Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2020

'Macam mana awak boleh ambil duit saya dari akaun bank, tanpa pengetahuan saya?' - Nyaris rugi RM2,250, akaun bank diceroboh scammer

Bagi mereka yang selalu menggunakan perkhidmatan bank secara online, adalah dinasihatkan untuk berhati-hati kerana ada scammer yang cuba mengambil kesempatan untuk merembat wang dalam akaun bank dengan pelbagai helah dan tipu daya.  Baru-baru ini, seorang lelaki nyaris kehilangan RM2,250 selepas akaun banknya diceroboh oleh individu yang memberikan alasan kononnya tersilap ambil dan mahu memulangkan semula wang tersebut. 20 MAC 2020 , ada scammer yang dah berjaya menceroboh masuk dalam akaun online banking saya. Saya pun tak tahu macam mana dia boleh tahu username dan password Maybank2u saya.  Scammer call minta nombor TAC, katanya nak refund balik duit yang dia tersalah ambil dalam akaun saya sebanyak RM2,250. Pada asalnya saya tak layan dan tamatkan panggilan terus. Scammer call lagi dan dia suruh saya semak dalam akaun bank kalau tak percaya.  Saya buka Maybank2u, terkejut tengok dalam akaun memang ada transaksi keluar sebanyak RM2,250 dan baki tinggal RM21.0...

'Untuk tidak burukkan lagi keadaan, kami minta maaf' - Black, Tomok, Shuib & Achey mohon maaf, enggan panjangkan isu artis minta bantuan

Susulan dikecam teruk oleh netizen berhubung isu artis meminta bantuan khas dari kerajaan bagi menempuh tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah menjejaskan periuk nasi banyak pihak, empat artis tempatan ini akhirnya tampil memohon maaf.  Tomok, 35, tidak mahu memburukkan lagi keadaan dan mengambil keputusan untuk memohon maaf di atas kenyataannya tempoh hari.  "Untuk tidak menjadikan keadaan semakin buruk, saya ingin meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia. Maaf sekiranya statement saya di Instagram tempoh hari ada menyakiti hati kalian. "Saya juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Maafkan saya semua. Marilah kita sama-sama doakan semoga negara kita dan dunia bebas daripada Covid-19," katanya melalui Instagram.  View this post on Instagram assalamualaikum semua..untuk tidak menjadikan keadaan semakin buruk saya ingin meminta maaf kepada semua rakyat malaysia . maaf sekiranya statement...

'Yang awak pun satu, tayang semuanya di media sosial' - Mamat Khalid tempelak golongan artis minta bantuan kerajaan

Baru-baru ini, dua penyanyi tempatan memuat naik kenyataan di Instagram yang menyeru agar kerajaan memberi bantuan kepada golongan artis yang terkesan dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac hingga 14 April 2020.  Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan bantuan kewangan kepada seluruh rakyat Malaysia bagi menghadapi PKP.  Menurut kenyataan dua penyanyi berkenaan, pelaksanaan PKP telah menjejaskan 'periuk nasi' golongan artis kerana banyak aktiviti industri berkenaan dibatal atau ditundakan.  Kenyataan dua penyanyi itu dikecam teruk oleh netizen yang kemudian tampil pula dua pelawak tempatan mengeluarkan kenyataan mempertahankan rakan artis mereka.  Jelas salah seorang pelawak berkenaan, kenyataan dua penyanyi itu dibuat bagi memperjuangkan golongan pengiat seni yang terjejas seperti veteran, pengarah, penulis skrip, jurusolek, kru produksi dan sebagainya.  "Sebelum ni, artislah yang menghiburkan korang. Takkan tiada sed...

Pelawak lejen Jepun, Ken Shimura, meninggal dunia akibat koronavirus

Pelawak Jepun, Ken Shimura, yang dimasukkan ke hospital selepas disyaki dijangkiti koronavirus, telah meninggal dunia dan menjadi selebriti pertama yang meninggal akibat wabak Covid-19.  Ken Shimura dilaporkan meninggal dunia pada 29 Mac 2020, mengundang kesedihan para peminatnya di seluruh dunia.  Mendiang yang berusia 70 tahun merupakan pelawak terbaik di Jepun yang memulakan kariernya sejak 1970-an itu juga pernah dilaporkan menghidap kanser paru-paru pada 2016.  Difahamkan, Ken Shimura mengalami demam dan masalah pernafasan pada 19 Mac lalu dan dimasukkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia semalam.  Para peminat meluahkan rasa sedih mereka di media sosial dan akan merindui lawak-lawak dari Ken Shimura.  Sumber: Asia One

Penjara 6 bulan & denda RM30,000 jika ingkar peraturan Social Distancing

Rakyat Singapura boleh dipenjara enam bulan sekiranya mereka berdiri terlalu rapat dengan orang lain, di bawah peraturan baru yang diumumkan oleh Kerajaan Singapura semalam, dalam usaha mengekang wabak Covid-19.  Negara itu mula mengamalkan Social Distancing bagi menangani wabak tersebut, termasuk menutup premis perniagaan dan membatalkan semua majlis yang melibatkan orang ramai.  Sebagai contoh, setiap individu tidak dibenarkan berdiri terlalu dekat antara satu sama lain dalam barisan atau ketika duduk di kerusi dengan jarak 1 meter di tempat awam.  Bagi mereka yang ingkar dengan peraturan baru itu boleh dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan hukuman penjara selama enam bulan dan denda maksimum S$10,000 (RM30,309).  Peniaga juga dikehendaki mengambil langkah yang sama bagi menguatkuasakan peraturan itu atau berdepan dengan tindakan undang-undang jika didapati ingkar.  Singapura yang dikenali dengan kadar jenayah yang rendah dan pelaksanaan undang-und...

Kucing peliharaan disahkan positif COVID-19, selepas berjangkit dari pemiliknya

Seorang wanita telah menjangkiti kucingnya dengan Koronavirus, dedah pihak kesihatan Belgium hari ini.  Ketua Penyakit Berjangkit di Institut Kesihatan Negara, Steven van Gucht dalam sidang media memberitahu, virus itu ditemui dalam haiwan peliharaan tersebut. "Kucing itu tinggal bersama pemiliknya, yang mula menunjukkan simptom-simptom gejala virus berkenaan seminggu sebelum kucing itu," katanya.  Kes itu merupakan laporan kes pertama kucing dijangkiti koronavirus di Belgium dan sebelum ini Hong Kong melaporkan dua ekor anjing peliharaan juga didapati positif Covid-19.  Bagaimanapun Steven berkata, kes itu merupakan kes terpencil.  "Kucing itu mengalami cirit-birit, muntah dan mengalami kesukaran untuk bernafas. Para penyelidik menemui virus dalam najis kucing tersebut.  "Kami mahu menekankan bahawa kes ini adalah kes terpencil. Tambahan, dalam kes ini kita bercakap mengenai pemindahan (virus) dari manusia ke haiwan, bukan sebaliknya.  "Tia...

'Dia terpengaruh dengan filem biru' - Suami jual isteri di Twitter untuk digauli dua lelaki sekali gus, ditahan polis

Media sosial seharusnya digunakan secara bijak dan tidak disalahgunakan untuk tujuan yang tidak baik. Tetapi bagi seorang lelaki di Jawa Timur, Indonesia ini nekad menjual isterinya di media sosial kepada lelaki hidung belang. Bahkan, dia juga membenarkan isterinya digauli beberapa lelaki lain dalam satu masa.  Terdahulu, viral di media sosial polis menahan suspek di sebuah hotel di Tuban, Jawa Timur.  Suspek, Ardian Elga Mardhini, 28, bekerja sebagai pemandu lori, menjual isterinya melalui Twitter dan memberikan alasan dia berbuat demikian kerana masalah ekonomi serta mempunyai fantasi seksual pelik.  Suspek ditahan pada 20 Mac 2020, bersama isterinya dan dua lagi suspek lain di bilik hotel tersebut.  Ketika diserbu, dua daripadanya sedang tidur, manakala dua lagi berada di dalam bilik mandi.  Ketua Polis Daerah Tuban, Ruruh Wicaksono berkata, siasatan mendapati suspek telah menjual isterinya sebanyak sembilan kali untuk melakukan aksi threesome d...

Instapemes disahkan positif COVID-19 selepas buat cabaran jilat mangkuk tandas

Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi menarik perhatian netizen di media sosial. Orang berpengaruh atau influencer berlumba-lumba melakukan adegan/aksi kreatif untuk mendapatkan perhatian. Namun, ada sesetengahnya sanggup melakukan tindakan bodoh sebagai jalan pintas untuk meraih populariti. Seperti yang dilakukan oleh seorang influencer dari Amerika Syarikat ini, bernama Larz, menjilat mangkuk tandas di kala dunia sedang berperang dengan wabak COVID-19.  Difahamkan, Larz meniru aksi pengguna Tik Tok, Ava Louise yang mencetuskan 'Coronavirus Challenge', dan memuat naik video tersebut di Twitternya, 20 Mac 2020, berserta dengan kapsyen info mengenai wabak tersebut.  Dua hari kemudian, Larz disahkan positif COVID-19. Larz turut memuat naik gambar dirinya terlantar di hospital.  Ada netizen yang meluahkan rasa simpati, tetapi tidak kurang juga yang sekolahkan dia.  "Mengapa orang bodoh ini dirawat? Seharusnya dia dipenjarakan, bukannya terbaring di hos...

Langgar perintah berkurung (Covid-19), pemancing mati dibaham buaya & 2 lagi mati ditembak polis

Seorang lelaki yang melanggar perintah berkurung COVID-19 untuk memancing mati dibaham buaya manakala dua lagi yang melanggar arahan sama mati ditembak polis. Datuk Bandar daerah Kamonyi, Alice Kayitesi, berkata tragedi membabitkan pemancing itu berlaku di sungai Nyabarongo kelmarin. “Mangsa adalah antara segelintir kecil penduduk yang melanggar perintah berkurung bagi mengekang penularan coronavirus,” katanya. Rwanda, yang kini mencatatkan 41 kes COVID-19, diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua minggu sejak 21 Mac lalu. Selaras perintah itu, semua perniagaan tidak membabitkan kepentingan asas, khidmat pengangkutan antara bandar atau daerah dan pergerakan luar rumah tanpa alasan penting dilarang sama sekali. Sementara itu, polis Rwanda menembak mati dua lelaki berusia 20an kerana melanggar perintah berkurung, berdasarkan laporan Bloomberg semalam. Jurucakap polis Rwanda, John Bosco Kabera, berkata dua lelaki terbabit ‘cuba bergelut dengan polis’ ketika kejadian...

Diva AA Tersohor didenda RM17,000 kerana upload video hina kakitangan Hospital Putrajaya kendalikan kes COVID-19

Selebriti Azwan Ali dijatuhkan hukuman dewnda RM17,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana memuat naik kandungan berunsur penghinaan yang berkaitan dengan Covid-19 di saluran YouTubenya.  Pengacara TV berusia 54 tahun itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi pada Jumaat 27 Mac 2020.  Berdasarkan pertuduhan, Azwan memuat naik kandungan tersebut di saluran YouTubenya, DivaAATersohor. Pada Selasa 24 Mac 2020, Hospital Putrajaya membuat laporan polis terhadap dua video viral di mana salah satunya buat oleh Azwan secara tidak langsung telah menjejaskan imej dan kredibiliti hospital dan petugas perubatan yang menguruskan kes Covid-19.  Pengarah Hospital Putrajaya, Datuk Dr. Nora'i Mohd Said dalam kenyataannya berkata, video itu telah menyebabkan petugas di bahagian 'frontliner' yang banyak mengorbankan masa bersama keluarga semata-mata untuk menjalankan tanggungjawab.  Azwan, didakwa mengikut Seksyen 233 (1)...

'Patient One adalah super spreader, dia dah spread virus COVID-19 dalam community tanpa sedar' - Itali 'musnah' angkara sikap pemimpin dan rakyatnya

Sehingga ke hari ini, kes wabak COVID-19 mencatatkan peningkatan kes dan jumlah kematian juga turut meningkat. Walaupun kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP), namun rakyat Malaysia seolah-olah memandang enteng perkara ini. Di jalan raya, pasar raya, taman-taman, masih lagi ada individu yang menjalankan rutin seperti biasa.  Melihat kepada situasi ini juga, seorang pengguna Twitter menyeru kepada orang ramai untuk belajar dari situasi yang berlaku di negara Itali yang telah mencatatkan beribu kematian sehingga dikhabarkan di sebuah wilayah di Bergamo terpaksa memindahkan mayat-mayat keluar dari negeri itu berikutan tempat pembakaran mayat yang penuh.  Semalam aku ada baca short article berkenaan COVID-19. Tajuknya adalah COVID-19 in Europe : the Italian lesson. Article ini menerangkan macam mana Italy boleh collapse sebab COVID-19 walaupun Italy duduk di tangga kedua dalam Best Healthcare In The World by population 2020. — The Comedian (@Syazan...