Baru-baru ini, Menteri Besar Johor, On Hafiz Ghazi menggesa tindakan undang-undang dikenakan terhadap 'pengkhianat' yang menyebabkan negara kehilangan Pulau Batu Puteh dan terlepas ke tangan Singapura. Speaker DUN Johor, Puad Zarkashi pula menawarkan diri untuk memfailkan samna terhadap bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, walaupun Onn Hafiz tidak menamakan 'pengkhianat yang diamksudkan. Tetapi bagi Puad, semua tahu Mahathir adalah individu yang bertanggungjawab di atas kehilangan pulau tersebut. Walaupun rayuan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tidak boleh difailkan, ADUN Rengit itu mahu Ahli Parlimen Langkawi berkenaan diberi pengajaran di mana dia akan memfailkan saman RM3 bilion. "Sebagai pengajaran kekal, Tun Mahathir mesti disaman dan bayar ganti rugi. RM3 bilion paling sesuai, baru padan.. "Justeru, saya tawar diri untuk saman Tun M. Ini soal maruah kerana dia jual kedaulatan Johor dan negara," katanya. Untuk pengetahu...