melawat dan jaga atok, mak diorang bergaduh. Katanya tak ada masa untuk dia dan anak-anak. Bukan seorang dua cucu makcik bercerita. Berlinangan air mata makcik dengar. 

Bila makcik tatap anak-anak yang balik jaga abah dia, makcik jadi sebak. Dia kena kerja cari rezeki anak bini, bila cuti balik sini jaga abah dia. Kerana kami rumah tangga yang dulu aman kini tegang. Bergaduh depan anak-anak. 

Duit makcik tak kisah. Makcik dan pakcik ada duit pencen. Makcik nasihatkan tiga anak makcik untuk tidak balik dah. Jaga keluarga itu keutamaan. Tapi 3 beradik tu dengan alasan yang sama, 

"Selagi mak dan ayah masih hidup, selagi itu kami nak bahagiakan". 

Hati makcik sayu dengar. Tapi hati ibu takkan biarkan anaknya hidup dalam keadaan tersepit. Makcik cakap, makcik nak upah orang untuk jaga ayah diorang. Dan memang ada orang jaga pakcik. Tapi anak makcik petang Jumaat je tiga orang mesti balik juga. Kadang bergilir Jumaat - Sulung, Sabtu - Anggah, Ahad - Bongsu. 

Mereka tak nak benarkan orang yang diupah mandikan abah diorang. Diorang nak buat. Kalau sulung yang jaga abah, angah tebas rumput luar rumah, bongsu mop sapu lantai cuci tandas dapur. Begitulah mereka bergilir-gilir. 

Kalau menantu ikut balik sekali, semua wajah mereka nampak muram. Makcik tetap masak macam selalu. Ajak berborak bagaikan tidak tahu apa yang jadi. Tapi akhirnya satu malam, Angah tertinggi suara depan isterinya. Makcik ingat hanya Angah, rupanya Along dengan Ucu pun sama marahkan isteri masing-masing. Mereka baling beg isteri diorang keluar. Makcik lari turun tangga halang menantu makcik pergi. Jangan kerana makcik pakcik, anak mereka hilang mak. Jangan kerana syurga ibu, cucu makcik hilang seri syurga ibu bapa. 

Makcik pakcik dah sepakat, demi anak menantu cucu, kami nak masuk rumah orang tua. Cuma makcik nak tahu. Ada tak rumah orang tua yang tidak memisahkan tilam bantal suami isteri? Makcik tak nak tidur tanpa suami makcik. Umur makcik bila-bila masa saja. Biarlah setiap saat makcik dan pakcik bersama. 

Kalau ada rumah orang tua yang tidak pisahkan makcik pakcik, tolong beritahu ye. Nanti cucu nenek baca jawapan dari telefon dia sebab lepas makcik taip ni, dia buang benda ni sebab nak balik rumah dia nanti dia nak buka Facebook dia.

Salam kemaafan andai ada yang tak faham cerita makcik.

Popular posts from this blog

'Wah Siap ada mock cheque!' - Student Form 2 bayar zakat perniagaan RM10,000, undang pelbagai reaksi netizen

Laporan media mengenai seorang pelajar Tingkatan Dua membayar zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), menarik perhatian pengguna media sosial.  Difahamkan, Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mustaman merupakan pengasas produk pemakanan tampil menunaikan tanggungjawab itu selepas produk yang diniaganya itu mencapai jualan sebanyak RM400,000 dalam tempoh empat bulan.  Anak muda itu menjual produk berkenaan sejak September 2022 melalui aplikasi TikTok dan kini dia telah mengambil alih perniagaan itu sejak Januari.  "Saya mula berniaga menerusi TikTok dan agak terkejut dengan sambutan luar biasa daripada pelanggan," katanya.  Sejak daripada itu, dia mula mengambil ejen untuk meluaskan lagi 'empayar' perniagaannya. Dalam masa sama ibu bapanya menasihatkan diau ntuk mengeluarkan zakat perniagaan kepada MAIK.  Sementara itu, ibunya, Bibi Hasnalinda mengakui dia terharu dengan usaha anaknya itu sehi...

'Heran deh, ini negara (Malaysia) hobbynya cari kambing hitam' - Apabila netizen Indonesia gagal fahami isi berita Covid-19

26 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa lebih 70 peratus kes Covid-19 yang diimport berasal dari Indonesia .  Menurut data Kementerian Kesihatan, seramai 139 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif Covid-19. Dari jumlah itu, 71,22% (99 orang) rakyat Malaysia pulang dari Indonesia.  Kes yang selebihnya membabitkan mereka yang pulang dari United Kingdom, Singapura, Turki, Belanda, Amerika, Thailand, Perancis dan Bangladesh.  Kenyataan Dr Noor Hisham itu kemudian disiarkan juga di laman berita Indonesia, Kaskus. Malangnya, pembaca laman itu gagal memahami isi kandungan berita tersebut lalu menuduh Malaysia menjadikan Indonesia sebagai kambing hitam, kononnya punca penularan wabak Covid-19 di Malaysia adalah berpunca dari Indonesia.  Netizen Indonesia menuduh Malaysia gemar mencari 'kambing hitam', malah menuduh lockdown di Malaysia gagal.  Keadaan bertambah buruk apabila satu laman ...

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Apa Kes?

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Ini Respon Balas Pelakon Ini   Pasangan Hafidz Roshdi dan Shuhada kini sedang menanti anak pertama mereka berdua. Sejak berkahwin, pelbagai dugaan yang timbul kepda Hafidz Roshdi dan juga isteri. Yang terbaru, isteri kepada Hafidz Roshdi ini telah dihentam sekali lagi. Semalam Hafidz Roshdi ada memuat naik sekeping gambar bersama isterinya, jika dilihat sememangnya tida apa yang menjadi perhatian. Tetapi ada follower yang telah menegur penampilan isterinya dan cara teguran itu dianggap oleh Hafidz Roshdi amat keterlaluan. Difahamkan individu tersebut menegur cara pemakaian tudung isteri Hafidz yang dilihat pada matanya singkat hingga menunjukkan dada beliau. Namun cara teguran yang diberiakn memang tidak seperti sepatutnya. Tidak lama kemudian individu itu memadam komen tersebut tetapi sempat di screen shot oleh Hafidz. Kemudian, setelah menghentam isteri Hafidz Roshdi, akaun terbabit telah 'block' Hafidz Roshdi. T...