Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2021

6 operator kilang palsukan MC dihadapkan ke mahkamah, 3 lelaki mengaku bersalah, 3 wanita mengaku tak bersalah

Gara-gara memalsukan sijil cuti sakit, enam operator kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada 29 Mac 2021 atas kesalahan yang dilakukan pada Oktober 2020 hingga Februari 2021.  Tiga tertuduh iaitu, Mohamad Hafizi Zainuddin, 29, Muhammad Zulhakimi Masdi, 23, dan Muhammad Amir Md Ishak, 19, mengaku bersalah di atas pertuduhan itu, manakala Nur Farah Amira Alisham, 21, Nurul Izzah Abdul Razak, 21 dan Marsya Fatini Mohd Rani, 20 mengaku tidak bersalah memohon untuk dibicarakan setelah pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan dua majistret, Mohd Zaki Abd Rahman dan Sri Pracha Nanthini Balabedha.  Mengikut pertuduhan, semua tertuduh didakwa menggunakan suatu dokumen tulen iaitu sijil cuti sakit yang mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen itu adalah palsu.  Semua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di syarikat EMS M Engineering Medical System Sdn Bhd antara 27 Oktober 2020 hingga 27 Februari 2021 kira-kira jam 9 pagi.  Lima daripada tertuduh d...

Gagal kawal nafsu, rider cabul remaja wanita di Kota Bharu dipenjara setahun

Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap seorang lelaki berusia 52 tahun atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita pada 25 Mac 2021.  Tertuduh, Amran Abdullah, yang bekerja sebagai buruh di sebuah kedai besi mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.  Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Edabayu Subhan, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Siti Atikah Abd Halim. Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu dengan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa berusia 19 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatannya di Jalan Hamzah, Lorong Limau Manis, Kota Bharu, jam 9.40 pagi, 25 Mac 2021. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda, atau sebatan, atau mana-mana daripada dua hukuman itu.  Mengikut fakta kes, Amran menungga...

(Video) 'Kau ada hormat tokey? Kau sebut C**ai kat bini tokey kan?!' - Pekerja disepak & ditampar sebab tinggikan suara pada bini tokey

Video seorang lelaki berusia lingkungan 20-an dibelasah tanpa belas kasihan, viral di media sosial sehingga mengundang banyak reaksi netizen.  Video pertama berdurasi 1 minit 37 saat menunjukkan, mangsa duduk di satu sudut dalam keadaan mukanya lebam akibat dipukul oleh salah seorang lelaki yang terbabit dalam kejadian itu.  Berdasarkan video, suspek pertama bertanya adakah dia menunjukkan rasa hormatnya kepada majikannya sebelum itu. Mangsa kelihatan keliru dan mengambil masa yang agak lama untuk memproses soalan itu. Berang melihat mangsa tidak menjawab pertanyaan itu menyebabkan suspek bertindak menendang dan melempang muka mangsa dengan kuat sehingga bibirnya mengalami pendarahan.  Setelah dipukul, mangsa menjawab tiada. Suspek juga mempersoalkan mengapa mangsa meninggikan suara terhadap isteri majikannya. Namun, mangsa menafikan dakwaan itu dan menjelaskan dia bercakap dengan suara yang agak lantang kerana merasakan suaranya tidak didengari wanita itu....

Lelaki dipenjara 2 tahun kerana ugut bunuh kakak tak masak nasi selepas dia bangun dari tidur

Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan, menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap seorang buruh atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap kakaknya hanya kerana tidak memasak nasi dalam kejadian 17 Mac 2021.  Mohammad Shafiq Romly, 33, mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Kamarul Hasyme Rosli.  Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Edabayu Subhan, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Atikah Abd Halim. Berdasarkan pertuduhan terhadap tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Mohammad Shafiq pada waktu kejadian yang baru bangun dari tidur telah mengugut mahu membunuh Mahsuri Romly, 37, dan ahli keluarga yang lain kerana mangsa tidak memasak nasi.  Tertuduh melakukan kesalahan itu pada jam 9 malam, 17 Mac 2021, di kediaman keluarganya di Jalan Kubur Tok Pah, Kampung Jambu. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda...

Bekas koperal bunuh anak tiri dihukum gantung sampai mati, sempat pesan pada keluarga 'Jaga anak abang baik-baik'

Seorang bekas koperal polis sempat berpesan kepada ahli keluarga supaya reda dan menjaga anak-anaknya selepas Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana membunuh anak perempuan tirinya, enam tahun lalu. Hakim Collin Lawrence Sequerah menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Khairuanuar Baharuddin, 39, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. Sejurus prosiding selesai, Muhammad Khairuanuar, yang kelihatan tenang berada di kandang tertuduh, berpaling ke arah ahli keluarganya yang berada di galeri awam sambil tersenyum dan berkata, "Insya-Allah, Allah dah tentukan, doa yang baik-baik. Jaga anak abang baik-baik." Keluarganya yang mendengar kata-kata itu tidak dapat menahan sebak dan dilihat menangis. Tertuduh didakwa membunuh Hanis Amanda Mohd Zafil yang berusia dua tahun ketika kejadian di sebuah kondominium di Seksyen 5, Wangsa Maju di sini antara 7 pagi dan 7.30 malam, 6...

'Uinahh! Sampai patah 7 batang gigi' - Lelaki dibelasah sebab tegur pemandu sebelah tak beri isyarat ketika masuk ke lorong laju

Gara-gara menegur pemandu lain yang tidak memberikan isyarat ketika masuk ke lorong laju, seorang lelaki berusia 21 tahun dibelasah sehingga mengalami kecederaan teruk.  Ketua polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kejadian itu berlaku pada Isnin, 29 Mac 2021 jam 10 malam  di Jalan Kolam, Kota Kinabalu, mangsa yang memandu Honda S660 sebelum itu berselisih dengan Perodua Alza.  Sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat, mangsa telah menegur pemandu Alza yang dikatanya tidak memberikan isyarat ketika masuk ke lorong laju. Berang dengan teguran itu, pemandu Alza bertindak memecahkan cermin kereta mangsa menggunakan batang besi.  Suspek juga memukul mangsa di bahagian kepala dan tangan menggunakan objek yang sama sebelum masuk semula ke keretanya dan beredar dari tempat kejadian.  Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu terus datang membawa mangsa keluar dari kereta dan menghubungi keluarganya serta dibawa ke hospital...

'Elok dipijak je diorg ni' - Ibu 3 anak ditangkap. disyaki berkhalwat dengan lelaki lain ketika suaminya di penjara

Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) menahan seorang wanita yang masih berstatuskan isteri orang kerana disyaki berkhalwat dengan seorang lelaki, selepas mendapat aduan daripada orang awam berhubung kegiatan maksiat pasangan itu.  Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, bertindak di atas aduan itu, sepasukan anggota penguat kuasa JAIK diarahkan membuat serbuan ke rumah sewa yang beralamat di Sintok, Kedah pada jam 3 pagi Selasa, 30 Mac 2021.  Tiba di lokasi, anggota penguat kuasa memberi salam dan mengetuk pintu yang kemudian dibuka oleh wanita berusia 32 tahun itu bersama dengan lelaki berusia 30 tahun terbabit.  Pemeriksaan di dalam rumah itu juga mendapati ada tiga kanak-kanak berusia dari tiga hingga 13 tahun di dalam bilik berasingan, dipercayai anak kepada wanita itu.  Ketika penguat kuasa meminta dokumen bagi membuktikan mereka mempunyai hubungan yang sah, pasangna itu gagal berbuat demikian menyebabkan m...

(Video) 'Kau tak gentle pakai helmet, kalau berani tangan kosong!' - 2 penunggang motosikal bergaduh sambil sembang sampai babi boleh terbang

Viral di media sosial video pergaduhan yang melibatkan dua penunggang motosikal yang tidak diketahui punca sebenar kejadian.  Menurut sumber, kejadian itu berlaku di Kota Damansara dan video berdurasi hampir dua minit itu menunjukkan salah seorang lelaki yang berbaju hijau sedang dihalang oleh orang awam dari terus menghampiri penunggang motosikal yang menjadi seterunya.  Juga kedengaran salah seorang lelaki menyebut dia merupakan anak buah kepada Ayah Murad membuatkan netizen terpinga-pinga, siapakah Ayah Murad yang dimaksudkan? Lelaki Baju Hijau: "Aku budak Ayah Murad!"  Lelaki Baju Kelabu: "Apa benda Ayah Murad? B**I!" Lelaki Baju Hijau: "Kau panggil ayah kau turun sekarang!"  Lelaki Baju Kelabu: "Ah! Pergi mampus dengan ayah kau!"  Orang Awam: "Relax! Relax bang Relax!"  Lelaki Baju Hijau: "Kau panggil ayah kau turun!" Lelaki Baju Kelabu: "Ah! Pergi mampus! Ha ni bacalah surat khabar" (Tiber...

'Mereka pergi Langkawi atas urusan kerja' - Polis sahkan Neelofa & Haris bukan pergi berbulan madu

Dakwaan yang mengatakan pasangan selebriti, Neelofa dan Haris yang baru saja mendirikan rumah tangga pada Sabtu lalu dikatakan telah pergi berbulan madu di Langkawi, Kedah, baru-baru ini adalah tidak benar. Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, pasangan itu bersama tiga yang lain telah diberi kebenaran untuk bergerak ke Pulau Langkawi atas urusan kerja, bukannya untuk berbulan madu.  Mereka dibenarkan bergerak ke lokasi itu bermula dari 27 Mac hingga 4 April 2021 atas urusan kerja bersama dengan pihak Chatime Malaysia.  "Hasil semakan pada borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditandatangani oleh Ketua Polis Balai, Balai Polis Sri Hartamas, sebab pergerakan keluar empat individu ini adalah untuk urusan kerja.  "Syarikat terbabit turut mengeluarkan surat memaklumkan nama Neelofa dan tiga yang lain berserta nombor kad pengenalan sebagai mewakili mereka untuk melawat kawasan Chatime yang ...

(Video) 'Allahu seramnya! Camne dia masuk?!' - Aircond Man terjatuh, terkejut gara-gara terjumpa 7 ekor ular dalam aircond di rumah pelanggan

"Macam mana dia boleh masuk sana?!" demikian reaksi netizen yang terkejut dengan perkongsian dari penyelenggara penyaman udara mengenai penemuan beberapa ekor ular yang menjadikan penyaman udara pelanggannya sebagai sarang.  Video dan gambar yang dikongsikan itu di Facebook Group Geng Aircond 1 Malaysia, mengundang banyak respon netizen di media sosial.  Menurut sumber, sebanyak tujuh ekor ular ditemui dalam alat penyaman udara itu yang juga telah membuatkan kakitanganya terjatuh akibat terkejut.  "Nak service aircond, jumpa pula ular beranak pinak dalam aircond. Tujuh ekor, tetapi dua ekor je mati. Yang lain pakat lari naik ke atas atap.  "Berat lagi ujian yang ini, aircond man kita pula jatuh tangga. Kena rest dulu buat masa ini, pinggang masih sakit lagi. "Inilah risiko kerja aircond man, bukan saja-saja kenakan caj mahal. tetap inilah risiko yang kami perlu tanggung. Kalau tak jatuh tangga, aircond buat problem seperti terkena renjatan elektrik...

Suami tikam lelaki yang merogol isterinya, sehingga mati menggunakan pisau yang dibawa mangsa

Seorang lelaki berusia 21 tahun berasal dari Kabupaten Musirawas Sumatera Selatan, Indonesia, nekad membunuh seorang lelaki berusia 31 tahun dengan senjata tajam pada 28 Mac 2021.  Mnurut sumber, suspek membunuh mangsa kerana kesal dan berang  ekoran mangsa telah memperkosa isterinya serta tidak pernah tampil memohon maaf.  Difahamkan, sebelum kejadian itu berlaku, mangsa dikatakan cuba melanggar suspek menggunakan motosikal tetapi suspek berjaya mengelak dan terus mengejar mangsa lalu berlaku pergelutan di antara mereka berdua.  Mangsa kemudian mengeluarkan pisau dari poketnya dan cuba menikam suspek. Tetapi pisau itu berjaya dirampas oleh suspek yang kemudian terus menikam mangsa sehingga terjatuh dan mengalami pendarahan teruk.  Orang awam yang menyaksikan kejadian itu segera datang dan membawa mangsa ke hospital untuk mendapat bantuan, tetapi malangnya mangsa disahkan telah meninggal dunia.  Suspek kini telah ditahan polis untuk membantu s...

(5 Foto) 'Badan sado bertatu acah gengster tapi mengunyit!' - Pusat Urut Geng Kunyit ditutup

Sebuah premis yang menjalankan aktiviti songsang (gay) di sebalik perkhidmatan mengurut tanpa lesen di Warisan City View, Cheras, Kuala Lumpur, telah ditutup dan disita.  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Jabatan Penguatkuasaan (JPK) telah melaksanakan operasi tindakan khas terhadap premis haram itu pada petang Isnin, 29 Mac 2021.  Berdasarkan siasatan dan risikan, aktiviti tidak bermoral (urutan gay) itu dilakukan di tingkat dua premis berkenaan melibatkan 8 buah bilik yang dijadikan tempat mengurut dan aktiviti seks sejenis.  Ketika diserbu, seramai lima orang lelaki warga Vietnam, Syria dan Indonesia bekerja sebagai tukang urut ditahan. Dua lagi lelaki warga Myanmar yang merupakan pelanggan serta seorang lelaki warga Indonesia sebagai penjaga premis ditahan untuk diambil keterangan untuk proses dokumentasi DBKL.  DBKL telah mengeluarkan satu notis kompaun di bawah UUK 3(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (WPK...

'Dah tua pun main cinta lagi ka?' - Tak puas hati kena reject, warga emas bakar motosikal wanita yang dicintainya

Seorang lelaki berusia 68 tahun tidak berpuas hati cintanya bertepuk sebelah tangan, bertindak membakar motosikal seorang wanita yang menyebabkan empat lagi motosikal lain turut terbakar.  Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kejadian itu berlaku di Jalan Macallum, Pulau Pinang pada Ahad, 28 Mac 2021 dan suspek telah berjaya ditahan polis di kediamannya di Lebuh Cecil pada jam 1 pagi Selasa.  Siasatan awal pihaknya mendapati, suspek mengaku melakukan perbuatan khianat itu kerana perasaan cintanya terhadap seorang wanita warga asing tidak dibalas.  "Suspek bertindak membakar motosikal wanita berkenaan menyebabkan motosikal yang terletak berhampiran turut terbakar. Suspek ditahan pagi tadi dan direman selama sehari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis," katanya.  Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.  Sumber: Harian Metro

'Bawak pengantin baru pusing Langkawi' - Tweet viral cetus persoalan netizen, dah boleh rentas negeri?

Belum reda isu pelanggaran SOP dan tiada penjarakan fizikal ketika menganjurkan majlis pernikahan, pasangan selebriti yang baru mendirikan rumahtangga, Neelofa dan Haris Ismail, sekali lagi menjadi bualan hangat di media sosial setelah viral gambar yang mendakwa mereka berbulan madu di Langkawi.  Beberapa keping gambar yang menunjukkan pasangan itu berada di sebuah lapangan terbang, dipercayai di Langkawi, Kedah.  Memetik laporan Kosmo Online pada Isnin, 29 Mac 2021, sumber portal itu mendakwa mereka berbulan madu di pulau peranginan tersebut.  Netizen mula meluahkan ketidakpuasan hati masing-masing dan mempersoalkan, bagaimana pasangan itu dibenarkan merentas negeri untuk berbulan madu.  Walaupun begitu, ada yang berpendapat berkemungkinan pasangan itu menggunakan khidmat agensi pelancongan untuk merentas negeri. Kerajaan sebelum ini membenarkan aktiviti pelancongan domestik tetapi hanya dengan menggunakan khidmat syarikat agensi pelancongan yang ber...

'Suami saya tak cemburu pun' - Isteri upah orang asing untuk dipeluk RM331 sejam, kerana kesepian berjauhan dari suami

Seorang wanita yang sudah mendirikan rumah tangga mendedahkan dia membayar 'orang asing' untuk memeluknya dan suaminya tidak kisah dengan hal itu.  Saskia mula menggunakan khidmat Cuddlist, perkhidmatan yang membolehkan seseorang itu mengupah 'pemeluk' profesional, selepas dia berpindah ke New York untuk menyambung kerjaya lakonannya.  Perpindahannya itu menyebabkan dia berjauhan dari suaminya, Arthur, bagi tempoh masa yang lama. Saskia yang mula berasa kesepian mengambil keputusan untuk mengupah pemeluk profesional itu untuk memenuhi keinginannya mendapatkan sentuhan kasih sayang di mana dia rela menghabiskan wang sebanyak $80 (RM331) sejam. Bercakap dengan Love Don't Judge, Saksia menjelaskan, ramai yang menganggap perbuatannya itu aneh kerana dia sudah mendirikan rumah tangga. Namun dia tidak kisah dengan persepsi orang lain.  "Biarlah, saya tak kisah pun apa yang difikirkan oleh orang lain. Saya suka kasih sayang dan suka perasaan disayangi dan ...

(Video) 'Apa barang pukul curi dey!' - Polis buru sekumpulan lelaki bergaduh di hospital swasta di Klang

Sekumpulan lelaki yang bergaduh di perkarangan sebuah hospital swasta di Klang baru-baru ini, sedang dikesan dan diburu polis.  Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, video kejadian berdurasi 40 saat itu viral di media sosial menunjukkan beberapa lelaki termasuk warga Afrika berkumpul di lokasi kejadian.  Salah seorang lelaki yang tidak berbaju dilihat sedang bercakap dengan seorang lelaki India yang memakai baju berwarna hitam. Lelaki tidak berbaju itu dipukul oleh lelaki India dengan menggunakan topi keledar berwarna merah yang dipegangnya.  Kejadian itu menyebabkan dua lelaki termasuk lelaki warga Afrika terbabit mengalami kecederaan akibat dipukul dengan topi keledar. Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.  Sumber: Kosmo Online

Fesyen Show didapati langgar SOP + tiada penjarakan fizikal, polis akan panggil penganjur walaupun dah mohon maaf

Minggu lalu, viral di media sosial video yang menunjukkan sebuah pertunjukan fesyen yang diadakan di Damansara Perdana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.  Hal itu dibangkitkan berdasarkan pemerhatian dalam video jelas sekali menunjukkan ada tetamu yang tidak memakai pelitup muka, malah tiada penjarakan fizikal.  Turut viral kenyataan daripada seorang lelaki yang dengan selambanya mengaku tiada SOP yang diamalkan pada waktu itu dan jika ada yang disaman, mereka perlulah menanggung sendiri kos saman tersebut.  Founder sendiri cakap tak follow SOP. Huhu pic.twitter.com/Z79n5AfkOu — Ainnnnnn (@ain_nasar) March 25, 2021 Susulan dari video viral itu, polis telah memberikan respon dan akan memanggil penganjur pertunjukan fesyen tersebut yang diadakan pada 24 Mac 2021.  Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood...

(Video) Ibu ayam jaga 3 ekor anak kucing yang kematian ibunya

Ini adalah saat yang menggembirakan bagi seorang petani ini apabila dia mendapati seekor ayam betina yang diternaknya telah menggambil beberapa ekor anak kucing dan dilindungi di bawah badannya. Goran A Surchi sebelum itu tercari-cari bunyi kucing yang didengarinya berdekatan dengan reban ayam di kediamannya di Erbil, utara Iraq.  Petani itu tidak menyangka, bunyi kucing yang didengarinya itu rupa-rupanya berada dekat dengan haiwan ternakannya sendiri.  Video menunjukkan Goran berjalan menghampiri seekor ayam betina sebelum mengangkat badannya dengan perlahan dan ternampak anak-anak kucing yang berlindung di bawahnya.  Anak-anak kucing yang berusia anggaran 2 bulan itu mengeluarkan bunyi mengiaw kecil ketika mendapati tempat perlindungan mereka terdedah.  Klip video itu juga viral di media sosial dan telah ditonton lebih dari 300,000 tontonan sejak dimuat naik ke laman Tik Tok.  "Saya biasa mendengar bunyi kucing berdekatan dengan reban ayam, j...

Zakar manusia semakin mengecut akibat pencemaran - Saintis beri amaran

Seorang profesor perubatan alam sekitar dan kesihatan awam di sebuah sekolah perubatan di New York City yang mengkaji trend kesuburan, Shanna Swan, memberi amaran bahawa pencemaran yang berlaku boleh mempengaruhi ukuran zakar. Beliau berkata, masalah ini berterusan mencatatkan peningkatan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini.  Swan berkata, disebabkan tahap pencemaran yang tinggi, bayi yang dilahirkan pada masa ini saiz zakarnya adalah lebih kecil. Dalam bukunya yang bertajuk 'Count Down' juga mengatakan bahawa manusia menghadapi krisis eksistensial pada tahap kesuburan akibat pencemaran.  Akibatnya, zakar manusia mengecut dan tidak berfungsi. Faktor-faktor itu menurut Swan, akan menyebabkan pembiakan manusia berada dalam situasi yang agak mencabar.  Dalam kajiannya, Swan menjelaskan bahawa penyebab kepada pengecutan zakar adalah phthalates. Phthalates adalah bahan kimia yang biasa digunakan dalam pengeluaran plastik di mana fungsinya adalah untuk memb...

Mayat lelaki ditemui dalam bungkusan kain kanvas, bersama bangkai ayam hitam

Mayat seorang lelaki yang dibalut dengan kain putih dan kain kanvas ditemui oleh orang awam di tepi jalan di KM 57, Jalan Gerik - Kuala Kangsar, hari ini.  Mayat itu ditemui pada jam 10.15 pagi dan orang awam menghubungi pihak polis untuk memaklumkan penemuan yang tidak dijangkakan itu.  Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, berdasarkan pemeriksaan pada parut suntikan di bahu kiri, mangsa dipercayai warga tempatan dan telah mati dalam tempoh kurang dari 36 jam.  Di dalam bungkusan itu, mayat hanya memakai kemeja dan berseluar pendek, selain terdapat kesan luka di bahagian kanan kepala yang tidak diketahui puncanya.  Polis percaya, mangsa berusia 40-an itu dibuang ke lokasi penemuan itu setelah dibunuh di kawasan lain. Turut ditemui berhampiran mayat mangsa ialah, seekor ayam hitam yang telah mati. "Pemeriksaan di lokasi mangsa ditemui mendapati, kawatan itu jauh dari kawasan kejiran dan merupakan...