'Hak saya sebagai owner kedai & pelanggan yang terancam keselamatannya macam mana?' - Pemilik tampil jelaskan mengapa pagar dibina di kaki lima
Pagi tadi warga maya meluahkan rasa puas dan lega apabila pihak Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) bertindak merobohkan struktur pagar yang dibina di kaki lima di hadapan sebuah premis di Taman Bukit Dahlia, kerana pembinaan itu tidak memperolehi kebenaran untuk berbuat demikian. Sebelum itu, pemilik premis yang juga usahawan muda meluahkan rasa tidak puas hati apabila gambar kedainya ditularkan di media sosial sejak semalam sehingga dia dikecam secara bertubi-tubi. Tindakan netizen itu amat mengecewakannya kerana ramai yang tidak mengetahui tujuan sebenar dia membina pagar tersebut. "Kalau nak viralkan kedai orang, sila periksa dulu. Orang cerdik tidak menuduh orang tanpa usul periksa. Orang cerdik akan siasat dulu sebelum post apa-apa. "Keselamatan diri saya yang berniaga di sini, tak perlu difikirkan? Orang yang lalu di depan (kedai) ini pun entah sekali ini saja yang lalu, berbanding dengan saya yang sememangnya berada di sini setiap hari. "Otak ...