Skip to main content

'Tak kecil hati dengan komen netizen' - Gadis Jeng Jeng Jeng


Baru-baru ini viral video 'Jeng jeng jeng' yang dipersembahkan oleh pelakon 3 pelakon teater Sanggar Teater Fauziah Nawi (STEFANI) yang disiarkan di program Selamat Pagi Malaysia, mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

Ada yang terhibur dengan gaya persembahannya, tidak kurang juga yang mengkritik persembahan itu mengarut atau seperti orang kurang waras. 

Bagaimanapun, pelakon teater yang mendapat gelaran 'Gadis Jeng Jeng Jeng' Nurul Syuhada Mohamad A'zi, 25, tidak berkecil hati dengan komen-komen netizen di media sosial. 


Syuhada bersama tiga lagi rakannya, Iellyas Fietri, Fathi Radzi dan Raihan MJ, mempromosikan persembahan teater lakonan mereka berjudul Kembang Layarku. 

"Pelik juga mengapa baru sekarang video itu menjadi bualan sedangkan persembahan teater itu sudah tamat. Biasalah apabila tular, ramai yang memberikan pelbagai pendapat termasuk komen negatif. 

"Saya hanya mengambil pendekatan positif dan komen buruk saya tidak baca. Saya tahu ada yang mencemuh dan menganggap persembahan itu mengarut. Mungkin mereka tidak faham kerana mereka tidak menonton keseluruhan pementasan," katanya. 

Dalam pada itu, Syuhada juga tidak menjangka video tersebut mendapat lebih sejuta perkongsian sedangkan persembahan teater tersebut sudah berjalan pada bulan lepas. 


"Ini adalah teater pertama lakonan saya dan saya mahu terus mencari peluang dalam bidang seni kerana minat yang mendalam. Saya harap, isu yang tular ini menjadi 'salam perkenalan' untuk saya memulakan langkah sebagai pelakon. 

"Terima kasih kepada Fauziah Nawi yang mengasah bakat saya menerusi produksi terbitan Stefani," katanya. 

Popular posts from this blog

'Wah Siap ada mock cheque!' - Student Form 2 bayar zakat perniagaan RM10,000, undang pelbagai reaksi netizen

Laporan media mengenai seorang pelajar Tingkatan Dua membayar zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), menarik perhatian pengguna media sosial.  Difahamkan, Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mustaman merupakan pengasas produk pemakanan tampil menunaikan tanggungjawab itu selepas produk yang diniaganya itu mencapai jualan sebanyak RM400,000 dalam tempoh empat bulan.  Anak muda itu menjual produk berkenaan sejak September 2022 melalui aplikasi TikTok dan kini dia telah mengambil alih perniagaan itu sejak Januari.  "Saya mula berniaga menerusi TikTok dan agak terkejut dengan sambutan luar biasa daripada pelanggan," katanya.  Sejak daripada itu, dia mula mengambil ejen untuk meluaskan lagi 'empayar' perniagaannya. Dalam masa sama ibu bapanya menasihatkan diau ntuk mengeluarkan zakat perniagaan kepada MAIK.  Sementara itu, ibunya, Bibi Hasnalinda mengakui dia terharu dengan usaha anaknya itu sehi...

'Heran deh, ini negara (Malaysia) hobbynya cari kambing hitam' - Apabila netizen Indonesia gagal fahami isi berita Covid-19

26 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa lebih 70 peratus kes Covid-19 yang diimport berasal dari Indonesia .  Menurut data Kementerian Kesihatan, seramai 139 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif Covid-19. Dari jumlah itu, 71,22% (99 orang) rakyat Malaysia pulang dari Indonesia.  Kes yang selebihnya membabitkan mereka yang pulang dari United Kingdom, Singapura, Turki, Belanda, Amerika, Thailand, Perancis dan Bangladesh.  Kenyataan Dr Noor Hisham itu kemudian disiarkan juga di laman berita Indonesia, Kaskus. Malangnya, pembaca laman itu gagal memahami isi kandungan berita tersebut lalu menuduh Malaysia menjadikan Indonesia sebagai kambing hitam, kononnya punca penularan wabak Covid-19 di Malaysia adalah berpunca dari Indonesia.  Netizen Indonesia menuduh Malaysia gemar mencari 'kambing hitam', malah menuduh lockdown di Malaysia gagal.  Keadaan bertambah buruk apabila satu laman ...

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Apa Kes?

Peminat Hentam Isteri Hafidz Roshdi Lagi...Ini Respon Balas Pelakon Ini   Pasangan Hafidz Roshdi dan Shuhada kini sedang menanti anak pertama mereka berdua. Sejak berkahwin, pelbagai dugaan yang timbul kepda Hafidz Roshdi dan juga isteri. Yang terbaru, isteri kepada Hafidz Roshdi ini telah dihentam sekali lagi. Semalam Hafidz Roshdi ada memuat naik sekeping gambar bersama isterinya, jika dilihat sememangnya tida apa yang menjadi perhatian. Tetapi ada follower yang telah menegur penampilan isterinya dan cara teguran itu dianggap oleh Hafidz Roshdi amat keterlaluan. Difahamkan individu tersebut menegur cara pemakaian tudung isteri Hafidz yang dilihat pada matanya singkat hingga menunjukkan dada beliau. Namun cara teguran yang diberiakn memang tidak seperti sepatutnya. Tidak lama kemudian individu itu memadam komen tersebut tetapi sempat di screen shot oleh Hafidz. Kemudian, setelah menghentam isteri Hafidz Roshdi, akaun terbabit telah 'block' Hafidz Roshdi. T...