Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2021

(Video) 'Kita nak turunkan kes, diorang nak tambah kes' - Hanya 400 hadir di perhimpunan baju hitam, polis akan panggil penganjur & peserta kerana langgar SOP

Kes positif Covid-19 di Malaysia hari ini mencatatkan 17,786 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 1,113,272 kes. Walaupun kes positif menunjukkan trend peningkatan, angka itu tidak menakutkan kumpulan baju hitam yang turun ke jalan raya untuk menyertai perhimpunan 'Keluar dan #Lawan' di Kuala Lumpur hari ini.  Lapor media tempatan, peserta perhimpunan itu didapati berkumpul di beberapa kawasan sejak jam 10 pagi, selepas tualr di media sosial satu poster yang mengajak orang ramai turun ke jalanan bagi menunjukkan solidariti rakyat terhadap rakyat yang dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka.  Menurut polis, kumpulan berkenaan dikatakan mula berarak dari Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek menuju ke Dataran Merdeka, sambil membawa bendera hitam, replika jenazah dan sepanduk menentang kerajaan Perikatan Nasional (PN).  Bagaimanapun, polis terlebih dahulu membuat kawalan keselamatan di kawasan Dataran Merdeka d...

(Video) 'Sumpah kami tak ada apa-apa' - Suami kantoi curang bawa pramugari Lion Air ke rumah sewa dicekup isterinya yang sedang hamil

Viral di media sosial di negara jiran baru-baru ini menunjukkan seorang isteri mencekup suaminya yang bekerja sebagai pramugara curang dengan rakan sekerjanya di rumah sewa mereka.  Video tersebut dimuat naik oleh si isteri yang sedang hamil, Sinta Rizki Dewi Arfiani, pada 21 Julai 2021. Suami dan pasangan curangnya merupakan kakitangan syarikat penerbangan Lion Air.  Si suami, Anoure Aslama, terkedu ketika ditangkap basah menyembunyikan Prillia Berliani, di rumahnya. Mereka tidak mampu berbuat apa-apa semasa diserbu oleh Sinta dan jirannya yang datang ke rumah.  Difahamkan kejadian itu bermula selepas Sinta berasa curiga dengan tindakan suaminya tidak membuka pintu rumah selepas diketuk selama 20 minit.  Setelah pintu dibuka, Sinta menemui orang ketiga itu di dalam bilik belakang yang biasanya digunakan untuk bersolat. Anoure menegaskan dia tidak curang walaupun bukti sudah ada di depan mata, iaitu Prillia yang berada di dalam bilik tersebut memakai paka...

Wanita paling cemburu di dunia, hanya benarkan suami tonton siaran haiwan dan tumbuhan sahaja

Bimbang pasangan curang, seorang wanita bernama Debbi Wood pernah memaksa suaminya mengambil ujian poligraf (ujian pengesan penipuan) dan kerap memeriksa telefon bimbit serta emelnya setiap hari.  Ibu kepada dua anak, berusia 44 tahun itu dilabelkan sebagai wanita paling kuat cemburu di Britain, malah pernah melarang Steve, 32, menonton rancangan TV yang menampilkan penyampai TV, Holly Willoughby dan Anne Robinson, yang disyaki merupakan wanita kegemaran lelaki itu.  "Saya tak nak dia fikir wanita lain itu menarik. Kalau awak dah ada isteri dan bahagia dengan pasangan, mata awak sepatutnya hanya memandang pasangan sehidup semati sahaja," katanya.  Sebagai ganti, Debbi memberi suaminya permainan konsol agar dia tidak kebosanan dan mereka kerap menghabiskan waktu bersama-sama bermain game.  Debbie yang didiagnosis dengan gangguan psikiatri dilaporkan menghidap Sindrom Othello, yang menyebabkan dia percaya pasangannya tidak setia. Debbie juga memasang softwa...

'Sebab dia berani, kau upah dia RM50? Si*l apa kau?' - MK K-Clique nak sumbang RM50,000 kepada pakcik yang diaibkan dalam video viral

Anggota kumpulan K-Clique, Muhammad Hairi Amin atau nama popularnya MK, turut menyelar tindakan usahawan, Carl Samsudin, yang dianggapnya tidak beradab dengan gelandangan warga emas dijadikan sebagai contoh kegagalan hidup di depan khalayak lain pada ceramah motivasi di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur (PTGKL) baru-baru ini.  MK dalam kenyataan di Instastory semalam meminta orang ramai yang mempunyai info mengenai lelaki warga emas berkenaan untuk tampil berkongsi maklumat kerana dia berhasrat untuk memberi sumbangan RM50,000 berbanding Carl Samsudin memberi RM50.  "Sebab dia berani, kau upah dia RM50? Si@l apa kau? Saya bukan orang kaya, keluarga saya bukan orang kaya, siapa ada info pakcik ini, saya bagi pakcik ini RM50,000. Mentang-mentang kau kaya, kau berjaya, cakap ikut sedap mula kau ja," katanya.  Menjelaskan lebih lanjut MK berkata, apa yang berlaku dalam video viral itu adalah melampau dan tidak boleh diterima. Meskipun Carl dalam kenyataanny...

Pakcik rogol kambing betina sampai mati, direman selama 168 jam

Polis menahan seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun kerana disyaki merogol kambing ternakan penduduk kampung, sehingga mati dalam kejadian yang berlaku di Kampung Sungai Buaya, Serendah, Hulu Selangor.  Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan dari pemilik kambing yang memaklumkan haiwan ternakannya mengeluarkan bunyi pelik sebelum ternampak suspek yang dikenalinya melarikan diri dalam keadaan separuh bogel kira-kira jam 1.30 tengah hari.  Wanita berusia 45 tahun itu kemudian mendapati kambing ternakannya sudah tidak bernyawa, lalu membuat laporan polis.  Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan suspek di sebuah kawasan semak di Jalan Tengah, Kampung Sungai Buaya pada jam 10.50 pagi semalam. Semakan mendapati, suspek memiliki rekod jenayah lampau yang berkaitan dengan kes jenayah.  Sementara itu, Unit Forensik Selangor dan Jabatan Veterinar Kuala Kubu Bharu menjalankan sia...

'Permainan orang itu nak jatuhkan Carl' - Peguam dakwa Carl Samsudin telah difitnah

Peguam mewakili Carl Samsudin, iaitu Emma Sakira, mendakwa anak guamnya telah difitnah oleh pihak tertentu bagi tujuan menjatuhkan dan menjejaskan reputasinya.  Memetik laporan dari mStar Online , Emma berkata klip video yang viral di media sosial hanya diambil sebahagian sahaja oleh pihak berkenaan yang mengundang telah mengundang kecaman hebat dari netizen termasuk golongan selebriti.  "Pihak tersebut pergi rekod video ini dan ambil klip pada ketika dia (Carl) tengah beri ceramah motivasi ketika dia bersemangat. Dia bukan herdik, tetapi memberi semangat.  "Permainan orang itu nak jatuhkan Carl konon-konon dia seorang usahawan yang teruk, untuk memberitahu orang bahawa Carl tidak beradab, kurang ajar, herdik orang tua, walhal itu tidak benar," katanya.  Dalam penjelasan Carl melalui Instagramnya hari ini, dia hadir ke Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur atas jemputan bagi memberikan ceramah motivasi kepada 20 orang gelandangan yang sudi hadir pada jam...

'Saya bukan menghina uncle itu, cuma nada saya agak bersemangat' - Carl Samsudin tampil mohon maaf & beri penjelasan, nafi bersikap biadab terhadap warga emas

Usahawan yang didakwa menjadikan kesilapan perjalanan hidup seorang gelandangan warga emas sebagai contoh kegagalan sehingga dikecam teruk oleh netizen, dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) semasa memberi ceramah di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.  Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kejadian itu berlaku pada jam 11.30 pagi Selasa, 27 Julai 2021 ketika individu terbabit menyampahkan ceramah motivasi bertajuk 'Ubah Hidup' kepada 20 gelandangan di pusat transit berkenaan.  Hari ini, Khamis, 29 Julai 2021, Carl Samsudin, 34, tampil memohon maaf dan memberi penjelasan mengenai apa yang berlaku pada hari kejadian itu.  Baca: 'Lu kalau nak tolong orang, jangan nak korek-korek kisah silam siapa-siapa' - Aaron Aziz sound setepek usahawan mengaibkan warga emas (gelandangan) di khalayak ramai "I'm sorry Malaysia. Saya tidak pernah berniat ingin menghi...

Payudara membesar selepas disuntik vaksin Pfizer - Pakar

Sebilangan pakar berpendapat simptom payudara membesar selepas suntikan vaksin Pfizer sebenarnya tindak balas imunisasi yang berlaku selepas individu tersebut disuntik pada bahagian lengan, lapor akhbar Daily Star semalam. Pengarah Pusat Penjagaan Payudara Universiti California San Francisco, Dr. Laura Esserman berkata, apabila individu itu disuntik pada bahagian atas lengan, adalah normal bagi kelenjar limfa untuk membengkak sebagai sebahagian daripada tindak balas imunisasi. “Saya pasti beratus-ratus ribu wanita akan mengalami keadaan ini,” katanya. Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan yang menyebut bahawa ramai wanita di Amerika Syarikat (AS) berasa bimbang kerana mengalami bengkak pada bahagian payudara selepas menerima suntikan vaksinasi Covid-19 yang dikhuatiri merupakan simptom kanser payudara. Keadaan itu telah menyebabkan bilangan wanita di negara itu menemui doktor bagi menjalani ujian mamogram meningkat. Selain di AS, perkara serupa turut dila...

'Lu kalau nak tolong orang, jangan nak korek-korek kisah silam siapa-siapa' - Aaron Aziz sound setepek usahawan mengaibkan warga emas (gelandangan) di khalayak ramai

Seorang usahawan muda dikecam netizen kerana tindakannya yang didakwa melampau dan biadab secara tidak langsung telah mengaibkan lelaki warga emas di hadapan khalayak ramai di sebuah pusat kebajikan yang dikunjunginya baru-baru ini.  Berdasarkan video berdurasi 1 minit 12 saat itu, insiden yang memalukan tersebut berlaku di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, yang dimuat naik sendiri oleh usahawan berkenaan di akaun Instagramnya.  "Umur berapa? Ha? 64? Saya tanya betul-betul, masa muda dulu menyesal tak, tak buat betul-betul? Masa muda dulu, menyesal tak banyak main-main, banyak tak buat betul-betul, malas.. menyesal tak?  "Menyesal? Dia cakap menyesal. Saya tanya korang, korang sampai tua nanti baru nak menyesal ke? Pernah tak korang wish one day, tak kisahlah you agama apa, you pray to god, "God show me the way how I want to change my life". Pernah tak?  "What if today is the God send me to help you guys? If today, your wish, your doa pada Tuh...

'Jangan terkejut kalau laki mat salleh aku lempang mulut bapok kau tu!' - Lana beri amaran kepada Michael Ang

Pelakon Lana Nodin atau nama sebenar Mazlina Hasan Nodin, meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap pengarah dan penerbit Michael Ang yang mengelarnya sebagai bimbo (perempuan cantik tetapi kurang cerdik) secara terbuka di media sosial, baru-baru ini susulan daripada tindakan Lana mendesak Ketua Pengarah Kesihatan meletak jawatan.  Melalui kenyataan yang dimuat naik di Instastorynya, Lana sudah menjangka isu yang membabitkan dirinya akan 'dikupas' oleh Michael Ang. Bagi Lana, Michael Ang tidak memahami apa sebenarnya yang cuba disampaikan dalam posting tersebut.  "Hei ada juga bapok tua menyampuk! Aku dah agak dah, dia ni semua isu dia nak kupas. Agaknya dia kena tukar kerja la. Tukar kerja kupas bawang, baru sesuai.  "Hei bapok gemuk, kau ingat aku ni bodoh ke, tak waras ke? Kau tengok video tu aku upload pasal mempersoalkan SOP. Yang kau terlebih meroyan kenapa? Terlebih makan hormon! Itulah, orang jadikan kau jantan, sibuk jadi pondan. Lepas itu menyusah...

Ulang kesilapan kedua, Tajuddin dikompaun lagi kerana tak pakai mask di Parlimen

Bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dikenakan kompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media pada 25 Mei 2021.  Kelmarin, Ahli Parlimen Pasir Salak berkenaan sekali lagi dikenakan kompaun di atas kesalahan yang sama ketika berada di ruang legar Parlimen, bersama seorang individu lain.  Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya terdahulu mengesan tweet yang dimuat naik oleh @SultanofTasik yang menunjukkan Tajuddin tidak memakai pelitup muka.  Siasatan mendapati, Tajuddin pada ketika itu menghadiri Sidang Mesyuarat Khas Ahli Dewan Rakyat pada jam 2.30 petang 26 Julai 2021. Akibatnya, satu notis kompaun telah dikeluarkan terhadap Tajuddin pada jam 1 tengah hari kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).  Beh menasihatkan orang ramai sentiasa mematuhi SOP PKP dengan memakai pelitup muka dan mengamalka...

'Kalau tak suka sila unfollow' - Lana Nordin selar netizen yang kecam dirinya kerana desak Ketua Pengarah Kesihatan letak jawatan

Desakan meletak jawatan dan teguran 'pedas' tak bertempat yang dibuat oleh pelakon Lana Nordin terhadap Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah baru-baru ini telah menyebabkan dirinya dikecam teruk oleh netizen. Namun Lana berpendapat dia mempunyai hak untuk membuat teguran dan memberi pandangannya lebih-lebih lagi apa yang dilihatnya pada video viral jelas menunjukkan petugas barisan hadapan melakukan kesalahan.  Baca: 'Kau ni patut stepdown dah, tak habis-habis buat muka sedih & nangis penat' - Lana Nordin desak DG Noor Hisham letak jawatan, dibekap pula oleh Rita Rudaini "Hanya kerana memuat naik video itu, saya dikecam teruk. Kenapa? Adakah apa yang dipaparkan dalam video itu betul? Lagi pun video itu dirakam oleh petugas barisan hadapan sendiri dan disebarkan sehingga tular. Bukan saya seorang saja yang kongsikan, ada ramai lagi. Semua bercakap perkara sama.  "Secara jelas, orang lain dalam video itu lengkap pakai PPE. Ke...

'Kau ni patut stepdown dah, tak habis-habis buat muka sedih & nangis penat' - Lana Nordin desak DG Noor Hisham letak jawatan, dibekap pula oleh Rita Rudaini

Viral di media sosial video sekumpulan petugas kesihatan sedang memindahkan mayat pesakit Covid-19 dari kontena ke kenderaan Hospital Kuala Lumpur. Apa yang menarik perhatian adalah tindakan seorang lelaki memakai baju hitam masuk ke dalam kontena tersebut tanpa memakai alat perlindungan diri seperti yang lain.  Hal itu turut menarik perhatian pelakon, Lana Nordin atau nama sebenar Mazlina Hasan Nodin, 41, yang mempertikaikan tindakan lelaki berkenaan.  "KAU (NOOR HISHAM) PATUT STEPDOWN DAH" Melalui kenyataannya yang dikongsikan di Instastory, Lana juga mendesak Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham meletak jawatan kerana mendakwa Noor Hisham selama ini hanya berlakon sehingga membuatkan ramai terperdaya.  "Hebat lakonan, kalah drama Melayu kat Samarinda. Hebat KKM, tahniahlah DG. Kau ni patut stepdown dah. tak habis-habis buat muka kesian and nangis penat. Tapi semua tu kau berlakon saje!! Sedih rakyat Malaysia kononnya kata kau tu ...

'Ini pasar malam kah?' - Ahli Parlimen bengang Putrajaya batalkan ordinan darurat pada 21 Julai tanpa beri pengumuman awal

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan semalam menjelaskan Putrajaya telah membatalkan semua peraturan ordinan darurat. Hal itu menyebabkan pihak pembangkang menuntut Takiyuddin menjelaskan bila peraturan tersebut dibatalkan dan melalui mekanisme apa.  Menurut Takiyuddin, pembatalan itu dibuat pada 21 Julai 2021 yang bertepatan dengan mesyuarat kabinet terakhir. Penjelasan Takiyuddin itu mengejutkan ahli parlimen kerana tiada pengumuman awal berkenaannya serta ia membawa implikasi undang-undang. Ahli Parlimen pembangkang menegaskan peraturan darurat sepatutnya dibatalkan melalui Parlimen sebagaimana yang dikehendaki oleh Pasal 150 (3). Tetapi speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun berkata, Artikel 150 (3) itu tidak diguna pakai.  Sementara itu Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengecam tindakan Putrajaya yang menurutnya tidak mengikut prosedur dalam pembatalan semua peraturan ordinan darurat. Peraturan ordinan tersebut di...

Video lelaki buat aksi tak senonoh atas katil sambil video call, mirip Ebit Lew viral di media sosial

Isu yang tercetus di antara Caprice, Nadir Al-Nuri dan Ebit Lew baru saja reda setelah masing-masing tampil memberi penjelasan panjang lebar. Namun kini timbul pula video seorang lelaki yang didakwa menyerupai pendakwah agama berkenaan berkelakuan tidak sopan di atas katil.  Terdahulu, ada beberapa individu termasuk selebriti dan influencer di media sosial memuat naik kenyataan yang seakan-akan memberi hint dipercayai berkaitan dengan isu yang sedang hangat diperkatakan di serata media sosial.  Caprice baru-baru ini memuat naik gambar iblis menjelirkan lidahnya dengan kapsyen " Standby for the truth Malaysia. Prepare yourself. It is coming. The devil lies, pretend and will sell you sweets. But Allah is the best planner. The time is near ".  Begitu juga dengan Fadli Aziz , Firdaus Wong , Akhi Fairuz Al-Jengkawi , Cikgu Fadhli Salleh , Rahmat Ikhsan , Aiman Psikologi dan ramai lagi yang memuat naik kenyataan di media sosial masing-masing mengenai isu sexu...