Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2022

Kuil ditinggalkan kosong selepas semua sami disahkan positif dadah

Foto hiasan sahaja Sebuah kuil Buddha di Thailand telah ditinggalkan kosong tanpa sami selepas kesemua mereka gagal melepasi ujian saringan dan disahkan positif dadah, menurut seorang pegawai tempatan, semalam.  Empat sami termasuk seorang ketua rahib di sebuah kuil di daerah Bung Sam Phan, wilayah Phetchabun, didapati positif dadah jenis methamphetamine pada Isnin, kata pegawai daerah, Boonlert Thinapthai kepada AFP.  Difahamkan, kesemua sami berkenaan telah dibawa ke klinik kesihatan untuk menjalani pemulihan dadah.  "Kuil itu kini tidak mempunyai sami dan penduduk kampung berhampiran bimbang mereka tidak boleh meneruskan sebarang aktiviti keagamaan (menyembah, menderma makanan kepada rahib sebagai perbuatan baik)," katanya.  Tambah Boonlert lagi, lebih ramai sami akan dihantar ke kuil berkenaan bagi membolehkan penduduk kampung mengamalkan kewajipan agama mereka.  Menurut Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenaya...

Penduduk Kelantan gagal bayar bil air sebanyak RM28.5 juta - AKSB

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan diberitahu, Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) melaporkan sebanyak RM28.5 juta bil air gagal dibayar oleh penduduk negeri itu setakat 30 Sept lepas. Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Kelantan, Azami Mohd Nor, berkata faktor utama tunggakan adalah daripada pengguna domestik yang masih tinggi berjumlah RM18.4 juta dan kutipan sedikit perlahan kerana pengguna masih dalam peringkat pemulihan pasca-Covid-19. “Tunggakan bil pengguna (aktif) AKSB hingga 30 Sept 2022 adalah RM28,543,688 dan ia telah jauh berkurangan berbanding dengan akhir 2021 (31 Dis 2021) yang berjumlah RM33,212,268,” katanya. Beliau menjawab soalan Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) yang ingin tahu jumlah tunggakan bil pengguna AKSB dan penyebab kepada tunggakan tersebut berlaku pada Persidangan DUN Kelantan di Kota Darulnaim. Menurut Azami, bagi meningkat hasil kutipan, AKSB telah menjalankan aktiviti penguatkuasaan kutipan secara be...

Budak 7 tahun dibunuh gara-gara bapa jalin hubungan dengan isteri orang

Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan pada 17 November lalu terbongkar selepas polis mendapati mangsa telah diculik oleh jirannya sendiri.  Pegawai Polis Ashish Jain berkata, mayat mangsa terdahulu ditemui oleh orang awam di kawasan hutan pada Isnin lalu, yang membawa kepada penahanan suspek.  Ketika disoal siasat, suspek, Rajest Rajak, 31, mengaku telah menculik mangsa berusia tujuh tahun untuk membalas dendam terhadap bapa mangsa yang didakwa menjalinkan hubungan dengan isteri suspek.  "Rajak mengaku dan mendakwa isterinya mempunyai hubungan sulit dengan jirannya. Dia cuba menghalang perhubungan itu diteruskan, tetapi gagal.  "Suspek kemudian mengambil keputusan untuk membalas dendam dengan menculik anak perempuan kekasih isterinya.  "Mangsa dirogol sebelum dibunuh dan mayatnya dicampak ke dalam hutan," katanya.  Rajak akan didakwa di bawah Kanun Keseksaan India, Seksyen 376 (rogol) dan 302 (bunuh) dan Akta Perlindungan Kanak-Kan...

'Jijik betul replies!'

Berkongsi mengenai aktiviti harian atau kesukaan di media sosial sama ada dalam bentuk gambar, video dan cerita sudah menjadi satu perkara biasa pada zaman ini.  Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok, Fienajeeha, berkongsi video dirinya sedang menikmati sushi di sebuah restoran makanan Jepun.  Tiada apa yang luar biasa, tetapi ada beberapa lelaki memuat naik komen yang menjijikkan.  Berdasarkan gambar tangkap layar yang ditularkan, lebih kurang lapan lelaki yang memuat naik komen berbaur lucah tanpa rasa bersalah, apatah lagi memikirkan kesan daripada memuat naik komen seperti itu.  this woman right here filming herself eating like a normal person . apparently , masih ada lelaki bangang ye pic.twitter.com/AvJr4yadBn — sof3ass (@ericsofiee) November 28, 2022 "Aku malu untuk kaum lelaki Melayu yang komen public macam ni. Bengap. Tak sedar ke yang baca itu mungkin anak perempuan sendiri, mak mertua atau isteri atau boss dia?" kata SLick.  ...

Menteri disarankan tak ambil gaji seperti PM Anwar Ibrahim

Selesai dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau tidak akan mengambil gaji sebagai Perdana Menteri, sebagaimana yang telah dijanjikannya ketika berkempen di Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.  Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Yahya Sahri berpendapat, menteri yang bakal dilantik dalam Kabinet kerajaan baharu turut disarankan untuk tidak mengambil gaji.  Sekiranya mereka semua bersetuju untuk berbuat demikian, jutaan ringgit hasil daripada gaji menteri itu dapat digunakan untuk membantu rakyat.  "Kalau cabaran telah dibuat oleh Perdana Menteri, maka kabinetnya bagaimana? Sudah tentu menteri juga perlu melihat ia sebagai satu contoh.  "Kalau keseluruhan menteri tak ambil gaji, adalah sangat baik dan berapa banyak juta duit itu dapat disalurkan seperti membina lebih banyak sekolah di Sabah dan Sarawak," katanya memetik laporan dari Sinar Harian.  Bagaimanapun di media sosial, saranan i...

'Adik ipar selalu cemburu, saya bermanja dengan suami pun dia tunjuk muka tak puas hati'

Hasrat bermanja dan meluangkan masa dengan pasangan yang baru dinikahi tergendala dek adik ipar yang dikatakan menaruh perasaan cemburu sehingga sanggup mengganggu hubungan mereka.  Pengadu memaklumkan, suaminya ada menegur perbuatan adiknya itu tetapi reaksi yang diterima tidak masuk dek akal.  SAYA baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan suami saya, dua bulan lebih. Suami ada seorang adik perempuan yang belum berkahwin lagi.  Masalahnya, adik dia selalu cemburu tak tentu pasal dengan saya. Contohnya, bila suami pegang tangan saya atau bermanja dengan saya, menolong mengambil makanan atau minuman untuk saya, adik ipar akan menjeling dan tunjuk muka tidak berpuas hati terhadap saya.  Kalau naik kereta bersama-sama dengan adik dia pula, mesti dia insist duduk di depan dan saya terpaksa duduk di belakang. Walaupun suami dah menasihatkan dia, mesti dia berkeras juga dan kemudian merajuk, tarik muka.  Bila adik ipar tahu suami belikan barang-barang ...

Ibu tikam paha anak dengan pisau untuk halang mangsa keluar dari rumah

SINGAPURA - Seorang wanita didakwa di mahkamah kerana menikam anak perempuannya berusia 15 tahun di bahagian paha kerana kecewa mangsa kerap keluar rumah.  Pihak pendakwaan berkata, ketika kejadian itu berlaku, tertuduh berada di bawah pengaruh alkohol dan bertindak menikam kaki mangsa untuk menghalangnya daripada keluar rumah. Selain itu, tertuduh juga menggunakan beberapa objek lain seperti senduk besi dan kipas elektrik untuk memukul mangsa.  Mangsa mengalami kecederaan serius dan telah dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak dari 20 Jun hingga 1 Julai dan kini berada di bawah jagaan ibu saudaranya.  Semalam, 28 November 2022, tertuduh berusia 40 tahun berkenaan mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan mangsa menggunakan.  Mengikut fakta kes, pada hari kejadian 20 Jun 2022, mangsa sedang bersiap untuk tidur. Tidak beberapa lama kemudian, dia didatangi oleh ibu yang mula memarahinya.  Wanita itu kemudian bertanya kepada anak sulungnya be...

Isteri ajak anak bunuh & kerat mayat suami 22 bahagian kerana disyaki curang

Seorang lelaki dibunuh dengan kejam oleh isteri dan anak tirinya sebelum mayatnya dipotong 22 bahagian, lalu disimpan dalam peti sejuk sebelum dibuang ke beberapa kawasan berhampiran.  Ketua Polis Jenayah Khas, Yadav berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan dari orang awam pada 5 Jun yang memaklumkan penemuan anggota badan manusia di kawasan terpencil. Bertindak di atas maklumat, sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian dan menemui beberapa lagi anggota badan di kawasan itu seperti dua paha, lengan dan tengkorak. Semakan kemudian mendapati, anggota badan yang ditemui itu adalah milik mangsa lelaki bernama Anjan Das.  Susulan penemuan itu, polis telah memeriksa video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan menahan isteri mangsa, Poonam dan anak tirinya, Deepak untuk membantu siasatan. Siasatan awal mendapati, Anjan Das telah hilang kira-kira enam bulan lalu dan kehilangannya tidak pernah dilaporkan oleh ahli keluarganya.  Poonam dan Deepak kemudian m...

'Orang baik' & 'orang jahat' tidak boleh duduk bersama - Pas tak menyesal tak sertai Kerajaan Perpaduan

Pas sebelum ini telah menyatakan pendirian untuk tidak menyertai Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Pakatan Harapan (PH) dan nekad menjadi pembangkang untuk memastikan proses semak dan imbang berjalan dengan baik di Parlimen.  Walau bagaimanapun, Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan kerajaan baharu tersebut bukanlah kerajaan perpaduaan, tetapi kerajaan campuran. Ini kerana kerajaan perpaduan perlu membabitkan semua parti.  Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga menegaskan Perikatan Nasional (PN) tidak akan sesekali menyesal dengan keputusan untuk tidak menyertai kerajaan baharu itu walaupun mempunyai kerusi yang banyak.  "Kita perlu hormat kepada parti utama, kita lihat rakyat sudah memberi mandat kepada PN, malah Pas saja menang 49 kerusi yang tertinggi. Bagaimanapun, apa yang rakyat nak tidak ada dalam kerajaan.  "Tetapi, apa yang penting bagi kita ialah untuk menerima keputusan yang dibuat dan kami akan turun sebagai satu kumpulan ...

Baru selesai tukar tayar, kontraktor maut, anak parah dirempuh lori

Malang tak berbau, seorang kontraktor dilaporkan maut dirempuh lori selepas selesai menukar tayar kereta di Kilometer 179.3 Lebuhraya Utara-Selatan, pagi semalam.  Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9.30 pagi itu, mangsa, Khaidzir Zainuddin, 59, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan, manakala anak bongsunya, Muhammad Ashraf, 22, parah dan tulang rusuknya patah.  Siasatan awal mendapati, dua beranak itu dalam perjalanan ke Pengerang, Johor dari Kuala Lumpur atas urusan kerja. Namun, tayar kereta Mercedes yang dinaiki mereka pancit dan terpaksa berhenti di lokasi tersebut untuk menukar tayar.  Selesai menukar tayar ganti, kedua-dua mereka berkemas dan tiba-tiba sebuah lori tunda yang berhenti di belakang kereta mereka dilanggar sebuah lori yang datang dari arah sama.  Pelanggaran itu menyebabkan lori tunda itu melanggar dua beranak terbabit yang ketika itu berada di bonet kereta dan tercampak ke tepi lebuhraya.  ...

Anwar dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada jam 2 petang ini

Kemelut pembentukan kerajaan persekutuan baharu bakal ditamatkan dengan pelantikan Perdana Menteri baharu yang akan diumumkan beberapa jam lagi.  Menurut laporan Berita Harian, beberapa Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) dikatakan telah bertemu dengan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato Onn pagi ini.  Pertemuan itu dipercayai bagi memuktamadkan kerjasama di antara dua gabungan itu di mana Ahli Parlimen BN akan menandatangani akuan bersumpah untuk menyokong PH membentuk Kerajaan Persekutuan baharu.  Difahamkan, pembentukan kerajaan baharu itu akan menggabungkan 82 kerusi yang dimenangi PH bersama 26 wakil dari BN, diikuti 3 wakil dari Warisan dan dua dari Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat dan Parti Bangsa Malaysia.  Dalam pertemuan pemimpin PH dan BN di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur semalam, beberapa pemimpin BN menegaskan mereka enggan bekerjasama dengan PH kerana tidak menggemari DAP.  Bagaimanapun, Pe...

'Kata masyarakat Putrajaya ni semua penjawat awam, tapi mentaliti macam budak kampung, low class' - Netizen kecam individu rosakkan bendera, poster parti lawan

Proses penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) telah berlangsung pada 05 November lalu.  Ia membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 116 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri-negeri yang dibubarkan.  Sejajar dengan itu juga, pelbagai kempen telah diadakan oleh parti-parti politik bagi memenangi hati rakyat. Papan tanda, poster  dan bendera antara ‘mekanisme’ wajib ditayangkan apabila menjelang musim PRU. Situasi begini dilihat sebagai satu semangat perjuangan yang tinggi dalam kalangan rakyat terutamanya golongan muda. Namun begitu, timbul isu kurang enak didengar apabila dikatakan segelintir anak-anak muda dibayar untuk merosakkan bendera pihak lawan atau dalam erti kata lain melakukan vandalisme. Calon  P.125 Putrajaya, Dr. Noraishah Mydin Abdul Aziz (PKR/PH) melalui ciapan di Twitter, kesal dengan tindakan segelintir individu yang  melakukan perkara yang tidak bermoral ini. “By indulging in this sort of thuggery and lopping off the Pakatan H...