Seorang lelaki warga emas berusia 66 tahun parah ditikam anak lelakinya berusia 23 tahun yang dipercayai marah selepas mendengar anak saudaranya menangis. Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, kejadian itu berlaku pada jam 11 pagi tadi di kediaman mereka berhampiran Pasar Bachok. Difahamkan ketika kejadian, saksi yang juga anak saudara perempuan suspek berusia 16 tahun bersama dengan suspek dan mangsa di rumah itu, dengan seorang lagi adiknya berusia empat tahun. Menurut saksi, kejadian bermula apabila suspek memarahi mangsa kerana tidak tahan mendengar suara tangisan adiknya lalu bertindak memukul mangsa. Bapa suspek cuba menghalang tetapi gagal. Suspek terus pergi ke dapur dan mengambil sebilah pisau lalu menikam bapanya beberapa kali di bahagian kepala, leher dan anggota badan yang menyebabkan kecederaan di leher kanan, atas kepala, telinga kiri, tapak tangan kiri dan calar di lengan tangan kiri. Saksi...