Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2022

Taib Mahmud sambung khidmat sebagai TYT Sarawak untuk dua tahun lagi

Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud hari ini menerima surat cara pelantikan bagi menyambung khidmatnya selama dua tahun daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, di sini. Ini merupakan penggal ketiga Abdul Taib dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak, mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak. Lantikan pertama adalah pada 1 Mac 2014 hingga 28 Feb 2018, manakala lantikan kedua pada 1 Mac 2018 hingga 28 Feb 2022. Istiadat Pengurniaan Surat cara Pelantikan Kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali. Antara menteri yang hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri dan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Band...

'Dia terus tersembam ke depan' - Roslan Shah tiba-tiba rebah dalam live Wanita Hari Ini (WHI)

Penyanyi Roslan Shah dilaporkan rebah dalam program Wanita Hari Ini (WHI) yang bersiaran secara live di studio Sri Pentas, Petaling Jaya, tengah hari taid.  Lapor Harian Metro, Roslan yang ketika itu sedang rancak berbual dengan hos Fatin Hamimah dan Hawa Rizwana dalam topik Si Mulut Tempayan, secara tiba-tiba terbatuk sebelum terjatuh dari kerusi.  Insiden itu menyebabkan program terpaksa dihentikan serta-merta dan digantikan dengan siaran iklan, sementara kakitangan studio memberi bantuan kepada Roslan.  'Saya dan juga Fatin sangat terkejut melihat Rosan tiba-tiba rebah. Mujur ada kru produksi segera memberikan bantan," katanya.  Terdahulu, Roslan ada memuat naik hantaran di Instagramnya yang memaklumkan dia berada dalam keadaan kurang sihat.  Doktor yang memberi rawatan mengesahkan bacaan darah Roslan agak tinggi sebelum penyanyi itu dikejarkan ke hospital berdekatan.  Di media sosial, netizen turut terkejut dengan insiden tersebut dan me...

'Hebat kan owner hantar polis, hati-hati guys kalau nak sewa rumah' - Tak puas hati disuruh kosongkan rumah, penyewa fitnah polis corrupt

Seorang lelaki memuat naik video yang mendakwa Ketua Balai Polis Daerah Shah Alam sebagai korup ekoran kedatangan pegawai polis ke rumah dan meminta dia mengosongkan premis itu.  Dalam video berdurasi 35 saat itu menunjukkan, seorang pegawai polis menjelaskan kepada penyewa bahawa rumah itu perlu dikosongkan segera memandangkan pemilik telah meminta penyewa berbuat demikian.  Tidak berpuas hati dengan tindakan pemilik yang membabitkan pihak berkuasa, individu terbabit merakam dan memuat naik video tersebut dengan kapsyen fitnah berbaur fitnah. "Polis corrupt sekarang masuk line property lak. Hati-hati guys kalau nak sewa rumah. Check habis-habis sapa. Sekarang ni family pun tak boleh percaya. Kalau saya salah, gari je lah.  Sri Alam Kondo Shah Alam. Lewat bayar rent sebulan. Hebat kan owner send polis beruniform. Senang-senang owner naikkan rental. Pastu agreement tak nak tunjuk kot-kot tukar owner ke. Aku sempat selamatkan TV Samsung je. Yang lain mak saya re...

'Salji turun di Gunung Kinabalu!' - Fenomena salji di puncak Gunung Kinabalu buat pendaki teruja

Tular di media sosial beberapa klip video yang mendakwa berlakunya fenomena salji di Gunung Kinabalu, Sabah, menarik perhatian netizen.  Lapor media tempatan, fenomena itu berlaku kira-kira tiga minit di Sayat-Sayat sehingga ke puncak Gunung Kinabalu di Kilometer 8.72.  Fenomena itu sempat dirakam oleh pelatih laluan, Via Ferrata, Hajiri Sulumin, 47, yang menurutnya kejadian itu berlaku secara spontan tetapi hanya dalam tempoh singkat sahaja.  Jelas Hajiri, strukturnya memang salji tetapi bukan seperti ketulan air yang biasa dilihat ketika berada di puncak Gunung Kinabalu.  "Ia memang salji seperti kepingan ringan. Kalau ketulan ais, ia berat. Ada ramai pendaki ketika itu dan saya terpaksa menunggu mereka lebihlama sedikit kerana pendaki yang lain sedang menyaksikan kehadiran salji di atas puncak," katanya.  Kejadian itu bukanlah pertama kali berlaku kerana fenomena yang sama pernah berlaku pada 2018. Sumber: Sinar Harian

Harga rumah meningkat 10 - 20 peratus setiap tahun, menyukarkan golongan B40 & M40 nak beli rumah

Harga rumah yang saban tahun meningkat bagaikan tiada hari esok menyebabkan ramai yang tidak berkemampuan membeli rumah dan terpaksa menyewa sehingga ke akhir hayat.  Menurut Pakar Kewangan Pengguna, Prosefor Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, harga rumah di negara ini secara purata meningkat 10 hingga 20 peratus setiap tahun. Peningkatan yang tidak setara dengan pendapatan ini dilihat menyukarkan golongan B40 dan M40 untuk memiliki rumah.  "Ini (pemilikan rumah) satu cabaran yang kalau orang tidak ada duit dan tidak mampu hadapi untuk memiliki rumah. Perbelanjaan ini besar dan kena ingat, ia bukan dalam tempoh satu tahun, tetapi mencecah 30 hingga 35 tahun dan ia satu komitmen panjang.  "Jadi, bila pendapatan tidak cukup maka makin lama umur makin lanjut. Harga rumah pula makin mahal dan kita akan terus tidak mampu nak memiliki rumah," katanya memetik laporan dari Sinar Harian.  Selain itu, tahap pengetahuan dan kesedaran yang rendah mengenai proses pemilik...

'Rugilah kami kalau tak naikkan harga sewa rumah' - Rumah sewa saiz 600 - 800 kaki persegi cecah RM1,500 sebulan, alasan lokasi strategik & dekat dengan pengangkutan awam

Gambar hiasan Harga rumah sewa pada masa ini dilihat terlalu tinggi dan pemilik rumah sewa pula memberi alasan kadar rumah sewa mahal dikenakan disebabkan beberapa faktor yang dianggap tidak masuk akal.  Menurut laporan Harian Metro, rumah pangsa seluas 800 kaki persegi di Kuala Lumpur disewa dengan harga mencecah RM1,500 sebulan, setaraf dengan kediaman jenis kondominium mewah yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti gimnasium, kolam renang dan sistem keselamatan yang canggih.  Ada penyewa yang sanggup membayar harga sewa yang tinggi atas pelbagai faktor seperti lokasinya yang strategik, dekat dengan kemudahan awam. Disebabkan rasa 'terdesak' penyewa mendorong pemilik rumah menaikkan harga sewa rumah pangsa seluas 650 kaki persegi dengan dua bilik dan satu bilik air sehingga RM1,500 sebulan.  Walaupun harga sewaan tidak masuk akal, kebanyakan pemilik menyediakan perabot serba lengkap dan penyewa hanya perlu berpindah masuk dengan membawa pakaian sahaj...

Abang Viva tiba di Terengganu untuk bantu mangsa banjir

Pernah diangkat sebagai 'wira' ketika musim banjir Disember 2021, Abang Viva atau nama sebenar Azwan Omar, dilaporkan akan pergi ke Terengganu untuk membantu mangsa-mangsa banjir di negeri itu.  Berdasarkan gambar screenshot perbualan yang tersebar di media sosial, Abang Viva memaklumkan dia sedang melakukan persiapan untuk pergi ke Terengganu setelah mendapat maklumat dari netizen yang memaklumkan ramai mangsa banjir teprerangkap sehingga terpaksa memanjat bumbung untuk menyelamatkan diri.  "Dah baca. Terima kasih bagi info. Saya pun tengah bersiap ni," tulisnya dalam perbualan itu.  "Terima kasih bang. Sekarang Kampung Lubuk paip masih ramai terperangkap atas bumbung rumah. Diorang perlukan bot besar. Semoga perjalanan abang selamat dan dilindungi Allah," kata netizen berkenaan.  Ramai netizen netizen mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan dan dilindungiNya. Menurut sumber, Abang Viva serta rakan-rakan seperjuangannya baru sahaja tiba di...

(Video) 'Amalan yang awak buat semua dah cukup ke bang?' - Geng superbike buat onar di Jambatan Kedua Pulau Pinang diburu polis

Susulan tular video sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi ditunggang secara berbahaya di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah atau Jambatan Kedua Pulau Pinang, polis telah mengenal pasti individu terbabit.  Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, individu-individu terbabit telah dikenal pasti berdasarkan nombor pendaftaran motosikal dalam video viral tersebut.  "Polis akan mengesan penunggang-penunggang motosikal berkenaan bagi melengkapkan siasatan. Satu laporan diterima dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.  Polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat kepada Inspektor Hamizah Ahmad Rosli d talian 013-2064682.  Di media sosial, netizen turut mengecam tindakan penunggang motosikal terbabit yang dikatakan tidak bertanggungjawab dan membahayakan pengguna jalan raya lain....

''Dah la tak reti cerita pasal ekonomi, pendidikan, tak pandai mentadbir' - Nur Jazlan yakin retorik agama PAS tak berkesan di Johor

Kekerapan PAS yang gemar bercakap tentang agama berbanding isu nasional ketika pilihan raya hanya akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Ketua UMNO Johor, Nur Jazlan Mohamed.  Menurut Nur Jazlan, PAS seperti ketandusan idea kerana suka bercakap perkara yang sama seperti poligami dan yang terbaru, 'Suami boleh pukul isteri jangan kuat-kuat'.  "Di Johor, masyarakat dia majmuk lebih kurang sama sahaja Melayu dan bukan Melayu. Kalau PAS nak cerita soal agama, ceritalah.. lagi kita (BN) suka. Ceritalah lagi.  "Dah la tak reti cerita pasal ekonomi, pendidikan, tau cerita pasal agama. Ceritalah. Lagi banyak cerita, lagi banyak bukan Melayu kembali ke BN," katanya memetik laporan dari Malaysia Gazette. Selain itu katanya, orang Melayu di Johor tidak berminat mendengar cerita PAS kerana rakyatnya mendapat pendidikan formal di sekolah kebangsaan dengan pada sebelah petangnya pula, menghadiri kelas agama. Tambahnya lagi, pemimpin PA...

'Aku vote kau dulu sampai habis beratus-ratus, kau jadi macam ni?' - Penampilan terkini Saiful (Malaysian Idol) buat netizen terkejut

Pernah memenangi program realiti TV Malaysian Idol pada tahun 2014, popular Saiful atau nama sebenar Mohammad Saipul Bakeri terus meningkat. Popularitinya semakin bertambah apabila dia tampil dengan single "Ku Juga Mencintaimu'. Namun, bakat dalam bidang nyanyian penyanyi itu terus terpadam apabila dia terus menyepi dan akhirnya tenggelam ditelan zaman. Baru-baru ini, tular di TikTok video menunjukkan penampilan Saiful yang banyak berubah. Penampilan 'baharunya' itu mengejutkan ramai terutama mereka yang pernah mengundi untuk kemenangannya dalam program realiti TV itu.  Berdasarkan video tersebut, Saiful tampil dengan gaya lebih feminin. Wajahnya juga lebih runcing dan kelihatan kurus berbanding dahulu.  @divawafa Eksklusif !!!....Tunggukan Temubual Artis Berbakat Besar Saiful Malaysia Idol Di Wafa Tv !!! ♬ Ku Juga Mencintaimu (Version 2008) - Saiful Sementara itu, netizen mengakui mereka terkejut dengan perubahan Saiful itu. Tetapi masih bersangka ...

'Korang mesti suka, TMJ tak jadi bersara' - JDT berjaya tewaskan KL City FC

Beberapa hari lalu, pemilik pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat kenyataan yang mengejutkan banyak pihak bahawa baginda akan mengundurkan diri sekiranya pasukan JDT tewas kepada pasukan KL City FC buat kali kedua. Tunku Ismail berkata, bagina akan mengundurkan diri sepenuhnya dari semua aktiviti yang berkaitan dengan sukan tersebut sekiranya JDT tewas, sekali gus melepaskan tampuk kepimpinan Harimau Selatan.  Namun begitu, ada netizen yang berpendapat bahawa kenyataan itu dibuat kerana Tunku Mahkota Johor mahu memberi semangat keyakinan kepada pasukannya agar berjuang berhabis-habisan pada perlawanan itu.  Bagaimanapun dalam perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim semalam, JDT berjaya menjinakkan KL City FC  pada perlawanan Sumbangsih dengan keputusan 3-0. Kejayaan itu menjadikan skuad Harimau Selatan itu menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah buat kali kelima berturut-turut.  Dengan menggunakan formasi 3-4-3 seper...

'Tak nak vaksin? Terpulang... Jangan berlagak macam Tuhan' - Uyaina Arshad selar komen golongan Anti-Vax type palatao

Pelakon Uyaina Arshad, 30, baru-baru ini dilaporkan positif Covid-19 dan mengalami gejala teruk sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital. Suaminya, Raja Syahiran, 29, juga dijangkiti virus tersebut tetapi menjalani kuarantin di rumah.  "Saya kena tahan di wab sebab tekanan darah rendah dan badan lemah. Badan saya rasa sakit sangat-sangat terutamanya pada hari kedua dan ketiga. Nak jalan pergi ke tandas pun merangkak, badan rasa macam kena pukul. Tekak rasa macam kena lenyek. Susah nak bernafas dan demam menggigil.  "Paling bahaya sebab ia kacau organ dalaman kita. Itupun kami dah ambil vaksin. Bayangkan orang yang tak ambil vaksin langsung? Yang anti vaksin? Tak tahulah macam mana bermasalah badan mereka," katanya yang turut meminta orang ramai mendoakan dia dan suami diberi kesembuhan.  View this post on Instagram A post shared by UA (@uyainaarshad) Difahamkan, kenyataan Uyaina tersebut mengundang rasa kurang se...

'Saya gesa cerita seperti ini diboikot, tak sesuai paparkan perlakuan gay pada umum' - Ustazah Asmak Husin

Tayangan drama Suamiku Lelaki Pendosa di slot Samarinda TV3 semakin menarik perhatian ramai yang menontonnya. Para pelakonnya sebelum ini ada yang menjelaskan drama tersebut bukan hanya sekadar hiburan semata-mata, tetapi akan memberi pengajaran kepada yang berkenaan.  Baca: 'Ini adalah tuntutan kerja saya, harap penonton bersikap terbuka' - Gambit terima watak lelaki songsang dalam drama Suami Lelaki Pendosa kerana pasangannya Aaron Aziz Bagaimanapun, pendakwah agama, Ustazah Asmak Husin berpandangan drama tersebut seperti menormalisasikan budaya LGBT dan perlu diboikot demi kebaikan semua golongan masyarakat.  "Nampaknya drama yang ditayangkan sekarang menjadi buah mulut orang ramai. Kalau dulu watak lelaki lembut, sekarang watak gay yang bercinta ditayangkan. Apa yang kita nak hidang sebenarnya kepada penonton?  "Saya menggesa cerita seperti ini diboikot kerana memaparkan perlakuan gay yang sangat tidak sesuai untuk tontonan umum. Tambahan pula, akan me...

(Video) 'Macam inilah kalau hidup bermadu' - Suami belikan Vellfire untuk 4 isterinya

Tidak semua wanita yang mahu suaminya diambil orang, tetapi jika ditakdirkan suaminya memilih untuk berpoligami maka terpaksalah menerima ketentuan itu. Suka atau tidak, bersedialah dari segi mental dan fizikal.  Si suami juga perlu perlulah berlaku adil di kalangan isteri-isteri termasuk hal pemberian nafkah zahir dan batin. Hati mereka perlu dijaga agar rumah tangga menjadi lebih harmoni tanpa masalah.  Tular di media sosial, perkongsian seorang wanita mengenai kehidupan bermadu di mana suaminya perlu pulang ke rumah empat orang isterinya setiap dua minggu secara bergilir-gilir.  Apa yang menarik perhatian netizen adalah, si suami turut membelikan setiap seorang isterinya sebuah Toyota Vellfire. Apabila tiba giliran masing-masing, si isteri perlu datang menjemput suaminya pulang ke rumah.  @dylazahid tak semua nak hidup macamni ♬ suara asli - Hi, ini meme - 𝑴𝒆𝒎𝒆𝒊𝒏𝒊𝒎𝒆𝒎𝒆🐹🐿 "Macam inilah kalau hidup bermadu. Suami seorang kena gilir em...

Najib nafi cuba melobi untuk dapatkan perkerjaan bagi 3 anaknya di Goldman Sachs, Nooryana akui Tim Leissner bantu dapatkan perkerjaan di TPG

Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan bekas pegawai bank Goldman Sachs yang mengatakan dia cuba melobi jawatan dalam bank antarabangsa tersebut untuk tiga anaknya.  Najib menjelaskan, Tim Leissner hanya pernah membantu anak perempuannya bekerja di syarikat TPG Capital Hong Kong yang tiada kaitan dengan Goldman Sachs.  "Anak saya memang pernah bekerja selama setahun sahaja dengan dengan jawatan junior di situ. Saya pelik kenapa media mempermainkan isu perkerjaan bagi anak saya sedangkan kenyataan Tim Leissner di mahkamah semalam termasuk tuduhan kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi 1MDB.  "Ia memindahkan dana sebanyak AS$1 bilion (RM4.2 bilion) kepada syarikat PetroSaudi yang Good Star diberi secara serta-merta sebab suami kepada Gabenor BNM ketika itu sudah disogok.  "Yang ini media tak mahu lapor ke?" katanya.  Sementara itu, anak perempuan Najib, Nooryana Najwa Najib mengesahkan bahawa dia pernah mencuba memohon pekerjaan di Goldman Sachs...

Suspek curi iPhone 13 Pro Max milik ibu hamil diberkas, beri alasan mencuri sebab perlukan duit untuk kahwin Ahad ini

Susulan tular video kes kecurian iPhone 13 Pro Max milik seorang ibu hamil di sebuah premis di pusat beli-belah Melawati Mall, suspek telah memulangkan telefon bimbit tersebut selepas dipujuk oleh pemiliknya. Menurut pemilik kedai bakeri, Fazrin Ghazali berkata,  suspek telah memulangkan telefon itu kepada ibu hamil berkenaan sekitar jam 3 hingga 5 pagi semalam. Baca: (Video) 'Tergamaknya curi handphone orang' - Wanita kantoi curi iPhone 13 Pro Max milik ibu hamil di Melawati Mall   Difahamkan, mangsa terdahulu memujuk dan menawarkan wang sebanyak RM5,000 kepada suspek agar dia memulangkan telefon bimbit itu. Suspek bersetuju dengan tawaran tersebut dan mahu berjumpa di sebuah stesen minyak yang tidak dinyatakan lokasi.  Tanpa pengetahuan suspek, mangsa telah menghubungi polis untuk turut serta dalam pertemuan itu. Hasilnya, suspek berjaya ditahan dan dibawa ke balai.  "Owner (mangsa) umpan pencuri jika suspek pulangkan telefon itu, dia akan bagi duit s...

Kumpulan tidak divaksinasi berisiko mati akibat Covid-19

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, mana-mana individu tanpa mengira usia yang tidak divaksinasi adalah kumpulan yang paling berisiko dijangkiti virus Covid-19 dengan simptom serius yang boleh menyebabkan kematian.  Menurut rekod yang dikumpul Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kumpulan yang tidak divaksinasi mengalami jangkitan pada kategori empat dan lima, serta mati.  Berbeza dengan individu yang menerima vaksin dos penggalak (booster), merupakan kumpulan yang terlindung dan kurang kes dijangkiti melibatkan kategori tiga, empat dan lima.  "Kumpulan yang lengkap dos vaksin penggalak mengalami kurang risiko berbanding kumpulan yang tidak divaksinasi dan kumpulan lengkap divaksin tetapi tidak lengkap dos penggalak.  "Ini jelas menunjukkan vaksin dos penggalak dapat memberi perlindungan yang terbaik daripada kematian dan gejala serius Covid-19," katanya.  Justeru, beliau menggesa mana-mana individu dewasa yang b...

''Saya bangga jadi wanita (copy ori)' - Muhammad Sajjad akui dah tukar jantina kepada wanita secara sah

Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang diburu pihak berkuasa Malaysia dilaporkan telah menukar jantinanya kepada wanita di Australia.  Dalam sesi live di Instagram, Muhammad memaklumkan dia telah menukar jantinanya kepada wanita secara sah di negara itu dan berasa seperti baru dilahirkan semula. Malah dia meluahkan rasa gembira kerana proses menukar status jantina di negara itu sangat mudah.  "Saya gembira sangat, semua dah selesai. Saya tukar 'gender' saya, saya rasa selesa menjadi wanita. Saya hargai kerana negara ini faham keadaan saya dan saya rasa sangat bebas sekarang," katanya.  Menurut Muhammad, kini dia boleh menjadi diri sendiri dan bangga menjadi wanita walaupun bukan wanita tulen. Dia berharap orang ramai akan menerima status baharunya itu.  "Saya boleh jadi diri sendiri, saya bangga menjadi wanita. Terasa seperti dilahirkan semula, ini yang saya mahukan. Saya mahu orang terima saya," katanya.  Ketika disoal netizen apakah dia akan turu...

AirAsia kenakan caj RM100 jika daftar masuk melalui kaunter, mulai 1 Mac

Bermula 1 Mac 2022, AirAsia dilaporkan akan mengenakan caj pembayaran RM100 bagi perkhidmatan daftar masuk melalui kaunter, lapor portal Rnngt.  September 2020, AirAsia telah memperkenalkan caj pembayaran bagi perkhidmatan tersebut sebanyak RM20 untuk setiap penumpang penerbangan domestik. Bagi penerbangan antarabangsa, penumpang dikenakan caj RM30.  Bagiamanapun, bermula 1 Mac ini, caj pembayaran untuk pendaftaran masuk melalui kaunter akan dinaikkan ke RM100 untuk penumpang penerbangan domestik dan antarabangsa.  Walaupun begitu, AirAsia memberikan pilihan kepada pelanggan sama ada mahu menggunakan perkhidmatan tersebut dengan caj RM100 atau boleh mendaftar masuk melalui web, aplikasi AirAsia atau kiosk yang disediakan di lapangan terbang.  Menurut AirAsia, langkah mengenakan caj di kaunter adalah untuk menggalakan pengguna memanfaatkan kaedah digital yang disediakan, selaras dengan pematuhan prosedur operasi standard Covid-19.  Selain itu, AirAs...

Lelaki Bangladesh tarik & cabul wanita dalam bilik penyimpanan barang pusat beli-belah di Sri Hartamas

Seorang lelaki warga Bangladesh yang gagal mengawal nafsu bertindak mencabul seorang wanita di bilik penyimpanan barang dalam kejadian Sabtu lalu.  Lapor Harian Metro, kejadian itu berlaku pada jam 3.15 petang di sebuah pusat beli belah Sri Hartamas.  Difahamkan, mangsa terdahulu pergi ke tandas sementara rakannya menunggu di luar. Sebaik saja mahu keluar dari tandas, suspek secara tiba-tiba menariknya masuk ke dalam bilik penyimpanan barang di hadapan tandas.  Mangsa cuba menjerit meminta tolong tetapi tidak berjaya kerana mulutnya ditutup oleh suspek yang kemudian mencabulnya.  Mangsa enggan mengalah bertindak melawan suspek beberapa kali sehingga dia berjaya menyelamatkan diri. Mangsa yang mengalami lebam di bahagian paha tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.  Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, mengesah...

3 lelaki Afrika cuba masuk ke Dubai dengan menyamar menjadi wanita Arab

Baru-baru ini pihak berkuasa Algeria menahan tiga lelaki warganegara Afrika kerana menyamar sebagai wanita Arab untuk masuk ke Dubai.  Tiga suspek terbabit dilihat memakai alat solek untuk memutihkan bahagian atas muka dan bahagian mulut ditutup dengan purdah. Malangnya, helah itu gagal kerana pegawai di sempadan berasa curiga melihat solekan dan cara pemakaian purdah suspek yang tidak betul.  Menurut stesen berita Afrika Selatan, Kaya 959, tiga suspek itu cuba memasuki Dubai dengan harapan dapat mempunyai pekerjaan yang baik dan sekali gus mengubah kehidupan mereka. Malangnya, rancangan itu gagal. Tidak diketahui hukuman apa yang dikenakan terhadap mereka, tetapi berkemungkinan besar mereka akan dihantar semula ke negara asal.  Gambar suspek tular di media sosial dan turut menjadi bahan berita media di Arab dan Afrika Selatan hampir seminggu. Walaupun ada yang mengatakan perbuatan suspek memalukan, tidak kurang juga yang memuji kemahiran mereka bersolek.  ...

'Saya nak saman taska ini!' - Ibu kesal anaknya berusia 2 tahun ditinggalkan dalam taska gelap hanya kerana dia terlewat menjemputnya

FLORIDA - Seorang ibu terkejut apabila menemui anak perempuan berusia dua tahun bersendirian dan dikurung dalam bilik gelap di taska selepas dia terlambat beberapa minit untuk menjemput anaknya. Stephanie Martinez nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap Plantation KinderCare kerana meninggalkan anak perempunanya, Anastasia, bersendirian di dalam bilik gelap, berdiri di atas kerusi dan menangis.  Pada hari kejadian, Martinez terpaksa menghubungi talian kecemasan 911 untuk meminta bantuan dan dia dapat bertemu semula dengan anaknya selepas bomba datang membuka pintu taska.  "Dia menangis, dia bersendirian di dalam bilik itu," kata Martinez ketika memberitahu operator talian 911 dalam video yang dirakamnya sendiri sebaik saja mendapati Anastasia bersendirian di dalam bilik tersebut.  Pembantu pengarah pusat jagaan, Nichole Burrillo memberitahu polis bahawa dia dan Lucilena Vaggiano (guru) adalah kakitangan terakhir yang berada di taska dan bertanggungjawa...

Polis buru pasangan rakus makan 12 ketul burger berharga RM989 tapi tak nak bayar

Polis Britain sedang memburu 'pasangan paling rakus' yang memesan 12 burger, tetapi enggan membayar hidangan tersebut dengan alasan mereka telah berjaya melakukan 'eating challenge'.  Siasatan awal mendapati, pasangan itu masuk ke premis 'Bite Me Burger' di Marlborough di Wiltshire dan bertanya sama ada mereka boleh melakukan 'eating challenge' tersebut.  Difahamkan, restoran itu membuat 'eating challenge di mana pelanggan boleh mencuba makan sedozen burger dalam masa enam minit - secara percuma sekiranya mereka dapat menghabiskan hidangan itu tepat pada masanya.  Namun kakitangan restoran menjelaskan kepada pasangan itu bahawa, 'eating challenge' itu tidak tersedia kerana ia perlu ditempah terlebih dahulu.  Pasangan itu kemudian memesan 12 burger dan berjaya menghabiskannya. Tetapi mereka enggan membayar hidangan tersebut atas alasan berjaya menyelesaikan cabaran itu.  Polis Marlborough kini telah mengeluarkan imej CCTV yang me...