Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2021

'Tangannya diikat, dipukul & kepala dihentak ke dinding berkali-kali' - Cemburu, suami simbah asid pada isteri sehingga meninggal dunia

Polis menahan seorang lelaki warga Arab Saudi yang disyaki menyimbah asid pada isterinya sendiri yang dikenali sebagai Sarah, 21, sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu, 20 November 2021, di Cianjur, Indonesia. Ketua Polis Daerah Cianjur, Septiawan Adi berkata, kejadian bermotifkan cemburu di mana suspek, Abdul Latief dan isterinya yang sudah mendirikan rumah tangga selama satu tahun lima bulan terdahulu bertengkar sebelum mangsa disimbah dengan asid yang dibeli oleh suspek. Difahamkan, Sarah berketurunan Arab-Indonesia di mana bapanya merupakan tentera Arab Saudi dan ibunya merupakan tenaga kerja wanita di Arab suatu ketika dahulu. Ketika masih kecil, keluarga bapanya pernah meminta Sarah tinggal di Arab, tetapi Sarah memilih untuk menetap di Indonesia. Abdul Latief dikatakan tergila-gilakan pada Sarah dan sanggup mengejarnya ke Indonesia. Dia pernah cuba melamar Sarah beberapa kali tetapi gagal, sehinggalah percubaan keempatnya me...

Gagal kemukakan dokumen terperinci, KPDNHEP buka kertas siasatan terhadap restoran jual ikan Siakap RM1,196.80

Tempoh telah diberi, namun pengusaha restoran terapung yang tular di media sosial baru-baru ini, dilaporkan gagal mengemukakan dokumen perniagaan yang lengkap seperti dikehendaki oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Kini, kertas siasatan akan dibuka dan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut, demikian kata Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid.  "Peniaga itu memberi kerjasama baik kepada KPDNHEP, namun malangnya gagal memenuhi arahan menghantar dokumen perniagaan lengkap dan terperinci. Tempoh penghantaran dokumen terperinci itu dilanjutkan bagi membolehkan peniaga itu membetulkan kesilapan berkenaan.  "Bagaimanapun, ia masih tidak dapat dipenuhi sehingga 17 November lalu menyebabkan kertas siasatan dibuka dan akan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjutnya," katanya.  Jelasnya, tindakan itu dilakukan kerana peniaga terbabit gagal menyelenggara dan menyimpan rekod ...

(Video) 'Dia dah buat dah, lampu merah tu.. Aduhai!' - Marshal konvoi motosikal berkuasa tinggi control trafik sesuka hati undang kemarahan

Tular di media sosial video beberapa penunggang motosikal berkuasa tinggi berlagak seperti 'marshal' memberhentikan dan mengarahkan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat untuk memberi ruang kepada konvoi mereka melalui jalan tersebut. Video yang dimuat naik oleh Epul Adam Helmet Bajet itu dikatakan berlaku di persimpangan lampu isyarat di Sua Betong, Port Dickson.  Walaupun ketika itu lampu isyarat jelas berwarna merah, 'marshal wannabe' itu tidak peduli dan serta-merta menghentikan kenderaan awam agar konvoi mereka dapat meneruskan perjalanan.  Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, siasatan awal pihaknya mendapati konvoi tersebut datang dari Lebuhraya Seremban - Port Dickson menghala masuk melalui lampu isyarat Sua Betong ke Bulatan Sunggala Telok Kemang.  Pihaknya kini sedang mengesan individu yang bertindak sebagai 'marshal' dan kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Polis dan Seksyen 79 (2) Akta Pengangku...

(Video) 'Real actor gini perlu 1 million followers ke?' - Nabila puji keberanian Beto Kusyairy lakukan aksi lagak ngeri

September lalu, stesen TV berasaskan penstriman menetapkan syarat pelakon yang ingin muncul dalam saluran itu perlu mempunyai jumlah followers lebih sejuta di Instagram.  Namun ada yang menganggap tindakan saluran TV tersebut tidak wajar kerana ramai pelakon yang mempunyai jumlah followers yang ramai tetapi tidak berbakat, sebaliknya hanya sekadar menjual populariti 'kayu'.  Syarat seperti itu juga dikatakan akan merosakkan industri pada jangka panjang dan menutup peluang untuk bakat baharu untuk menceburi industri hiburan.  Awal pagi tadi, pelakon, Nabila Huda memuat naik video pendek di Twitter yang menunjukkan rakan artisnya, Beto Kusyairy yang sanggup mengambil risiko melakukan babak disambar api tanpa menggunakan khidmat pelagak ngeri.  Dalam kapsyen video tersebut, Nabila menegaskan Beto adalah pelakon yang sangat berdedikasi dan tidak memerlukan 1 juta followers untuk melakukan aksi seperti itu.  "This is Beto Kusyairy everyone! Real actor g...

'Muka & badannya cedera' - Mekanik maut dihempap kereta

Seorang lelaki berusia 31 tahun yang bekerja sebagai mekanik dilaporkan maut akibat dihempap sebuah kereta yang sedang dibaiki di sebuah bengkel dalam kejadian di Kampung Bukit, Bayan Lepas, malam tadi.  Muaz Mat Isa ditemui dalam keadaan tersepit di bawah kereta jenis Proton pada jam 11.45 malam oleh rakannya yang datang mencarinya di bengkel tersebut.  Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Pegawai Kanan Bomba II Helmirizal Che Morad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.54 malam dan terus bergegas ke lokasi.  Sebaik saja tiba di lokasi selepas 10 minit kemudian, mangsa ditemui dalam keadaan terlentang di bawah kenderaan itu.  Difahamkan, separuh badan mangsa dihempap kereta yang jatuh semasa dia sedang melakukan kerja-kerja membaiki.  Bomba mengambil masa kurang dari lima minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. Mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan badan sebelum disahkan meninggal dunia...

Kenya pilih Proton X70 sebagai kenderaan rasmi polis

Jumaat lalu, 19 November, Proton Kenya memaklumkan pihaknya telah menyerahkan 30 Proton X70 SUV kepada Perkhidmatan Polis Kenya untuk dijadikan sebagai kenderaan rasmi pasukan keselamatan di negara itu.  Dalam kenyataan itu, Proton Kenya berkata model SUV tersebut yang mempunyai gaya yang unggul, kestabilan yang mantap serta selesa akan memberikan keselesaan kepada pasukan keselamatan Kenya ketika melaksanakan tanggungjawab mereka.  Berdasarkan gambar, dua warna yang ditawarkan iaitu warna putih, biru tua dan hijau (warna yang tidak ditawarkan di Malaysia). Majlis penyerahan itu dibuat di ibu pejabat Simba Corporation di Mombasa Road.  Untuk pengetahuan, model X70 merupakan model yang dilancar pada akhir tahun 2018. Model tersebut berjaya dijual lebih dari 48,000 unit dalam tempoh dua tahun (2019-2020 yang turut dieksport ke beberapa buah negara seperti Indonesia, Pakistan, Brunei.  Sumber: Proton Kenya, Vocket, Simba Corp

(Video) 'Umur 68 masih buat kerja Grab untuk sara hidup 2 anak, berlinangan air mata ni...' - Netizen zahirkan rasa simpati terhadap warga emas video viral

Di kala usia 60-an, tidak seperti warga emas lain, lelaki ini masih lagi bekerja mencari rezeki demi menyara kehidupan. Kisah warga emas yang dikenali sebagai Zakaria Abdul Wahab, viral di media sosial selepas dimuat naik oleh Daniel Ashraf di akaun TikTok semalam.  Daniel yang juga bekerja sebagai penghantar makanan (Grab) berkata, dia terserempak dengan Zakaria atau Pakcik Zack selepas menghantar pesanan pelanggan di lokasi yang tidak dinyatakan.  "Atuk ni aku jumpa masa aku buat (kerja) Grab. Dia punya buat Grab, umur dah 68 tahun. Baru dua bulan buat Grab.  "Sedih bila dia cakap, dia buat Grab untuk sara hidup dia. Sebelum ini dia kerja bawa lori.  "Semoga atuk sentiasa dilindungi Allah dan semoga atuk dimurahkan rezeki juga. Hati ni tengok atuk, teringat arwah atuk saya," kata Daniel.  @danielashraf1370 kisah sedih hari ni, aku buat grab food terjumpa dgn seorang atuk yang berumur 68 tahun tapi masih kuat buat grab🥲 #fyp #fypã‚· #fypdonggg...

'Kita makan najis lembu maka badan, fikiran & jiwa kita jadi suci' - Doktor pakar kanak-kanak saran makan najis lembu

Doktor Manoj Mittal, pakar kanak-kanak dari Haryana, India mencetuskan kontroversi di media sosial selepas muncul di hadapan kamera memuji kebaikan memakan najis lembu sambil menjamah najis haiwan itu.  Amalan perubatan tradisional di India telah lama mempromosikan najis lembu sebagai ubat, bahkan ada yang mendakwa amalan itu boleh mengelakkan terkena penyakit seperti kanser dan Covid. Tetapi amalan ini tidak dipercayai oleh doktor termasuk pelatih perubatan yang umumnya percaya pada perkara seperti sains dan ujian klinikal.  Manoj Mittal, dari daerah Karnal di Haryana mungkin berkecuali dalam hal ini. Dalam video viralnya baru-baru ini, Manoj dilihat menggigit sekeping tahi lembu dan memuji manfaatnya pada tubuh, minda dan jiwa manusia.  "Setiap bahagian dari najis lembu itu sangat berharga untuk manusia. Lihat, jika kita makan najis lembu, maka badan, fikiran dan jiwa kita menjadi suci. Apabila ia memasuki badan kita, ia akan menyucikan badan kita," katanya....

Pemilik kedai makan kesal terima ulasan negatif 3 kali sebab customer terjumpa rambut dalam hidangan, tetapi...

Viral di media sosial kisah seorang pengusaha kedai makan mendapat ulasan negatif berkali-kali yang dimuat naik oleh seorang pelanggannya. Pelanggan berkenaan mendakwa, dia menemui helaian rambut di dalam hidangan yang dipesannya.  "Ada rambut tu, eeeeww! Menjijikkan! Kenapalah tak ikat rambut tu dulu sebelum masak? Teruk betul," tulis pelanggan tersebut.  Pengusaha kedai makan itu yang dikenali sebagai Supriyadi Hadi, kemudian berkongsikan pengalamannya menerima ulasan tersebut di media sosial. Dia tidak menolak kemungkinan individu itu cuba menjatuhkan imej gerainya.  Dalam pada itu juga, Supriyadi juga menafikan dakwaan pelanggannya dengan memuat naik gambar tukang masaknya. Rupa-rupanya, tukang masaknya tidak mempunyai rambut atau kata lainnya, botak. Jadi, tidak mungkin ada rambut yang jatuh ke dalam hidangan.  "Nampak jelas dan sengaja nak menjatuhkan perniagaan saya. Order tiga kali, diberi satu bintang. Tiga kali juga diberi ulasan yang sama konon...

'Sarapan pagi percuma untuk murid tiada peruntukan, tetapi RM100 juta untuk MP Pekan ada pula duit?!' - Maszlee selar Putrajaya

Program Sarapan Pagi (PSP) fasa pertama telah mula dilaksanakan pada 20 Januari 2020 yang membabitkan 100 buah sekolah dari seluruh negara dengan 37,000 murid dan 1,600 guru bertugas setiap hari. Kos pelaksanaan fasa pertama program itu telah dianggarkan sebanyak RM22 juta. Program ini telah dicadangkan oleh bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik pada Ogos tahun 2019, untuk 2.7 juta murid mendapatkan makanan berkhasiat sebelum bermulanya sesi pembelajaran. Bagaimanapun akibat kekangan kewangan program itu hanya meliputi 100 sekolah sahaja. Program PSP bertujuan menyediakan makanan berkhasiat mengikut nilai kalori dan amalan pemakanan seimbang, bagi memastikan murid mengamalkan pengambilan sarapan, gaya hidup sihat serta merangsang proses tumbesaran dengan lebih baik. Namun begitu, pelaksanaan program ini tidak lagi dapat diteruskan berikutan tiada peruntukan. Keputusan ini sedikit sebanyak telah memeranjatkan banyak pihak. Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan ke...

'Kawan saya dirogol 2 jantan s**** ni guna dadah' - Gadis rayu netizen kesan 2 suspek kes rogol rakannya

Seorang wanita membuat pendedahan di Twitter yang mendakwa rakannya telah dirogol oleh dua orang lelaki dan meminta kerjasama dari orang ramai untuk mengenalpasti dua lelaki terbabit untuk dilaporkan kepada pihak berkuasa. Menurut wanita berkenaan, dua suspek itu merupakan ‘kaki perempuan’ dan kali terakhir mereka dilihat adalah di Royal Park Hotel.  “Kawan saya dirogol oleh dua jantan s**l ini. Jika ada sesiapa yang tahu tentang hal ini, tolong tampil berikan maklumat. Cara tak cantiklah bro nak perempuan, kau sumbat dadah macam ni,” katanya dalam ciapan tersebut.  Difahamkan, mangsa telah diberikan sejenis dadah yang dicampurkan dalam botol minuman. Dua suspek terbabit secara tiba-tiba datang ke mejanya lalu diberikan botol air tersebut. Sebaik saja mangsa tersedar, dia mendapati dirinya berada di sebuah rumah.  Bagaimanapun, rakan mangsa meminta orang ramai tidak menyalahkan rakannya kerana dua suspek terbabit sememangnya bermasalah.  “Mohon jangan s...

Dah bayar RM2,500 tapi 6 bulan masih belum bertemu jodoh, penjawat awam serang staff wanita dalam lif

Hasrat mencari jodoh melalui sebuah laman web menemui kegagalan, mengundang seorang detektif koperal bertindak memukul wanita berusia 34 tahun di Jalan 2 Chan Low Lin, pada Selasa lalu.  Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, suspek berusia 35 tahun sebelum itu datang ke pejabat mangsa yang juga merupakan pegawai khidmat pelanggan syarikat mencari jodoh tersebut dan dikatakan berlaku perselisihan faham di antara mereka.  Difahamkan, suspek telah membuat pembayaran sebanyak RM2,500 kepada mangsa, tetapi malangnya tiada calon jodoh yang ditemuinya dalam tempoh enam bulan.  Suspek kemudian menyalahkan mangsa dan membawanya ke lif lalu diserang sehingga mengalami kecederaan dan pendarahan di bahagian kepala.  Mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) sebelum membuat laporan polis.  Bertindak di atas laporan itu,anggota terbabit telah dipindahkan tugas ke bahagian pentadbiran, sement...

Gomen luluskan 7 projek atasi masalah banjir di Melaka bernilai RM600 juta

Sebanyak tujuh projek besar bagi mengatasi masalah banjir di negeri Melaka telah diluluskan di peringkat kerajaan pusat, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man. Tuan Ibrahim berkata projek itu melibatkan projek naik taraf kolam tebatan banjir di Krubong yang bernilai RM600 juta. “Projek lain ialah projek tebatan banjir di Alor Gajah Fasa 1 dengan peruntukan RM30 juta, RTB (Rancangan Tebatan Banjir) Sungai Duyong (RM163 juta), RTB Jasin dengan peruntukan RM60 juta dan RTB Sungai Melaka Fasa 1 sebanyak RM40 juta diperuntukkan. “Ini tanggungjawab kita sebagai keraaan pusat, semua senarai projek ini telah kita sahkan dalam Parlimen yang sebahagiannya sedang berjalan dan yang lain dalam peringkat proses pelaksanaan yang lain,” katanya dalam rancangan ceramah PRN Melaka bersamanya selaku timbalan presiden PAS yang disiarkan dalam Facebook Melaka Update malam tadi. Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata lapan calon parti itu yang dipilih untuk bertanding pada Pilihan...

(Video) 'Alita dah kaku di dalam kolam' - Budak lemas dalam kolam depan rumah, sempat diselamatkan ibunya

Boleh dikatakan hampir kesemua setiap isi rumah mempunyai kolam renang. Tidak kiralah kolam buatan sendiri atau kolam yang dibeli. Kanak-kanak sudah pastinya paling teruja apabila bermain di dalam kolam. Tetapi dalam keterujaan itu, sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa memantau aktiviti anak-anak supaya sentiasa berada dalam keadaan selamat. Seorang bapa berkongsikan detik cemas apabila anaknya lemas di dalam kolam yang diletakkan di depan rumah. Bapa ini juga berkongsikan kronologi bagaimana anaknya jatuh ke dalam kolam tersebut. “Ini video dan kronologi apa yang berlaku kepada keluarga kami dalam tempoh 24 yang lepas, harap jadi iktibar kepada ibu bapa yang lain. “(Video) Jam 3:20 petang anak bongsu kami Alita Raysha lemas dalam kolam ketika bermain. Dia telah ambil kerusi dari belakang rumah dan panjat penghadang,” katanya. Bagaimanapun, nasib menyebelahi anak kecil ini apabila abangnya kebetulan lalu di situ dan terkejut melihat keadaan adiknya sebelum segera memanggi...

'Area KLCC ni memang tempat Karen suka² jalan tak pakai mask?' - Netizen dah mula geram, gesa pihak berkuasa ambil tindakan tegas

Beberapa minggu lalu, tular seorang wanita warga asing yang dikenali sebagai Karen enggan memakai pelitup muka ketika berkunjung di sebuah butik mewah di pusat beli-belah terkenal dan telah dikenakan tindakan kompaun sebanyak RM3,000 berikutan melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4. Tidak serik dengan kesalahan, wanita ini sekali lagi mencetuskan kemarahan netizen apabila tular gambar Karen dan seorang rakannya bersiar-siar di sekitar taman KLCC tanpa memakai pelitup muka. Gambar tersebut telah dimuat naik oleh netizen di Twitter. “So, Karen je tak payah pakai mask ke? Wow! I’m so angry because i am local and follow the rules but this mofo can simply walk without mask? This is too much! Memang area KLCC ni tempat sarang Karen suka-suka tak pakai mask ke? Mana undang-undang? Wajarkah aku marah? Menurut wanita ini, ketika dia sedang berjalan bersama anaknya di tempat itu, dia telah diberi amaran oleh polis yang melarangnya untuk membuka pelitup muka walaupun seketika...

Mas Ermieyati diumumkan sebagai calon Ketua Menteri Melaka

Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin diumumkan sebagai calon Ketua Menteri daripada Perikatan Nasional (PN) jika parti itu memperoleh mandat rakyat untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini. Pencalonan Mas Ermieyati yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) diumumkan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media di Ibu Pejabat PN di sini, hari ini. "Ini saya kira pertama kali dalam sejarah negara seorang wanita yang berkelayakan tinggi, profesional, muda, mempunyai banyak pengalaman ditawarkan sebagai calon ketua menteri. View this post on Instagram A post shared by Mas Ermieyati Samsudin (@emysamsudin) "Saya pun tahu tak pernah ada di negara kita tetapi terbukti PN sentiasa memberikan peluang kepada sesiapa sahaja tidak kira jantina, baik lelaki atau wanita untuk memegang jawatan-jawatan penting seperti ini,...

Jilat jari wanita di kedai vape, anggota tentera akan didakwa di mahkamah esok

Seorang anggota tentera yang ditahan kerana disyaki mencabul kehormatan seorang pekerja wanita di sebuah kedai vape di Taman Keramat di Kuala Lumpur pada 7 Okt lepas, akan dituduh di Mahkamah Majistret Ampang, pagi esok. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata lelaki berusia 26 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. "Polis telah mendapat kebenaran daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mendakwa suspek dan dia akan dituduh esok,“ katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya Kuala Lumpur hari ini. Pada 5 Okt lepas, mangsa yang berusia 18 tahun telah didatangi seorang lelaki berpakaian tentera mahu membeli barangan vape di kedai itu. Lelaki berkenaan keluar dari kedai selepas selesai membeli barangan vape namun masuk semula ke kedai berkenaan. Ketika mangsa menyerahkan pod vape kepada lelaki itu, lelaki berkenaan dipercayai mengambil kesempatan memegang tangan mangsa dan kemudian ...

Miliki 5 rekod jenayah lampau, polis tahan ibu saudara mangsa terjatuh dari tingkat 16

Polis menahan ibu saudara kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang maut terjatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium di Selayang, Kuala Lumpur semalam. Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata wanita berumur 36 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan. Zainal berkata suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan dengan dadah. “Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(5b) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu dengan cuai menyebabkan kematian kepada kanak-kanak. “Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang hari ini bagi tujuan permohonan reman,” katanya dalam kenyataan hari ini. Zainal Mohamed berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mohd Nizar Adnan di talian 03-61262222/013-9961892. Semalam, kejadian tragis itu berlaku pada kira-kira 10.30 pagi, apabila ibu saudaranya sedar mengenai kehilangan anak saudaranya i...

Mangsa dipercayai memanjat katil di tepi tingkap sebelum terjatuh dari tingkat 16 - Polis

Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang maut akibat terjatuh dari tingkat 16 kondominium di Batu Caves hari ini dipercayai memanjat katil di tepi tingkap.  Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, sebelum kejadian ibu mangsa yang merupakan ibu tunggal keluar rumah dan mangsa ditinggalkan bersama adik lelaki berusia empat tahun di bawah jagaan ibu saudara mereka berusia 36 tahun.  Pemeriksaan mendapati, tingkap kediaman tidak dipasang jeriji dan mangsa dipercayai bermain dan memanjat sebuah katil yang berada di tepi tingkap.  "Kita percaya mangsa terjatuh dari tingkap itu," katanya.  Kes itu disiasat di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001. Siasatan sedang dijalankan sama ada kes itu membabitkan kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak.  Dalam laporan sebelum ini, ibu saudara mangsa, Fauziah Hanum Cik Ros, berkata dia beradad di bilik mandi. Selesai membersihkan diri, dia menda...

'Orang sebarkan gambar itu cuba nak burukkan nama saya' - Baby Shima nafi bermesra, tetapi adegan untuk muzik video lagu Lalai

Susulan tersebar gambar penyanyi dangdut Baby Shima atau nama sebenar Nor Ashima Ramli, 28, seperti sedang mencium seorang lelaki di pusat hiburan, dia sekali lagi tampil menafikan dakwaan kononnya itu semua hanyalah gimik.  Jelas Shima, apa yang berlaku pada ketika itu sebenarnya adalah salah satu babak dalam penggambaran muzik video baharunya yang berjudul Lalai.  Baca: 'Saya akui itu memang saya, tak perlu tahu siapa lelaki itu' - Baby Shima tampil beri penjelasan mengenai gambar viral "Buat apa saya nak buat gimik macam itu untuk memalukan diri sendiri? Pastinya saya tidak memilih cara itu untuk mencapai populariti. Bila saya tengok komen-komen, semuanya menulis komen seolah-olah percaya tanpa tahu perkara sebenar.  "Saya nak minta maaf mengenai gambar yang tersebar itu. Saya pun tak tahu datang dari mana. Mungkin orang yang sebarkan itu cuba nak memburukkan nama saya.  "Saya percaya orang ini mahu menjatuhkan dan memalukan saya serta membuat or...

'Anak saya tak nak belajar, tengok telefon saja' - Bapa pukul anak didenda RM4,000

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengenakan denda RM4,000 terhadap seorang bapa yang memukul anak perempuannya sehingga lebam. Hakim Mahyon Talib menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh berusia 39 tahun itu mengaku bersalah atas perbuatannya itu yang dilakukan pada jam 12 tengah hari, 8 November 2021, di rumahnya di Setapak.  Tertuduh turut diperintahkan menjalani hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar jumlah denda yang dikenakan.  Mengikut pertuduhan, tertuduh mengetuk kaki kira anak perempuannya berusia 10 tahun 11 bulan, memukul kepalanya dengan penyapu sehingga melecet serta memulas tangannya ke belakang sehingga lebam.  Apabila ditanya mengapa tertuduh berbuat demikian, dia menjawab, "Anak saya tak nak belajar, tengok telefon sahaja".  Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-dua sekali.  Timbalan Pendakwa Raya, Abdul...

Budak 5 tahun maut terjatuh dari tingkat 16 kondominium di Batu Caves, Gombak

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut akibat terjatuh dari tingkat 16 kondominium di Batu Caves, Gombak, pagi tadi.  Menurut ibu saudara mangsa, Fauziah Hanum Cik Ros, 36, berkata, dia menyedari kehilangan anak saudaranya pada jam 10.30 pagi selepas mendapati kanak-kanak itu tiada di dalam biliknya.  Ketika kejadian, dia sedang mandi dan mangsa dikatakan baru bangun dari tidur kerana tidur lewat. Namun, sebaik selesai mandi, dia tidak nampak kelibat anak saudaranya di dalam rumah.  Fauziah terus menghubungi ibu mangsa, Bella, yang ketika itu berada di luar. Tidak beberapa lama kemudian, Bella memaklumkan kepadanya yang mangsa berada di tingkat dua kondominium tersebut selepas diberitahu orang ramai bahawa ada kanak-kanak ditemui di lokasi itu.  Menurut Fauziah, anak saudaranya merupakan kanak-kanak yang aktif dan mempunyai seorang adik lelaki berusia empat tahun, yang juga berada di rumah semasa kejadian.  Difahamkan, ibu mangsa sepatu...

'Kenapa datang sekolah hari ni? Kan cikgu kata jangan datang' - Puas ditegur ikut giliran, rupa-rupanya murid ini datang untuk...

Sesi persekolahan sudah mula dibuka setelah beberapa bulan ditutup susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula sekitar April lalu. Namun begitu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, kapasiti kehadiran murid setiap minggu ditetapkan pada kadar 50 peratus daripada jumlah keseluruhan, bagi mengurangkan jumlah dalam kelas dan risiko penularan Covid-19. Setelah berbulan lamanya bercuti, sudah pastinya pelbagai ragam murid sekolah yang dapat dilihat. Tetapi, kisah yang dikongsikan oleh guru ini sangat menyentuh perasaan netizen. “Minggu ini ada seorang murid dari Kumpulan A hadir. Saya menyangka, mungkin murid itu tidak tahu tentang penggiliran. Lalu saya menerangkan kepada dia.  "Minggu lepas awak dah hadir, minggu ini tak payah hadir. Belajar di rumah. Minggu depan baru hadir ke sekolah."  Dia mengangguk tanda faham. “Keesokan harinya, dia hadir lagi. "Kenapa awak datang ke sekolah hari ini? Kan cikgu kata, jangan datang m...