Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2020

'Dia minum air milo tu sebab dia sentiasa beringat kerja keras untuk adik dia, tapi adik dia dah takde...'

Kebelakangan ini, isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) tular diperkatakan sehingga menimbulkan rasa marah dalam kalangan rakyat Malaysia. Umum mengetahui, layanan yang diberikan kepada mereka tidak seperti yang diceritakan kepada stesen televisyen tersebut. Kesan daripada itu juga, warga asing mula dikecam sehingga netizen meminta mereka pulang ke negara asal mereka. Tetapi, tidak semua warga asing itu bersikap demikian, ada yang berasa bersyukur diterima masuk ke negara kita dan bekerja keras demi menyara hidup keluarga mereka.  Seperti yang diceritakan oleh pemuda ini, salah seorang pekerjanya warganegara Myanmar datang ke Malaysia bekerja keras dan ingatannya sentiasa pada adik dan ibunya. Tetapi apa yang menyedihkan kedua-dua insan yang disayangi itu sudah tiada. DEKAT kilang aku ada sorang pekerja asing dari Myanmar. Aku selalu tengok dia time rehat dengan sebungkus air milo je. Tapi dia tak tertarik untuk makan makanan yang lain atau air lain. Then aku sapa lah d...

420,000 pengguna terjejas, gangguan bekalan air di Petaling, Klang, Gombak, KL & Kuala Langat

Sebanyak 420,000 akaun pengguna di 290 kawasan di Petaling, Klang, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air berjadual dari 14 hingga 17 Julai ini. Ketua Operasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Abas Abdullah berkata, gangguan itu berikutan kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 3. Kerja itu merangkumi penggantian beberapa rangkaian injap utama untuk meningkatkan kecekapan sistem dan membolehkan LRA beroperasi dengan lebih baik. "Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air juga berbeza mengikut kawasan, lokasi geografi dan tahap ketinggian premis pelanggan. "Pemulihan bekalan air ke kawasan terbabit akan bermula pada 15 Julai (9 pagi) dan kita juga membuat anggaran bahawa 48 peratus daripada semua kawasan yang terjejas akan mendapat bekalan air sebelum 16 Julai (9 pagi)," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini. Menurutnya, sebanyak 80 peratus kawasan yang terbabit akan p...

Peniaga tamak, jual durian harga ikut model kenderaan pelanggan

Gambar sekadar hiasan sahaja Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang, Ahmad Fitri Ali mendedahkan, ada peniaga durian yang dipercayai menjual harga buah berkenaan dengan harga berbeza mengikut model kenderaan pelanggan.  Faktor itu dipercayai menjadi sebab mengapa kebanyakan peniaga durian tidak meletakkan tanda harga pada produk jualan walaupun mereka tahu bahawa perbuatan itu adalah salah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.  Selain itu, permintaan tinggi terhadap buah durian mendorong peniaga mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan.  "Sebagai contoh, harga durian naik dua hingga tiga kali ganda apabila pelanggan yang singgah menggunakan kenderaan mewah. Mereka sanggup berbuat demikian bagi mengaut keuntungan berlipat ganda," katanya.  Bagi mengelakkan perkara itu dari terus berlaku, KPDNHEP akan selalu melakukan pemeriksaan terhadap semua pusat jualan durian di tepi jalan di ...

Tukang kebun sorok bawah katil, cabul pelajar asrama pada jam 3 pagi

Polis menahan seorang tukang kebun kerana disyaki menceroboh dan mencabul seorang pelajar perempuan tingkatan lima di sebuah asrama sekolah di Kemaman, semalam. Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata lelaki berumur 32 tahun itu dikatakan memakai topeng muka dan bersembunyi di bawah katil, kira-kira 3 pagi. "Dalam kejadian itu, suspek dikatakan keluar dari bawah katil secara tiba-tiba dan terus menghampiri tiga pelajar perempuan, lalu meminta telefon bimbit sambil meraba seorang daripadanya di bahagian paha. "Suspek turut mengugut pelajar berkenaan supaya berdiam diri dan mengancam dengan menyatakan dia mempunyai pisau. Bagaimanapun, seorang daripada pelajar itu nekad menjerit meminta tolong dan melarikan diri," katanya dalam kenyataan di Chukai, hari ini. Hanyan berkata suspek pada awalnya cuba mengejar pelajar itu namun akhirnya dia melarikan diri. Kejadian itu hanya diketahui oleh warden apabila menerima aduan melalui aplikasi Whats...

Budak 3 tahun mati tercekik buah rambutan

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun mati akibat tercekik buah rambutan pada 3 Julai lalu di kediamannya di Kampung Belakang Masjid, Bukit Selambau, Baling.  Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, kejadian yang berlaku lebih kurang pada jam 5 petang itu, mangsa, Muhammad Hakim Amsyar Mohd Kasturi makan buah rambutan yang dikait oleh bapanya.  Ketika kejadian itu, bapa mangsa bersama ahli keluarga lain yang sedang mengait buah rambutan di depan rumah datuk mereka.  "Namun tiba-tiba mangsa berlari ke arah abangnya sambil menjerit serta memegang leher. Bapanya cuba menepuk belakang mangsa, tetapi tidak berhasil," katanya.  Mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Kuala Ketil. Malangnya disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan.  Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes mati mengejut.  Sumber: Harian Metro

Enggan susahkan suami, model hanya minta selipar Jepun sebagai mas kahwin

Enggan menyusahkan suami dan keluarga, seorang wanita yang juga merupakan model hanya meminta sepasang selipar Jepun dan segelas air sebagai mas kahwin.  Model bernama Helmi yang berusia 20 tahun, sah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Yudi Anggata, 24, minggu lalu.  Kisah pasangan itu kemudian viral di media sosial dan mendapat banyak perhatian pelbagai pihak. Dalam video tersebut, Yudi yang memakai kemeja putih dengan kain sarung berwarna merah, beberapa kali melafazkan akad nikah sebelum disahkan sebagai suami isteri.  "Saya memilih selipar Jepun dan segelas air sebagai mas kahwin kerana tidak mahu membebankan suami dan keluarganya.  "Tiada alasan lain dan saya minta selipar Jepun itu diletakkan di dalam bekas. Sekurang-kurangnya pemberian suami itu akan menjadi kenangan yang boleh diceritakan kepada anak kami nanti," katanya.  Sumber: Kompas, Harian Metro

'Anak saya berusia 18 bulan berjaya reverse kereta, nasib baik tak berundur ke jalan utama'

Kanak-kanak yang masih kecil seringkali akan mengikut segala perbuatan atau tingkah laku kedua ibu bapa mereka. Ketika itu juga lah kanak-kanak ini mudah dilentur sikap mereka. Tetapi, sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak agar kejadian buruk tidak berlaku. Dikongsi kepada umum sebagai pengajaran, wanita ini berkongsikan kisah anaknya yang berusia setahun enam bulan telah berjaya mengundurkan kereta yang diparkir wanita ini di dalam garaj. Dentuman yang kuat mengejutkannya lantas mendapatkan anaknya yang duduk di tempat memandu sambil memegang stereng. TOLONG jangan kecam. Cerita ni adalah untuk iktibar semua. Manusia hanya hanya boleh merancang dan kita selalu melakukan kesilapan. Kadang-kadang Allah memang akan beri kita peringatan dengan ujian ujian yang akan menjentik hati kita. Supaya kita sedar akan kesilapan kita. Hari ni anak saya yang baru je berusia 1 tahun 6 bulan telah berjaya reverse kereta yang saya parking dalam garaj. Saya nak k...