Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2020

Warga emas rogol anak tiri lebih 50 kali sehingga hamil

Lelaki warga emas berusia 61 tahun di Jakarta, Indonesia ditahan selepas perbuatannya merogol anak tiri sehingga hamil, terbongkar.  Ketua Polis Banyuwangi, Arman Asmara Syarifudin berkata, suspek merogol mangsa lebih 50 kali sejak dua tahun lalu sehingga hamil. Perbuatan suspek terbongkar selepas isterinya menyedari perubahan perut anaknya, lalu dibawa menjalani pemeriksaan dan mangsa disahkan hamil lima bulan sebelum membuat laporan polis. Berdasarkan keterangan mangsa, dia kerap dijadikan sebagai tempat melampias nafsu suspek sejak tamat persekolahan pada 2017.  Difahamkan, insiden itu kerap berlaku selepas suspek melakukan persetubuhan dengan isterinya dan kemudian bersambung dengan anak tirinya.  Suspek mengakui perbuatannya itu dan menjelaskan bahawa nafsunya semakin kuat selepas mengamalkan jamu dan ubat kuat. Suspek juga mengaku tertarik dengan bentuk badan mangsa yang menyebabkan dia merogol mangsa lebih kurang dua kali seminggu.  Suspek ditah...

Lelaki Myanmar londeh seluar & tunjuk anu setan dipenjara 10 bulan

Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan terhadap lelaki Myanmar di atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau dengan menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita.  Keputusan itu dibuat selepas tertuduh, Rafi Alam Mohd Alam, 30, mengaku bersalah di atas pertuduhan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.  Rafi didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh itu dengan menunjukkan kemaluannya kepada mangsa berusia 44 tahun di sebuah kedai makan di Kampung Pak Katak, pada jam 9.45 pagi pada 26 September 2019.  Mangsa sebelum itu terlebih dahulu berada di kedai makan tersebut, yang kemudian didatangi oleh suspek memesan air minuman.  Sebaik sahaja selesai minum, Rafi tiba-tiba melondeh seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada mangsa. Mangsa yang terkejut terus melarikan diri ke dalam rumah untuk meminta pertolongan.  Pada jam 1.40 tengah hari, hari yang sama, Rafi sekali lagi datang. Mangsa terus meminta bantuan anak...

Peperiksaan SPM 2020 ditangguh, dijadualkan semula 6 Januari 2021

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat penjadualan semula buat kali kedua takwim peperiksaan di bawah kementerian itu dengan tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini dipinda ke 6 Jan hingga 9 Feb tahun depan. Peperiksaan itu sebelum ini dijadual bermula 16 Nov hingga 7 Dis ini, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini. Selain itu, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) yang sepatutnya bermula 23 hingga 30 Jun ini bagi ujian bertulis dan ujian lisan dipinda ke tarikh baharu iaitu 17 Ogos hingga 30 Sept ini. Sesi pertama peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) pula yang sepatutnya berlangsung pada 13 hingga 24 Mei ini bagi semester tiga dan semester satu akan dipinda kepada 3 hingga 14 Ogos ini dan 28 hingga 9 Okt ini. Tarikh peperiksaan bagi sesi kedua untuk semester keempat dan semester kedua SVM juga dipinda iaitu masing-masing dari 21 Okt hingga 8 Nov dan 14 hingga 30 Okt ini kepada 18 hingga 29 Jan 2021 dan 17 hingga 28 M...

3 mati & seorang buta selepas minum cecair Hand Sanitiser untuk mabukkan diri

Tiga individu dilaporkan mati dan seorang lagi mengalami cacat penglihatan kekal selepas minum cecair pembasmi kuman atau hand sanitiser.  Memetik laporan dari CNN Pegawai Kesihatan berkata, kejadian itu berlaku di New Mexico dan dikaitkan dengan keracunan metanol.  Sementara itu, tiga lagi individu yang dipercayai minum cecair yang sama kini masih berada dalam keadaan kritikal. Kes itu dianggap berkaitan dengan alkoholisme dan dilaporkan kepada Kawalan Racun New Mexico selama beberapa minggu, Mei lalu.  Difahamkan, tujuh individu berkenaan bertindak meminum cecair tersebut yang berasaskan alkohol untuk memabukkan diri mereka.  Jabatan Kesihatan Negeri bagaimanapun masih belum mengeluarkan perincian mengenai kesemua mangsa.  Sumber: Mirror

Suami potong telinga isteri kerana kuat membawang dengan jiran sebelah sampai terlupa sediakan makanan

Gara-gara tidak menyediakan makanan, seorang lelaki tergamak memotong sebahagian telinga isterinya dalam kejadian yang pada Isnin lalu di Sulawesi Selatan, Indonesia.  Akibatnya, mangsa yang berusia 39 tahun, mengalmai kecederaan parah dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.  Sementara itu, ketika disoal siasat polis, suspek, Baco Bolong atau Hasdi, 42, mengakui dia berbuat demikian hanya berniat untuk memberi pengajaran kepada isterinya.  Hasdi mengakui dia emosi dan malu setelah mendapati isterinya pergi ke rumah jiran tanpa menyiapkan makanan untuknya.  Suspek kemudian memberi peringatan kepada mangsa agar tidak mengulangi perbuatannya itu lagi, tetapi mangsa bertindak menendang paha suspek.  Berang dengan tindakan itu, suspek terus menarik telinga mangsa dan dikerat. Terdahulu, polis berjaya menahan suspek yang didapati bersembunyi di rumah salah seorang penduduk.  Ketika ditahan, polis menemui barang bukti yang merupakan sebahagi...

Cuti sekolah dikurangkan

Kementerian Pendidikan (KPM) meminda Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020 bagi membantu pihak sekolah membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran pelajar. KPM dalam kenyataan pada Selasa berkata pindaan itu melibatkan cuti pertengahan penggal dua dan cuti akhir tahun yang dikurangkan. Pindaan melibatkan cuti pertengahan penggal dua itu dikurangkan daripada sembilan hari kepada lima hari bagi sekolah-sekolah di seluruh negara, katanya. Cuti akhir tahun bagi sekolah-sekolah Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dikurangkan daripada 42 hari kepada 14 hari, manakala kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) dikurangkan daripada 41 hari kepada 13 hari. "Oleh itu, jumlah hari persekolahan secara bersemuka berdasarkan pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020 adalah sebanyak 168 hari bagi semua sekolah," kata KPM. Menurut KPM, bilangan hari pembelajaran ...

'Dari suri rumah jadi model, sebab suami banyak support dia'

Dari seorang wanita biasa, dia mula dilihat melangkah sebagai wanita luar biasa. Di awal PKP, namanya mula menjadi tular sehingga mendapat perhatian Perdana Menteri. Taruhannya tampak seperti mudah, memasak dan dipertontonkan kepada masyarakat ke dalam saluran YouTube. Namun di sebalik usaha tersebut, tidak ada siapa yang tahu apa yang dikorbankan sebelumnya. Dan disebalik kejayaan itu, ada tulang belakang yang sentiasa menyokongnya.  Saluran YouTube SuguPavithra kini sudah mempunyai 723,000 subscribers. Pavithra, kisah wanita ini mula dicungkil. Dikatakan wanita ini adalah pelajar cemerlang dan mendapat 5A di dalam UPSR serta  boleh bertutur dalam tiga bahasa, Tamil, Bahasa Malaysia dan English. SELANGKAH lagi dia. Dari suri rumah, buat video memasak sesaja dekat YouTube, dikenali hingga PM sebut nama dia. Berjaya jana duit dengan YouTube walau video tak edit beria. Sekarang dah langkah lagi, jadi model. Dah disarung baju mahal. Dah disolek dengan makeup artist. D...

Suami tumbuk & gigit isteri sampai berdarah kerana delete Facebook apps

Bengang aplikasi Facebook di telefon dibuang, seorang lelaki tergamak menumbuk dan menggigit isterinya.  Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6 petang Sabtu lalu di Kampung Bakau Tinggi, Chukai, mangsa berusia 20 tahun dimarahi oleh suspek kerana membuang aplikasi tersebut.  Pertengkaran itu kemudian menjadi semakin serius apabila suspek bertindak menarik rambut mangsa.  Suspek yang menggila bagaikan tiada hari esok, turut menggigit leher dan dada mangsa sehingga berdarah. Kepala mangsa juga ditumbuk tanpa belas kasihan.  Tidak tahan dengan sikap baran suspek, mangsa membuat laporan di Balai Polis Chukai dan mendakwa kejadian itu kerap berlaku.  Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga 2012.  Sumber: Berita Harian

2 beradik dibunuh bapa tiri kerana sakit hati mangsa minta dibelikan aiskrim

Dua kanak-kanak masing-masing berusia 10 dan 5 tahun ditemui mati di kawasan sekolah di Medan, Sumatera Utara, Indonesia, pada Jumaat, 19 Jun 2020.  Menurut laporan dari portal berita tvOneNews, suspek pembunuhan dua kanak-kanak itu adalah bapa tiri mereka.  Ketua Polis Medan, Komisioner Riko Sunarko berkata, suspek pembunuhan dua kanak-kanak itu adalah bapa tiri yang bermotifkan sakit hati. Pada petang hari kejadian, dua beradik itu baru pulang dari rumah neneknya yang terletak berhampiran. Di sebelah malam, mereka menonton televisyen bersama dengan suspek sebelum salah seorang tampil meminta suspek membelikan aiskrim untuk mereka.  Bagaimanapun, suspek memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai wang. Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, mangsa menyindir suspek kedekut dan meminta ibunya mencari ayah baru.  Kata-kata itu membuatkan suspek terasa sakit hati dan bertindak membunuh mangsa dan juga anak kandungnya sendiri sebelum memaklumkan kepada isteri mel...

'Dari awal tak sedap hati sebab diorang sorok anak aku' - Ibu terkejut lihat keadaan anak, tempurung kepala sebelah kanan sudah tiada

Luluh hati wanita ini bila melihat anaknya hanya terbaring kaku dengan jahitan di kepala. Hanya dapat melihat dari kejauhan, dia begitu marah dengan kejadian yang menimpa anaknya, lebih-lebih lagi apabila dia dimaklumkan bahawa tempurung sebelah kanan anaknya sudah tiada. Punca  di sebalik kejadian ini  masih tidak diketahui, tetapi berdasarkan komen dari kenalan wanita berkenaan, mangsa dipercayai telah didera.  Wanita ini juga mendakwa dia bukan sahaja dihalang untuk berjumpa dengan anaknya semasa di hospital, malah dia juga dihalang oleh iparnya untuk menyentuh anaknya. Keadaan bertambah rumit apabila dia mengesyaki ada pihak lain yang campur tangan. DUKACITA aku dapat anak dalam keadaan macam ni. Dapat tahu pun dari seseorang. Itu pun selepas enam hari anak aku dah lepas ICU pembedahan dekat kepala, ada darah beku. Sekarang, tempurung sebelah kanan dah tak ada. Apa motif kakak ipar dengan laki aku? Memanglah yang lain tak ada kecederaan fizikal sebab ni li...

'Saya tak tahan tengok dia tukar baju' - Alasan suspek rogol rakan sekerja

Seorang gadis berusia 16 tahun di Banjarbaru, Kalimantan Selatan, menjadi mangsa rogol oleh rakan sekerjanya sendiri yang berusia 36 tahun.  Sumber polis berkata, suspek telah ditahan tidak beberapa lama selepas kejadian itu berlaku.  Ketika disoal siasat, suspek mengakui melakukan perbuatan itu atas alasan tidak dapat menahan nafsunya sebaik saja mengetahui mangsa sedang menukar pakaian.  Selain berjaya menahan suspek, polis turut merampas beberapa barang bukti seperti baju dan pakaian dalam mangsa.  "Suspek melakukan perbuatan itu kerana tergoda melihat mangsa yang sedang menukar pakaian yang membuatkan dia tidak dapat menahan nafsu dirinya," kata polis.  Setelah puas melampias perbuatan jijiknya itu, suspek terus melarikan diri. Mangsa terus pulang ke rumah dan memaklumkan kejadian itu kepada keluarga yang kemudian membuat laporan polis.  Suspek kini berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun jika disabit kesalahan.  Sumber: Kompas ...

12 kakitangan pos 'direvive' di hospital kerana buah durian

Seramai 12 pekerja pos di Jerman dirawat di hospital, manakala berpuluh lagi dibawa keluar dari pejabat pos, berpunca dari bau durian dalam sebuah bungkusan.  Dalam kejadian yang berlaku kelmarin di bandar Bavarian, Schweinfurt itu, polis, bomba dan anggota perkhidmatan kecemasan dikerahkan ke lokasi.  Difahamkan, salah seorang kakitangan pos terhidu bau yang mencurigakan dan tercetusnya kekecohan tersebut di mana bungkusan yang tidak diketahui dan tidak jelas isi kandungannya, terus dianggap sebagai barang berisiko tinggi.  Bangunan itu kemudian dikosongkan sebelum bungkusan tersebut diperiksa dengan teliti.  Setelah disiasat, bungkusan itu rupa-rupanya mengandungi empat buah durian dari Thailand dan ia milik seorang penduduk Schweinfurt berusia 50 tahun yang mahu mengirim buah itu kepada rakannya di Nuremberg.  Sementara itu, 12 kakitangan pos yang dimasukkan ke hospital mengadu loya selepas terhidu bau berkenaan. Enam lagi kakitangan lain dibawa ...

'Kalau ada masalah, kita akan cuba selesaikan nanti' - KPM tetap teruskan sesi prasekolah mulai 1 Julai

NUTP sebelum ini menggesa kerajaan menangguhkan sesi prasekolah dan tadika dari beroperasi 1 Julai ini berikutan pemerhatian mereka mendapati masih banyak yang belum bersedia beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan.  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagaimanapun bertegas dengan keputusannya itu atas alasan sudah ramai ibu bapa yang mula bekerja dan memerlukan anak mereka dihantar ke dua prasekolah dan tadika.  Menteri KPM, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, "Kita kena tahu bahawa ibu bapa yang bekerja memang memerlukan anak dihantar ke prasekolah, jadi perlu diteruskan.  "Sekiranya terdapat prasekolah yang mempunyai masalah, kita akan cuba selesaikannya nanti," katanya.  Tambahnya lagi, KPM pada ketika ini sedang memberi tumpuan kepada kerja lawatan pembukaan sekolah.  "Persiapan sudah kita buat, kita kena ambil maklum bahawa apabila ada keperluan kita akan tetap teruskan," katanya.  Sumber: Harian Metro

'Dasar jantan gatal burung' - Suami belasah isteri kaw-kaw kerana tak bagi kahwin kali kedua

Bengang kerana permintaan untuk berkahwin kali kedua tidak dipersetujui, seorang lelaki sanggup membelasah isterinya sehingga cedera seluruh anggota badan. Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8 malam Jumaat lalu di Marang, mangsa berusia 29 tahun ditendang seperti bola dalam keadaan seluruh wajahnya ditutup dengan selimut oleh suaminya yang berusia 41 tahun.  Difahamkan sebelum kejadian itu berlaku, pasangan berkenaan bertengkar selepas mangsa enggan membenarkan suaminya berkahwin lain.  Suspek cuba memujuk mangsa untuk menyerahkan salinan kad pengenalan dan tiga anak mereka untuk dibawa ke Pejabat Agama Daerah Marang bagi urusan permohonan perkahwinan kali kedua. Namun mangsa tetap enggan menyerahkan dokumen berkenaan dan tidak mengizinkan suaminya berkahwin lagi.  Bengang dengan tindakan mangsa, suspek merampas telefon bimbit mangsa. Mangsa terkejut dengan tindakan suaminya dan terus menangis sebelum mukanya ditutup dengan selimut serta ditendang oleh susp...

Bapa sembur racun serangga pada muka bayi berusia 2 bulan supaya berhenti menangis

Bengang mendengar suara tangisan membuatkan lelaki ini tergamak menyembur racun serangga ke muka bayinya sendiri supaya berhenti menangis.  Lebih teruk lagi, lelaki berusia 39 tahun itu turut menampar muka mangsa yang baru berusia dua bulan serta melambungnya.  Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, kejadian itu berlaku di Taman Pauh Indah,  Jumaat lalu dan pihaknya telah menahan suspek setelah menerima laporan dari doktor di Klinik Kesihatan Arau yang merawat mangsa.  "Kami menerima laporan berkenaan pada 11.30 pagi Jumaat lalu selepas pemeriksaan mendapati bayi berkenaan kurang aktif dan bibirnya kebiruan.  "Mangsa juga cedera di belakang kepala dna leher selain terdapat kesan kemerahan ditemui di kepala," katanya.  Ibu mangsa mengakui, suaminya telah menyembur racun serangga pada muka mangsa selain mencederakannya.  Ekoran itu, suspek ditahan reman sehingga Khamis ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Ak...

Pandu lawan arus sehingga menyebabkan kematian, Ng Pei Ven dipenjara 5 tahun + denda RM18,000

Ng Pei Ven, 22, dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM18,000 oleh Mahkamah Majistret semalam, selepas didapati bersalah kerana memandu secara melulu dan melawan arus sehingga menyebabkan kematian Mohamad Fandi Rosli, 26 di Lebuhraya Utara Selatan pada 14 Mac 2017.  Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha menjatuhkan hukuman itu selepas pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.  Sebaik saja mendengar hukuman itu dijatuhkan, Ng Pei Ven yang berada dalam kandang tertuduh, menangis dan beberapa kali mengesat air mata. Jika gagal membayar denda itu, Ng Pei Ven akan dihukum penjara 24 bulan serta dan lesen percubaannya dibatalkan serta hilang kelayakan memohon lesen memandu selama lima tahun dari tarikh sabitan.  Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara rayuan terhadap keputusan hukuman itu didengar di Mahkamah Tinggi dan menaikkan ikat jamin dari...

'Tangguhkan pembukaan prasekolah & tadika kerana banyak yang belum bersedia untuk beroperasi ikut SOP' - NUTP

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) meminta agar kerajaan menangguhkan pembukaan prasekolah dan tadika yang dijadual bermula 1 Julai ini. Presiden NUTP Aminudin Awang berkata pihaknya mendapati kebanyakan prasekolah dan tadika belum bersedia untuk beroperasi berikutan kekangan infrastruktur dalam memenuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan. "Kemudahan dimiliki setiap prasekolah ini biasanya tidak sama, contohnya ada yang dua kelas, dan bila dilaksanakan jarak sosial, akan berlaku masalah seperti tidak mampu menampung jumlah murid, " katanya pada sidang media di Kuala Lumpur7 hari ini. Sebelum ini, kerajaan mengumumkan untuk membenarkan prasekolah dan Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) dibuka sepenuhnya bermula 1 Julai ini, tertakluk kepada SOP ditetapkan. Sementara itu, Aminudin berkata NUTP mencadangkan beberapa kaedah bagi membantu guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kebiasaan baru beri...

'Saya tidak tahu apa kepentingan bermain aplikasi ini' - Pensyarah Kanan UPSI nasihat jauhi FaceApp

Pensyarah Kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Rozaimi Ramle meminta orang ramai berhenti dari terus menggunakan aplikasi menukar gambar bagi mengubah wajah jantina, Face App, yang semakin banyak digunakan oleh netizen di media sosial.  "Saya melihat terdapat permainan menukar muka lelaki menjadi wanita. Ramai juga yang mencubanya lalu berkongsi di Facebook.  "Bukankah terdapat larangan lelaki menyerupai wanita yang disebutkan di dalam hadis? "Saya tidak tahu apa kepentingan bermain aplikasi ini. Kalau hanya sekadar suka-suka, ia bukanlah termasuk dalam keperluan yang mendesak," katanya.  Dalam pada itu juga, beliau turut mempersoalkan sama ada aplikasi itu turut termasuk dalam larangan lelaki menyerupai wanita dan sebaliknya. "Saya bukan mahu memberikan fatwa dalam isu ini, biarlah mufti mengkaji hukumnya kerana ia isu baru yang memerlukan kajian. Tetapi sikap seorang mukmin itu ialah meninggalkan perkara yang tidak penting baginya....

Kes berebut tapak, peniaga dibelasah & dibaling dengan durian

Polis kini sedang mengesan seorang lelaki bernama 'Joe' bersama empat lagi individu lain yang berkaitan dengan kes pergaduhan berhampiran Surau Al-Amin, Bandar Baru Bangi, semalam.  Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan dari mangsa yang mendakwa telah diserang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang berniaga buah-buahan di lokasi kejadian pada jam 6 petang.  "Suspek dikatakan memukul serta membaling buah durian ke arah mangsa, selain merosakkan tapak perniagaan milik lelaki berkenaan.  "Siasatan awal mendapati, punca kejadian kerana perebutan tapak perniagaan," katanya.  Difahamkan, kejadian itu berlaku kira-kira jam 1 petang dan video kejadian itu turut viral di media sosial. Mangsa kemudian membuat laporan pada jam 6.11 petang. Polis sedang giat mengesan lima suspek terbabit yang dianggarkan berusia 40-an hingga 50-an untuk membantu siasatan.  Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu dim...

'Silap juga tak dengar cakap bini suruh beli emas' - Tokey terkesan dengan PKP, 30 bentuk cincin perak tak dapat tolong semasa susah

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, bukan sahaja rakyat Malaysia terkesan dengan situasi tersebut, malah satu dunia mengalami perkara yang sama. Peniaga, terutamanya antara golongan yang berasa terbeban dengan keadaan ini.  Di dalam tempoh itu juga, tular beberapa video dan gambar orang ramai mula membanjiri kedai pajak gadai dan juga kedai emas. Rata-rata netizen berpendapat hanya itu cara mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup sepanjang tempoh PKP. Situasi tersebut juga dapat mengaitkan emas merupakan satu pelaburan aset yang menguntungkan. Emas dikatakan tidak mengalami susut nilai berbanding aset lain. Melihat emas sebagai satu aset yang menguntungkan, wanita ini juga berkongsikan satu kisah pengajaran yang diceritakan oleh seorang pengusaha kedai makan. Sepanjang tempoh PKP tersebut, pengusaha tersebut mengalami masalah kewangan. Namun, demikian dia terkilan kerana 30 bentuk cincin yang dimiliki berharga RM10,000 tidak dapat ditukar dengan wang ri...

'Dia kata ayah dah menang Toyota Vios...' - Lagi warga emas kena scam di parkir pasar raya Kelana Jaya

Kes jenayah dan kemalangan maut direkodkan menurun susulan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) yang dikuatkuasakan baru-baru ini. Memetik laporan Berita Harian pada Mac lalu, kes jenayah sahaja sudah menurun sehingga 67.8 peratus berbanding sebelumnya. Namun begitu, semenjak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan diumumkan, kes jenayah dikatakan mula kembali aktif. Seorang lelaki warga emas juga tidak terkecuali terkena dengan penipuan yang dilakukan oleh penjenayah (scammer). Berdasarkan status yang dimuat naik oleh anaknya di Twitter, bapanya dikatakan telah ditipu oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Desmond Lee di lot parkir sebuah pasar raya di Kelana Jaya.   MENANG KERETA SCAM ( G***T, Kelana Jaya) "My 76 year old father was scammed. He gave his credit card, ATM cards, he even gave away his pin number and driving license. "Don’t  know what the fella said that my dad believed and gave all those away." Tidak diketahui apa yang telah diperkatakan ol...