Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2021

'Selalu kacau bini orang, siap ajak bersetubuh' - Warga asing mati dibunuh dengan tombak sawit

Padah selalu menganggu isteri orang sehingga berani mengajak bersetubuh menyebabkan seorang lelaki warga Indonesia dibunuh oleh rakan senegaranya dalam kejadian di Kampung Siang Siang Laut, Lawas, Sarawak.  Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Roslan Leman berkata, mayat mangsa, Imran, 40-an, ditemui terapung di dalam parit ladang sawit pada Rabu, oleh orang ramai.  Ketika ditemui pada jam 9.30 pagi, mayat mangsa tidak berbaju dan hanya memakai seluar jeans berwarna hitam dan dibaluti dengna kanvas.  Pemeriksaan pada mayat mangsa mendapati, ada beberapa kesan kecederaan di bahagian kepala iaitu kesan tetakan, selain kecederaan di bahagian belakang badan dan lutut kiri.  Susulan penemuan mayat itu, polis telah menahan seorang suspek berbangsa Bugis berusia 32 tahun (warga Indonesia) pada jam 12.10 tengah hari di sebuah kuarters Ladang Trusan pada hari yang sama.  Suspek mengaku bergaduh dengan mangsa pada Isnin lalu kerana mangsa kerap mengganggu isterinya...

'Kalau rasa RM20,000 mahal, kahwin je dengan orang kampung Sabah, dapatlah RM500 centu' - Komen wanita ini undang rasa tak puas hati netizen

Media sosial sepatutnya digunakan dengan baik, tujuan baik tanpa perlu menyakitkan hati mana-mana individu atau pihak. Tetapi tidak dinafikan ada yang terlanjur melakukan kesilapan itu dan akibatnya? Dikecam netizen dari setiap sudut sehinggalah dikorek segala data peribadi untuk dijadikan sebagai bahan tohmahan.  Baru-baru ini, seorang wanita memuat naik komen di Facebook yang mengatakan golongan lelaki boleh melupakan hasrat untuk berkahwin sekiranya tidak mampu menanggung hantaran RM20,000.  Ayat pertama mungkin masih boleh diterima, tetapi ayat yang seterusnya mengundang rasa tidak puas hati netizen khususnya netizen Sabah yang merasakan komen tersebut jelas sekali menghina orang Sabah.  "Haha kalau takde duit, takyah gatal nak kahwin. Kalau rasa RM20,000 mahal, kahwin je dengan orang kampung Sabah ke, yang duduk kat rumah panjang tu. Dapatlah RM500 centu," tulisnya.  Apa lagi di media sosial, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati dan menuntut wan...

'Jangan kecam, kami kerja siang malam cari wang buat rumah & beli kereta' - Isteri peniaga burger tegaskan mereka tidak mengambil kesempatan

Pembaca Astro Awani baru-baru ini dipuji netizen kerana berani melemparkan kata-kata pedas terhadap pihak berkuasa yang mengenakan kompaun RM50,000 kepada peniaga di Kelantan.  "Sekarang ini, ramai yang hidup secara ala kadar. Ketika otak yang letaknya di atas, tetapi ada yang bertindak seolah-olah otak di lutut.. mengenakan kompaun RM50,000 kepada penjaja kecil yang hanya berniaga di kawasan kampung sendiri," kata pembaca berita berkenaan.  Semuanya bermula dengan kisah seorang peniaga burger dikenakan kompaun RM50,000 kerana beroperasi melebihi had waktu yang ditetapkan ketika PKP.  Ramai yang menawarkan diri untuk membantu peniaga berkenaan membayar kompaun tersebut, termasuk golongan selebriti. Namun, peniaga itu enggan menerima kerana masih menunggu keputusan rayuan.  Pada masa yang sama, ada beberapa individu yang mendedahkan mengenai gaya hidup peniaga berkenaan yang dikatakan mewah dan sebelum ini pernah dikenakan kompaun atas kesalahan yang sama....

'Dia tawar RM2,000, buat saya jadi seperti penjenayah' - Anas kesal dengan pensyarah UUM yang mempertikaikan bantuan diterimanya dari YB Steven Sim

Tindakan seorang pensyarah universiti tempatan meletakkan harga atau ganjaran wang tunai bagi mereka yang dapat memberi maklumat mengenai pekerja Food Panda yang dibantu oleh pemimpin politik (DAP), mengundang rasa kesal tuan empunya badan.  Ini kerana, perbuatan pensyarah berkenaan yang meletakkan harga pada dirinya seperti menjadikan dia seorang penjenayah yang dikehendaki. Terdahulu Kamarul Yusoff memuat naik kenyataan berikut:  "Saguhati RM2,000 untuk mencari pekerja Food Panda yang dibantu oleh Steven Sim.  "Disebabkan oleh beberapa misteri yang menyelubungi diri beliau, sukacita dimaklumkan bahawa saya serta dua rakan Facebook dengan ini menawarkan saguhati sebanyak RM2,000 kepada sesiapa sahaja yang mampu memberi maklumat seperti nombor telefon, alamat tempat tinggal atau alamat tempat kerja anak Kelantan sehingga beliau dapat dipertemukan dengan saya untuk tujuan pemberian sumbangan tertentu kepada beliau," tulisnya sebelum akaun Facebook dinyahaktifkan...

'Kalau dah seksi sangat, saya pun teringin nak r***l' - Remaja tuntut permohonan maaf dari netizen termasuk guru yang dikesan muat naik komen lucah

Remaja perempuan yang mendedahkan mengenai guru lelaki membuat gurauan lucah berhubung gangguan seksual ketika mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK), Ain Husniza Saiful Nizam, meluahkan rasa kesal dan menuntut permohonan dari netizen yang memuat naik komen berbaur lucah, penghinaan dan body shaming terhadapnya di media sosial.  Antara komen yang dimuat naik netizen, "16 tahun macam umur 19 tahun. Asli ke atau pam sendiri. Serah pada polis jer, tak perlu nak femes," tulis Adi Mohd Nor.  Turut dikesan, seorang wanita yang dipercayai guru juga mengambil peluang untuk memerli pelajar itu.  "Nak lihat lepas 20 tahun, jadi orang ke dok. (Jawab komen balas netizen) Takpa sedih sekarang. InsyaAllah selepas dua puluh tahun nanti, mak bapak dia akan sedih.  "Saya dah menyaksikan banyak perkara dalam kehidupan ini. Bukan cerita dongeng semata-mata, wait and see. Kita lihatlah nanti, karma pasti ada," tulis Ummi Anam sebelum bertindak menyahakt...

Budak 3 tahun maut akibat selepas tertinggal dalam kereta selama 5 jam

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemukan meninggal dunia setelah ditinggalkan beberapa jam di dalam kereta oleh neneknya di Sungai Tiram, Ulu Tiram, di sini, Ahad lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima satu laporan daripada pihak Hospital Sultan Ismail (HSI) mengenai kes 'Brought In Death' membabitkan kematian seorang kanak-kanak berumur 3 tahun pada 6.41 petang. Beliau berkata, hasil siasatan mendapati pada hari sama, nenek mangsa berusia 59 tahun membawa mangsa bersama kakaknya ke sekolah di sekitar Sungai Tiram lebih kurang 1 tengah hari dengan menaiki kenderaan Perodua Alza. Menurutnya, mangsa kemudian ditinggalkan di dalam kereta di rumahnya di Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram tanpa disedari nenek mangsa dan enjin kereta turut dimatikan. "Pada 6 petang, ibu mangsa menyedari mangsa tiada di dalam rumah dan telah mencari di sekitar kawasan rumah namun tidak menjumpai. "Nenek man...

'Beli lagi kereta mahal, nak kahwin takde duit' - Penganalisis buat laporan palsu kereta hilang untuk tuntut wang insurans

Belum kahwin dah menipu, itulah perbuatan tidak bertanggungjawab seorang lelaki berusia 25 tahun yang sanggup membuat laporan palsu kononnya kereta miliknya, Subaru Forester, hilang. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki itu membuat laporan palsu berhubung kehilangan keretanya agar dia dapat menuntut wang dari pihak insurans dan kemudian wang itu digunakannya untuk berkahwin.  Berdasarkan laporan palsu itu, lelaki berkenaan mendakwa keretanya hilang di tempat letak kereta di Lukut Prima, Port Dickson pada jam 9.30 malam, 20 April 2021.  Dia terdahulu kononnya meletakkan kereta di situ pada jam 8 malam untuk pergi makan bersama rakan. Namun sebaik kembali ke tempat letak kereta pada jam 9 malam, dia mendapati keretanya sudah tiada lalu pergi ke balai untuk membuat laporan.  Isnin, jam 1.30 petang, polis melakukan siasatan dan mendapati keterangan lelaki itu mencurigakan. Setelah puas didesak, akhirnya lelaki itu mengak...

'Melencong habis nak salahkan ayah aku' - Individu tampil pertahankan bapanya yang didakwa buat gurauan lucah ketika mengajar PJK

Viral di media sosial, seorang individu berkongsi mesej WhatsApp yang diperolehinya berhubung kes guru membuat lawak lucah ketika mengajar subjek Pendidikan Jasmani di sekolah.  Individu yang dikenali sebagai Shaffxx itu memuat naik kenyataan tersebut di Twitter dan mengundang banyak reaksi netizen. Menyedari ramai yang mengecam perkongsian itu, Shaffxx terus memadamkan tweet tersebut. Namun sempat discreenshot oleh netizen.  Berdasarkan penjelasan individu berkenaan dalam WhatsApp: Ayah aku ajar Pendidikan Jasmani (PJ). Time tu waktu dia yang mengajar kelas tersebut dan itu kelas pertama dia dengan pelajar perempuan serta dia kena ajar tajuk 'Gangguan Seksual' dalam buku PJ yang mana dia buntu nak ajar macam mana.  Dia cuba berfikir cara untuk mengekpresi dan menjelaskan perkara mengenai gangguan seksual tetapi sukar mencari perkataan yang bersesuaian dengan situasi.  Kemudian dia buat gurauan di mana dia kata, "Kamu kalau nak rogol bla.. bla.. bla.. t...

'Tak puas hati awek kena sailang' - 10 remaja termasuk mangsa & remaja perempuan ditahan

Seramai 10 remaja termasuk remaja perempuan berusia 13 hingga 18 tahun yang terbabit dalam pergaduhan berebut teman wanita yang videonya viral di media sosial hari ini, ditahan untuk membantu siasatan.  Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, kejadian itu berlaku pada jam 1 petang, Selasa lalu di sebuah gerai kosong bersebelahan dengan Stadium Mini Bola Sepak, Kampung Gajah.  BACA: (Video) 'Aku hilang sabar dengan kamu ni!' - Remaja dibelasah kerana dipercayai cuba merampas awek rakannya sendiri Siasatan awal mendapati, punca kejadian disebabkan mangsa menunggang motosikal sambil dibonceng oleh remaja perempuan berusia 14 tahun yang merupakan kekasih kepada salah seorang suspek berusia 13 tahun.  Perkara itu menyebabkan rakan suspek cemburu dan marah lalu mengambil tindakan sendiri dengan membelasah mangsa. "Tiada kesan kecederaan atau kesan lebam pada badan mangsa. Mangsa menyatakan tidak dipukul mengunakan apa-...

'Ambillah kedai saya', 'Saya rela masuk penjara' - 2 peniaga tak mampu bayar kompaun RM50,000, terkilan dikompaun tanpa budi bicara

Lagi peniaga dikenakan kompaun RM50,000 oleh pihak berkuasa yang membabitkan peniaga colek dan peniaga kedai runcit yang mendakwa mereka dikenakan kompaun tanpa budi bicara.  Mohd Azizi Mohd Nor, 42, yang berniaga colek di Kampung Chekok Tengah, Kota Bharu, Kelantan, mengakui dia terkejut apabila didatangi beberapa anggota polis pada jam 11.20 malam, Ahad lalu.  Menurutnya, anggota polis berkenaan tidak bertanyakan maklumat lanjut kepada mereka dan terus menulis kompaun dengan jumlah RM50,000 atas kesalahan beroperasi melebihi had masa yang ditetapkan dalam tempoh PKP.  "Saya terkejut sampai hilang kata-kata melihat jumlah yang kami perlu bayar. Sedangkan nak mendapatkan RM100 setiap malam dengan berniaga colek pun agak sukar kerana berniaga kecil-kecilan di kawasan kampung," katanya.  Difahamkan, pada waktu itu, Mohd Azizi telah menutup kedainya pada jam 10 malam dan sebahagian lampu juga telah ditutup. Yang tinggal hanyalah lampu di bahagian dapur keran...

'Bagi orang yang tak cerdik ni, buka & baca balik arahan MKN' - KPN dedah ada pegawai kerajaan & menteri tak puas hati SJR didirikan di Putrajaya

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador mendedahkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain berdepan dengan kecaman orang awam, pihaknya juga berdepan dengan kecaman dari 'orang dalam' berhubung pelaksanaan Sekatan Jalan Raya (SJR).  Abdul Hamid berkata, 'orang dalam' itu sepatutnya faham bahawa SJR itu diadakan atas arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengekang penularan Covid-19.  "Yang saya sedih tu, dalam mesyuarat dibangkitkan 'mengapa PDRM mendirikan sekatan jalan di Putrajaya'. Apa kena mengena Putrajaya dengan mendirikan sekatan jalan?  "...sepatutnya faham tentang perlunya SJR didirikan atas arahan MKN. Masih ramai yang tak cerdik mengecam tanpa usul periksa.  "Jadi bagi orang yang tak cerdik ini, saya ingatkan, buka dan baca balik arahan-arahan MKN sebelum nak kutuk PDRM," katanya memetik laporan dari MalaysiaKini.  Dalam pada itu, Abdul Hamid berkata, polis mungkin akan membekukan cuti semua pegawainya untuk menga...

(Video) 'Lorong ni port orang gila seks ke?' - Gadis nyaris jadi mangsa lelaki gila seks di Lorong Limau Manis, Kota Bharu, Kelantan

Kamera litar tertutup di Lorong Limau Manis, Kota Bharu, Kelantan, sekali lagi berjaya merakam perbuatan seorang lelaki yang cuba melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita.  Dalam kejadian yang berlaku pada pagi 27 April 2021, video berdurasi empat minit itu menunjukkan suspek berbasikal berulang alik di lorong tersebut untuk mencari mangsanya.  Setelah mendapati kehadiran seorang wanita di dalam kereta yang diparkirkan di tepi jalan, suspek mula mendekati kereta tersebut.  Mangsa pada awalnya menyangka suspek meminta duit, lalu dihulurkan wang kertas RM1. Suspek mengambil wang tersebut dan sesekali cuba membuka zip seluarnya membuatkan mangsa terkejut.  Namun suspek membatalkan niatnya berikutan ada beberapa buah kereta yang memasuki lorong tersebut dan meneruskan kayuhannya ke depan. Di kesempatan itu, mangsa segera keluar dari kereta dan pada waktu yang sama suspek terus datang mengejar dari belakang. Mangsa yang ketakutan segera melarikan d...

'Beliau ajak bergaduh tapi kami tak hiraukan, beliau telah memecahkan kereta kami' - 3 lelaki ditahan kerana bergaduh sampai pecahkan cermin kereta

Tiga lelaki ditahan kerana terbabit dalam pergaduhan sehingga menyebabkan cermin kereta pecah dalam kejadian yang berlaku di Taman Permata, Hulu Kelang, Isnin lalu.  Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian itu berlaku pada jam 4.15 petang dan ianya bermula dari penunggang motosikal berusia 49 tahun dikatakan tidak berpuas hati dengan pemandu teksi yang memberhentikan kenderaannya secara mengejut.  Suspek kemudian menarik pemandu teksi itu keluar dan tercetus pertengkaran di antara mereka. Suspek kemudian pulang ke rumah mengambil sebatang besi yang dipercayai absober kereta dan kembali ke tempat kejadian untuk memecahkan cermin belakang teksi dan cermin bahagian pemandu kereta Proton Satria milik adik pemandu teksi.  Bengang dengan apa yang berlaku, pemandu teksi dan adiknya pergi ke rumah suspek yang berdekatan dengan lokasi kejadian. Suspek dipukul dan diugut oleh dua beradik terbabit.  Kedua-dua pihak mem...

(Video) 'Aku hilang sabar dengan kamu ni!' - Remaja dibelasah kerana dipercayai cuba merampas awek rakannya sendiri

Viral lagi di media sosial video seorang lelaki dibelasah sekumpulan individu yang tidak berpuas hati dengannya kerana mangsa didakwa merampas kekasih rakannya sendiri.  Kejadian itu berlaku di Batu Gajah, Perak dan kesemua suspek termasuk mangsa dipercayai berusia 15 tahun.  "Kes buli dan pukul budak beramai-ramai. Dengar cerita, pasal perempuan je," kata sumber.  Jelas sumber lagi, mangsa berkemungkin tidak mengetahui bawah perempuan yang dibawanya ke sana ke sini itu sudah berpunya.  Hal itu diketahui oleh suspek yang merupakan rakan kepada kekasih perempuan berkenaan lalu bertindak mengepung dan memukul mangsa beramai-ramai.  Berdasarkan video berdurasi 7 minit 39 saat itu, mangsa dipukul di bahagian kepala, belakang badan, muka, kaki berkali-kali oleh kumpulan berkenaan.  Suspek: "Aku hilang sabar dengan kamu ni!" Perempuan: "Dia tak salah lah!"  Suspek: "Kamu diam! Jangan masuk campur!"  Suspek: "Dengan member sen...

'Bodoh punya makhluk asing!' - Gagal merogol wanita warga emas, suspek hanya buang air m**i atas tilam & samun RM500

Seorang wanita warga emas nyaris dirogol lelaki warga asing yang memecah masuk rumahnya, semalam, Selasa, 26 April 2021 dalam kejadian di Taman Skudai.  Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, jam 3.30 pagi, mangsa berusia 65 tahun tersedar dari tidur selepas terdengar bunyi orang membuka tingkap biliknya.  Menurut suri rumah berkenaan, suspek adalah lelaki warga asing berkulit gelap, tidak berpakaian dan hanya memakai seluar dalam. Suspek berdiri di hadapan katilnya sambil memegang sebatang besi.  Suspek kemudian mengarahkan mangsa mendiamkan diri dan menanggalkan pakaian kerana suspek mahu merogolnya. Mangsa yang takut dan bimbang diapa-apakan terpaksa akur. Suspek cuba merogol mangsa, tetapi gagal berbuat demikian. Suspek hanya mengeluarkan air mani di atas tilam mangsa.  Selain itu, suspek dikatakan memaksa mangsa menyerahkan wang tunai sebanyak RM500, sebelum keluar dari bilik itu. Berdasarkan maklumat d...

'Ya Allah, ramainya bersangka tidak baik' - Neelofa nafi perli Abang Burger, sebaliknya nak bantu bayar kompaun RM50,000 + khidmat peguam

"Moreh burger malam ni meh," demikian kapsyen pengacara Neelofa pada gambar burger yang dimuat naiknya di Instastory hari ini yang mengundang banyak spekulasi.  Ada netizen yang mendakwa, Neelofa sengaja memuat naik gambar itu untuk memerli peniaga burger berkenaan, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, yang baru-baru ini dikenakan kompaun RM50,000 kerana beroperasi melebihi had waktu yang ditetapkan ketika tempoh PKP.  Bagaimanapun, ramai yang salah faham dan Neelofa tampil memberi penjelasan mengenai tujuan memuat naik gambar tersebut sebelum memadamkannya bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih keruh.  "Ya Allah, ramainya salah anggap dan bersangka tidak baik. Sebelum saya muat naik gambar itu, peguam saya dah menghubungi abang burger itu dan kami juga menghubungi pihak polis untuk bertanyakan mengenai maklumat tentang kompaun dia sebab saya minta untuk bantu selesaikan bayarannya dengan izin Allah," jelasnya ringkas.  Sebelum itu, Norlaili Shafien, ister...