Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2021

Ibu cabul anaknya berusia 2 tahun kerana tak dapat menahan nafsu & suami jauh dari rumah

Seorang wanita berusia 43 tahun di Bolo, Bima, Nusa Tenggara Barat, Indonesia didakwa mencabul anak lelakinya sendiri yang berusia dua tahun dengna alasan tidak dapat menahan 'nafsunya' ketika suami tiada di rumah.  Ketua Perhubungan Awam Nusa Tenggara Barat, Artanto berkata, pihaknya menerima laporan dari suami kepada wanita itu setelah terkejut melihat ada rakaman video yang menunjukkan isterinya mencabul mangsa.  "Setelah melihat rakaman video itu, suaminya terkejut, takut dan kasihan dengan nasib yang menimpa anaknya lalu membuat laporan polis," katanya.  Menurut Artanto, suaminya mendakwa dia memperolehi video tersebut dari anak pertamanya. Setelah disiasat, isterinya melakukan perbuatan tidak bermoral itu kerana nafkah batinnya tidak dipenuhi.  "Suspek merupakan isteri kedua pengadu yang kini masih berada di Lombok. Sedangkan isteri dan dua anaknya itu berada di Bima," jelas Artanto.  Suspek kini bakal berdepan dengan tindakan undang-unda...

Lelaki paksa gadis puaskan dirinya, kanak-kanak lain & seekor anjing

Seorang lelaki dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan cuba memaksa seorang remaja perempuan melakukan hubungan seks ke atas dirinya, kanak-kanak lain dan seekor anjing.  Trevor Fernandes dalam perbicaraan, dituduh menekan gadis berusia 13 tahun yang berasal dari Amerika Syarikat untuk melakukan aksi tidak bermoral dalam video, yang berlaku antara 16 hingga 19 November 2020. Tertuduh berusia 36 tahun itu berdepan dengan tujuh pertuduhan menyebabkan atau menghasut kanak-kanak untuk melakukan aktiviti seksual dan enam pertuduhan mengambil gambar tidak senonoh.  Fernandes bagaimanapun mengaku tidak bersalah ke atas semua pertuduhan itu di Mahkamah Swindon Crown pada petang Jumaat lalu. Hakim mengarahkan tertuduh direman dan menetapkan semula tarikh perbicaraan pada 7 Jun.  Mereka yang didapati bersalah melakukan kesalahan aktiviti seksual membabitkan kanak-kanak atua menyebab atau menghasut kanak-kanak untuk melakukan aktiviti tersebut boleh dihukum penjara sela...

(Video) Berang melihat bayangan sendiri, ayam jantan bantai kereta sampai calar teruk

Tindakan pelik seekor ayam jantan bertarung dengan dirinya sendiri mengundang perhatian netizen di media sosial. Video yang dimuat naik oleh akaun Tik Tok marybel_93 menunjukkan ayam berkenaan menyerang sebuah kereta yang diparkir di halaman rumah.  Ayam itu dipercayai bertindak demikian selepas melihat bayangannya sendiri dan menyangka bayangan itu adalah ayam jantan lain yang menceroboh ke kawasannya.  Tidak berpuas hati, ayam itu terus menyerang bayangannya sendiri yang mengakibatkan calar teruk pada dua pintu kenderaan tersebut.  Video viral itu membuatkan ramai yang terhibur dan percaya ayam jantan itu mungkin sudah menjadi ayam goreng disebabkan perbuatannya.  @marybel_93 heres the original video @l.carrillo__ sent when it happened lmfao she was mad at first guys i swear 😅 ##herlaugh ##securitycameracaughtthis ##HellCat ♬ original sound - Marybel Sumber: Tik Tok marbel_93

(Video) 'Haaa! Apahal pakai kondom tu?!' - Pasangan remaja dicekup ketika melakukan maksiat di pondok buluh

Sepasang remaja dicekup sedang melakukan maksiat oleh tukang kebun di perkarangan Pejabat Gabenor Kalimantan Selatan, Banjarbaru, Indonesia.  Video yang merakam saat mereka dicekup oleh beberapa tukang kebun itu viral di media sosial.  Berdasarkan video itu, pasangan terbabit dilihat sedang berdua-duaan di sebuah pondok yang diperbuat dari buluh.  Si lelaki sedang memasang kondom atau sarung getah pada alat sulitnya, sementara pasangannya remaja perempuan yang bertudung. Berdasarkan penampilan, mereka berdua dipercayai masih berusia remaja.  "Kad pengenalan mana? Kad pengenalan?!" jerkah salah seorang individu yang turut serta dalam 'serbuan' itu.  Sekumpulan tukang kebun yang mencekup pasangan itu percaya remaja terbabit melakukan maksiat kerana si lelaki sudah memakai sarung getah. Malah remaja itu tidak dapat menjawab soalan mengapa dia memakai kondom tersebut.  Sementara itu, pasangannya hanya tertunduk malu menyembunyikan wajahnya dar...

Suspek disyaki dera anak sampai mati & sumbat dalam tong air, bukan pesakit mental

Suspek wanita berumur 32 tahun yang dipercayai mendera anak lelakinya berusia tujuh tahun sehingga mati dalam satu kejadian di Taman Krubong Jaya di Melaka, Jumaat lepas bukan pesakit mental walaupun pernah mendapatkan rawatan psikiatri pada 2019. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka ACP Mohd Sukri Kaman berkata suspek hanya mendapatkan rawatan psikiatri biasa di Hospital Melaka dan bukan disahkan sebagai pesakit mental sebagaimana didakwa kebanyakan pihak. "Polis tidak memperoleh laporan khusus mengatakan suspek mempunyai masalah mental dan wanita berkenaan juga tidak mempunyai kad orang gila. "Suspek juga tidak pernah mendapatkan rawatan di mana-mana hospital bahagia," katanya ketika dihubungi Bernama di Melaka, hari ini. Sepasang suami isteri, masing-masing berusia 32 dan 38 tahun direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes dera sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun. ...

'Sumpah saya nampak makhluk asing!' - Trauma selepas nampak Alien berbentuk mentadak tinggi 7 kaki

Seorang penunggang basikal mendakwa dia berjaya melarikan diri dari makhluk asing (alien) yang kelihatan seperti mentadak setinggi tujuh kaki dan sempat melakar gambarnya. Paul Froggatt, 26, yang bekerja di sebuah kilang menegaskan bahawa dia tidak mengambil sebarang minuman keras atau dadah ketika berkongsi lakaran alien itu dengan pihak Daily Star.  Menurut Paul, dia sebelum itu terjatuh dari basikal selepas bertembung dengan alien berkenaan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dari Warwick, United Kingdom.  Sejak dari insiden itu, Paul mengalami trauma dan kesukaran untuk tidur setelah berbasikal di kawasan kejadian selepas tamat syif kerja 12 jam di kilang makanan anjing.  Tambah Paul, dia terpaksa berhenti dari kerja setelah digelar rakan-rakannya sebagai 'Mantis man of Warwick'. "Pada jam 5 pagi hari kejadian, saya mengayuh basikal pulang dari tempat kerja dan ternampak sesuatu yang ganjil di langit, berwarna jingga dan bersinar.  "Saya berhe...

'Saya jaga dia sejak dari kecil seperti anak sendiri,' - Ibu terkilan, anak angkatnya ditemui mati dalam tong, dipercayai didera oleh ibu kandung & bapa tirinya

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun ditemui meninggal dunia di dalam tong air di kediamannya di Taman Krubong Jaya dengan kesan kecederaan dan lebam di badan pada petang semalam.  Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, mangsa dipercayai didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya.  Pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki pada jam 4 petang yang memaklumkan anaknya lemas di dalam tong air. Siasatan di tempat kejadian mendapati, terdapat kesan lebam serta kecederaan pada anggota badan mangsa.  Ekoran itu, pasangan suami isteri terbabit yang berusia 32 dan 38 tahun direman selama tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Melaka untuk dibedah siasat.  Sementara itu, ibu angkat mangsa, Norlida Hassan, 48, terkejut dengan berita pemergian mangsa yang berlaku secara tiba-tiba selepas kanak-kanak itu tidak lagi tingga...

Bakal pengantin di Kedah perlu lakukan ujian saringan Covid-19 sebelum akad nikah - JHEAIK

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Mohd Yusri Md Daud memaklumkan, semua bakal pengantin dari mukim, daerah dan negeri yang diisytiharkan zon merah oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum menjalani akad nikah di negeri itu bermula 1 Februari depan.  Bakal pengantin perlu mengemukakan keputusan Ujian Rapid Antigen Covid-19 kepada Pegawai Agama Daerah, tiga hari sebelum akad nikah berlangsung.  Ujian saringan itu boleh dilakukan di mana-mana fasiliti kesihatan yang diiktirafkan Kementerian Kesihatan (KKM) termasuk swasta dan kos perlu ditanggung sendiri.  Bagi bakal pengantin yang berlainan daerah dan negeri dikehendaki mendapatkan kebenaran merentas daripada pihak polis. JHEAIK dan pejabat Agama Islam Daerah (PAID) tidak akan mengeluarkan sebarang surat sokongan bagi tujuan merentas daerah atau negeri. Akad nikah yang dilakukan di PAID hanya boleh dihadiri oleh jurunikah, saksi, pengantin lelaki d...

'Chimpanzee boleh bercakap tetapi mereka terlalu malas nak belajar' - Saintis

Haiwan primat sebenarnya berpotensi untuk bercakap, namun mereka terlalu malas untuk belajar, menurut para saintis.  Satu kajian mendakwa, sekiranya gorila dan chimpanzee berusaha lebih keras, mereka mampu untuk bercakap.  Ahli Biologi Stanford percaya bahawa haiwan tersebut tidak menggunakan sepenuhnya potensi mereka untuk berkomunikasi, dalam kajian mereka.  Dengan mengambil kira struktur kecerdasan dan sosial haiwan itu, kajian mengatakan bahawa satu-satunya perkara yang menghalang mereka untuk bercakap adalah sikap malas haiwan primat itu sendiri.  Gregory Euler, penyelidik utama kajian itu mengatakan, jika sekumpulan primat itu berada di sebuah bilik, 'menggerakkan mulut dan berbuat bising', mereka akan belajar bagaimana untuk menyebut beberapa perkataan.  "Sekiranya sekumpulan beruk berkumpul dan menghabiskan masa selama setengah jam dengan menggerakkan mulut dan berbuat bising serta menunjuk ke objek y ang berbeza, penyelidikkan kami menunju...

(Video) 2 lelaki Indonesia merayu dikasihani ketika disebat sebanyak 77 kali selepas kantoi melakukan hubungan sejenis

Pasangan sejenis yang berusia 27 dan 28 tahun dikenakan hukuman rotan sebanyak 77 kali di Taman Bustanussalatin, Kota Banda Aceh, Indonesia pada Khamis, 28 Januari 2021. Hukuman itu dilaksanakan di hadapan orang ramai, termasuk ahli keluarga dua lelaki berkenaan. Difahamkan, dua lelaki itu ditahan oleh Polis Syariah di Banda Aceh setelah didapati melakukan kesalahan itu yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.  Mereka disebat oleh tiga pegawai syariah bertopeng yang bersilih ganti melaksanakan hukuman rotan itu. Jelas kelihatan di wajah dua lelaki terbabit menahan kesakitan ketika dirotan di bahagian punggung dan merayu agar hukuman dihentikan.  Pegawai Syariah sempat berhenti setelah melihat tertuduh yang menahan kesakitan sebelum dihampiri oleh pasukan perubatan memeriksa keadaan kedua-dua lelaki itu. Setelah mereka diberi minum air dan mengatakan masih mampu bertahan, hukuman sebat disambung semula. Ibu kepada salah seorang tertuduh pengsan ketika melihat an...

Kucing dibunuh, kepalanya dipotong sebelum dilapah & dijual, owner buat laporan & polis hanya ketawa sahaja

Warga media sosial digemparkan dengan kes pembunuh kejam terhadap kucing-kucing di Kota Medan, Indonesia. Kucing-kucing yang ditangkap dibunuh dan kepalanya dipotong sebelum dilapah serta dagingnya dijual di pasar.  Kes itu didedahkan oleh Sonia Rizkika Rai melalui akaun Instagramnya pada Rabu, 27 Januari 2021, bermula dengan kes kehilangan kucing peliharaannya bernama Tayo.  Difahamkan, Tayo didapati hilang sejak tiga hari lalu. Sonia mula melakukan pencarian di kawasan berdekatan tetapi gagal menemuinya.  Sonia kemudian diberitahu bahawa ada individu yang mengambil Tayo dan dimasukkan ke dalam guni. Individu tersebut dikatakan selalu menangkap kucing untuk dibunuh dan dagingnya dijual dengan harga 70,000 rupiah (RM20) per kilogram.  Setelah mengetahui kucingnya dibunuh, Sonia terus pergi ke rumah individu berkenaan yang hanya didedahkan namanya sebagai 'A', bersama dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Bu Wulan. Pada awalnya, mereka berdua menga...

Wanita lakukan oral seks pada perompak stesen minyak agar polis sempat tiba di lokasi

Seorang perompak di Slovakia ditahan polis selepas wanita melakukan seks oral terhadapnya bagi melengahkan suspek sehingga polis tiba di tempat kejadian.  Suspek berusia 24 tahun cuba merompak stesen minyak itu dalam kejadian yang berlaku di pinggir bandar Bratislava pada malam Selasa lalu.  Ketika cuba mendapatkan wang dari peti keselamatan, wanita berusia 36 tahun itu mula melakukan seks oral terhadap suspek, sebelum polis tiba dan menahan suspek yang sedang baring di lantai dalam keadaan separuh bogel.  Sebelum itu, suspek meminta kakitangan stesen menyerahkan wang dan menumbuk salah seorang kakitangan di kaunter beberapa kali.  Suspek kemudian masuk ke pejabat kecil dalam stesen tersebut dan meminta kakitangan kedua membuka peti keselamatan. Dalam masa yang sama, kakitangan yang pertama berlari keluar menghubungi polis.  Tidak beberapa lama kemudian, datang seorang wanita misteri dan mula melakukan seks oral terhadap suspek bagi melengahkannya ...

Influencer mati ditembak suami sebanyak 14 kali kerana salah satu videonya di TikTok

Seorang influencer yang gemar berkongsi gambar-gambar seksi dirinya di media sosial, meninggal dunia akibat ditembak suaminya sebanyak 14 kali, setelah bertengkar mengenai salah satu postnya.  Eliane Ferreira Siolin, 35, dibunuh oleh suaminya, Alejandro Antonio Aguilera Cantallupi, yang kemudian menembak dirinya sendiri, dalam kejadian yang berlaku di depan anak perempuan mereka berusia 6 tahun pada 24 Januari 2021.  Mayat Eliane dan suaminya berusia 41 tahun itu ditemui di bahagian belakang rumah di Ponta Pora, Brazil.  Mayat Eliane ditemui dengan kesan 14 tembakan dan tangan kanannya juga patah, manakala mayat Antonio ditemui dengan satu kesan tembakan di kepala.  Polis telah merampas pistol dan sejumlah peluru yang ditemui berhampiran mayat. Menurut laporan, anak perempuan pasangan berkenaan yang berusia enam tahun menjadi saksi kejadian dan dia telah diambil oleh saudara maranya.  Media juga melaporkan pasangan itu bertengkar mengenai salah s...

(Video) 2 kanak-kanak dipaksa makan daging anjing liar oleh ibunya untuk meneruskan kehidupan

Dua kanak-kanak kelaparan dipercayai dipaksa makan daging anjing liar untuk meneruskan kehidupan, telah diselamatkan dari kediaman mereka yang dipenuhi dengan lipas di Ukraine.  Masha, 4, dan sepupu lelakinya berusia 2 tahun ditemui di rumah dipenuhi dengan sampah sebelum dibawa keluar oleh anggota polis yang menyerbu kediaman itu di bandar Kharkiv, timur laut Ukraine.  Ibunya, Lilia Granenko, 30, dikatakan telah menangkap dan membunuh anjing liar di kawasan kediaman. Daging haiwan itu kemudian diberi kepada dua kanak-kanak berkenaan yang kelaparan.  Mereka hidup dalam keadaan yang kotor, dikelilingi dengan najis mereka sendiri setelah tandas di rumah tidak berfungsi, selain dipenuhi dengan tikus dan lipas di merata tempat. Bekalan air juga sudah terputus sejak sekian lama kerana bil bulanan tidak dibayar. Dua kanak-kanak itu dipercayai tidak pernah keluar dari rumah dan tinggal bersama nenek mereka yang tidak didedahkan namanya.  Wanita itu...

(Video) 'Driver takde otak!' - Penunggang motosikal maut digilis lori dek pemandu buka pintu secara tiba-tiba

Gara-gara tindakan seorang wanita yang membuka pintu kenderaannya secara tiba-tiba menyebabkan penunggang motosikal berusia 38 tahun meninggal dunia akibat digilis lori.  Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, kejadian itu berlaku pada jam 1.20 tengah hari Rabu, 27 Januari 2021, di Jalan Taming Sari, yang membabitkan tiga buah kenderaan.  Siasatan awal mendapati, mangsa, Yap Chee San, menunggang motosikal jenis Yamaha dalam perjalanan menghala ke arah Taman Tasik.  Namun secara tiba-tiba, wanita berusia 52 tahun yang memandu kereta jenis Proton Wira membuka pintu kereta menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu terlanggar sebelum terjatuh ke tengah jalan dan kepalanya digilis lori di laluan sama.  Video rakaman dashcam dari kenderaan saksi di belakang turut viral di media sosial yang jelas menunjukkan wanita berkenaan membuka pintu tanpa memeriksa keadaan laluan di belakang menjadi punca kemalangan tersebut.  Neti...

Rogol anak tiri 105 kali, lelaki dipenjara 1,050 tahun & 24 sebatan

Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 1,050 tahun dan sebatan maksimum 24 kali ke atas seorang lelaki. Hakim Datin M Kunasundary menjatuhkan hukuman ke atas lelaki berusia 33 tahun itu selepas dia mengaku bersalah merogol anak perempuan tirinya sebanyak 105 kali dalam tempoh dua tahun. Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan dan kesemua hukuman penjara itu berjalan secara berasingan bermula dari tarikh dia ditangkap, 20 Januari lalu. Kunasundary dalam penghakimannya berkata kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah sangat serius dan mengambil kira jumlah pertuduhan yang dikenakan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan. Kesemua 105 pertuduhan ke atas tertuduh dibacakan satu persatu oleh jurubahasa mahkamah pada prosiding hari ini yang berlangsung hampir lima jam bermula dari 2.45 petang hingga 7.30 malam. Hakim itu berkata, kesalahan yang...