Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2020

4 polis Delhi rembat 160kg ganja ketika serbuan, hanya lapor rampas 1kg & bakinya dijual

Empat anggota polis Delhi baru-baru ini menangkap seorang pengedar dadah yang memiliki ganja sebanyak 160 kilogram.  Tangkapan itu sepatutnya mengikut protokol tetapi disebabkan sifat tamak, mereka melepaskan suspek setelah menerima rasuah dan hanya melaporkan 1 kilogram ganja dirampas, manakala baki 159 kilogram lagi dijual untuk keuntungan diri.  Lapor Times of India, insiden itu berlaku ketika empat anggota itu melakukan serbuan di sebuah rumah di mana suspek ditangkap.  Suspek dibenarkan pergi selepas dia menghulur rasuah kepada empat anggota terbabit.  Dalam laporan kepada pihak atasan, mereka melaporkan hanya 1 kilogram ganja yang dirampas.  Curiga dengan laporan itu, polis kemudian memanggil semula suspek untuk disoal siasat dan terbongkarlah cerita sebenar di mana suspek mendedahkan nama empat anggota terbabit.  Deputi Komisioner Polis Vijayanta Arya berkata, kesemua anggota terbabit telah digantung tugas buat sementara waktu untuk si...

Gadis maut dirogol 4 lelaki sehingga lumpuh & patah tulang

Seorang wanita berusia 20 tahun maut selepas kejadian dua minggu lalu di mana mangsa telah dirogol empat lelaki di India sehingga menyebabkan mangsa terus lumpuh dan patah tulang belakang.  Kejadian itu berlaku pada Isnin 14 September 2020 berdekatan dengan kediaman mangsa di Hathras, 60 batu dari Delhi. Kronologi kejadian, mangsa terdahulu sedang memotong rumput di sebuah padang berhampiran rumahnya bersama dengan ibu dan abangnya. Abangnya pulang terlebih dahulu kerana muatan telah penuh. Jarak di antara mangsa dengan ibunya pada waktu itu agak jauh. Di kesempatan itu, empat suspek yang telah memerhati lama muncul dari belakang dan menarik selendang mangsa lalu diheret ke satu tempat dan diserang secara seksual bergilir-gilir. Menyedari anak perempuannya hilang, si ibu terus mencari anaknya dan menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri tanpa pakaian dipercayai telah dirogol. Keadaan mangsa sangat teruk membuatkan ahli keluarganya menyangka dia telah dipatuk ular...

Pekebun terbunuh pencuri pisang, terlepas hukuman gantung

Seorang pekebun pisang yang menghadapi pertuduhan membunuh, terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Tinggi di Kuala Terengganu hari ini meminda pertuduhan terhadapnya kepada menyebabkan kematian. Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun bermula dari tarikh tangkap pada 3 Dis 2018 ke atas Ismail Mohd Don, 40, setelah didapati bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki yang cuba mencuri pisang tanamannya. Sebelum ini, Ismail didakwa atas pertuduhan membunuh Salahuddin Ismail, 46 di luar sebuah rumah di Kampung Tebakang Payong, Marang, pada 3.15 petang, 3 Dis 2018, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati. Mahkamah meminda pertuduhan kepada Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. Dalam penghakimannya, Abdul Wahab berkata berdasarkan keterangan saksi dan bukti yang dikemukakan, mangsa didapati telah melakukan provokasi hingga menyebabkan Is...

1 Oktober 2020, Brunei kenakan caj RM10 untuk setiap individu luar yang masuk ke negaranya

Bermula 1 Oktober 2020, warganegara Malaysia yang mahu memasuki negara Brunei Darussalam melalui pintu sempadannya di Sarawak akan dikenakan caj RM10.  Kerajaan Brunei menetapkan langkah itu bagi mengehadkan jumlah kemasukan warganegara lain ke negaranya susulan penularan wabak Covid-19.  Sementara itu, Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Tun Openg berkata, pihaknya bersama dengan kerajaan pusat sedang melihat peluang untuk berunding dengan Brunei mengenai perkara itu khususnya tentang pembayaran kerana ia memberi kesan terhadap rakyat yang kerap berulang alik ke negara itu atas urusan harian.  "... kita akan terus berunding untuk mencari jalan mod pembayaran. Perkara ini akan melibatkan rundingan kerajaan pusat kerana ia adalah perihal antara dua negara," katanya.  Untuk makluman, pergerakan jalan darat di kawasan utara Sarawak perlu melalui Brunei, menerusi pintu sempadan di Sungai Tujuh, Miri, Tedungan, Jalan Hujung di Limbang dan Labu di Lawas. Sumber...

(Video) Pengacara interview 'kerusi' sebab sentap dengan Menteri Kesihatan Indonesia enggan datang walaupun dah diundang banyak kali

Tegas dan berani! Itu yang dapat digambarkan melalui tutur kata pengacara program berita terkenal ‘Mata Najwa’, Najwa Shahib. Program tersebut mula tular di media sosial apabila Najwa bertindak mengadakan wawancara dengan sebuah kerusi kosong selepas Menteri Kesihatan Indonesia, Terawan Agus Putranto menolak undangannya untuk membincangkan situasi Covid-19 di negara itu. Indonesia telah mencatatkan lebih 270,000 kes positif dengan 10 ribu kematian dan ini telah mengundang kebimbangan rakyat di republik itu. Situasi ini juga telah membuatkan rakyat di negara tersebut mempersoalkan tindakan kerajaan dalam membanteras wabak ini. “KESEKIAN kalinya kami mengundang inilah kerusi wawancara Mata Najwa untuk Menteri, Terawan. Mengapa menghilangkan diri? Anda jarang munculkan diri di depan orang ramai. Rasanya anda seorang Menteri Kesihatan yang paling rendah diri di dunia. Hanya Menteri Kesihatan Indonesia. Atau kehadiran Menteri Kesihatan untuk muncul di khalayak ramai tidak terlalu ...

Niat nak bunuh isteri curang, terbunuh pula bayi sendiri

Seorang lelaki tidak sengaja membunuh bayinya ketika dia berniat mahu menghabiskan nyawa isterinya.  Lelaki itu nekad membunuh isterinya kerana sakit hati dicurangi wanita itu.  Peristiwa itu bermula apabila lelaki itu mahu berpindah dari rumah mereka di Itapema, Brazil. Tetapi dia mendapati isterinya, Josieli Lopes, 36, curang.  Oleh kerana sakit hati, lelaki itu mengambil keputusan untuk membunuh Josieli dengan mencampurkan racun pada hidangan daging yang dimakan oleh isterinya.  Selepas mangsa memakan daging itu, Josieli kemudian menyusukan bayinya sebelum kedua-duanya tidak sedarkan diri disebabkan kesan racun tersebut.  Suspek berusia 34 tahun itu kemudian membawa dua beranak itu ke hutan dan menguburkan mayat isteri dan anaknya.  15 September 2020, ibu dan anaknya dilaporkan hilang oleh ahli keluarga Josieli yang curiga dengan ketiadaannya. Mereka sebelum itu menerima mesej dari Josieli yang mengatakan dia telah berpindah ke Rio Frande ...

'Tiada pula kelihatan guru kawal pelajar patuh SOP di luar sekolah' - Individu persoal keberadaan guru selepas waktu sekolah

Baru-baru ini seorang individu tampil menyuarakan pandangannya mengenai peranan guru dalam memastikan para pelajar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam mengekang penularan Covid-19 bukan hanya di dalam sekolah, malah di luar pintu pagar sekolah.  Individu yang berasal dari Ampang berkata, trend pada masa ini menunjukkan peningkatan kes yang ketara membuatkan golongan ibu bapa mula bimbang dengan tahap keselamatan anak masing-masing.  "Apabila di sekolah, kanak-kanak ini bergaul sehingga lupa pesanan untuk menjaga penjarakan sosial dan tidak menyentuh sesama mereka.  "Lihat sahaja cara mereka bermain dan berbual selepas tamat sesi persekolahan, langsung tidak akur kepada arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.  "Tiada pula kelihatan guru mengawal atau memantau pelajar di luar sekolah yang agak bebas bergaul dan bermain," katanya.  Jelasnya, dia tidak menyalahkan guru tetapi amat berharap pihak sekolah membuat pemantauan agar par...

Pelajar maut selepas terjun bangunan kerana malu ditampar ibunya atas kesalahan bermain poker dalam kelas

Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun maut akibat terjun dari bangunan sekolah di Wuhan, China.  Kejadian itu berlaku setelah mangsa ditampar sebanyak dua kali oleh ibunya ketika berada di sekolah di mana Zhang bersama dua rakannya didenda berdiri di laluan utama bangunan sekolah atas kesalahan bermain 'poker' semasa guru mengajar dalam kelas pada Khamis, 17 September 2020.  Lapor media tempatan, si ibu datang ke sekolah sebaik saja menerima panggilan dari guru kelas anaknya yang memaklumkan mengenai perkara tersebut.  Bengang dengan apa yang dimaklumkan oleh guru, si ibu terus pergi bertemu dengan Zhang dan menampar pipinya sebanyak dua kali sebelum beredar meninggalkan kawasan sekolah.  Insiden itu membuatkan Zhang berasa malu dan hanya berdiri membisu bersama dengan dua rakannya.  Beberapa minit kemudian Zhang secara tiba-tiba memanjat tembok dan tanpa berfikir panjang terus terjun ke bawah menyebabkan mangsa maut serta-merta di lokasi kejadian...

Sultan Johor kurnia 10 buah Myvi kepada 10 Jururawat Diraja

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, berkenan mengurniakan 10 kereta Perodua Myvi kepada 10 jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini. Menerusi hantaran berserta gambar yang dimuat naik dalam laman Facebook baginda, kurniaan terbabit adalah bagi menzahirkan penghargaan atas sumbangan serta khidmat para jururawat berkenaan kepada baginda dan keluarga Diraja Johor. Kenderaan itu disampaikan kepada para jururawat berkenaan dalam satu majlis di Kasawari Motors Sdn Bhd di Larkin, di sini, oleh Pengarah Kasawari Motors Muhammad Fahmi Hassan. Menurut hantaran itu, Penyelia Jururawat Matron Rokiah Samin yang bertugas di Wad Diraja HSA sejak 2006, melahirkan perasaan syukur atas kurniaan berkenaan. "Mewakili mereka yang lain, saya menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada baginda Tuanku Sultan atas kurniaan ini. "Besar sungguh nilainya kepada kami semua dan kami juga sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Sultan J...

(Video) 'I'm going to sue you, see you in court' - Syamsul Yusof nekad saman YouTuber yang memfitnah dia curang

Baru-baru ini media melaporkan pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak dan masuk ke bahagian undang-undang keluarga.  Tidak dapat dipastikan tujuan kehadiran pasangan itu ke situ dan berita ini tersebar di media sosial sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi. Syamsul dan Puteri juga enggan menjelaskan lanjut mengenai perkara itu dan hanya meminta semua mendoakan yang baik-baik buat mereka.  Sehinggalah baru-baru ini Puteri memuat naik beberapa kata-kata di Instastory yang berkaitan dengan isu 'curang'.  Berita mengenai pasangan ini sememangnya banyak disiarkan di media sosial termasuklah di YouTube di mana berita ini diulas melalui video.  Namun, salah satu video yang diterbitkan oleh sebuah channel menggunakan nama sejenis cili yang popular di Sarawak, dengan tajuk yang mengundang kontroversi telah menarik perhatian Syamsul Yusof yang baginya tajuk itu jelas sekali adalah fitnah.  Disebabkan itu juga, Sya...

'Terima kasih YBhg. Datin Vivy Yusof atas khidmat bakti sebagai Ahli Lembaga Universiti' - UiTM

Pagi semalam, Universiti Teknologi Mara (UiTM) memuat naik ucapan ringkas kepada Datin Vivy Yusof di atas khidmat baktinya sebagai Ahli Lembaga Universiti yang disandangnya sejak Mei 2019.  "Terima kasih kepada YBhg. Datin Vivy Yusof atas khidmat bakti sebagai Ahli Lembaga Universiti daripada Pengerusi Lembaga Pengarah, Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Eksekutif Universiti." Difahamkan, Vivy dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM pada 26 Mei 2019 oleh Kementerian Pendidikan selama setahun. Difahamkan, founder Fashion Valet dan dUCK Group itu dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM pada 26 Mei 2019 oleh Kementerian Pendidikan selama setahun. Usahawan muda itu yang telah menamatkan tugasnya itu semalam pernah berjaya memenangi Bella Business Award 2013, Women's Weekly Malaysia's Finance and Commerce Nominee untuk anugera Great Women of Time Awards 2015 dan tersenarai dalam 60 Wanita Inspirasi Nona.  Selain itu, Vivy juga pernah menerima Anug...

Cabul anak kandung sehingga hamil, lelaki dibelasah oleh 47 tahanan dalam lokap sampai mati

Seorang lelaki berusia 43 tahun yang ditahan polis kerana disyaki mencabul anaknya sehingga hamil, mati dibelasah tahanan lain di lokap Balai Polis Serdang Begadai, Sumatera Utara, Indonesia.  Badan mangsa dipenuhi dengan luka dan lebam kerana dibelasah beramai-ramai dan meninggal dunia di hospital ketika menerima rawatan pada Sabtu (26/9/2020).  Ketua Polis Daerah Serdang Begadai, Robin Simatupang berkata, suspek terdahulu ditangkap selepas isterinya membuat laporan yang mendakwa suaminya telah mencabul anak kandungnya berusia 14 tahun sehingga hamil. Polis percaya, kes itu diketahui oleh tahanan yang lain membuatkan mereka berasa geram lalu membelasah suspek di dalam lokap.  "Awal pagi Sabtu, berlaku pergaduhan di dalam lokap dan salah seorang tahan memaklumkan suspek berada dalam keadaan sesak nafas dan mengeletar. "Suspek kemudian dikejarkan ke Hospital Sultan untuk mendapatkan rawatan," katanya.  Namun, suspek meninggal dunia pada jam 6.10 petang....

Jangan benam muka birthday boy/girl pada kek, amalan itu boleh menyebabkan tragedi yang tidak disangkakan

Perbuatan membenam muka birthday girl/boy pada kek sudah menjadi satu amalan biasa dengan alasan 'gurauan'. Ada yang boleh menerima dan ada yang tidak.  Tetapi selepas membaca info ini, anda mungkin tidak akan berani melakukannya lagi kerana perbuatan itu boleh menyebabkan kecederaan parah dan maut.  Pengendali laman Facebook Fisioterapi Ong Lip Qin baru-baru ini berkongsi gambar keratan sebiji kek yang meraikan hari lahir seseorang individu berusia 21 tahun.  Nampak seperti biasa, tetapi dengan adanya dua batang kayu lidi yang tajam di hujungnya itu mengundang bahaya yang tidak dijangkakan. "Gambar ini ditujukan kepada semua yang suka membenam muka birthday boy or girl pada kek hari lahir.  "Adakalanya kek dibuat agak tinggi dan untuk itu, lidi digunakan dalam kek itu bagi mengekalkan kestabilannya.  "Jadi, selepas melihat gambar ini, saya harap anda semua berfikir dua kali sebelum melakukannya," katanya.  Bayangkan jika ada rakan yang mel...

'Kita dah cuba sedaya upaya tetapi syarikat ini perlu terus bertahan' - Ratusan kakitangan AirAsia akan diberhentikan

Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd berkemungkinan melaksanakan pusingan terbaharu langkah pemberhentian beratus-ratus pekerjanya dalam usaha untuk terus bertahan dalam industri yang terjejas teruk akibat krisis COVID-19. Pada awal Jun lalu, AirAsia telah mengurangkan lebih 250 pekerjanya akibat penularan COVID-19 berkenaan. Bercakap kepada Bernama, sumber enggan dikenali yang mempunyai akses terhadap kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Riad Asmat pada dialog awam bersama pekerja hari ini berkata, tiada butiran lanjut diumumkan kecuali pekerja terbabit akan dimaklumkan paling lewat dalam tempoh 72 jam ini. Pada sesi itu, Riad dipetik sebagai berkata, "Kita sedang menghadapi situasi yang amat sukar. Dalam keadaan semasa ini, sukar untuk kita bertahan mengikut keadaan sebelumnya. "Ya, keadaan ini amat mencabar dan tidak mudah. Kita berusaha gigih untuk mengekalkan kelangsungan perniagaan dan (pada masa sama) cuba untuk mengekalkan khidmat sem...

Staff zoo parah akibat diserang gorilla jantan

Seorang kakitangan zoo diserang seekor gorila jantan yang dijaganya sejak lahir.  Mangsa, wanita berusia 46 tahun, patah kedua-dua belah tangan dan cedera di bahagian dada serta kepala selepas diserang haiwan itu di Zoo Madrid, pagi Ahad (27/9/2020). Mangsa sebelum itu sedang melakukan rutin hariannya dalam kandang seperti menyediakan makanan, membersih dan mengemas fasiliti itu.  Namun, Malabo, 29, gorila jantan muncul secara tiba-tiba dan walaupun tiga pintu utama telah ditutup. Haiwan itu bertindak menyerang mangsa yang dipercayai berbuat demikian kerana mahu menjaga kawasannya. Pasukan veterinar yang dimaklumkan mengenai kejadian itu bergegas datang ke lokasi dan menenangkan haiwan itu dengan bius.  Malabo kemudian dikeluarkan dari kandang dan dipindah ke bilik lain buat sementara waktu. Mangsa yang cedera diberi rawatan awal sehingga stabil di lokasi kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Klinik Madrid dalam keadaan yang serius.  Polis Perbanda...

Temui wanita pengsan, 5 lelaki rogol mangsa sehingga mati

Tiga lelaki ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kes rogol sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia.  Mangsa yang dikenali sebagai AM, berusia 26 tahun itu ditemui mati setelah dirogol lima suspek di tepi Sungai Betung, Lahat, Indonesia. Ketua Polis Daerah Lahat, Achmad Gusti Hartono berkata, mayat mangsa ditemui orang awam di lokasi kejadian pada 17 Ogos 2020 lalu.  Hasil siasatan polis mendapati ada kesan kecederaan di badan mangsa dan juga tanda-tanda berlakunya kekerasan seksual.  Tiga lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes itu kemudian ditahan, manakala dua lagi rakan mereka sedang diburu polis.  Ketiga-tiga suspek mengakui perbuatan terkutuk mereka itu. Kejadian itu berlaku ketika mereka sedang mencari ikan di sungai dan secara tidak sengaja menemui mangsa yang pengsan di tepi sungai.  Melihat mangsa yang tidak sedarkan diri dengan pakaian yang terbuka, semua suspek bukannya mahu menolong, tetapi timbul niat jahat untuk melakuka...

Jurutera maut dirempuh kereta terbabas

Sebuah kereta Perodua Aruz terbabit dalam kemalangan selepas dirempuh kereta Proton Perdana dalam kejadian di Persiaran Tun Teja, Alam Impian petang semalam.  Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.45 petang itu, mangsa, Ahmad Safwan Sulian, 32, maut di lokasi kejadian, manakala isteri dan dua anaknya mengalami kecederaan ringan.  Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, mangsa dan keluarganya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai memotong rambut di Seksyen 19.  Kereta Proton Perdana yang dipandu dari arah Persiaran Panglima Sultan hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar kereta mangsa yang datang dari arah Plaza Tol Alam Impian.  Kemalangan itu menyebabkan Ahmad Safwan maut, manakala isterinya, Nur Syahirah Ismail, 33, dan dua anaknya berusia lima dan tiga tahun terselamat.  Tiga beranak itu dibawa ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan, manakala pemandu Proton Perdana yang mengalami keceder...

'Seram kalau berselisih dengan dia, sekali tahan 9 saman' - Warga Seremban imbau kenangan lucu dikejar mendiang polis trafik Singh ini

"Terima kasih kerana mewarnai kehidupan kami di Seremban bermain motor. Siapa tak kenal mendiang, tak cukup lama lagi duduk kat Seremban ni," demikian status Facebook dari individu bernama Bedol Dol Hadi yang viral di media sosial.  Kenangan bersama mendiang yang merupakan anggota polis trafik yang dikenali sebagai Singh ini ternyata diakui ramai penduduk di Seremban. Melihat kelibatnya melakukan rondaan saja sudah cukup membuatkan para pesalah trafik tidak senang duduk.  Menurut Bedol, mendiang handal dalam melakukan tugasnya terutama dalam 'hot pursuit' walau sehandal mana pun penunggang motosikal itu melarikan diri.  "Siapa yang pernah kena kejar je tahu macam mana perasaan dia. Ikut railway, dia follow. Layan corner, dia follow. Kau cilok-cilok, dia follow. Dan boleh dikatakan semua part boleh," katanya.  Penduduk di Seremban turut berkongsi pengalaman dikejar mendiang.  Banyak detik-detik yang cemas dan kelakar. ...