Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2020

'Kereta mahal takde button stop enjin eh?' - Pemandu melecur disambar api kerana 'terlalu bijak' isi minyak tanpa matikan enjin kereta

Gara-gara mengisi minyak tanpa mematikan enjin kereta, seorang lelaki melecur di tangan dan kaki akibat disambar api.  Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8 malam di sebuah stesen minyak di Seri Kembangan kelmarin, mangsa, 31, turut mengambil kecederaan di beberapa bahagian lain.  Bomba Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 8.11 malam dan sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang dikerahkan ke lokasi.  Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati sebuah kereta jenis Audi telah terbakar berhampiran sebuah pam petrol di stesen minyak berkenaan. Kebakaran melibatkan 10 peratus pada pintu belakang kanan Audi terbabit dan 30 peratus pada permukaan pam minyak.  Mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.  Siasatan mendapati, kejadian itu berlaku disebabkan oleh kecuaian mangsa sendiri yang tidak mematikan enjin kereta ketika mengisi minyak seperti mana yang telah disarankan kepada pengguna selama ini.  Sumb...

'Gaduh pasal hal rumah tangga rupanya' - Polis tahan lelaki pukul & tolak isteri keluar dari kereta

Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung video tular kejadian pergaduhan menyebabkan suspek menolak isterinya dari dalam kereta dinaiki mereka sehingga menyebabkan wanita itu mengalami kecederaan di Jalan Magazine di George Town semalam. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata pihaknya menerima laporan polis daripada wanita berusia 26 tahun yang bekerja kilang itu sebelum menjalankan siasatan dan melakukan tangkapan ke atas suaminya berumur 31 tahun pada 12.15 tengah malam tadi di Jalan Patani di George Town. "Berdasarkan siasatan awal, dalam kejadian kira-kira 7.45 malam itu, mangsa menaiki sebuah kereta jenis Suzuki Swift yang dipandu suaminya dan ketika melalui Jalan Magazine telah berlaku pergaduhan antara mereka kerana masalah keluarga. "Akibat pergaduhan itu telah menyebabkan pintu penumpang hadapan telah terbuka dan mangsa hampir terkeluar dari kereta, kejadian tersebut turut dirakam oleh penumpang sebuah kereta yang berada d...

(Video) 'Teruk muka dia pecah wei!'

Heboh di media sosial semalam video viral yang menunjukkan sebuah kenderaan kompak berwarna hitam memandu secara melulu dan berbahaya di sekitar kawasan Komtar, Pulau Pinang.  Berdasarkan video viral yang dirakam oleh orang awam itu menunjukkan, pintu di bahagian penumpang hadapan turut terbuka dan kelihatan seorang individu meronta-ronta seperti sedang bergelut dengan pemandu. Tidak diketahui apa sebenarnya yang berlaku tetapi situasi yang mencemaskan itu membuatkan dua individu yang merakam kejadian itu bertindak mengekori kenderaan terbabit.  Secara tiba-tiba kereta itu membrek secara mengejut di lorong kiri dan hampir menyebabkan kereta perakam merempuh bahagian belakangnya.  Ketika kereta perakam lalu di sebelah kanan mendakwa dia ternampak pemandu kereta hitam itu memukul seorang wanita sebelum bertindak memecut laju.  Wanita di dalam kereta itu masih tidak berputus asa dan sedaya upaya cuba keluar dari kereta tetapi gagal berbuat demikian.  Penggu...

'Tengok-tengok, lelaki tadi tengah menghendap saya!'

Rasa tak sedap hati seorang wanita akhirnya terjawab apabila lelaki yang berselisih dengannya di luar tandas stesen minyak rupa-rupanya seorang lelaki gila seks.  Dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini di sebuah stesen minyak di Kulim, Kedah, mangsa yang tidak didedahkan identitinya itu mendakwa lelaki terbabit telah menghendapnya di dalam tandas.  "Baru-baru ini saya singgah nak guna tandas di stesen minyak di Kulim. Tandasnya terletak di belakang. Sebelum masuk, ada seorang lelaki baru keluar dari tandas. Masa selisih tu, dia sempat lagi senyum sambil memperbetulkan seluarnya.  "Saya tengok macam itu saja. Masa masuk tandas, tiba-tiba terdengar bunyi tapak kaki orang masuk ke tandas juga. Tergerak hati nak dongak kepala tengok ke atas.  "Tengok-tengok, lelaki tadi tengah menghendap saya. Saya sempat jerit saja, lepas tu dia kalut dan terus lari," katanya.  Tidak diketahui sama ada mangsa membuat laporan polis ataupun tidak. Namun mangsa menasihatkan ...

UAE mansuh undang-undang boikot Isreal

Sebelum ini Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah menandatangani perjanjian damai dengan Isreal dan keputusan itu menimbulkan pelbagai reaksi negatif dunia dan menganggap keputusan itu sebagai satu pengkhianatan terhadap Palestin.  Terbaru, UAE mengumumkan bahawa negaranya memansuhkan undang-undang yang memboikot Israel.  Presiden UAE, Sheikh Khalifa bin Zayed Al-Nahyan pada Sabtu telah mengeluarkan perintah untuk memansuhkan Undang-undang Persekutuan No 15 (1972) berhubung memboikot Israel dan penalti jika melanggar undang-undang itu.  "Adalah dibenarkan untuk memasuki, bertukar atau memiliki barangan Israel dan mendagangkannya," laporan agensi berita rasmi WAM.  Dengan pemansuhan undang-undang tersebut, individu atau syarikat kini boleh mengadakan perjanjian dengan firma atau individu yang menetap di Israel.  UAE akan menjadi negara Teluk yang pertama dan negara Arab ketiga yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.  Keputusan UAE itu juga dibuat...

'Ini suami saya, dia dah meninggal dunia' - Penunggang motosikal maut, rempuh lori rosak tepi jalan

Seorang penunggang motosikal (penghantar barang) mengalami kecederaan parah selepas merempuh belakang sebuah lori.  Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang Jumaat (29/8/2020), di Lebuhraya DUKE 2 dari Pusat Bandaraya menghala ke Bandar Sri Damansara/Kepong selepas Plaza Tol Segambut. Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan yang teruk di bahagian muka dan dada. Pasukan penyelamat dan bomba tiba di lokasi selepas dimaklumkan oleh orang awam. Dengan menggunakan alatan khas, bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersempit di atas motosikalnya itu. Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Menurut komen saksi di media sosial, lori perdagangan itu sememangnya sudah berada di tepi jalan itu sebelum waktu solat Jumaat.  "Sebelum solat Jumaat lagi lori tu ada kat situ. Lori tu ada double signal, tak pasang atau letak kon. Cuma benda segi tiga kecemasan dia ada letak tetapi dekat dengan lori sahaja.  "Pemandu dengan kelindan tak ...

(Video) 'Lu kurang ajar!' - Bengang ditegur tak pakai mask, orang tua belasah 2 penumpang tren

Viral di media sosial video seorang lelaki menyerang dua penumpang tren kerana bengang ditegur tidak memakai pelitup muka.  Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada pagi 27 Ogos lalu di Seoul, Korea Selatan. Terdahulu, salah seorang penumpang menegur suspek yang tidak memakai pelitup muka seperti yang diwajibkan oleh kerajaan Korea Selatan pada Mei 2020 bagi mengekang penularan wabak Covid-19.  Teguran itu membuatkan suspek bengang lalu menanggalkan selipar dan menampar muka lelaki itu bertubi-tubi. Suspek kemudian menyerang seorang lagi penumpang lelaki berhampiran dengan menolak dan mencekiknya. Mangsa membalas serangan itu dengan menampar, menumbuk dan memijak perut suspek yang terjatuh di lantai.  Penumpang yang lain cuba meleraikan pergaduhan itu, tetapi suspek enggan berhenti dan berterusan menyerang mangsa kedua. 미쳤나봐..... pic.twitter.com/KCNE3jt6aW — 똥현이 (@D0nghyuny) August 27, 2020 Sebaik saja tiba di hentian stesen seterusnya, polis dan kakitangan ...

'Sejujurnya saya menyesal' - Ingkar PKPP, anak sulung Mukhriz tampil mohon maaf

Anak sulung Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir, tampil memohon maaf di atas tindakannya dan suami yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga memalukan bapa dan keluarganya.  Meera Alyanna Mukhriz dan suaminya ditahan polis dalam serbuan ke sebuah pub di ibu kota pada jam 1.30 pagi 21 Ogos lalu dan dikenakan denda RM1,000.  "Pada malam itu, saya dan suami bersama dua rakan ke TTDI untuk meraikan ulangtahun kelahiran seorang sahabat saya. "Semasa di Salute, sekitar pukul 1.30 pagi, polis memasuki premis dan kami ditahan kerana melanggar peraturan PKPP.  "Di balai polis, saya bersama 29 yang lain telah diambil keterangan. Kira-kira pukul 5.30 pagi, kesemua kami telah dikenakan denda RM1,000 seorang dan dibenarkan pulang.  "Setakat hari Selasa, 25 Ogos, kami suami isteri telah melunaskan denda yang telah dikenakan itu.  "Dalam seminggu ini, saya telah mengimbau peristiwa tersebut dan akibatnya. Sejujurnya saya menyesal. Bukan saha...

'Buat apa saya nak ambil (harta Abam) sedangkan bukan ada hak saya pun' - Ali Puteh

"Sebelum ini, mungkin ramai yang tidak tahu dia (bekas kakak ipar Nor Hidayah Mohd Ali ) pernah memfailkan saman terhadap saya sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.  "Saman yang dibuat oleh Hidayah itu antaranya menuduh saya mengambil harta abang saya dan harta anak yatim. "Jadi, selepas berdiam diri selama beberapa bulan, dah tiba masanya untuk saya pula mengatur langkah demi membersihkan nama keluarga," itu penjelasan pelawak, Ali Puteh, 31, yang menceritakan apa yang orang ramai tidak tahu sebelum ini mengenai kontroversi yang terpalit pada dia dan keluarga sehingga menerima banyak tohmahan.  Menurut Ali, enam hari selepas Allahyarham Abam meninggal dunia, dia menerima surat saman pertama pada 26 Februari dan ketika itu mereka sedang mengadakan majlis tahlil untuk arwah.  Ingin saja dia bersuara tetapi ditegah oleh ibu kerana abangnya baru sahaja meninggal dunia. Ali akur dengan permintaan ibunya.  Namun selepas dua ke tiga bulan kemudian,...

'Memang patut anak & menantu kena kompaun' - Mukhriz ucap terima kasih kepada polis kerana ambil tindakan tegas

Kecoh di media sosial semalam mengenai seorang anak VIP ditahan polis kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sebuah pub di Kuala Lumpur.  Bekas Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir tampil mengesahkan bahawa anak perempuan dan menantunya yang ditahan polis.  Mukhriz berkata, dia sebelum ini sudah berpesan kepada keluarganya agar tidak melanggar sebarang arahan PKP dan wajar menunjukkan contoh yang baik. Namun nasihat itu umpama masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. "Saya dah pesan dah kepada kaum keluarga saya, musim PKPP ini janganlah langgar kerana kita mesti tunjuk contoh yang baik.  "Memanglah saya rasa kecewa kerana pelanggaran tetap berlaku, jadi kita dah beri teguran. Memang patutlah mereka kena kompaun," katanya.  Dalam pada itu, Mukhriz juga berterima kasih kepada pihak polis yang mengambil tindakan tegas terhadap anak perempuan dan menantunya itu.  Terdahulu pada 23 Ogos 2020, sebuah pub di Taman Tun Dr Ismail dise...

'Jangan suka hati pakai gambar saya macam ni!' - Wardina kesal gambarnya disalahgunakan untuk tujuan politik & sembang lucah

"Mohon jangan suka hati pakai gambar saya macam ni! Saya sebenarnya tak izinkan. Such disgusting behaviour. I can't digest," demikian kata Wardina Saffiyah melalui Instagramnya baru sebentar tadi.  Wardina meluahkan rasa kesalnya itu kerana ada individu yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan gambarnya untuk tujuan politik. Perkara itu pada awalnya disedari oleh suami Wardina yang kemudian meminta lelaki itu memadamkan gambar tersebut.  "Saudara, mohon padam status kurang sopan ini. Sebagai suami kepada Wardina, saya rasa kasihan pada saudara dan kawan-kawan di atas membuat dosa secara berjemaah. Semoga Allah beri hidayah dan petunjuk balik ke jalan benar.  "Nak berpolitik, berpolitiklah. Tetapi jangan jatuhkan maruah seorang perempuan umpama tiada harga. Segala komen berunsur lucah tidak saya maafkan dunia akhirat. Dah besar panjang, pandai-pandailah jaga diri," katanya Ikhwan Johari.  Berdasarkan gambar, Mohd Yusoff menggunakan gambar Wardina s...

Penunggang motosikal maut rempuh pasu bunga hiasan ketika cuba elak terlanggar kucing

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu merempuh pasu hiasan di pembahagi jalan. Dalam kejadian yang berlaku pada malam tadi berhampiran Pejabat Daerah Baling, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.  Menurut sumber, mangsa cuba mengelakkan dari terlanggar seekor kucing yang sedang melintas jalan. Namun tidak sempat mengelak lalu melanggar kucing terbabit.  Pelanggaran itu menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu merempuh pasu hiasan yang diletakkan di tengah pembahagi jalan. Kucing yang dilanggar juga dilaporkan mati.  Gambar kejadian itu viral di media sosial dan ramai netizen yang bersimpati dengan nasib kedua-dua mangsa.  "Allah, meninggal di malam Jumaat sekali dengan Oyen. Semoga mereka bertemu di syurga, semoga roh almarhum dicucuri rahmat," kata netizen.  Netizen turut meminta pihak berkuasa tempatan mengkaji semula kepentingan meletakkan pasu bunga hiasan di lokasi berkenaan.  ...

'Nampak sangat pergunakan anak untuk buat duit' - Ibu bapa paksa anak usia 3 tahun buat Mukbang dikecam netizen

Sepasang suami isteri di China dikecam teruk oleh netizen selepas dituduh mempergunakan anak perempuan mereka untuk membuat video makan-makan bagi tujuan menjana pendapatan.  Video dan gambar Pei Qi yang berusia tiga tahun viral di media sosial jelas sekali menunjukkan kanak-kanak itu mengalami berat badan berlebihan. Ibu bapa Pei Qi yang memuat naik video itu di media sosial, dikecam teruk oleh berjuta netizen yang marah dan mendakwa mereka mendera Pei Qi dan mempergunakannya untuk mendapatkan wang.  Isu itu juga mengundang perdebatan netizen di China minggu ini selepas ramai yang berkongsi gambar/video Pei Qi.  Difahamkan, ibu Pei Qi memuat naik video anaknya sejak 2018 di platform Xigua Video. Video menunjukkan Pei Qi duduk di depan kamera sambil menjamah makanan yang disediakan dalam kuantiti besar, 'Mukbang' fenomena popular di internet berasal dari Korea Selatan.  Banyak video Pei Qi yang dikatakan sangat popular termasuk salah satunya yang meraih 550,...

'Mau enaknya aja' - Remaja bunuh teman wanita hamilkan anaknya kerana tidak mahu bertanggungjawab

Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun tergamak membunuh teman wanitanya kerana enggan bertanggungjawab di atas kehamilan mangsa yang baru berusia enam bulan.  Mangsa, 16, maut (lemas) setelah suspek dan yang dibantu oleh rakannya mencampak mangsa ke dalam sungai dengan keadaan tangannya diikat agar tidak dapat menyelamatkan diri.  Ketua Polis Daerah Pesawaran (Indonesia), Aris Siregar berkata, suspek dan rakannya telah berjaya diberkas pada Ahad lalu (23/8/2020).  Mayat mangsa ditemui terapung dalam keadaan tangannya masih berikat di sungai oleh orang awam pada jam 5.00 petang, Jumaat 21/8/2020. Menurut Aris Siregar, malam Khamis (20/8/2020), suspek mengajak mangsa keluar berubat selepas mendapatkan bantuan dari seorang dukun. Mangsa akur dan setibanya di lokasi, suspek dan rakannya mengikat tangan mangsa kononnya itu sebahagian dari syarat ritual yang dikenakan. Selepas itu, mangsa diangkat oleh kedua-dua suspek sebelum mencampaknya ke dalam sungai.  Dalam ...

'Projek rundingan terus di era PH hanya bernilai RM352 juta, baki berbilion selebihnya adalah projek diwarisi dari BN' - Lim Guan Eng

Semalam, Kementerian Kewangan (MoF) mengeluarkan senarai 101 projek rundingan terus bernilai RM6.61 bilion yang didakwa dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum pucuk pimpinan kerajaan bertukar tangan.  Pendedahan itu menimbulkan banyak reaksi netizen berikutan kos bagi setiap projek rata-ratanya melibatkan angka berjuta-juta dan sekali gus ada yang mendakwa Kerajaan PH melanggar manifestonya sendiri, mahu mengamalkan tender terbuka untuk projek kerajaan.  Bagaimanapun, beberapa Ahli Parlimen PH tampil menafikan dakwaan itu beserta dengan bukti-bukti kukuh. Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, hanya RM352 juta (5.3 peratus) perolehan baru daripada RM6.61 bilion projek dilaksanakan oleh Kerajaan PH sebelum ini.  Sebanyak RM4.48 bilion (67.7 peratus) projek dalam senarai dikeluarkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz semalam sebenarnya ditawarkan ketika Barisan Nasional (BN) memerintah.  Sebanyak RM1.753 bilion (26.5 peratus) pula diw...