Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2021

10 termasuk 8 kanak-kanak maut dalam kemalangan dirempuh treler dari belakang

10 individu termasuk lapan kanak-kanak maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam, di sini, malam tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kemalangan membabitkan dua Proton Wira, sebuah Perodua Axia dan sebuah treler. Beliau berkata, sepasukan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dan BBP Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 11.42 malam untuk operasi menyelamat. "Nahas membabitkan 17 mangsa, yang mana 10 daripadanya disahkan meninggal dunia. Mangsa yang maut adalah seorang lelaki dan seorang wanita, manakala lapan lagi membabitkan lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan," katanya menerusi kenyataan, hari ini. Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas. "S...

Bapa langgar bayi sendiri sampai cedera, tapi tipu pihak hospital kononnya anak ditendang lembu

Percubaan seorang buruh binaan warga Myanmar menipu pihak Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kononnya bayi perempuannya berusia setahun cedera di kepala dan muka akibat ditendang lembu, gagal selepas 'kantoi' ketika memberi keterangan kepada pihak polis.  Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Datuk G Suresh Kumar berkata, mangsa dibawa ke HSB oleh bapanya berusia 27 tahun itu pada jam 10.56 malam dan memaklumkan kepada petugas HSB anaknya ditendang lembu ketika bermain di luar rumah.  Bagaimanapun siasatan mendapati, mangsa sebenarnya telah dilanggar oleh bapanya sendiri ketika mengundurkan kereta di kediaman mereka.  Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan muka melecet. Keadaannya dilaporkan stabil dan berada di bawah pengawasan Wad Unit Rawatan Rapi (ISU). Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, kerana menganiaya, mengabaikan, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyeba...

(Video) 'Kau tak puas hati? Buka topi kau, kita dua (bertumbuk)!!' - Peniaga + pekerja restoran marah Rider FoodPanda sebab lepak + tak check nombor order tetapi...

Tular di media sosial pertengkaran di antara pengusaha restoran di Setia Alam dengan penghantar makanan Food Panda yang dikatakan berpunca dari teguran peniaga berkenaan. Video berdurasi dua minit menunjukkan salah seorang pekerja restoran yang terpaling gigih berdepan dengan penghantar makanan, sekali sekala mempertahankan majikannya.  Berdasarkan video, pihak peniaga menegaskan mereka hanya meminta penghantar makanan itu memeriksa nombor yang dipercayai nombor pesanan. Bagaimanapun penghantar makanan itu pula menegaskan dia tidak berpuas hati dengan tindakan seorang wanita dari restoran tersebut yang menegurnya melepak dan bersembang.  Keadaan menjadi semakin tegang berikutan beberapa 'wakil' pihak restoran tampil mengasak penghantar makanan itu yang menyebabkan dia tertekan lalu mengajak mereka menyelesaikan hal itu di balai polis.  "Kau tak puas hati apa? Buka topi (helmet) kau! Buka topi kau, kita berdua (berbukut). Itu boss aku, kau tau tak?!" kata p...

'Teringin nak ke Legoland sebelum akhir hayat saya' - Budak hidap penyakit jantung terbalik, sering sesak nafas & keletihan

Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun, Mohd Adam Amsyar, disahkan menghidap penyakit jantung terbalik (Mitral Valve Atresia) menyebabkan dia sering mengalami sesak nafas dan keletihan.  Bapanya, Abd Rahman Ahmad, 47, berkata, anaknya disahkan menghidap penyakit itu ketika berusia tujuh tahun dan pakar menjangkakan hayatnya tidak panjang. Penyakit itu bukan sahaja amat jarang berlaku, malah hanya tiga pesakit (termasuk Mohd Adam Amsyar) yang menghidap penyakit itu di negara ini.  "Penyakit jantung terbalik adam dikesan doktor ketika usianya tujuh tahun selepas dia kerap sesak nafas, bengkak di bahagian muka serta anggota badan dengan tubuhnya menjadi kebiruan.  "Apa yang lebih membuatkan saya sedih apabila doktor memaklumkan tidak dapat melakukan pembedahan bagi membetulkan keadaan jantung Adam kerana ia amat merisikokan nyawanya.  "Saya sebak apabila doktor menyatakan tiada apa-apa yang dapat dilakukan dan berpesan supaya sering datang ke hospital un...

'Kena ingat satu perkara, Long Tiger tak pernah lari tau' - Long Tiger sembang kari, peguam syak dia lari kerana terima ancaman bunuh dalam penjara

Suatu ketika dulu, Long Tiger pernah berkata, "Kena ingat satu perkara, Long Tiger tak pernah lari tau". Perkembangan terkini kes individu dikehendaki, Long Tiger, lolos dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, Johor Bahru pada Rabu lalu, Polis Kedah telah mengetatkan kawalan di sempadan Malaysia Thailand dengan menutup laluan sempadan negara. Semua anggota Polis Kedah telah dikerah untuk mengesan dan memburu Long Tiger atau nama sebenar, Ab Hamim Abd Hamid, 33, warganegara Myanmar (Rohingya). Sekatan Jalan Raya (SJR) turut dibuat dan pasukan khas (Task Force) ditubuhkan untuk membantu polis Kontinjen Johor.  Peguam belanya, Datuk Shaharudin Ali mendedahkan, terdapat cubaan mencederakan atau membunuh Long Tiger di dalam penjara beberapa minggu lalu.  Satu laporan polis telah dibuat dan setakat ini, Datuk Shaharudin Ali tidak dimaklumkan mengenai perkembangan siasatan polis.  "Kami khuatir dan tidak tahu sama ada Ab Hamim melarikan diri atas sebab yang berkait...

'Jika betul itu muntah paus dengan berat 5 kilogram, ia dianggarkan bernilai RM500,000' - Prof UMT

Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Madya Dr Hasrizal Shaari memaklumkan, sekiranya muntah paus seberat lima kilogram yang ditemui seorang wanita baru-baru ini merupakan muntah puas yang tulen, ia bernilai kira-kira RM500,000.  Bagaimanapun, bagi memastikan objek itu tulen atau sebaliknya, pihaknya perlu melakukan kajian terperinci. Ketika ini, pihaknya sedang menunggu sampel objek tersebut dari Jabatan Perikanan Negeri. Kajian dan ujian yang dijalankan pada objek tersebut mengambil masa kira-kira seminggu. "Jika ia (muntah paus) tulen dan berkualiti tinggi, nilai dengan berat yang dikatakan lima kilogram itu, ia dianggarkan bernilai sekitar RM500,000. "Setakat Januari lalu sehingga kini, kita sudah melakukan analisa membabitkan 18 sampel, namun semuanya didapati tidak tulen. "Saya juga teruja untuk melakukan ujian terhadap sampel muntah paus yang ditemui di perairan Marang itu," katanya....

(Video) 'Tidur! Aku tibai kaki tu nanti!' - Bapa pukul bayi guna penyapu lidi sebab enggan tidur

Tular di media sosial video eorang lelaki tidak memakai baju memukul bayi perempuan menggunakan penyapu lidi hanya kerana mangsa enggan tidur.  Video berdurasi hampir dua minit itu menunjukkan lelaki berkenaan duduk memerhatikan mangsa sambil merokok, memaksa bayi yang dipercayai anaknya untuk tidur. Namun mangsa yang masih belum mengantuk, tidak dapat melelapkan mata dan mahu berjaga.  Hal itu membuatkan bapanya berasa bengang lalu mula memukul mangsa menggunakan penyapu lidi di seluruh badannya beberapa kali menyebabkan mangsa menangis.  Tangisan mangsa membuatkan lelaki terbabit bertambah berang dan mula meninggikan suara memaksa mangsa diam dan tidur.  Tidak diketahui di mana lokasi kejadian itu berlaku, namun netizen menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap lelaki terbabit yang jelas sekali menganiaya mangsa.  "Eh bangang manusia macam ni. Ingat tak sakit ke buat camtu kat budak. Nak paksa budak itu tidur buat ...

Penjawat awam kantoi berniaga tanpa kebenaran, dikenakan hukuman denda RM8,000

Seorang penjawat awam wanita yang terbabit dalam perniagaan membekalkan sarung kaki bernilai RM44,500 didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen pada Khamis kerana berniaga tanpa kebenaran Ketua Jabatan.  Tertuduh, Suzana Murni Mansor, 53, dikenakan hukuman denda itu selepas mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.  Tertuduh yang diperintah membayar denda tersebut boleh dikenakan hukuman penjara selama lima bulan sekiranya gagal membayar denda.  Hakim turut menasihatkan tertuduh untuk insaf dan memulakan kehidupan yang lebih baik selepas ini.  "Anda patut bersyukur kerana diberi pertuduhan pilihan. Tetapi sekarang anda kena tangguh perbuatan itu, sekali gus menjejaskan pekerjaan anda sedangkan anda sudah lama berkhidmat dan rekod kerja juga cemerlang.  "Jadi, saya berharap anda mengambil peluang ini untuk memulakan kehidupan yang lebih bermakna untuk diri dan keluarga," katanya.  Berdasarkan pertu...

Kantoi curang, isteri terkejut tengok gambar perempuan lain pandu kereta BMW suami dalam surat saman AES

Kita biasa mendengar peribahasa "Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya", begitu juga dengan jalan yang tenang, jangan disangka tiada AES.  AES atau Automated Enforcement System (Perangkap Had Laju) adalah salah satu kaedah penguatkuasaan peraturan lalu lintas yang beroperasi selama 24 jam tanpa henti dan mampu merakam gambar kenderaan yang melakukan kesalahan dan seterusnya saman dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan.  Di Jerman lain pula ceritanya apabila surat saman AES dihantar kepada seorang lelaki yang memiliki kereta jenis BMW, di mana pemandunya pada ketika hari kejadian adalah seorang wanita. Kelibat wanita dalam surat saman itu mengejutkan si isteri, sekali gus membongkarkan kecurangan suaminya.  Menurut peguam kepada si isteri, Fatma Poyraz-Devrim berkata, anak guamnya berasa pelik kerana dia tidak memandu pada hari kejadian seperti tarikh yang dinyatakan pada surat saman tersebut. Malah dia juga tidak mempunyai lesen memandu.  'Pendedah...

'Tak sempat nak bermanja...' - Pengantin baru ditahan polis, disyaki terbabit dalam samun bersenjata

Hasrat seorang kelindan lori untuk menikmati kebahagian di hari pertama perkahwinan terbantut apabila dia ditahan polis untuk membantu siasatan kes samun berkumpulan dan bersenjata.  Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, suspek berusia 22 tahun itu ditahan di Pejabat Agama Daerah Kemaman pada jam 12 tengah hari sebaik saja selesai akad nikah pada Isnin, 13 Disember 2021.  Siasatan awal mendapati, suspek mengaku melakukan jenayah itu bersama dengan dua lagi rakannya yang berusia 29 dan 33 tahun yang telah ditahan dan didakwa di mahkamah pada 22 November 2021.  Semakan rekod turut mendapati, pengantin baru berkenaan mempunyai satu rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dua kes Seksyen 15(1) ADB 1952. Difahamkan, suspek melakukan jenayah samun berkumpulan itu bersama dua rakannya pada jam 4 petang di sebuah rumah sarang burung di Mukim Mak Lagam. Ketika kejadian, mangsa yang sedang bekerja di rum...

Cuba lari & rempuh anggota polis, pemandu maut ditembak

Polis menembak mati seorang pemandu kereta lelaki dipercayai cuba merempuh sepasukan polis yang sedang melakukan rondaan di persimpangan Jalan Simpang Tiga – Batu Lintang di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira 7.40 malam itu, lelaki tempatan berusia lingkungan 24 tahun yang memandu kereta jenis Proton Saga itu dikatakan berada dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak memecut laju kenderaannya ketika diarahkan polis untuk berhenti bagi tujuan pemeriksaan oleh anggota polis yang bertugas. Difahamkan, suspek yang masih belum dikenal pasti identiti itu telah melanggar beberapa kenderaan dalam usahanya melarikan diri di persimpangan lampu isyarat hingga menyebabkan beberapa kenderaan rosak. Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan selepas suspek cuba melanggar beberapa anggota trafik yang mahu menahan suspek. Lapor Astro Awani, suspek adalah individu yang dikehendaki polis kerana terlibat dalam beberapa kes jenayah sebelum ini. Pesuruhjaya Polis Saraw...

4 anggota polis didakwa cuai, punca Long Tiger bolos dari lokap

Abdul Hamim Ab Hamid atau dikenali sebagai Long Tiger terlepas dari tahanan ketika menghadiri prosiding perbicaraan di Mahkamah Majistret Tangkak pagi tadi. Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Mohd Fadhil Minhat berkata orang kena tahan (OKT) berketurunan Rohingya itu hadir di mahkamah bagi perbicaraan kes berkait Seksyen 388 Kanun Keseksaan sebelum terlepas kira-kira 11.55 pagi tadi. Katanya ketika kejadian Abdul Hamim, 32, memakai kemeja-T pagoda dan berseluar coklat. Berkepala botak, OKT terbabit memiliki ketinggian lebih kurang 160 sentimeter dengan berat sekitar 65kg. “OKT ketika dalam tahanan tangannya masih bergari dan sedang menunggu untuk memulakan prosiding sambil menunggu peguamnya untuk hadir ke mahkamah. "Prosiding yang sepatutnya bermula pada pukul 10 pagi ditangguhkan sementara menunggu kehadiran peguam bela tertuduh. “Dia disedari melarikan diri dari mahkamah oleh orang ramai dan usaha untuk menangkapnya dilakukan, tetapi OKT berjaya meloloskan diri ke ka...

(Video) 'Benda camni boleh buat aku menangis, ya Allah' - Netizen menangis tengok kebaikan pasangan ini bantu 2 lelaki buta

Berbuat baik adalah tuntutan agama, yang akan memberi manfaat kepada diri, masyarakat dan negara. Berbuat baik kepada semua orang akan memberikan impak positif dan kesan yang baik.  Apabila kita terdorong untuk melakukan kebaikan, bukan sahaja Allah menolong mempermudahkan urusan kita, tetapi menjentik hati dan emosi sesiapa yang melihatnya.  Seperti video tular yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @HarisKacho, bagaimana dia membantu dua lelaki buta untuk mendapatkan barangan sukan yang diingini di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur, mengundang rasa terharu netizen.  "Hari ini, saya jalan-jalan di Kuala Lumpur. Terjumpa mereka yang hebat ini, Rafique dan Syamil. Mereka nak cari barang sukan di Pavillion sebab ada yang suruh cari di sini.  "Masa mereka tanya saya Pavillion di mana, arah mereka ke arah Bukit Bintang. Selepas saya beritahu arah, saya rasa bersalah pula tak guide mereka. Saya terus kejar mereka semula.  "Mereka ini but...

Budak perempuan diculik selepas keluar berjalan ke rumah anak jiran, 200 meter dari rumahnya

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dilaporkan hilang dipercayai diculik di hadapan kediaman mereka dalam kejadian di Taman Teratai, Iskandar Puteri, Johor Bahru, petang semalam.  Mangsa, Nur Damia Qaleesya bagaimanapun ditemui selamat oleh orang awam di belakang barisan rumah kedai, tidak jauh dari rumahnya selepas dilaporkan hilang selama enam jam.  Bapa mangsa, Mohd Khairul Nizam Shafii, 34, berkata, kebiasaannya anak sulungnya akan keluar bermain dengan anak jirannya di hadapan rumah. Sebelum kejadian itu, mangsa sempat memaklumkan mahu bermain di rumah rakannya itu yang hanya terletak 200 meter dari rumah mereka jam 4.30 petang semalam.  Lebih kurang jam 5 petang, anak keduanya, Nur Rania Qaisarah, 5, pulang dalam keadaan menangis memaklumkan Nur Damia Qaleesya menaiki kenderaan yang dipandu oleh lelaki yang tidak dikenali.  Panik dengan hal itu, Mohd Khairul Nizam dan isterinya, Nur Aida R Mohd Thair, 34, terus keluar mencari Nur Damia...

Jangan teruja sangat jumpa muntah ikan paus konon boleh jadi kaya + tetiba mengaku sedara ekspress

Orang ramai dinasihatkan agar tidak terlalu teruja dengan berita penemuan muntah ikan paus atau ambergris yang kononnya boleh mengubah nasib sesiapa sahaja yang menemuinya dengan menjadi kaya sekelip mata. Ini kerana, tiada lagi rakyat Malaysia yang menjadi 'jutawan segera' atau mendapat wang yang banyak setelah menjumpai muntah ikan paus di perairan negara setakat ini. Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Madya Dr Hasrizal Shaari berkata pengesahan ketulenan perlu dibuat untuk memastikan sama ada ketulan ambergris yang ditemukan itu mempunyai nilai yang sangat tinggi dalam industri minyak wangi atau hanya kandungan lemak semata-mata. "Bersesuaian dengan harganya yang sangat tinggi di pasaran, ketulenan ambergris perlu melalui satu analisis makmal yang kompleks dan perlu dirujuk kepada satu standard yang khusus. "Setakat ini, UMT adalah satu-satunya universiti di Malaysia yang berupaya untuk...

Kerajaan tak patut benarkan rakyat keluarkan wang simpanan KWSP, elak jadi miskin di hari tua

Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) berkata tidak perlu ada lagi skim pengeluaran daripada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebelum ahlinya mencapai umur persaraan 60 tahun untuk memastikan mereka mempunyai simpanan yang mencukupi. Dalam kenyataan semalam, MEF berkata pihaknya amat bimbang bahawa pengeluaran daripada simpanan ahli KWSP baru-baru ini melalui kemudahan i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra dengan jumlah pengeluaran sebanyak RM101.1 bilion mendedahkan ahli kepada risiko tergolong dalam kemiskinan hari tua. Pada masa ini, sebanyak 48 peratus daripada ahli KWSP di bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan yang amat rendah. "Kerajaan tidak seharusnya membenarkan lagi pengeluaran. Bagi menambah simpanan KWSP, ahli yang membuat pengeluaran daripada simpanan KWSP mereka perlu bekerja selama empat hingga enam tahun hanya untuk menampung jumlah yang mereka keluarkan sepanjang tempoh COVID-19," kata Presiden MEF Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman. B...

Caj RM1 bagi pengeluaran wang di mesin ATM akan dikenakan semula mulai Februari 2022?

Awal pandemik Covid-19  tahun lalu, kerajaan pada 6 April 2020 (Isnin) telah memutuskan pengecualian caj RM1 di semua mesin juruwang automatik (ATM) bagi mengelakkan berlaku kesesakan apabila mengeluarkan wang.  Ini berikutan kerajaan menetapkan prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan penjarakan sosial bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang sedang meningkat secara mendadak pada ketika itu.  Menurut Menteri Kanan Keselamatan pada waktu itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengecualian itu akan bermula sehingga berakhirnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).  Dalam perkembangan terkini, portal Ringgit.com melaporkan, caj pengeluaran untuk ATM antarabank akan kembali pada Februari 2022 dan perkara ini telah pun diumum oleh pihak Citibank, CIMB dan juga KFH, manakala bank-bank yang lain belum mengeluarkan sebarang pengumuman rasmi mengenai perkara itu.  Di media sosial, majoriti netizen tidak bersetuju dengan caj RM1 yan...

(Video) 'Bangang apa laki camni sampai anak menangis?!' - Suami pecahkan cermin kereta isteri, enggan peduli serpihan kaca terkena pada anak

Tular di media sosial tindakan seorang lelaki memecahkan cermin kereta isterinya dengan kasar walaupun tahu anak mereka berada di tempat duduk penumpang hadapan.  Tindakan kasar lelaki itu mengundang kemarahan netizen kerana bukan sahaja bertindak di luar batasan, malah sanggup mengabaikan keselamatan anak sendiri.  Tidak diketahui punca sebenar kejadian, tetapi pengadu yang dikenali sebagai Amira Nabila menjelaskan, dia dan suami dalam proses perceraian dan sudah tidak tinggal bersama sejak April lalu.  Menurut Amira lagi, kejadian itu berlaku pada pagi semalam ketika dia mahu keluar bekerja sebelum didatangi oleh suaminya yang menunggang motosikal.  "Letih la, pagi-pagi aku kalut nak pergi kerja, celah-celah tu juga nak mai buat hal. Depan anak-anak juga nak tunjuk kelakuan (buruk).  "Konon tu nak bagi duit dekat anak hang, ingatkan nak hulur beda beli susu, pampers anak. Sekali tu duit aku yang melayang. Family aku dah la tak hebat, tak pasal ke...

'Kau dah kenapa sumbat 'burung' dalam tu?!' - Kemaluan lelaki tersekat selepas tergoda dengan soket paip PVC

Entah apa motifnya, namun perbuatan lelaki berusia 43 tahun ini menyumbat kemaluannya dalam soket paip PVC mengundang padah apabila dia terpaksa menahan kesakitan hampir satu jam selepas gagal mengeluarkan kemaluannya itu. Mangsa yang tidak dapat menahan kesakitan itu terpaksa pergi ke Hospital Lawas untuk meminta bantuan. Pihak hospital bagaimanapun menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Lawas) kira-kira jam 7 pagi untuk meminta bantuan kepakaran. Ketua BPP, Azman Ibrahim berkata, sebaik saja anggotanya tiba di hospital, pasukannya mendapati mangsa telah memasukkan soket PVC di kemaluannya sehingga tersekat dan tidak dapat dikeluarkan.  Akibatnya, anggota bomba terpaksa memotong soket tersebut menggunakan peralatan memotong khas bagi menyelamatkan kemaluan mangsa.  "Kami memotong soket paip terbabit menggunakan alat pemotong khas. Selepas hampir sejam, akhirnya soket paip terbabit dapat dipotong dan dikeluarkan daripada kemaluan mangsa," katanya.  Sum...

Berang ditegur tonton video lucah punca suspek pukul mangsa, 10 pelajar terbabit dalam kes buli dibuang MRSM serta-merta

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid hari ini mendedahkan, siasatan pihaknya mendapati kes buli yang berlaku di asrama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kuala Kangsar baru-baru ini adalah berpunca dari tindakan mangsa menasihati salah seorang suspek berhenti menonton video lucah.  Hasil siasatan itu katanya diperolehi daripada mangsa buli yang menjelaskan dia sebelum itu menegur salah seorang suspek untuk tidak meneruskan perbuatan yang tidak bermoral itu.  "Kita sudah menemubual mangsa dan mendapati punca pergaduhan atau mengapa dibuli kerana mangsa dikatakan menasihati salah seorang suspek supaya jangan menonton video lucah melalui telefon bimbit.  "Mangsa mengatakan, kalau tidak berhenti menonton video lucah, dia akan mengadu dengan guru atau warden. Jadi, ia dikatakan menjadi punca suspek bertindak untuk memukul atau membuli mangsa," katanya.  Tindakan mangsa itu juga mengundang kemarahan enam suspek lain dan salah seorang pelajar Tingk...

(Video) 'Kita semua sama, hanya berbeza status' - Anggota polis kongsi makanan dengan banduan dipuji netizen

Tular di media sosial negara jiran yang menunjukkan seorang anggota polis yang baik hati berkongsi makanannya dengan banduan di penjara, ketika makan berdekatan dengan sel tahanan.  Video itu dikongsikan pengguna TikTok @PakPol39 atau nama sebenarnya Ismail Syarifudin yang juga dikatakan selalu berkongsi video rutin hariannya menjaga banduan.  Dalam video tular itu, Ismail sedang menikmati makanannya sambil duduk di kerusi berdekatan dengan sel tahanan. Menurut sumber, menu makannya pada waktu itu adalah bakso homemade dan ayam goreng yang dibeli dari restoran makanan segera.  Ismail kemudian menawarkan makanan kepada banduan tetapi mereka menolak dengan alasan sudah kenyang. Namun, akhirnya mereka memberanikan diri mengambil makanan yang diberi oleh anggota berkenaan.  "Kita semua sama je, hanya berbeza status. Saya sebagai penjaga dan kamu sebagai tahanan," katanya.  Ismail juga berasa senang bilamana banduan-banduan berkenaan mengatakan bakso ho...

'Bila dibakar, objek itu meleleh & keluar bau wangi' - Wanita temui sisa muntah ikan paus, bakal jadi jutawan

Awalnya objek yang ditemui disangka sampah, sehinggalah dimaklumkan objek tersebut berkemungkinan besar adalah sisa muntah ikan paus, mendorong wanita berusia 41 tahun ini mahu menjalankan ujian terhadap objek tersebut bagi memastikan ketulenannya.  Aida Zurina Long berkata, objek ketulan lilin yang dipercayai muntah ikan paus itu ditemui ketika sedang memancing bersama keluarganya berhampiran jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Marang pada hujung November lalu.  "Saya pada mulanya ingat benda itu sampah, tapi sangat terkejut apabila diberitahu ayah ia adalah muntah ikan paus.  "Saya temui objek itu terapung kira-kira jam 11 malam. Saya tarik benda itu dengan kayu dan menariknya ke tepi tebing. Keesokan harinya saya pergi semula ke kawasan itu, benda itu masih ada sebelum saya mengambil keputusan untuk membawanya pulang ke rumah," katanya.  Sebaik saja menunjukkan objek itu kepada bapanya yang merupakan seorang nelayan, dia diberitahu objek itu ada...

Doktor buat lebih 37,000 pembedahan plastik percuma untuk bantu bayi/kanak-kanak alami masalah bibir sumbing

Seorang pakar bedah plastik India dipuji sebagai wira selepas menghabiskan sebahagian besar hidupnya untuk melakukan lebih 37,000 prosedur pembedahan percuma untuk memperbetulkan sumbing lelangit dan bibir sumbing kanak-kanak.  Bibir sumbing atau sumbing lelangit adalah kecacatan kelahiran yang berlaku apabila bibir atau mulut bayi tidak terbentuk dengan betul semasa kehamilan. Kecacatan ini boleh mendatangkan banyak masalah seperti hilang keupayaan untuk mendapatkan susu dengan baik semasa bayi, mangsa buli dan diskriminasi di kemudian hari.  Bagaimanapun, kecacatan kelahiran ini boleh ditangani dengan bantuan pembedahan plastik. Namun, prosedur ini kebiasaannya menelan kos yang mahal dan keluarga miskin tidak mampu menanggung kos pembedahan.  Di India, seorang pakar bedah plastik tampil menawarkan perkhidmatan secara percuma kepada puluhan ribu bayi dan kanak-kanak dengan harapan dapat memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik....