Skip to main content

'Ya cik, nak potong rambut ke?'


Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Gambar-gambar yang digunakan juga hanyalah sekadar hiasan sahaja. Selamat membaca.

CERITANYA bermula begini di mana satu hari itu, sedang aku mengemas barang salun untuk disimpan. Dalam keasyikan mengemas barang, tiba-tiba loceng pintu berbunyi. Ada seorang pelanggan di luar dan wajahnya hanya tunduk memandang ke lantai. 

Aku buka pintu dan menjemputnya masuk. Terkesima seketika melihat wajah dia yang putih dan pucat dengan rambut panjangnya menutupi separuh dari wajahnya.

Dengan wajah tertunduk, matanya tajam memandang ke arah aku, membuatkan aku terasa seram sejuk dan bermula berfikir yang perempuan ini hantu. Tetapi apabila melihat bajunya yang berwarna merah, terus aku matikan fikiran itu. 

"Ya cik, nak potong rambut ke?" soal aku. 

"Potong..." katanya dengan nada perlahan dan dia terus masuk dan duduk di kerusi yang sedia ada. 

"Cik nak potong sampai paras mana?" soal aku lagi. 

Kali ini, dia hanya mendiamkan diri dan tangannya menunjukkan di paras dada, dia mahu rambutnya dipotong mengikut paras tersebut. 

Waktu itu, aku sudah mula berasa tak sedap hati, ada sesuatu yang tidak kena dengan perempuan ini. 

Sepanjang proses aku memotong rambutnya, mata dia hanya memandang aku melalui cermin di hadapan. Tetapi aku buat-buat tidak tahu dan meneruskan saja kerja aku. 

Ketika aku sedang asyik memotong rambutnya, kau baru tersedar yang rambut dia macam tak pendek biarpun sudah dipotong banyak kali dan rambut yang dipotong juga banyak memenuhi ruang lantai. 

Enggan diselubungi perasaan takut, aku fikir positif saja. Mungkin rambut dia memang panjang dan menyambung semula kerja-kerja memotong rambutnya.

Sepanjang aku memotong rambut dia, matanya terus memandang aku dengan tajam dan tanpa henti. 

Setelah selesai, aku terus sikat rambut dia. Pelik, rambut dia masih panjang seperti belum dipotong. Sedangkan aku yakin sangat aku sudah memotong rambutnya mengikut paras dada. 

Dalam aku yang sedang dilanda situasi kehairanan itu, dia hanya memandang aku seperti biasa. Tiba-tiba mata aku terpandang pada jam yang waktu ketika itu jam 7:00 malam dan terus terlintas di fikiran bahawa perempuan ini bukanlah manusia! 

Dengan perasaan ketakutan, aku terus menyikat rambutnya dan tanpa sengaja jari jemari aku tersentuh kulit pipinya. Dia mengeluarkan bunyi, "Hehh!" 

Aku dah mula menangis ketakutan, jari aku dapat rasakan yang kulitnya dingin luar biasa. Teringin aku selesaikan ini semua dengan cepat. 

"Okey cik, daa.. .ddaa... dah si... siaap!" suara aku terketar-ketar. 

Dia terus bangun dengan perlahan dan melangkah keluar. Aku yang ketakutan terus menutup pintu dan berlari ke belakang. Aku ceritakan kejadian itu kepada makcik aku dan dia terus mengajak aku pulang. 

Keesokan harinya, loceng pintu berbunyi lagi pada jam 7:00 malam. Bila pintu dibuka, tiada sesiapa yang berada di luar, tetapi yang anehnya ada rambut berterabur di depan kedai. Meremang bulu roma aku bila teringat akan kejadian semalam. Aku cepat-cepat tutup kedai dan terus pulang. 

Selepas kejadian itu, hampir setiap hari akan berlaku kejadian pelik dan menyeramkan di kedai itu. 

Sumber: Kisah Seram

Popular posts from this blog

'Wah Siap ada mock cheque!' - Student Form 2 bayar zakat perniagaan RM10,000, undang pelbagai reaksi netizen

Laporan media mengenai seorang pelajar Tingkatan Dua membayar zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), menarik perhatian pengguna media sosial.  Difahamkan, Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mustaman merupakan pengasas produk pemakanan tampil menunaikan tanggungjawab itu selepas produk yang diniaganya itu mencapai jualan sebanyak RM400,000 dalam tempoh empat bulan.  Anak muda itu menjual produk berkenaan sejak September 2022 melalui aplikasi TikTok dan kini dia telah mengambil alih perniagaan itu sejak Januari.  "Saya mula berniaga menerusi TikTok dan agak terkejut dengan sambutan luar biasa daripada pelanggan," katanya.  Sejak daripada itu, dia mula mengambil ejen untuk meluaskan lagi 'empayar' perniagaannya. Dalam masa sama ibu bapanya menasihatkan diau ntuk mengeluarkan zakat perniagaan kepada MAIK.  Sementara itu, ibunya, Bibi Hasnalinda mengakui dia terharu dengan usaha anaknya itu sehi...

'Heran deh, ini negara (Malaysia) hobbynya cari kambing hitam' - Apabila netizen Indonesia gagal fahami isi berita Covid-19

26 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa lebih 70 peratus kes Covid-19 yang diimport berasal dari Indonesia .  Menurut data Kementerian Kesihatan, seramai 139 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif Covid-19. Dari jumlah itu, 71,22% (99 orang) rakyat Malaysia pulang dari Indonesia.  Kes yang selebihnya membabitkan mereka yang pulang dari United Kingdom, Singapura, Turki, Belanda, Amerika, Thailand, Perancis dan Bangladesh.  Kenyataan Dr Noor Hisham itu kemudian disiarkan juga di laman berita Indonesia, Kaskus. Malangnya, pembaca laman itu gagal memahami isi kandungan berita tersebut lalu menuduh Malaysia menjadikan Indonesia sebagai kambing hitam, kononnya punca penularan wabak Covid-19 di Malaysia adalah berpunca dari Indonesia.  Netizen Indonesia menuduh Malaysia gemar mencari 'kambing hitam', malah menuduh lockdown di Malaysia gagal.  Keadaan bertambah buruk apabila satu laman ...

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Apa Kes?

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Ini Respon Balas Pelakon Ini   Pasangan Hafidz Roshdi dan Shuhada kini sedang menanti anak pertama mereka berdua. Sejak berkahwin, pelbagai dugaan yang timbul kepda Hafidz Roshdi dan juga isteri. Yang terbaru, isteri kepada Hafidz Roshdi ini telah dihentam sekali lagi. Semalam Hafidz Roshdi ada memuat naik sekeping gambar bersama isterinya, jika dilihat sememangnya tida apa yang menjadi perhatian. Tetapi ada follower yang telah menegur penampilan isterinya dan cara teguran itu dianggap oleh Hafidz Roshdi amat keterlaluan. Difahamkan individu tersebut menegur cara pemakaian tudung isteri Hafidz yang dilihat pada matanya singkat hingga menunjukkan dada beliau. Namun cara teguran yang diberiakn memang tidak seperti sepatutnya. Tidak lama kemudian individu itu memadam komen tersebut tetapi sempat di screen shot oleh Hafidz. Kemudian, setelah menghentam isteri Hafidz Roshdi, akaun terbabit telah 'block' Hafidz Roshdi. T...