Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2022

Lelaki maut tertusuk besi selepas terjun dari tingkat 8, sempat bunuh teman wanita

Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas terjun dari tingkat lapan pangsapuri Taman Kilangin di George Town, petang semalam.  Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V. Saravanan berkata, siasatan awal mendapati suspek sebelum itu bertindak menikam teman wanitanya yang juga warga Myanmar sebelum terjun. Polis mengesahkan kedua-dua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.  Menurut saksi kejadian, mangsa wanita sebelum itu baru pulang dari kerja dan didatangi suspek yang memeluknya secara tiba-tiba dan menutup mulutnya. Suspek kemudian menikam mangsa di bahagian perut beberapa kali menggunakan pisau.  Saksi cuba menyelamatkan mangsa, tetapi dihalang oleh suspek yang kemudian terjun dari tingkat lapan pangsapuri tersebut dan bahagian depan badannya tertusuk besi. Mayat mangsa wanita pula ditemui tertiarap berlumuran darah di tingkat tersebut.  Sumber: Astro Awani

Azi berjaya diselamatkan, telah dibawa pulang ke Malaysia

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan ejen jualan kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim, atau Azi, 36, yang diculik sekumpulan lelaki di rumahnya di Wakaf Bharu, Kelantan pada 13 September lalu, telah berjaya diselamatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Menurut laporan Harian Metro, Aziz diselamatkan di Thailand dan telah dibawa pulang ke Malaysia, hari ini.  Lokasi mangsa berjaya dikesan PDRM dengan kerjasama Polis Thailand yang melakukan siasatan dan risikan.  "Mangsa berjaya diselamatkan dengan hasil bantuan pihak berkuasa negara berkenaan dan dibawa pulangg ke Malaysia," katanya.  Setakat ini seramai tujuh suspek warga tempatan telah ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur untuk membantu siasatan. Polis turut merampas kenderaan yang digunakan suspek dalam kejadian itu.  Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.  Dalam kejadian 13 September lalu, Azi diculik sekumpulan lelaki berkenaan yang ...

(Video) 'Nak detect perempuan dah banyak lelaki pakai, test dia buka pintu supercar' - TikToker dikecam teruk oleh netizen

Tular di media sosial sejak semalam, video seorang lelaki 'berkongsi' ilmu bagaimana cara mengesan wanita yang sudah 'dipakai' oleh banyak lelaki, mengundang pelbagai reaksi netizen.  Sejak dimuat naik dua hari lalu, video tersebut telah ditonton lebih dari 351 ribu kali dengan 1,425 komentar dari netizen.  Menurut TikTokers, Aliff Awang berkata, tujuannya berkongsi ilmu itu adalah sebagai peringatan kepada pemilik-pemilik kenderaan mewah daripada menjadi mangsa wanita sedemikian.  Berdasarkan video berdurasi 32 saat itu, Aliff berkata cara untuk mengenal pasti wanita yang telah digunapakai oleh banyak lelaki adalah memerhati caranya membuka pintu kenderaan mewah.  "Kalau korang nak tahu macam mana nak detect seorang  perempuan yang dah banyak 'lelaki pakai', simple je. Kau kena ada supercar.  @aliff_awang I’m back ! Jauhi perempuan camni wahai geng geng kereta mahal 🥹 #confirmfyp ♬ Einaudi: Experience - Ludovico Einaudi & Daniel Hope ...

'Masa tu tengah darurat, kena kejar income tax...' - Respon Isa Isarb mengenai isu promosi iklan judi online M88, sampai terpaksa buang rakan

April 2022, YouTuber Isa Isarb atau nama sebenar, Isa bin Batharul Zaman, 24, menerima banyak kritikan negatif dari netizen susulan tindakannya mempromosi sebuah syarikat perjudian online, M88, yang turut beroperasi di Vietnam, Indonesia dan Thailand.  Pada waktu itu juga, Isa juga menganjurkan cabaran menawarkan ganjaran sebanyak RM10,000, dipercayai ditaja oleh syarikat perjudian yang sama. Ketika itu, ada seorang wanita hamil terjatuh dan mendakwa dia telah dipijak oleh orang ramai semasa berebut menyertai cabaran berkenaan.  Pada awalnya, netizen menggesa Isa untuk menarik diri dari terus bekerjasama dengan syarikat itu dan menasihatkannya menyemak latar belakang sesebuah syarikat sebelum bersetuju untuk berkerjasama. Ini kerana ramai pengikut atau penonton saluran YouTubenya beragama Islam dan golongan bawah umur. Namun, tiada sebarang jawapan yang diberikan.  Baru-baru ini, content creator beragama Islam itu tampil menjelaskan ada sebab mengapa dia berbu...

Deejay kenduri kahwin yang punyai 2 isteri, didakwa merogol anak tiri berusia 13 tahun

Seorang lelaki berusia 39 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sungai Petani atas pertuduhan merogol anak tirinya berusia 13 tahun, dua minggu lalu.  Tertuduh yang memakai baju hitam membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid.  Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai Deejay kenduri kahwin itu didakwa merogol mangsa di dalam bilik di kediaman mereka di Yan pada jam 11 malam, 14 September 2022. Untuk kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta tidak kurang 10 sebatan.  Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Zulfadly Hassan, manakala tertuduh diwakili Peguam Nur Izzatul Amirah Zawawi.  Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh yang mempunyai dua isteri itu diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan syarat tidak mendekati atau mengganggu mangsa.  Hakim Roslan Ham...

60% jalan persekutuan rosak & perlu dibaiki dengan peruntukan RM3 bilion - Menteri

Foto hiasan semata-mata | Kosmo Online Kira-kira 60 peratus Jalan Persekutuan di negara ini sudah rosak atau luput tempoh hayatnya dan perlu diperbaiki dengan keperluan peruntukan kira-kira RM3 bilion, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof. Beliau berkata memandangkan peruntukan yang tinggi diperlukan, pihaknya sedang mengadakan rundingan dengan syarikat konsesi selain mendapatkan maklum balas dari semua kementerian mengenai hala tuju pembinaan dan pembaikan semula jalan yang sudah luput tempoh hayat itu. “Sebab itu, kita nak bekerjasama dengan beberapa pihak dan pendekatan kita adalah pelbagai namun yang penting kita kena bina baharu (jalan) supaya keselesaan serta keselamatan jalan itu terjamin kepada pengguna,” katanya kepada pemberita di Puncak Alam hari ini. Terdahulu Fadillah menghadiri majlis tawaran cabutan kerja undi bagi Kerja-kerja Penyenggaraan Berkala Pavemen Di Bawah Kontrak Penyenggaraan Jalan Persekutuan Semenanjung Malaysia 2022. M...

Remaja didakwa bunuh kekasih kerana enggan dipaksa melakukan hubungan seks

Foto Kosmo Online Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas pertuduhan membunuh lelaki yang dipercayai kekasihnya dalam kejadian minggu lalu.  Tertuduh, Sim Hui Ying, hanya mengangguk faham dan tidak membuat sebarang pengakuan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret R Salini.  Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa membunuh Yap Kelly, 29, di sebuah hotel di Taman Mount Austin pada jam 8 malam, 20 September 2022.  Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika didapati bersalah.  Menurut laporan Harian Metro, siasatan awal polis mendapati, tertuduh bertindak sedemikian selepas menolak permintaan Yap yang mengajaknya melakukan hubungan seks tanpa kerelaan. Dia kemudian memaklumkan hal itu kepada keluarganya sebelum membuat laporan polis. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya ...

Lelaki menang loteri RM14.2 juta berharap dia tak pernah menang, penat hadap orang asyik datang minta tolong

Seorang lelaki di India dilaporkan berjaya memenangi loteri berjumlah 250 juta rupee (RM14.2 juta) selepas membeli tiket loteri itu menggunakan wang tabung anaknya. Tetapi, lelaki itu kini mengatakan bahawa dia berharap tidak pernah memenangi hadiah wang tunai sebanyak itu. Lapor media tempatan, Anoop menang hadiah wang tunai itu pada awal bulan ini dan kira-kira satu pertiga dari jumlah kemenangan itu perlu dikembalikan kepada kerajaan dalam bentuk cukai. Bagaimanapun, Anoop berkata, kehidupannya bertukar menjadi mimpi ngeri dan berharap tidak pernah menang kerana kehidupan keluarganya sudah mula terganggu dengan kehadiran orang ramai yang meminta bantuan daripadanya. "Saya berharap saya tak menang. Kalau dapat hadiah ketiga pun mungkin dah memadai.  "Pada awalnya saya sangat gembira apabila diumumkan sebagai pemenang, sehingga ada orang dan jurukamera datang ke rumah untuk buat liputan.  "Tetapi sekarang, saya tak boleh keluar dari rumah dan tak boleh per...

'Beli kereta boleh, bayar tol takleh plak?' - Pemandu culas bayar tol ditahan & dipaksa bayar tunggakan tol serta-merta

Sejak dari dulu lagi, ada segelintir pengguna lebuhraya yang enggan membayar tol dan bertindak menceroboh lebuhraya itu dengan pelbagai cara seperti mengekori rapat kenderaan di depan, menceroboh laluan motosikal dan melanggar palang tol sehingga patah.  Tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja menyebabkan kerugian, malah menyebabkan kerosakan dan pihak tol terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk mengganti palang yang rosak.  Jika tidak bernasib baik, berlaku kemalangan yang tidak diingini dan jelas perbuatan sedemikian boleh mendatangkan kemudaratan kepada pengguna lain.  Contoh kes yang berpunca dari pengguna culas bayar tol Bagi membanteras kejadian itu, pihak konsesi tol PROLINTAS AKLEH mengambil insiatif untuk mengesan dan menahan kenderaan yang sering melakukan kesalahan itu.  Dalam operasi yang dilakukan malam kelmarin, mereka berjaya menahan beberapa kenderaan terbabit di Plaza Tol Keramat, Lebuhraya AKLEH. Dan akibatnya, peman...

'Dia beri kerjasama yang baik' - Kes pengkid pakai ihram ketika mengerjakan umrah, sudah selesai

Kes seorang wanita berperwatakan lelaki (pengkid) yang memakai irham lengkap ketika mengerjakan umrah, dilaporkan telah diselesaikan secara baik di luar mahkamah, sejak hampir sebulan lalu.  Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK), Datuk Mohd Yusop Husin berkata, wanita itu datang ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Perak Tengah, bersama dengan ibu bapanya, serta menjalani sesi kaunseling.  "Kes sudah selesai hampir sebulan lalu selepas pihak kita mengambil keterangan serta semua maklumat berkaitan dengan kehadiran bersama ibu bapanya. Alhamdulillah mereka berikan kerjasama amat baik.  "Insya-Allah kita ada cara tersendiri bagaimana hendak menangani kes seumpama ini," katanya memetik laporan Harian Metro , Rabu, 28 September 2022.  Mohd Yusop berharap, wanita itu sedar dan insaf dengan perbuatannya itu. Beliau juga menyifatkan kehadiran wanita itu secara sukarela mungkin kerana rasa bersalah dan menyesal dengan perbuatan tersebut. Ogos lalu, kes wani...

'Aura 'Bossku' masih kuat, akan bantu BN menang PRU15' - Zahid

Barisan Nasional (BN) dijangka akan terus berkembang maju disebabkan aura 'Bossku' yang masih kuat biarpun Najib Razak telah dipenjarakan atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.  Pengerusi gabungan, Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun pemenjaraan Najib itu mengundang kegembiraan pembangkang, namun ianya tidak berguna kerana BN akan terus mara. "Mereka meramalkan pemenjaraan Najib akan menamatkan aura 'Bossku' sekali gus melemahkan BN, tetapi sebaliknya yang berlaku. "Jasa dan budi 'Bossku' tetap tersemat rapi dalam sanubari anggota masyarakat yang mula mengetahui kebenaran di sebalik kebenaran. Sekali gus melonjakkan lagi keyakinan dan kepercayaan majoriti rakyat untuk memberi kemenangan besar kepada BN dalam PRU15 akan datang. "Mereka berharap nama Najib berjaya dibunuh selepas dipenjarakan, namun aura 'Bossku' masih menjadi sebutan rakyat sehingga hari ini menyebabkan lawan BN jadi seriau da...

Pelajar junior dakwa diliwat oleh 'Gemuk' selama 2 jam dalam bilik asrama

Seorang pelajar asrama berusia 16 tahun di sebuah pusat pengajian di Langkawi mendakwa telah diliwat oleh pelajar senior dalam kejadian Ahad lalu.  Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, kejadian itu berlaku pada jam 1 pagi di mana mangsa telah dipanggil datang ke bilik suspek berusia 19 tahun. Sebaik saja mangsa masuk ke dalam bilik, suspek terus meliwat mangsa selama dua jam.  "Hasil siasatan awal mendapati, mangsa membuat laporan berhubung kejadian kerana mahu kejadian menimpa dirinya diambil tindakan oleh polis selain untuk pemeriksaan di hospital.  "Mangsa dalam laporan itu turut mendakwa kejadian itu (liwat) berlarutan sehingga dua jam," katanya.  Bertindak di atas maklumat, polis telah menahan suspek pada jam 8.15 Isnin lalu untuk disiasat mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.  Sumber: Harian Metro

Pelajar maut dipukul cikgu kerana tak reti eja 'sosial' semasa peperiksaan

Polis sedang memburu seorang guru di India kerana disyaki telah memukul pelajarnya, Nikhil Dohre, menggunakan tongkat sehingga mati, hanya kerana melakukan kesilapan semasa mengeja.  Menurut keterangan bapa mangsa, suspek memukul Dohre, 15, kerana tersilap mengeja perkataan 'sosial' semasa menduduki peperiksaan.  Mangsa sempat dikejarkan ke hospital di Uttar Pradesh, tetapi doktor tidak dapat menyelamatkannya dan mangsa disahkan meninggal dunia pada Isnin, 27 September.  Setelah mengetahui kematian mangsa, suspek bertindak melarikan diri dari Uttar Pradesh dan kini sedang diburu polis. "Dia boleh lari ke mana saja, tetapi kami tetap akan memburunya sehingga ke lubang cacing," kata pegawai polis, Mahendra Pratap Singh. Dohre merupakan komuniti Dalit yang terendah dalam kasta di India. Komuniti Dalit dikatakan kerap menerima layanan prejudis dan diskriminasi.  Ratusan penduduk bertindak turun ke jalanan untuk membantah kekejaman yang dilakukan terhadap m...

Remaja maut dipanah petir ketika berdua-duaan dengan kekasihnya dalam khemah

Tular di media sosial sepasang kekasih disambar petir ketika sedang berdua-duaan di dalam khemah dalam kejadian yang berlaku di Bukit Waruwangi, Kabupaten Serang, Indonesia.  Menurut pihak berkuasa, kejadian itu berlaku pada Jumaat, 23 September lalu yang telah menyebabkan salah seorang mangsa maut serta-merta di lokasi kejadian.  Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Ikhwanul Mu'minin, 19, manakala identiti teman wanitanya masih belum diketahui.  Difahamkan semasa kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, pasangan berkenaan memasang khemah di lokasi sebelum hujan turun dengan lebat dan disusuli dengan petir di sekitar kawasan itu.  Pasangan berkenaan kemudian berteduh di dalam khemah berukuran 2 x 2 yang disewa dari pihak pengurusan pusat pelancongan tersebut. "Kira-kira jam 11.30 pagi, terdengar bunyi dentuman petir di sekitar tempat pasangan itu mendirikan khemah. Ketika dihampiri, keadaan khemah itu rosak dan kedua-dua mangsa berada dalam keadaan ti...

Pekerja stesen minyak & scalper dikesan jual kad NFC TnG dengan harga Yahudi

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesan kegiatan penjualan kad Komunikasi Medan Dekat (NFC) Touch ‘n Go (TnG) di platform pasaran dalam talian pada harga berlipat kali ganda. Kad NFC TnG dijual pada harga RM10 di lokasi stesen minyak terpilih atau menerusi transaksi dalam talian menggunakan aplikasi TnG. Penjualan kad itu sejak April tahun ini bagaimanapun dilaporkan mengalami bekalan yang terhad di saluran berkenaan. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP telah menerima empat aduan rasmi mengenai kad NFC TnG dan mengesan 13 iklan jualan kad berkenaan membabitkan beberapa platform dalam talian. Beliau dalam satu kenyataan hari ini mendedahkan berdasarkan siasatan awal, penjualan kad NFC TnG itu turut membabitkan pekerja di kaunter pembayaran sebuah stesen minyak.  “Individu berkenaan didapati menjual sekeping kad NFC TnG yang asalnya berharga R...

Influencer TikTok maut ditembak selepas terima panggilan misteri yang meminta dia keluar sekejap dari rumah

Karla Pardini Seorang influencer TikTok popular di Mexico, maut ditembak selepas menerima panggilan telefon lewat malam yang individu yang tidak dikenali.  Menurut Pendakwa Raya Sinaloa, Sara Bruna Quinone berkata, mangsa, Karla Pardini, 21, dikatakan menerima panggilan itu pada jam 10.30 malam pada 20 September lalu yang meminta dia keluar dari rumah seketika dan  tidak pernah kembali selepas itu. "Menurut maklumat yang diberi oleh ibunya, Karla menerima panggilan lalu keluar dan ketika itulah dia diserang," katanya kepada Jam Press.  Pejabat Peguam Negara Sinaloa mendedahkan, Karla telah diserang hendap dan ditembak beberapa kali berdasarkan pemeriksaan pada mayatnya yang ditemui di depan rumah keluarganya. Saksi kejadian memaklumkan, dia ternampak sekumpulan individu bersenjata berkeliaran di kawasan itu sebelum serangan tersebut berlaku. Namun, identiti penyerang Karla masih belum diketahui dan polis belum membuat sebarang tangkapan setakat ini...

Lelaki warga emas 'ratah' anak tiri sejak usia 12 tahun ketika tinggal berdua di rumah

Polis menahan seorang lelaki berusia 64 tahun yang disyaki merogol anak tirinya berusia 17 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Batu Anam, Segamat, Johor.  Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, suspek ditahan pada jam 8.05 malam 21 September lalu selepas perbuatannya dibongkar oleh mangsa yang mengadu kepada ibunya, sebelum mereka membuat laporan polis.  Selepas menerima laporan itu, polis menahan suspek dan siasatan awal mendapati, suspek mula melakukan perbuatan keji itu sejak mangsa berusia 12 tahun, dari tahun 2017.  Suspek kerap melakukan serangan seksual tersebut di tempat yang sama ketika hanya tinggal berdua dengan mangsa.  Suspek turut mengugut mangsa untuk tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa atau berdepan dengan akibatnya.  Suspek direman selaman seminggu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana merogol. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara tidak k...

Mangsa enggan buat laporan polis kerana menganggap dirinya 'orang kecil', manakala Ebit Lew 'orang besar' - Saksi

Pendakwah Ebit Lew atau nama sebenar Ebit Irawan Ibrahim Lew, 37, berdepan dengan 11 pertuduhan gangguan seksual terhadap seorang wanita dengan menghantar gambar dan perkataan lucah ke telefon bimbit mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021, mula menghadapi perbicaraan di Mahkamah Majistret Tenom, hari ini. Ebit didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.  Dalam perbicaraan hari ini, individu yang dikaitkan dengan kes tersebut dikatakan enggan membuat laporan polis pada awalnya kerana menganggap dirinya hanyalah 'orang kecil', berbanding tertuduh yang dianggap sebagai 'orang besar'. Saksi pertama pendakwaan, Mohd Fairuz Abu yang juga pakar motivasi berkata, sebelum ini dia menerima puluhan mesej di WhatsApp daripada individu yang mengadu menjadi mangsa gangguan seksual termasuk yang dilakukan tertuduh.  "Salah seorang individu yan...

'Pinjam duit alasan tak cukup duit nak bayar bil bini bersalin konon' - Ramai dah jadi mangsa scammer ni di hospital/klinik di Kota Bharu

Foto ihsan Siti Nurul Salsabila Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an didakwa sedang giat melakukan penipuan di sekitar pusat kesihatan di Kota Bharu, Kelantan dengan menjaja cerita sedih kononnya dia memerlukan wang untuk membiayai kos rawatan isterinya yang bersalin.  Lapor Harian Metro, suspek dikesan melakukan kegiatan itu sejak beberapa bulan lalu dan ramai yang telah menjadi mangsanya.  Difahamkan, suspek menggunakan modus operandi menjaja cerita tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar bil isterinya bersalin. Untuk menyakinkan mangsa, suspek akan berpura-pura bersedih dan menangis.  Dalam kejadian terbaru, pengusaha butik pengantin, Siti Nurul Salsabila Mohd Zaki, 27, berkata, adik lelakinya telah menjadi mangsa penipuan lelaki terbabit.  "Kejadian dua minggu lalu di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Ketika itu kami sedang menunggu adik ipar bersalin dan didatangi oleh lelaki terbabit yang ingin bercakap secar...

Wanita masuk hospital selepas 'termakan taik' anjing peliharaan ketika tidur

Seorang wanita mengalami masalah kesihatan selepas anjing peliharaan anak perempuannya berak di dalam mulut ketika dia sedang tidur.  Amanda Gommo, 51, pada waktu kejadian sedang tidur bersama anjing baka Chihuahua tersebut. Namun anjing itu tiba-tiba tercirit kerana perutnya tidak sihat dan najisnya terkena tepat pada mulut Amanda yang sedang terbuka ketika itu.  Ibu kepada tiga anaknya terpaksa dirawat di hospital selepas dijangkiti jangkitan gastrousus.  "Saya tiba-tiba merasakan ada sesuatu yang memancut di dalam mulut saya. Saya terus bergegas pergi ke bilik mandi untuk membasuh muka.  "Sebelum itu saya sempat mengambil gambar dan ianya sangat menjijikkan. Saya muntah selama berjam-jam tetapi masih tidak dapat menghilangkan rasa najis itu dari mulut," katanya.  Anak perempuannya kemudian membawa anjing itu ke klinik haiwan dan doktor veterinar mengesahkan haiwan itu dijangkiti pepijat perut yang ganas dan diberikan antibiotik.  Selepa...

'Sakit betul hati aku dengan kakak ipar, dia baik tapi dia fake' - Gadis luah rasa meluat dengan kakak ipar, tapi diselar netizen

Media sosial sering menjadi pilihan untuk belia berkongsi mengenai masalah yang dihadapi. Jika bernasib baik, mungkin ada yang akan memberi nasihat untuk menangani masalah itu. Tetapi perkara sebaliknya yang berlaku sekiranya luahan yang dikongsikan itu memakan diri.  22 September lalu, seorang gadis bernama Azie meluahkan ketidakpuasan hatinya mengenai kakak ipar yang didakwa hanya berpura-pura baik dengan mereka apabila berada di depan suaminya. Namun, di belakang.. wanita itu kerap menunjukkan rasa tidak selesa dengan kehadiran Azie dan seorang lagi adiknya.  Difahamkan, Azie dan adiknya tinggal bersama abangnya yang telah berkahwin. Dua beradik itu tinggal bersama dengan abangnya kerana tempat tinggal itu berada di kawasan bandar yang mempunyai banyak peluang pekerjaan.  "Aku dan adik bekerja di klinik yang sama dan kami mempunyai syif bergilir. 7 pagi hingga 3 petang dan 2 petang hingga 10 malam. Kalau nasib baik syif kami sama. Nasib tak baik, seorang pagi ...

Kapal NASA akan cuba rempuh asteroid untuk selamatkan planet bumi

Foto hiasan Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) akan menghentam dengan sengaja asteroid menggunakan kapal angkasa tepat jam 7.14 malam ini (waktu tempatan) (7.14 pagi Selasa waktu Malaysia) iaitu misi pertama bertujuan melindungi bumi. Projek yang dipanggil Ujian Pengalihan Asteroid Berganda (DART) dengan sengaja akan merempuh angkasa lepas untuk melihat sama ada batuan angkasa pada suatu hari nanti boleh mengelak daripada dimusnahkan oleh kesan berpotensi bencana daripada asteroid. "Ini adalah permainan billiard kosmik yang sangat rumit. Apa kita mahukan ialah menggunakan sebanyak mungkin tenaga (yang kita boleh) dari DART untuk menggerakkan asteroid," kata ahli pasukan penyiasat DART NASA, Alan Fitzsimmons dalam satu temu bual, menurut Anadolu Agency (AA). Misi DART dilancarkan pada November tahun lalu dari Pangkalan Angkatan Angkasa Vandenberg di California. Hari ini, pegawai misi akan menyerahkan kawalan angkasa lepas untuk membawanya sendiri...

(Video) 'Kerja, kerjalah! Kenapa nak makan?!' - Boss tengking pekerja secara melampau undang kritikan netizen walaupun tahu ia sekadar marketing

Sebagai peniaga/usahawan, sudah tentu siang malam berfikir bagaimana mahu mengaut keuntungan yang berganda. Lebih-lebih lagi di zaman ini di mana orang ramai kerap menggunakan media sosial dan peluang keemasan itu patut dimanfaatkan sebaik mungkin.  Tetapi, entah 'sifu marketing' yang mana dan tidak bertauliah telah menurunkan 'ilmu songsang' kononnya 'bad marketing is still marketing', menyebabkan ada peniaga/usahawan yang mahukan jalan pintas untuk meraih followers menggunakan taktik murahan bagi mencapai kemahuannya itu.  Terkini, tular di media sosial video seorang wanita, pemilik kilang menjahit pakaian, Mariyah Holdings Sdn Bhd yang menengking para pekerjanya sambil menjerit-jerit bagaikan tiada hari esok, mengundang banyak reaksi netizen. Dalam video itu, wanita berkenaan dilihat bengang dan memarahi pekerjanya tidak kira tua atau muda kerana tidak melakukan kerja-kerja mengikut standard yang telah ditetapkan. Antaranya seperti tidak menggunaka...

Kes gangguan seksual Ebit Lew terhadap wanita berumur 41 tahun, dibicara esok

Perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew berkait gangguan seksual akan bermula esok hingga 30 Sepember di Mahkamah Majistret Tenom. Lew, 37, menghadapi 11 pertuduhan, antaranya didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun dengan menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lepas. Dia dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Majistret Nur Asyraf Zolhani akan mendengar kes itu manakala pendakwaan akan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Azreen Yas Mohammad Ramli dan Adibah Saiful Bahari. Barisan peguam Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut, Kimberly Ye Wanchuin dan Chen Wen Jye akan mewakili Lew. Pada Februari lepas, Lew mengaku tidak bersalah atas 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual dan dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap...