Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2022

(Video) 'Apa hal you hisap rokok sini (restoran)?! You bodoh ka?!' - Perokok koyak ditegur pelanggan, cabar buat laporan polis

Tular di media sosial video perokok dimarahi oleh pelanggan yang berang dengan perbuatan tidak bertanggungjawabnya itu sedangkan umum mengetahui bahawa mana-mana premis makanan adalah zon larangan merokok.  Dalam video berdurasi hampir dua minit itu menunjukkan, seorang lelaki dianggarkan berusia 50-an menegur tindakan lelaki muda yang merokok di dalam restoran berkenaan.  Bagaimanapun, teguran itu bertukar menjadi pertengkaran di antara kedua-dua pihak dan turut kedengaran si perokok disembur dengan kata-kata berikut:  "You tak tau ka dalam kedai tak boleh hisap (rokok)? You China punya orang ka? Hah?! China mari la you? P****** you Cina, l***** you tengok-tengok. Apa hal you hisap rokok?! You bodoh ka?!" kata lelaki berusia 50-an itu.  "Apa kuasa you (nak buat teguran)?!" balas perokok itu.  "Saya rakyat Malaysia. L***** you la! P******! Mau kena tampar you punya muka!" jawabnya.  "Saya pun rakyat Malaysia. Kalau you berani, you repor...

Populariti mendunia selepas hampir sedekad lelaki Thailand ini berpenampilan seperti Dominic Toretto

Arthid Duangsri, lelaki berusia 38 tahun dari Chiang Rai, Thailand menjadi popular dan digelar sebagai Thai Vin Diesel setelah hampir sedekad tampil bergaya seperti Dominic Toretto, watak utama dalam filem Hollywood, Fast & Furios.  Sekiranya anda pernah pergi di Chiang Rai, bandar di utara Thailand, pastinya pernah melihat Vin Diesel versi Thailand ini memandu 'muscle car', menyerupai Vin Diesel yang sebenar.  Arthid mungkin merupakan orang yang paling popular di bandar itu atas usahanya membina kemahsyuran sebagai Dominic Toretto selama bertahun-tahun. Dia bukan sahaja 'menyamar' sebagai Vin Diesel apabila keluar di tempat awam atau menghadiri acara khas, malah dia sebenarnya hidup sebagai Vin Diesel versi Thailand sepenuh masa.  Difahamkan, Arthid sebelum ini berambut panjang dan bermisai merupakan penari dalam kumpulan tempatan. Dia kemudian diberitahu oleh rakannya (2014) jika dia membotakkan kepala, dia akan kelihatan seperti Vin Diesel. Teruja dengan...

Lelaki berusia 27 tahun sukar dapatkan pekerjaan disebabkan penampilannya seperti kanak-kanak

Mao Sheng susah cari kerja disebabkan wajahnya seperti kanak-kanak | Foto Oddity Central Seorang lelaki berusia 27 tahun dari Dongguan, China, mengalami kesukaran untuk mencari pekerjaan disebabkan penampilannya yang kelihatan seperti kanak-kanak berbanding lelaki dewasa berusia 20-an.  Walaupun Mao Sheng mengakui dirinya berusia 27 tahun, ramai bersetuju dia tidak kelihatan seperti lelaki dewasa dan menganggap penampilan mudanya itu sebagai rahmat. Tetapi bagi Mao, apa yang berlaku pada dirinya adalah satu sumpahan yang menyebabkan dia sukar mendapatkan pekerjaan. Kebanyakan majikan yang ditemuinya tidak percaya bahawa dia berusia 27 tahun. Malah, mereka tidak mahu mengambil risiko untuk menawarkan pekerjaan kepada Mao kerana bimbang dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa atas pertuduhan mengambil buruh kanak-kanak. Kisah Mao kemudian tular di media sosial, mengundang pelbagai reaksi netizen yang bersimpati terhadapnya. Dalam satu video viral, Mao memberitahu usi...

Cuepacs gesa kerajaan naikkan gaji sebelum PRU15 atau penjawat awam protes di Putrajaya

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan menaikkan gaji penjawat awam sebelum Parlimen dibubarkan atau berdepan dengan risiko protes jalanan daripada penjawat awam.  Presiden CUEPACS, Adnan Mat berkata, pihaknya sudah banyak kali mencadangkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) agar gaji kakitangan awam Gred 19 kepada Gred 29 dinaikkan. Namun, tiada sebarang tindakan dari JPA.  "Jika gaji mereka tidak disemak sebelum Parlimen dibubarkan, CUEPACS bersedia untuk berpiket di Putrajaya bersama penjawat awam," katanya. Dalam perhimpunan itu kelak, CUEPACS juga akan menuntut pengurangan kos barangan sebelum pilihan raya umum akan datang.  Sebelum ini, CUEPACS telah menggesa kerajaan meluluskan cadangan menaikkan gaji penjawat awam bagi membantu mereka menghadapi krisis kenaikan harga barang dan kos sara hidup.  Selain menaikkan gaji, Adnan turut mencadangkan beberapa perkara lain untuk dipertimbangkan seperti: ...

'Kami tiada niat dera dia' - Suami isteri mengaku salah dera anak angkat, didenda RM40,000

Pasangan suami isteri masing-masing didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi di Bangi hari ini kerana mendera anak angkat mereka berumur empat tahun. Hakim Effandi Nazila Abdullah menjatuhkan hukuman itu ke atas peniaga, Amira Hamzah, 28, dan suaminya Muhammad Fitri Jasmani Josmani, 30, warga Singapura selepas mereka mengaku bersalah menganiaya kanak-kanak perempuan itu sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal. Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di kediaman mereka di Eco Majestic, Semenyih pada 1.25 tengah hari, antara April dan 18 Julai 2022. Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya. Mahkamah turut memerintahkan pasangan itu dipenjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hakim Amir Abdul Hamid manakala kedua-dua tertuduh tidak diw...

'Bukan sebab tak ada kerja, tetapi orang Kelantan memang suka merantau' - Timb. MB Mohd Amar nafi Kelantan kurang peluang pekerjaan

Foto Warta Rakyat Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah sebelum ini dengan bangga mengatakan rakyat Kelantan lebih bahagia dengan kehidupan mereka berbanding Selangor yang maju tetapi rakyatnya tidak bahagia.  Kenyataan Mohd Amar mengundang pelbagai reaksi netizen yang majoriti mendakwa kebanyakan rakyat di Kelantan datang berhijrah ke Selangor, sekali gus menyumbang kepada hasil kajian yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan Malaysia yang menempatkan Selangor di kedudukan rendah daripada Kelantan.  "Tu pasal yang berlambak orang Kelantan kat Selangor. Bahagia sangat sampai Selangor penuh dengan rakyat Kelantan," kata netizen yang berasal dari Selangor.  Netizen juga tidak menolak, ramai rakyat Kelantan datang ke Selangor kerana peluang pekerjaan di negeri Serambi Mekah itu tidak menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyatnya sendiri.  Bagaimanapun hari ini, Mohd Amar tampil menepis dakwaan itu dengan alasan penghijrahan rakya...

'Menyorok bawah tilam ye bang?' - Suami orang dicekup berkhalwat dengan wanita lain di hotel Kulim

Seorang lelaki berstatus suami orang dicekup berkhalwat dengan pasangannya dalam serbuan yang dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK), malam tadi.  Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Shariffudin Mat Saad berkata, lelaki berusia 24 tahun itu mengaku datang dari Perak ke Kulim malam tadi atas urusan kerja.  Di kesempatan yang ada, dia mengambil keputusan untuk bertemu dengan wanita berkenaan yang baru sahaja dikenalinya melalui aplikasi media sosial, di sebuah hotel kira-kira jam 10 malam.  Ketika serbuan dilakukan, lelaki terbabit ditemui bersembunyi di bawah katil untuk mengelakkan dirinya dicekup.  Pasangan itu juga gagal menunjukkan sebarang dokumen yang membuktikan mereka adalah pasangan suami isteri atau mahram.  Mereka dibawa ke balai polis untuk membuat laporan tangkapan sebelum diambil keterangan bagi siasatan mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014.  B...

Lebih 1.2 juta pelancong warga China masih belum keluar dari Malaysia

' Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan lebih 1.2 juga warga China yang masuk ke Malaysia tidak keluar dalam tempoh antara 2018 hingga 2021.  Rekod keluar dan masuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menunjukkan ketibaan warga China ke Malaysia bagi tempoh itu adalah seramai 7,177,043 orang. Namun, jumlah yang keluar hanya seramai 5,954,765 orang sahaja. Baki 1,222,278 orang pula masih belum keluar dari Malaysia.  "Berdasarkan rekod JIM, ketibaan warga China ke Malaysia bagi tempoh 2018 hingga 2021 seramai 7,177,043 orang. "Sementara, pelepasan warga China yang keluar dari negara pada 2018 hingga 2021 adalah seramai 5,954,765 orang," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam. Terdahulu, Datuk Shabudin Yahaya (Bersatu-Tasek Gelugor) yang bertanyakan bilangan warga China yang masuk dan keluar semula dari Malaysia antara 2018 hingga 2021, serta jumlah yang berkahwin dengan rakyat tempatan dan menetap di negara ini. Sementara itu, rekod dari ...

Wanita mati ditembak bekas suami selepas kongsi hal perceraian di TikTok

Seorang wanita Pakisan-Amerika berusia 29 tahun dilapor maut dibunuh oleh bekas suaminya selepas mangsa berkongsi mengenai hal perceraiannya di TikTok.  Jurugambar Sania Khan mati ditembak dan dibunuh oleh bekas suaminya, Raheel Ahmed, 36, yang sanggup datang dari Altanta, Georgia, ke kediaman baharu Khan di Chicago .  Menurut jurucakap Polis Chicago berkata, semasa pasukan polis tiba di tempat kejadian, mereka menemui mangsa dan suspek yang masing-masing mempunyai kesan tembakan di kepala, selain menemui senjata yang digunakan dalam kejadian itu.  @geminigirl_099 ❤️ #beforeandafter #bridesmaiddresses #bridesmaids #beforeandafterwedding #wedding ♬ original sound - Areneemua Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suspek dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.  Pejabat Koroner Daerah Cook mengesahkan, mangsa mati akibat dibunuh, manakala suspek pula mati akibat bunuh diri.  Siasa...

(Video) Pengembara masa beri amaran, manusia akan dapat Superpower apabila bumi terkena tempias gelombang letusan matahari

Seorang pengguna TikTok yang mendakwa dirinya sebagai 'pengembara masa' berkata akan muncul beberapa adiwira dan penjahat selepas planet bumi menerima tempias letusan gelombang matahari.  Individu yang dikenali sebagai @timevoyaging itu memberi amaran di mana 10 individu akan mendapat kuasa tersebut apabila matahari melepaskan 'tenaga luar biasa' itu pada 14 November 2022.  Tambahnya, orang yang paling teruk menerima kesan letusan itu akan memiliki kuasa yang luar biasa termasuk telekinesis. Namun tidak semua daripada orang 'terpilih' itu akan menggunakan kuasa tersebut untuk tujuan kebaikan.  "Perhatian! Saya pengembara masa yang benar. 10 orang akan mendapat kuasa luar biasa tidak lama lagi. Pada 14 November 2022, matahari akan mengeluarkan gelombang tenaga yang jarang melanda bumi.  "10 orang yang paling teruk terkena itu kerana mereka berada di bawah pancaran cahaya matahari akan menerima kuasa luar biasa.  "Ada kuasa yang baik se...

(Video) 'Mata ada kan, jangan main redah je.. Tak nampak ke anak I?' - Wanita dakwa sekumpulan wanita ini tiada adab tetapi...

Percutian sekumpulan wanita di Kuala Lumpur sedikit terjejas apabila mereka dibebel oleh seorang wanita yang tidak berpuas hati dengan mereka dalam insiden yang dikatakan berlaku di pusat beli belah, Berjaya Times Square.  Video tular yang dimuat naik oleh pengguna TikTok, Anis Nafisa berkata, dia bersama lima lagi rakannya masuk ke dalam lif sebelum ditegur oleh wanita berkenaan.  "Kami enam orang masuk lift, so penuh la sampai belakang. Nampaklah seorang kakak dengan budak ni. Maknya dia penjuru kanan lift dan anaknya di penjuru kiri lift sambil melihat keindahan mall.  "Dia tiba-tiba berkata, 'Hei, nampak kan anak I tu. Tak nampak ke?'. Dalam hati saya macam, marah saya ke? Padahal sebelum masuk dah nampak dia berdiri jauh dan tiba-tiba nak marah sebab saya berdiri di tengah antara dia dengan anaknya," katanya.  @anisnafisaaa ceritanya, saya taknak ambik anak akak pun. Mohon kuasa viral cari akak ni‼️‼️ saya cuma nak mintk maaf je🥹🥹😌🥹🥹 ada r...

Apa hukum penghantar makanan (rider) hantar makan/minuman haram? Ini jawapan Ustazah Asma' Harun

Foto Kosmo Online Isu penghantar makanan beragama Islam menghantar makanan atau minuman haram seperti babi dan alkohol, seringkali dibincangkan di media sosial dan ia dilihat seperti tidak berkesudahan.  Baru-baru ini, seorang individu membangkit soalan yang sama kepada Ustazah Asma' Harun untuk mendapatkan jawapan yang jelas.  "Assalamualaikum. Nak tanya ni, apakah hukum menghantar makanan tidak halal seperti arak dan babi?"  Menjawab persoalan itu Ustazah Asma' berkata, seseorang yang bekerja sebagai penghantar barang dan sifat pekerjaannya itu adalah umum serta tidak bertujuan jahat, maka hasil pendapatan yang diperolehi itu adalah halal.  "Namun, jumhur ulama seperti Imam al-Khatib al Syarbini mengatakan bahawa haram bagi jual beli yang membawa kepada maksiat dan kemungkaran sekiranya sedar atau diketahui.  "Ia juga jatuh haram apabila terdapat sangkaan yang kuat akan tujuannya yang cenderung kepada perkara yang haram atau memang h...

(Video) 4 maut, ambulans terbabas rempuh tol sampai pesakit tercampak keluar

Tular di media sosial baru-baru ini video menunjukkan sebuah ambulans merempuh tol yang mengakibatkan pesakit tercampak keluar dan pekerja tol yang tidak sempat melarikan diri turut menjadi mangsa.  Lapor media tempatan, empat individu termasuk pesakit maut dalam kemalangan yang berlaku di Karnataka Uttara Kannada di Bhatkal. Terdahulu, pesakit, Gajanan Ganapathi Naik, 45, mengalami serangan jantung dan dibawa ke hospital swasta yang berada 15 kilometer dari rumahnya. Doktor di hospital itu kemudian merujuk Gajanan ke hospital lain di Dakshina Kannada untuk rawatan lanjut.  Tugas menghantar Gajanan diamanahkan kepada pemandu ambulans, Roshan. Memandangkan keadaan pesakit memerlukan rawatan segera, Roshan memandu ambulans melebihi had laju yang ditetapkan sebelum hilang kawalan dan melanggar lubang lalu merempuh pondok tol.  Impak dari kemalangan itu menyebabkan pintu belakang terbuka membuatkan pesakit dan isterinya serta petugas ambulans tercampak keluar....

Menteri Hal Ehwal Agama rayu agar Menteri Kewangan tak tangguh kemudahan cuti bersalin dengan elaun penuh kepada Guru Kafa

Foto The Star Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Idris Ahmad berkata beliau sendiri telah berbincang dengan Menteri Kewangan berhubung rayuan penangguhan kemudahan cuti bersalin dengan elaun penuh kepada guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA). Idris berkata beliau telah bertemu dengan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bagi memaklumkan hasrat dan rayuan tersebut untuk pertimbangan selanjutnya. “Kita buat rayuan kepada Kementerian Kewangan. Insya-Allah kita cuba atasi kerana semua itu kena ikut peraturan. Bukan kita tidak mahu jaga guru KAFA,” katanya dalam sidang media pada program Jualan Bergerak Bantu Rakyat di Surau Ahmadi, Sungai Petai di Perak hari ini. Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff dilapor mengesahkan keputusan menangguhkan kemudahan cuti bersalin dengan elaun penuh selama 60 hari kepada guru KAFA seperti yang diumumkan pada Januari lepas, sebagai mematuhi saranan Kementerian Kewangan. Idris b...

'Ada negara yang berjaya turunkan inflasi selepas potong gaji menteri?' - Annuar

Foto MalaysiaNow Tidak dinafikan di media sosial, ramai yang mencadangkan agar gaji menteri dipotong bagi membantu mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan sekali gus 'wang tersebut' dapat digunakan untuk membantu rakyat yang sedang bergelut dengan isu kenaikan harga barangan.  Bagaimanapun, Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Annuar Musa dilihat tidak bersetuju dengan cadangan itu yang dikatakan tidak relevan dan tidak akan menurunkan kadar inflasi mahupun harga barangan.  Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, walaupun gaji setiap menteri dipotong, jumlah penjimatannya tidak memadai untuk mengubah keadaan. "Bolehkah anda menamakan satu negara yang turunkan inflasi dengan (menteri) potong gaji? "Kedua, katakan anda potong RM10,000 dari setiap menteri, gandakan dengan 36 (jumlah menteri dalam kabinet), berapa yang anda dapat?  "Bolehkah anda memberi jaminan kepada saya yang inflasi akan selesai (dengan cara ini)? Harga barang...

Warga emas lakukan amang seksual terhadap anak saudara dipenjara 4 tahun, 2 sebatan

Foto Harian Metro Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu semalam menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan dua sebatan terhadap seorang lelaki yang didapati bersalah kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudara perempuannya yang berusia tujuh tahun pada 2019.  Hakim Nooriah Osman membuat keputusan itu selepas tertuduh berusia 55 tahun didapati dan bekerja sendiri didapati ebrsalah terhadap pertuduhan itu.  Mahkamah turut memerintah tertuduh berada dalam pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman.  Berdasarkan pertuduhan, warga emas itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa di sebuah rumah di Marang pada Julai 2019. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.  Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Rifin, manakala tertuduh pula diwakili oleh peguam Mohd Hayyatuddin Muhamad.  Sumber: Harian Metro ...

Bengang dituduh goda isteri orang, lelaki tumbuk suami sepupunya

Seorang lelaki bertindak menumbuk suami kepada sepupunya kerana tidak berpuas hati dituduh menggoda isteri orang. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6 petang Ahad, 24 Julai 2022, di Tanah Merah.  Siasatan mendapati, sebelum kejadian itu mangsa berusia 35 tahun pergi ke stesen teksi untuk berjumpa dengan suspek dan berlaku perselisihan faham di antara mereka.  "Perselisihan faham itu berpunca daripada tuduhan kepada suspek yang dikatakan menggoda isteri mangsa, namun suspek tidak mengaku berbuat demikian.  "Suspek bagaimanapun mengaku rapat dengan isteri mangsa disebabkan hubungan sepupu antara suspek dengan wanita terbabit," katanya.  Mangsa mengalami bengkak di bahagian pipi kanan akibat ditumbuk sebanyak sekali oleh suspek menggunakan tangan kirinya. Ekoran kejadian itu, suspek yang berusia 42 tahun tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah untuk diambil keterangan dan siasatan m...

(Video) 'Nak buat baik tak bertempat, tak pepasal jadi punca kemalangan'

Tindakan seorang pemandu memberhentikan kenderaannya bagi memberi laluan kepada kenderaan jenis pacuan empat roda membelok mengundang kemalangan terhadap dua kenderaan lain.  Menurut sumber, kejadian itu berlaku di simpang tiga, Ulu Bendul, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan baru-baru ini.  Berdasarkan video dashcam yang dikongsikan itu menunjukkan, pemandu kereta sedan terbabit memberhentikan kenderaannya secara tiba-tiba di persimpangan itu bagi memberi laluan kepada kereta dari arah bertentangan membelok kiri.  Bagaimanapun, tindakannya itu menyebabkan mangsa terpaksa membrek secara mengejut sebelum dirempuh kenderaan dari belakang yang tidak sempat berhenti lalu merempuh bahagian belakang kereta.  Terkejut dengan kejadian itu, kedua-dua pemandu berkenaan memberhentikan kenderaan di bahu jalan, sementara kenderaan sedan yang menjadi punca kemalangan meneruskan perjalanan tanpa rasa bersalah.  Di media sosial, netizen menyelar tindakan pemandu seda...

Pelanggan perlu tulis nama kalau nak beli satu peket minyak masak bersubsidi

Foto sekadar hiasan sahaja Pengguna di Rantau Panjang dilaporkan perlu menulis nama sebelum dibenarkan membeli minyak masak bersubsidi stau kilogram yang merupakan barangan terkawal.  Lapor Harian Metro, tinjauan di beberapa kedai runcit di daerah itu mendapati, peniaga mewajibkan pelanggan mengikuti syarat tersebut bagi pembelian satu peket minyak masak bersubsidi satu kilogram.  Pengguna, Fatin Nur Najwa Che Razak, 28, berkata, dia menerima arahan daripada peruncit untuk menulis nama sejak dua minggu lalu yang katanya merupakan arahan daripada pihak berkuasa.  "Saya akur sahaja dengan arahan yang diberikan demi mendapatkan minyak masak untuk kegunaan harian. Setakat ini, minyak masak satu kilogram dijual pada harga RM2.80 sehingga RM3 sepeket di sekitar kawasan kampung," katanya.  Berbanding sebelum ini, mereka diwajibkan untuk membeli gula terlebih dahulu sebelum dibenarkan membeli minyak masak bersubsidi tersebut. Namun, amalan itu tidak lagi ...

'Dengan D7 nak main nyorok ye?' - 12 warga emas berjudi di tepi sawah Kuala Kedah, ditahan polis

Foto Harian Metro, Utusan Online Pegawai dan anggota Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah berjaya menahan sekumpulan warga emas yang sedang leka berjudi (Pok Deng) di bangsa di tepi sawah berhampiran Taman Bersatu, Kuala Kedah, semalam.  Kesemua suspek berusia dari 50 hingga 73 tahun sebelum itu cuba menyorok di kawasan sawah sebelum berjaya ditahan polis pada jam 4 petang.  Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mohd Roze Shaari berkata, 12 individu yang ditahan turut termasuk dua wanita, seorang wanita warga tempatan dan seorang lagi warga Indonesia. Penganjur perjudian berusia 57, juga ditahan untuk membantu siasatan.  Selain itu, polis merampas wang tunai berjumlah RM5,948 yang disyaki berkaitan dengan aktiviti perjudian haram itu.  Siasatan mendapati, kesemua suspek terbabit dalam kegiatan tersebut sejak tiga bulan lalu dan setiap seorang hanya dibenarkan bermain judi itu sebanyak dua atau tiga ...

Bayi lemas dalam tab mandi ketika bapanya keluar merokok sambil layan Facebook

Seorang bayi perempuan meninggal dunia selepas ditinggalkan di bersendirian di bilik mandi selama tujuh minit tanpa oleh bapanya yang keluar untuk merokok sambil melayari aplikasi Facebook.  Daniel James Gallagher, 26, mengaku bersalah di atas kecuaiannya itu sehingga menyebabkan kematian anak perempuannya, Leah Jayde, 9 bulan, dalam kejadian 2 April 2021.  Mengikut fakta kes, Daniel meninggalkan anaknya bersendirian di bilik mandi di kediaman mereka di Queensland, Australia, dengan pili air yang masih terbuka dan dalam masa yang sama dia keluar seketika untuk menguruskan masalah bekalan elektrik.  Selepas selesai, Daniel dikatakan menghisap rokok dan melayari aplikasi Facebook untuk beberapa minit berbanding pergi ke bilik mandi untuk mengawasi anaknya.  Selesai merokok, Daniel kembali ke bilik mandi dan mendapati Leah sudah terapung dalam tab mandi. Panik melihat keadaan itu, Daniel segera menghubungi talian kecemasan untuk meminta bantuan. Daniel turu...

Rakyat Kelantan lebih bahagia dari Selangor yang kaya tapi rakyatnya tak bahagia - Kajian

Laporan Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI) 2021 mendedahkan, Kelantan berada di kedudukan kelima, sekali gus membuktikan rakyat di negeri itu berpuas hati dan bahagia dengan kehidupan mereka.  Ketua Perangkawan Malaysia, Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, laporan itu dibuat berasaskan Survei Kebahagiaan Rakyat Malaysia 2021 yang dilaksanakan untuk mengukur tahap kebahagiaan rakyat Malaysia dari aspek fizikal, sosial, emosi dan spiritual.  Tahap kebahagiaan rakyat Malaysia diketegorikan kepada lima skor iaitu nilai 0.00 - 2.00 sangat tidak bahagia; 2.01- 4.00 tidak bahagia; 4.01- 6.00 sederhana bahagia; 6.01 - 8.00 bahagia dan 8.01 - 10.00 sangat bahagia. Sementara itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah dengan bangganya memaklumkan perkara itu kepada rakyat dalam sesi ceramah pasca sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Pengkalan Chepa, malam kelmarin.  Menurut Mohd Amar, Kelantan yang mendapat skor 7.0 itu jauh lebih tinggi dari ...

Berita tak baik untuk Guru Kafa, kemudahan cuti bersalin dengan elaun penuh ditangguhkan

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil keputusan menangguhkan kemudahan cuti bersalin dengan elaun penuh selama 60 hari kepada guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) seperti yang diumumkan pada awal tahun ini.  Kemudahan itu hanya diberi sekali sepanjang tempoh kontrak lantikan semasa yang sedang berkuat kuasa dan selaras penambahbaikan Peraturan Kafa Tahun 2022 yang memasukkan perkara berkaitan cuti bersalin berelaun selama 60 hari.  Menurut Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, keputusan itu dibuat sebagai mematuhi saran dan pandangan Kementerian Kewangan.  Difahamkan, Kementerian Kewangan pada 6 Julai lalu mengeluarkan pandangan bahawa pelaksanaan kemudahan itu adalah tidak sesuai dibuat pada ketika ini kerana kedudukan status perjawatan guru Kafa.  Bagaimanapun, Jakim dikatakan sedang berusaha membuat rayuan kepada Kementerian Kewangan dan menjustifikasikan langkah yang diuat bagi pertimbangan semula kementeriaan berkena...

Remaja lelaki dibakar rakan kerana dituduh mencuri RM100

Seorang remaja berusia 15 tahun dilaporkan melecur di bahagian leher dan badan selepas dibakar oleh rakan dalam kejadian di Perasing Jaya, Jabor, Kemaman, Jumaat lalu, 22 Julai 2022.  Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mangsa pulang ke rumah pada jam 3 pagi untuk meminta pertolongan dari keluarganya.  Mangsa menangis menahan kesakitan menceritakan kepada bapanya bahawa dia telah dibakar oleh rakannya sehingga melecur dari bahagian leher hingga ke belakang.  Siasatan awal polis mendapati, mangsa dibakar kerana dituuh mencuri wang rakannya berjumlah RM100. Mangsa disimbah dengan cecair dipercayai petrol sebelum dicucuh api yang menyebabkan badannya melecur.  Mangsa kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, Pahang. Susulan dari kejadian itu, polis telah menahan suspek berusia 28 tahun pada Sabtu di kediamannya. Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis...

No telefon Zalina kali terakhir aktif pada 20 November, polis giat kesan pekerja pengubahsuaian rumah

Dalam perkembangan terkini kes kehilangan bekas personaliti TV3, Zalina Azman, polis mengesahkan kali terakhir nombor telefon bimbitnya aktif adalah pada 20 November 2021, iaitu empat hari sebelum anak lelakinya cuba menghubungi wanita itu.  Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan Zalina mungkin hilang lebih awal dari tarikh yang dilaporkan.  "Kalau anaknya tidak cuba telefon, kita pun tidak tahu dia hilang. Berkemungkinan Zalina sudah hilang lebih awal, tapi tidaklah awal sangat sebab kita dah semak dan pada 20 November didapati telefon dimatikan (tiada rekod panggilan keluar atau masuk).  "Sama ada kerana sudah kehabisan bateri, itu kita tidak dapat pastikan," katanya.  Sementara itu, pemeriksaan dalam rumah Zalina mendapati, keadaan dalam kediaman itu tidak tersusun disebabkan ia dalam proses pengubahsuaian menjadi sebuah galeri.  Polis kini sedang mengesan pekerja pengub...

Owner Crackhouse Comedy Club didakwa atas 3 pertuduhan muat naik video untuk sakitkan hati orang (perkauman)

Pengasas dan pemilik bersama Crackhouse Comedy Club, Rizan Van Geyzel, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan memuat naik video di tiga platform media sosial yang menyentuh isu sensitiviti perkauman.  Orang kena saman (OKS), Mohamad Rizal Johan Van Geyzel, 39, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan tersebut dibaca di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab Razak.  OKS didakwa memuat naik video tersebut di Facebook, Instagram dan TikTok miliknya pada 4, 5 dan 6 Julai lalu dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.  Untuk kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda RM50,000 dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.  Timbalan Pendakwa Raya Noor Haslinda Che Seman tidak menawarkan jaminan kerana kes it...