Skip to main content

'Mommy ada kat syurga' - Photographer tunaikan amanah arwah si ibu, netizen sebak melihat hasil gambarnya


Berkaca air mata photographer, berkaca jua mata netizen yang membaca kisah dan melihat gambar photoshoot keluarga ini. Arwah si ibu telah mengamanahkan kepada photographer untuk membuat photoshoot anak bongsunya sebelum pergi buat selama-lamanya. 

Menurut Zara Haleena, dia cuba menahan kesedihan dan air mata dari menitis ketika itu, namun apakan daya rasa sebak dan sedih yang tidak mampu dibendung, mengalir jua air matanya. Lebih-lebih lagi ketika menyiapkan anak bongsu arwah. 

"Mommy ada kat syurga"

HAMPIR enam bulan arwah Ad'lean Nael'da meninggal dunia. Akhirnya, kami tunaikan amanah arwah Elin untuk buat photoshoot anak bongsunya, Eva Miranda. Perasaan hiba bila anak sekecil ini tahu mommy dia menanti dia, abang dan adik dia di syurga.

Pada 19 April, kami datang ke rumah arwah di Ipoh. Seperti biasa anak-anak arwah dengan gembira menyambut kami depan pintu untuk photoshoot. Siap pegang tangan ajak masuk. Tolong angkat barang. 😭😭 Aku tak tahu nak start macam mana. Sebut Assalamualaikum pun dah kedengaran sebaknya di situ. Dalam hati berkali-kali aku sebut Ya Allah, aku kena kuat sebab ini amanah. Masa itu bayang suami arwah tak kelihatan lagi. Yang menyambut kami masa itu anak-anak arwah dengan baju princess masing-masing berwarna pink. Masing-masing dah excited.

"BABY EVA MIRANDA"

Kalau dulu setiap kali datang untuk shoot, muka arwah yang pertama akan menyambut kami di depan pintu sambil tersenyum. Tapi hari ini kami datang, rasa kosong sangat. Kosong sangat-sangat. Selalu kami sampai rumah clients mesti nak tengok baby dulu. Di rumah arwah, kami setup terus setup props dulu. Pura-pura macam sibuk sangat. Padahal, air mata ini aku tahan dari jatuh mengalir.

"Elin, Kak Zara tak kuat lagi nak tengok baby Ava..😢😢"

"Kak Zara takut Kak Zara nangis ingat awak Elin..."

Intan, salah seorang ahli keluarga datang menyapa kami.

"Kak Zara nak tengok baby Eva."

Aku selalunya memang tak sabar nak tengok baby. Tapi kali ini aku seperti mengelak. Bukan sebab tak suka. Tapi aku takut aku mengalirkan air mata. Setelah siap setup semua props, tibalah masanya aku kena siapkan baby Eva.

😭😭😭😭😭 Akhirnya mengalir juga air mata ini. Aku cepat-cepat mengesat air mata ini supaya Intan tak tengok. Dada berdegup kencang sangat sepanjang aku siapkan baby Eva Miranda. Beberapa minit kemudian baru kelihatan suami arwah turun dari tangga. Kelihatan wajah suami tenang sambil tersenyum. Dalam hati dia tak siapa yang tahu.

Masih kami ingat kata-kata terakhir arwah padaku.

"Akak tau tak kenapa Elin ambil akak dan Camora Arts compare dengan photographer lain?"

"Selain props, pic cantik semua, pic lawa, album kualiti, layan baik, memang Camora Arts the best!"

"Tapi paling utama issasss, akak dan team Camora Arts tak sombong. Walaupun dah level-level King, shoot artis-artis, VVIP, orang kaya raya dan gol elit akak tetap layan rakyat marhaen macam saya ini elok. Tak pernah double standard. Itu yang buat & fam pilih Akak dan Camora Arts"

"Elin harap akak akan kekalkan kehumblean akak dan team. In Sha Allah akak akan jadi king dalam industri Maternity and Newborn photography ini"

"Dalam sakit-sakit pun masih ingat yang lain"

"Nanti masa akak datang shoot baby Elin nanti, Elin belanja Akak makan sedap-sedap sikit. Apa yang akak dan Camora Arts buat lebih daripada itu. Takat bayaran pakej itu memang lebih dari berbaloi. Tak pernah lagi Elin rasa akak layan clients double standard. Sakit-sakit pun kami tip top."

~ Arwah Elin~

Melihat ramai sangat yang membantu menjaga anak-anak arwah, aku tahu arwah meninggalkan kenangan manis dalam setiap orang yang mengenali dirinya. Sampai satu tahap, aku merasakan arwah benar-benar bidadari syurga.

Semasa baby Eva tengah menyusu, sempatlah kami bertanya pada Intan, macam mana saat terakhir arwah. Kata Intan, bila dia ingat balik, memang arwah Elin macam tahu saja dia nak pergi. Intan bagitau.. kalau Intan berborak malam-malam dengan arwah, arwah selalu ingatkan orang keliling dia.

"Kalau akak tak ada, tolong jagakan anak-anak akak ye..." 😢😢😢

Even masa arwah start sakit, walaupun kebanyakkan masa arwah kat bilik. Intan bagitau dalam keadaan sakit arwah gagah buat persiapan barang-barang Baby Ava selepas lahir nanti. Arwah macam dah tahu dia nak pergi dah...😢😢 Bila Baby Ava lahir, tak ada apa yang perlu dibeli. Semua dah tersedia. 😢😢

Alhamdulillah, Shoot berjalan dengan lancar walaupun pada ketika itu kami photoshoot dibuat ketika baby Ava Miranda berusia 5 bulan. Terima kasih untuk assistantku Zamzarina Abdullah kerana berjaya laksanakan amanah ini. Untuk pengetahuan semua, kami juga merupakan photographer untuk anak arwah Elin yang ketiga selain dari maternity photoshoot.






We re-create the family portrait photos they'd once taken but this time, with her beloved daughter, whom her wife never got to meet.

Al-Fatihah..

Zara Haleena
Owner & Principal
Camora Arts


Sumber: Zara Haleena

Popular posts from this blog

'Wah Siap ada mock cheque!' - Student Form 2 bayar zakat perniagaan RM10,000, undang pelbagai reaksi netizen

Laporan media mengenai seorang pelajar Tingkatan Dua membayar zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), menarik perhatian pengguna media sosial.  Difahamkan, Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mustaman merupakan pengasas produk pemakanan tampil menunaikan tanggungjawab itu selepas produk yang diniaganya itu mencapai jualan sebanyak RM400,000 dalam tempoh empat bulan.  Anak muda itu menjual produk berkenaan sejak September 2022 melalui aplikasi TikTok dan kini dia telah mengambil alih perniagaan itu sejak Januari.  "Saya mula berniaga menerusi TikTok dan agak terkejut dengan sambutan luar biasa daripada pelanggan," katanya.  Sejak daripada itu, dia mula mengambil ejen untuk meluaskan lagi 'empayar' perniagaannya. Dalam masa sama ibu bapanya menasihatkan diau ntuk mengeluarkan zakat perniagaan kepada MAIK.  Sementara itu, ibunya, Bibi Hasnalinda mengakui dia terharu dengan usaha anaknya itu sehi...

'Heran deh, ini negara (Malaysia) hobbynya cari kambing hitam' - Apabila netizen Indonesia gagal fahami isi berita Covid-19

26 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa lebih 70 peratus kes Covid-19 yang diimport berasal dari Indonesia .  Menurut data Kementerian Kesihatan, seramai 139 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif Covid-19. Dari jumlah itu, 71,22% (99 orang) rakyat Malaysia pulang dari Indonesia.  Kes yang selebihnya membabitkan mereka yang pulang dari United Kingdom, Singapura, Turki, Belanda, Amerika, Thailand, Perancis dan Bangladesh.  Kenyataan Dr Noor Hisham itu kemudian disiarkan juga di laman berita Indonesia, Kaskus. Malangnya, pembaca laman itu gagal memahami isi kandungan berita tersebut lalu menuduh Malaysia menjadikan Indonesia sebagai kambing hitam, kononnya punca penularan wabak Covid-19 di Malaysia adalah berpunca dari Indonesia.  Netizen Indonesia menuduh Malaysia gemar mencari 'kambing hitam', malah menuduh lockdown di Malaysia gagal.  Keadaan bertambah buruk apabila satu laman ...

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Apa Kes?

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Ini Respon Balas Pelakon Ini   Pasangan Hafidz Roshdi dan Shuhada kini sedang menanti anak pertama mereka berdua. Sejak berkahwin, pelbagai dugaan yang timbul kepda Hafidz Roshdi dan juga isteri. Yang terbaru, isteri kepada Hafidz Roshdi ini telah dihentam sekali lagi. Semalam Hafidz Roshdi ada memuat naik sekeping gambar bersama isterinya, jika dilihat sememangnya tida apa yang menjadi perhatian. Tetapi ada follower yang telah menegur penampilan isterinya dan cara teguran itu dianggap oleh Hafidz Roshdi amat keterlaluan. Difahamkan individu tersebut menegur cara pemakaian tudung isteri Hafidz yang dilihat pada matanya singkat hingga menunjukkan dada beliau. Namun cara teguran yang diberiakn memang tidak seperti sepatutnya. Tidak lama kemudian individu itu memadam komen tersebut tetapi sempat di screen shot oleh Hafidz. Kemudian, setelah menghentam isteri Hafidz Roshdi, akaun terbabit telah 'block' Hafidz Roshdi. T...