Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2021

(Video) 'Ada minum? Tengok aircond saya tu, aduh...' - Lelaki pecah masuk pasar raya, rosakkan banyak barang

Seorang lelaki ditahan polis kerana memecah masuk sebuah pasar raya di Naim Bintulu Paragon, Jalan Lapangan Terbang Lama.  Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili berkata, suspek berusia 34 tahun itu cuba melarikan diri ketika tangkapan dibuat.  "Dalam usaha melarikan diri, suspek telah merosakkan beberapa barang di dalam premis. Hasil pemeriksaan mendapati, siling pasar raya telah pecah, penyaman udara dan beberapa barang jualan di dalam pasar raya turut rosak akibat dipukul oleh suspek," katanya.  Suspek direman sehingga 5 Julai untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana memecah masuk premis dan khianat.  Sumber: Utusan Borneo, Info Roadblock JPJ/POLIS

Kes 3 remaja ditembak mati anggota polis pada tahun 2010, keluarga dapat pampasan RM1.5 juta

13 November 2010, tiga remaja iaitu Muhammad Shamil Hafiz Shapiei, 15, Mohd Hairul Nizam Tuah, 22, dan Muhammad Hanafi Omar 21, mati ditembak polis di Glenmarie, Shah Alam.  Dalam kejadian 11 tahun lalu itu, media melaporkan Timbalan Ketua Polis Selangor pada ketika itu, A Thaivegan berkata, ketiga-tiga remaja itu bersenjatakan parang dan cuba menyerang polis selepas merompak beberapa stesen petrol di Monteres dan Bukit Subang sebelum ditembak mati.  Hari ini media melaporkan, Hakim Khadijah Idris (Mahkamat Tinggi Shah Alam) memutuskan kerajaan dan polis diarahkan membayar tuntutan ganti rugi berjumlah RM1,519,200 (difailkan pada November 2013) sebanyak RM1.5 juta kepada keluarga tiga remaja terbabit. Sebelum itu pada 1 September 2016, Mahkamah Rayuan memutuskan polis dan kerajaan bertanggungjawab ke atas kematian tiga remaja berkenaan. Perkara itu kemudian diserahkan kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk penilaian ganti rugi.  Peguam kepada tiga keluarga rem...

Pelakon wanita positif dadah ditahan polis, Anjoulie tampil nafi spekulasi netizen

Semalam media melaporkan seorang pelakon wanita berusia 34 tahun ditahan polis di Nilai, Negeri Sembilan, selepas didapati positif dadah jenis methapethamine. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, pelakon itu ditahan pada jam 9.15 malam semasa serbuan dilakukan di sebuah rumah di Kampung Chalet. Pelakon itu kemudian dibawa ke Pejabat Narkotik IPD Nilai untuk melakukan ujian saringan awal sebelum didapati positif dadah dan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali. Bagaimanapun, pelakon itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.  Di media sosial, ramai netizen yang membuat spekulasi masing-masing dengan menggunakan 'hint' yang dilaporkan media. Berdasarkan dua hint utama iaitu umur dan lokasi individu itu ditahan, ramai yang menyangka Zarina Anjoulie.  Namun beliau segera tampil menafikan dakwaan itu tidak...

'Dah tu, takkan nak angkat bendera PAS pulak?' - Netizen kecam 2 pemimpin kanan PAS yang tidak bersetuju dengan kempen angkat bendera putih

Kempen mengangkat bendera putih bagi pihak yang terputus bekalan makanan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semakin mendapat perhatian banyak pihak. Tidak diketahui bagaimana kempen itu dimulakan tetapi ramai yang memuji insiatif itu sebagai cara untuk meminta bantuan.  Bagaimanapun, dua pemimpin kanan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), iaitu Nik Abduh (Ahli Parlimen Bachok) dan Rosli Abdul Jabar (Pesuruhjaya PAS Pahang dan ADUN Tanjung Lumpur) berpandangan perbuatan mengangkat bendera putih itu seperti mengajar rakyat untuk mengaku kalah ketika berdepan dengan ujian Allah SWT.  Nik Abduh berkata, mereka yang sedang diuji sepatutnya menadah tangan memohon doa kepada Allah SWT. "Angkat tangan berdoa kepada-Nya. Itulah bendera kekuatan dan optimis dalam ujian kehidupan. Jangan angkat kekalahan menghadapi ujian dengan mengajar rakyat mengangkat bendera putih," tulisnya di Facebook.  Rosli Abdul Jabar berpendapat perbuatan mengangkat bendera putih bukanlah cara ...

'Ni jenis main sapu semua yang datang ke apa?' - Wanita (isteri orang) dakwa diganggu anggota polis yang salahguna maklumat dirinya

Seorang wanita mendakwa, dia dihubungi anggota polis melalui aplikasi WhatsApp tidak beberapa lama selepas dia datang ke balai berkenaan untuk mendapatkan kebenaran merentas negeri bersama suaminya untuk menghantar adik yang mempunyai masalah kesihatan ke hospital. "Kau tengoklah, macam mana orang nak percaya polis? Aku pergi balai mintak kebenaran ke hospital, dia ambil nombor WhatsApp benda tak perlu. Motif? Nak kata aku lawa sangat, aku tak buka mask pun tadi dan aku deal dengan officer perempuan. Dia duduk tepi je. Ini jenis main sapu semua yang datang (ke balai) ke apa? "This happened so often sampai orang rasa normal, when it is not. Awak sedar tak polis tu badan beruniform? Ada badge dan uniform boleh buat apa-apa dengan data kita?" tulisnya di Twitter.  Berdasarkan gambar tangkap layar tersebut, anggota terbabit bertanya mengenai pekerjaan wanita itu. Selepas pengadu menjawab pertanyaan itu dan menyoal kembali tujuan anggota itu menghubunginya melal...

Israel akan hapuskan 800,000 vaksin Pfizer-BionTech jika tiada pembeli

Israel akan hapuskan 800,000 dos vaksin Covid-19 yang tarikh luputnya hampir tamat andai tiada negara yang bersetuju untuk membelinya, lapor Agensi Anadolu. Perbadanan Penyiaran Awam Israel (KAN) pada Isnin, tidak menyatakan jenis vaksin itu tetapi Tel Aviv sebelum ini dilaporkan telah membeli vaksin Pfizer-BioNTech. Pada 18 Jun, Israel bersetuju untuk menghantar sekurang-kurangnya sejuta vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech kepada Pihak Berkuasa Palestin berdasarkan satu perjanjian. Namun, Pihak Berkuasa Palestin membatalkan perjanjian itu kerana tarikh luput dos vaksin itu selain ia tidak memenuhi kriteria ditetapkan Kementerian Kesihatan. Sejak Disember 2019, wabak itu telah meragut lebih 3.92 juta nyawa di 192 negara dan wilayah, dengan lebih 181.3 juta kes dilaporkan di seluruh dunia, menurut Universiti Johns Hopkins. Sumber: Bernama

'Minta je duit dengan isteri abang tu daripada dibuang beli barang makeup' - Wanita terkilan dengan adik ipar berprasangka buruk terhadapnya

Hancur hati seorang wanita apabila dia secara tidak sengaja terbaca mesej dari adik ipar kepada suaminya. Dalam video TikTok @ichaisyah86, wanita itu mengaku kesal dan menangis saat membaca perbualan dua beradik itu.  "Terbaca mesej suami dengan adik ipar, tak terasa air mata ini mengalir. Tak sangka dia berprasangka buruk seperti itu terhadap saya," tulis wanita berkenaan yang turut berkongsi tangkap layar mesej di aplikasi WhatsApp suaminya.  Berdasarkan perbualan itu, adik iparnya meminta untuk dipinjamkan duit untuk membeli susu anak. Namun, suaminya memaklumkan dia tidak mempunyai duit di dalam akaun bank. Tidak puas hati dengan jawapan itu, adik ipar pun memerlinya.  Adik: "Abang, nak pinjam duit untuk beli susu anak." Abang: "Aduh dik, akaun bank abang kosong."  Adik: "Mintak je dengan isteri abang daripada duit dibuang untuk dia beli make up. Saya tengok isteri abang kebelakangan ni selalu berdandan. Curiga plak. Jangan sampai di...

Influencer TikTok prank bagi budak iPhone untuk raih perhatian, sebelum merampasnya semula

Seorang influencer dari Rusia yang merakam dirinya memberi kanak-kanak perempuan di jalanan sebuah telefon bimbit baharu semata-mata untuk meraih perhatian di media sosial, sebelum meminta telefon itu dikembalikan mengundang kemarahan netizen.  Difahamkan, kejadian berlaku di Kiev dan Alexander Voloshin sempat memeluknya selepas memberi iPhone harga kayangan itu. Kanak-kanak itu pada awalnya gembira menerima pemberian yang tidak dijangkakan itu sehinggalah Alexander Voloshin meminta iPhone itu dikembalikan kepadanya dan menjelaskan apa yang berlaku hanya sekadar untuk rakaman video TikTok sahaja. Namun kanak-kanak berkenaan enggan mengembalikan telefon tersebut.  Memandangkan kanak-kanak bersama ibunya enggan mengembalikan iPhone itu, Alexander mula berubah nada dan merampas kotak iPhone dari tangannya secara paksa biarpun si ibu memarahi Alexander yang telah membuat anak perempuannya menangis.  Tidak diketahui bagaimana situasi itu berakhir tetapi Alexander...

(Video) 'Orang di sini (Sabah) fahamlah, kita yang tahu suasana di sini' - Dituduh riak, pendakwah tampil beri penjelasan

Susulan video viral pendakwah agama dikritik netizen kerana tidak beradab dan mengaibkan orang yang menerima sumbangan, pendakwah berkenaan tampil memberikan penjelasan mengapa dia berbuat demikian.  Baca: (Video) 'Saya bukan nak jadi YB.. beras ini RM27...' - Netizen kritik cara pendakwah ini beri bantuan kepada golongan susah & dalam masa yang sama mengaibkan mereka   Dalam video live semalam Hisammuddin Sulaiman menjelaskan, apa yang berlakunya bukannya seperti yang didakwa. Sebaliknya hanya orang tempatan sahaja yang faham akan situasi tersebut.  "Ibu-ibu tahukan saya punya video itu, ibu tahu kan? Yelah, orang sini fahamlah (situasi). Kita yang tahu suasana di sini. Kita yang faham Sabah kan ibu? Siapa di depan kita, yang perlu kita bercakap begitu.  "Bukan kita marah ibu, kalau kita marah baik kita berhenti. Kita menghadapi macam-macam. Kadang-kadang dia berebut dan melompat saja. Macam tadi pun sama, dia sudah ambil (sumbangan bekalan makanan),...

'Tiada seorang pun yang bantu suami saya' - Pelanggan ditembak Security Guard sebab cuba masuk ke bank tanpa memakai pelitup muka

Seorang pelanggan yang cuba masuk ke bank tanpa memakai pelitup muka, ditembak oleh pengawal keselamatan dalam kejadian yang berlaku di Bank of Baroda, Bareilly, Uttar Pradesh, India.  Pelanggan berkenaan yang bernama Rajesh Kumar, cuba masuk ke bank tersebut pada jam 11.30 pagi, Jumaat, 25 Jun 2021 sebelum didatangi oleh pengawal keselamatan, Keshav Prasad Mishra, yang menghalangnya dari masuk sehingga berlaku pertengkaran di antara mereka.  Rajesh dikejarkan ke hospital, manakala Keshav telah ditahan polis untuk siasatan. Dalam keterangan, kepada polis, Keshav menegaskan dia terpaksa melepaskan tembakan kerana mangsa cuba masuk ke bank itu secara paksaan.  Sementara itu, isteri Rajesh, Priyanka memaklumkan, suaminya pergi ke bank tersebut untuk memperbaharui buku akaun bank.  "Suami saya pergi ke bank itu untuk memperbaharui buku akaun bank. Dia tidak memakai pelitup muka dan tidak dibenarkan masuk.  "Tidak beberapa lama kemudian, dia k...

Cemburu buta, lelaki ini libas parang pada mangsa yang dituduh cuba merebut bekas isterinya sehingga mati

Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai 'Tr' berusia 45 tahun nekad membunuh mangsanya, Anwar, 52, yang dituduh cuba merebut bekas isterinya dengan melibas mangsa secara membabi buta sehingga mati.  Ketua Polis Daerah Nunukan, Kalimantan Utara (Indonesia), Syaiful Anwar berkata, mangsa sebelum itu berada di tempat kerjanya bersama dengan tiga rakannya yang lain sebelum didatangi oleh suspek yang menunggang motosikal.  Suspek terus meluru dan melibas parang ke arah kepala, leher dan perut menyebabkan mangsa terus tersungkur. Melihat keadaan Anwar yang sudah tidak bernyawa, suspek terus panik dan membuang parangnya sebelum menyerah diri ke balai polis.  Mangsa sempat dikejarkan ke hospital oleh saksi dan polis, tetapi dia disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialami.  Siasatan awal mendapati, suspek telah merancang untuk melakukan pembunuhan itu. Suspek berang apabila mengetahui hubungan di antara Anwar dan bekas isterinya yang bernama I...

'Diekori dari dalam lif sampai depan rumah...' - Gadis nyaris dirogol lelaki mental di Putrajaya

Seorang wanita berusia 23 tahun nyaris dirogol lelaki tidak dikenali yang mengekorinya sebelum diselamatkan jiran dan pekerja penghantar makanan di Putrajaya, kelmarin.  Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, kejadian itu berlaku pada jam 2.51 petang di mana suspek berusia 32 tahun mengekori mangsa dari dalam lif sehingga ke rumahnya.  Sebaik tiba di hadapan rumah, suspek terus mengacu pisau menyebabkan mangsa ketakutan lalu masuk ke dalam rumah dan memanggil rakannya. Namun, suspek bertindak masuk ke dalam bilik mangsa dan mengunci pintu.  Jiran dan pekerja penghantar makanan yang kebetulan berada di lokasi kejadian terus datang membantu menahan suspek. Siasatan awal mendapati, keluarga menyatakan suspek mengalami masalah kesihatan mental sejak beberapa tahun dan tidak mempunyai pekerjaan.  Suspek kini direman selama emp...

Mat Pet nekad buat laporan palsu, untuk raih perhatian isterinya yang nak tuntut cerai

Seorang lelaki sanggup merisikokan rumah tangganya dengan membuat laporan palsu kononnya dia disamun dan motosikalnya dilarikan oleh dua lelaki yang tidak dikenali kelmarin, semata-mata mahu meraih perhatian isterinya yang menuntut cerai. Ketua Polis Daerah Kota Belud (Sabah), Superintendan Sahimi Husin berkata, helah lelaki berusia 30-an itu bagaimanapun kantoi selepas curiga dengan laporannya sebelum dia mengaku membuat laporan palsu.  "Suspek kemudian membawa polis ke lokasi dia menyembunyikan motosikalnya dan mengaku terpaksa membuat laporan itu kerana mahu menyelamatkan rumah tangganya.  "Ujian saringan air kencing dibuat dan mendapati dia positif dadah jenis yabu. Dia ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.  Suspek kini disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.  Justeru, Sahimi mengingatkan orang ramai untuk tidak melakukan perbuatan sedemikian dan jika didapati memalsukan laporan boleh dikenakan...

PKP 3.0 akan terus disambung, bantuan moratorium pinjaman & pengeluaran wang dari KWSP akan diumumkan

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 tidak akan ditamatkan esok dan fasa pertama akan terus disambung.  Beliau berkata, PKP 3.0 (fasa pertama) tidak akan ditamatkan sehingga angka kes positif Covid-19 harian kurang dari 4,000 kes sehari.  Kerajaan akan mengumumkan bantuan tambahan lebih menyeluruh kepada semua golongan masyarakat pada Isnin atau Selesa depan.  Sementara itu, pengumuman mengenai moratorium pinjaman dan pengeluaran wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui i-Sinar juga akan dibuat tidak lama lagi.  Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, "Saya sudah berbincang dengan Perdana Menteri dana agensi-agensi berkaitan. Kerajaan mendengar suara rakyat dan bantuan yang wajar akan diumumkan dalam masa terdekat, InsyaAllah," katanya.  Pada 1 Jun lalu, kerajaan memberikan moratorium pinjaman tiga bulan kepada golongan B40 dan individu yang kehilangan pekerjaan. Namun...

(Video) 'Saya bukan nak jadi YB.. beras ini RM27...' - Netizen kritik cara pendakwah ini beri bantuan kepada golongan susah & dalam masa yang sama mengaibkan mereka

Kebiasaannya, seseorang yang memberi bantuan, derma atau sumbangan, tidak akan sama sekali melontarkan kata-kata yang tidak sewajarnya terhadap golongan yang menerima bantuan tersebut demi menjaga hati mereka. Tetapi berbeza dengan pendakwah agama dalam video yang viral di media sosial ini, mengundang pelbagai reaksi netizen.  "Dah dapat, kamu kata belum dapat. NGO lain sudah bagi kamu, okay lah. Ramai lagi yang susah... Saya bantu kamu semua ini ibu-ibu, saya tidak ada kepentingan sama kamu. Kamu tidak boleh mengundi, betul? Tidak ada IC betul? Kalau kerana nak undi, saya cari orang tempatan lah.  "Ini live ni bang, saya pakai mic ni, live ni. Saya cari orang tempatan kalau mahu undi. Tapi ini bagi (sumbang) sebab kasih sayang. Kena faham ini, kasih sayang sama kamu.  "Saya bukan nak jadi YB, bukan kerajaan, ini persendirian saya buat. Ibu bayangkan, beras ini RM27 campur ini lebih kurang RM50. Kalau hari ini saja RM20, berapa ratus ringgit? RM500 kan? Bukan R...

Bapa dituduh rogol anak, rayu dibenarkan diikat jamin atas alasan hidap penyakit gaut

Seorang penggangur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, kerana dituduh merogol anaknya, pada bulan lalu.  Tertuduh yang juga bapa kepada lima anak itu bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah terhadap dua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya, di hadapan Hakim Nariman Badruddin.  Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh berusia 39 tahun itu didakwa sengaja merogol anak sulungnya berusia 18 tahun di rumah di Jasin pada 23 Mei lalu dan didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun, serta sebatan.  Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan aturan tabii dengan persetujuan mangsa, mengikut Seksyen 377B yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.  Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nabilalif Mohd Rosli tidak menawarkan sebarang jaminan. Namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar diberi j...

'Apakah isteri kau enak atau tidak?' - Berang isteri dihina, lelaki pukul rakannya sampai mati

Dua lelaki nekad membunuh rakan sendiri bernama Muhammad Manpalufi, 24, kerana sakit hati dengan soalan yang diajukan kepada salah seorang suspek.  Ketua Polis Daerah Kudus, Aditya Surya Dharma berkata, kejadidan itu berlaku di Desa Jepang, Jawa Tengah, Indonesia, dua suspek terbabit yang hanya dikenali sebagai OS dan TS. Suspek utama, OS, 23, mengakui bahawa dia tidak sengaja dan tiada niat membunuh mangsa.  Difahamkan sebelum kejadian itu, OS dan beberapa rakannya sedang minum minuman keras dan secara tiba-tiba mangsa bertanyakan soalan yang tidak wajar mengenai isteri suspek.  "Dia menghina isteri saya. Dia tanya, 'Apakah isteri kau enak atau tidak?' dalam keadaan mabuk, membuatkan saya sakit hati," katanya dalam sidang media pada Khamis, 24 Jun 2021.  OS yang gagal mengawal kemarahannya bertindak memukul mangsa bertubi-tubi menggunakan tongkat kayu, bersama dengan rakannya, TS, sehingga mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri. Selepas melakukan jenaya...

'Isteri saya curang dengan penjual sayur' - Suami bunuh & buang mayat isteri hamil 6 bulan dalam tangki septik

Mayat seorang wanita hamil dengan kandungannya berusia enam bulan ditemui dalam tangki septik, menggemparkan penduduk di Taman Perumahan Griya Sakti, Riau, Indonesia.  Mayat mangsa ditemui pada Selasa, 8 Jun 2021 dan suspek yang membunuh wanita itu merupakan suaminya sendiri yang dikenali sebagai Alex Iskandar, 28.  Alex nekad membunuh isterinya, Siti Hamidah, 32, yang kemudian dibuangkan di dalam tangki septik. Suspek mengaku dia berbuat demikian kerana berang dengan mangsa curang dengan lelaki penjual sayur.  "Isteri saya curang dengan penjual sayur," katanya.  Bagaimanapun, ahli keluarga mangsa menafikan dakwaan suspek. Kakak mangsa, Siti Nurhasanah berkata, kakaknya tidak akan sama sekali curang terhadap Alex. "Kakak saya tidak pernah curang seperti yang dituduh Alex. Saya kenal kakak saya, dia seorang wanita yang baik," katanya.  Pihak keluarga mangsa menuntut pihak berkuasa menjatuhkan hukuman berat terhadap suspek yang telah membunuh i...

Najis lembu 1 tan dicuri, polis lancar operasi besar-besaran buru suspek

Polis di India sedang melakukan operasi memburu secara besar-besaran susulan mendapat laporan sekumpulan perompak telah mencuri hampir satu tan tahi lembu dari sebuah kampung.  Penduduk di Kampung Dhurena, Chhattisgarh membuat laporan polis pada minggu lalu setelah mendapati lebih dari 800 kilogram najis lembu hilang dari gudang mereka.  Polis berkata, sekumpulan perompak terbabit melakukan perbuatan itu pada waktu malam dengan memecah masuk gudang simpanan dan melarikan kotoran lembu itu yang dianggarkan bernilai kira-kira 1.600 rupee (RM89.83). "Kami telah menyoal siasat beberapa suspek, tetapi belum ada tangkapan," kata pegawai polis, Harish Tandekar pada Rabu.  Harish juga tidak jelas bagaimana suspek berkemampuan mengangkut sejumlah besar najis lembu itu dan motif mereka mencurinya. Pihaknya memberi jaminan siasatan akan diteruskan dan berusaha mengesan suspek-suspek yang terlibat.  Difahamkan, Chhattisgarh membeli najis lembu dari peladang tenusu ...

'Suami saya telah difitnah media & kerajaan' - Pencipta antivirus McAfee, mati bunuh diri di penjara selepas mahkamah Sepanyol luluskan pemohonan ekstradisi ke Amerika

John McAfee, pencipta perisian antivirus komputer popular dilaporkan mati bunuh diri di penjara Sepanyol, setelah mahkamah meluluskan permohonan ekstradisi ke Amerika Syarikat bagi pertuduhan berkaitan cukai.  McAfee, 75, ditemui mati pada petang Rabu di selnya di Penjara Brians 2, Barcelona di mana siasatan awal menunjukkan ada tanda-tanda membunuh diri. Kejadian itu berlaku selepas beberapa jam mahkamah Sepanyol meluluskan permohonan ekstradisi McAfee ke Amerika Syarikat yang dikehendaki atas pertuduhan jenayah berkaitan cukai, membawa kepada hukuman penjara hingga 30 tahun.  Peguamnya, Javier Villalba berkata, McAfee masih berpeluang untuk membuat rayuan terhadap kes itu tetapi anak guamnya sudah tidak tahan dikurung terlalu lama di penjara.  "Ini adalah hasil dari sistem yang kejam, yang tidak mempunyai alasan untuk menahan lelaki ini dalam tempoh yang lama," kata Villalba yangg juga mendedahkan McAfee mati bunuh diri dengan menggantung diri di dalam sel....