Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2020

Berang tak diberi pinjam 3 juta, menantu tikam kemaluan ibu mertua dengan gunting sampai mati

Gara-gara permintaan untuk meminjam wang sebanyak 3,000,000 rupiah (RM880), Totok Dwi Prasetyo, 25, sanggup bertindak membunuh ibu mertuanya, Siti Fadilah, 48, sebelum menyamun hartanya.  Totok mengambil barang perhiasan mangsa di rumah, sejumlah gelang dan cicin emas, telefon bimbit dan kad ATM. Namun belum sempat berjoli sakan, suspek berjaya ditahan polis di rumah neneknya yang juga tinggal di perkampungan yang sama dengan mangsa di Kecamatan Sukodono, Sidoarjo, Indonesia.  Menurut laporan Tribun News, Totok datang ke rumah mertuanya pada jam 9 malam ketika rumah itu dalam keadaan sepi dan mangsa bersendirian.  Totok kemudian memberitahu hasratnya untuk meminjam wang tetapi mangsa tidak menunaikan hasratnya itu membuatkan Totok berang lalu mencekik mangsa sebelum dibelasah sehingga terkulai layu.  Tidak cukup dengan itu, suspek memukul mangsa dengan menggunakan kapal miniatur yang diperbuat dari seramik. Mangsa diseret ke dapur dan kepalanya dipukul me...

Peniaga minyak belacak didenda RM50,000 kerana mulakan komunikasi lucah

Seorang peniaga dalam talian didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas 10 pertuduhan membuat dan memulakan komunikasi berunsur lucah dalam laman media sosial, dua tahun lepas. Hakim Noorhisham Mohd Jaafar turut memerintahkan tertuduh, Mohamad Faezi Abd Latif, 25, menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda berkenaan dan mengarahkan agar barang kes diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk proses pelupusan. Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad Faezi didakwa menggunakan aplikasi melalui akaun Twitter ‘plughijau002’ membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang sifatnya lucah dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain. Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Menara MCMC, Cyberjaya dekat sini antara pukul 1.07 pagi hingga 10.03 malam, antara 7 Ogos 2018 dengan 30 Sept 2018. Mohamad Faezi didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia  Malaysia 1998 [Akta 588] yang jika di...

'Lantak dia lah nak keluar ke, tak nak keluar ke, saya tak cakap apa pun' - Ibu arwah Abam Bocey akui tidak larat layan isu yang timbul

Ibu kepada Allahyarham Abam, Sabariah Arshad, 63, berkata, adalah lebih baik dia dan Nur Hidayah Mohd Ali tidak berhubung lagi selepas pemergian anaknya.  Menurut Sabariah, dia tidak tahu apa-apa mengenai isu yang berlaku dan hanya mengetahuinya melalui apa yang diceritakan oleh Ali Puteh.  "Saya tak nak tahu apa-apa cerita pun, apa yang lebih saya fikir sekarang mengenai arwah anak yang sudah meninggal dunia itu.  "Sekarang saya dah hilang tempat bergantung. Saya perlu memikirkan keadaan diri sendiri. Kesedihan yang ditanggung ini pun belum hilang lagi," katanya memetik laporan dari Harian Metro Khamis, 27 Februari 2020.  Sabariah berkata, selama ini dalam telefon bimbitnya hanya ada nombor anak-anak saja yang disimpankan oleh Allahyarham Abam bagi memudahkan dia untuk menghubungi mereka.  Ditanya mengenai tindakannya menantu yang keluar dari rumah selepas kematian Abam, Sabariah berkata, terpulang kepada apa yang hendak dilakukan oleh Hidayah....

'Saya menyesal, saya reda dengan hukuman ini' - Ibu dipenjara 18 tahun kerana lemaskan anaknya terkencing dalam seluar

Di Brooklyn, seorang wanita dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun kerana melemaskan anak perempuannya berusia dua tahun dengan membenam kepala mangsa dalam bekas berisi air, dalam kejadian empat tahun lalu.  Lin Li, 28, didakwa di mahkamah pada Jun 2019 atas pertuduhan membunuh dan dua lagi pertuduhan di mana dia menyebabkan kecederaan pada anak perempuannya, Melody Zheng, sehingga meninggal dunia.  Juri juga mendapati Li bersalah di atas pertuduhan yang sama di mana Li membenam kepala anak lelakinya berusia empat tahun ke dalam air, sehari sebelum Melody dibunuh.  Ketika perbicaraan, peguam Li dalam hujah pembelaannya berkata, anak guamnya hidup dalam keadaan terkekan di mana keluarga mereka tinggal di apartmen, terpaksa berkongsi bilik mandi dengan ramai penghuni lain.  Peguam Mario Romano menyifatkan Li sebagai seorang ibu penyayang dan sejak kejadian itu, Li kerap menyalahkan dirinya.  "Sebagai ibu, adalah tanggungjawab saya untuk menjaga anak-anak...

(Video) 'Wanita jadian' ditembak mati kerana guna tandas wanita di restoran

Seorang wanita transgender ditembak mati di Puerto Rico selepas menggunakan tandas wanita di restoran makanan segera, McDonald's.  Neulisa Luciano Ruiz dibunuh pada awal pagi Isnin lalu di Tao Baja, utara Puerto Rico.  Video kejadian juga tersebar dia media sosial yang menunjukkan dua lelaki menjerit pada seorang individu yang dipercayai adalah Ruiz.  Polis kini sedang menyiasat sama ada video itu mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan itu.  Salah seorang daripada suspek berkata, "Aku akan tembak dia!"  Susulan kes kematian Ruiz atau nama sebenarnya, Alexa, aktivis LGBT di Puerto Rico, Pedro Julio Serrano mendesak pihak berkuasa menyiasat kes pembunuhan itu yang dilabelkan sebagai jenayah kebencian.  Menurut Julio, Alexa telah diekori dan diburu sebelum dibunuh serta video viral itu jelas sekali menunjukkan bukti bahawa kes itu bermotifkan kebencian.  Sumber: Daily Star

'Saya orang tua, macam mana nak pertahankan diri?' - Nenek cedera teruk dibelasah cucunya yang mabuk

Baru-baru ini viral di media sosial seorang wanita warga emas di Thailand ditemui di tepi jalan raya dalam keadaan cedera dipercayai didera. Menurut individu yang menemu wanita itu berkata, mangsa dibelasah sehingga lebam dan dibuang oleh cucunya sendiri yang merupakan kaki botol. Suspek seringkali membelasah neneknya apabila dia pulang ke rumah dalam keadaan mabuk. Oleh kerana tidak tahan diperlakukan seperti itu, mangsa nekad melarikan diri dari rumah dan tidur di tepi jalan.  "Saya orang tua, apa yang saya boleh lakukan untuk mempertahankan diri? Saya sudah tidak berdaya," katanya.  Berdasarkan gambar, jelas sekali mata mangsa bengkak dan tangannya luka serta berlumuran darah.  Mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.  Sumber: Noodou , Ake Srisuwan

'Baik tolong orang miskin, ni macam dah melampau je' - kata netizen tetapi ada yang tak setuju dengan kata-kata itu

"Baik tolong orang miskin, ni macam dah melampau je," kata netizen berhubung viral kehadiran beberapa pihak dari jenama-jenama popular yang menghulurkan 'goodies' kepada para petugas media yang membuat liputan di hadapan pintu masuk Istana Negara.  "Rasanya dah cukup kot. Bagi pada mereka yang memerlukan. Over nau," kata netizen lain di Twitter. Rasanya dah cukup kot. Bagi pada mereka yang memerlukan. Over nau. https://t.co/4R8FvPsrfm — anep (@hanifjamals) February 26, 2020 Tetapi ada yang berpendapat perkara itu tidak perlulah dipertikaikan kerana ia merupakan rezeki petugas-petugas media yang berkampung di hadapan Istana Negara untuk melaporkan perkembangan terkini mengenai politik yang sedang menjadi tumpuan ramai sejak Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.  Tidak kurang juga yang mengatakan ini semua hanyalah strategi marketing.  Tolong orang miskin tak dapat banyak attention dari public macam ni. Ini semua m...

77 pelajar dipaksa makan najis oleh 2 pelajar senior

Seramai 77 pelajar di sebuah sekolah di Nusa Tenggara Timur (NTT), Indonesia, dipaksa makan najis oleh dua pelajar senior pada 19 Februari 2020.  Menurut salah seorang mangsa, sebelum kejadian itu berlaku dia bersama beberapa rakannya baru selesai makan dan mahu kembali ke asrama untuk berehat.  Apabila tiba di asrama, salah seorang dari dua pelajar senior itu menemui najis manusia dalam sebuah almari kosong. Senior itu kemudian memanggil semua pelajar junior dan bertanya siapa yang menyimpan kotoran itu.  Oleh kerana tiada yang mengaku, maka dia terus menyedok najis itu dan disuap ke mulut semua pelajar junior dan memberi amaran agar tidak menceritakan perbuatan mereka itu kepada sesiapa.  Mangsa-mangsa terpaksa menjalani 'hukuman' itu kerana tidak berani melawan.  "Kami terima dan pasrah. Jijik sangat, tapi kami tak dapat melawan," katanya.  Mangsa juga tidak berani melaporkan kejadian itu kepada ibu bapa masing-masing kerana bimbang akan di...

'Korang samakan aku dengan gayboy latino ni, nateh beruk betul!' - Ammar Alfian

Susulan laporan berita mengenai viral video seks yang dikaitkan dengan pelakon lokal, tuan empunya badan telah tampil menafikan dakwaan fitnah itu.  Terdahulu, media tempatan melaporkan pelakon terbabit telah membuat laporan polis dan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan menerima laporan itu.  9 jam yang lalu di Instagram, pelakon Ammar Alfian, memuat naik kenyataan penafiannya kononnya lelaki dalam video viral itu adalah dirinya.  "Korang samakan aku dengan gayboy latino ni. Nateh beruk betul! "I don't mind that the whole world is against me and doesnt believe me. But when my own wife believes the fake news and I can't see my own son anymore. It really broke me," katanya.  Ammar sekeras-kerasnya menafikan lelaki dalam video itu adalah dirinya. Malah beliau mempunyai bukti kukuh yang menyokong kenyataannya itu.  Bagi Ammar, mana-mana individu yang percaya dengan fake news itu adalah selayaknya dipa...

Video semburit 'homemade' mirip pelakon lokal viral di media sosial

Belum habis isu politik negara, timbul pula isu viral video seks yang didakwa mirip seorang pelakon lelaki.  Difahamkan, video berdurasi 12 saat itu menunjukkan dua lelaki sedang melakukan hubungan seks, viral di media sosial sejak beberapa hari yang lalu.  Salah seorang dari dua lelaki itu dikaitkan dengan pelakon terbabit berdasarkan ciri-ciri tertentu pada badannya.  Namun, pelakon lelaki itu dilaporkan telah membuat laporan polis sebaik saja mengetahui video itu dikaitkan dengan dirinya.  Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan menerima laporan itu.   'Team CSI Netizen' sehingga kini tidak berjaya mengesan siapa pelakon lelaki yang dimaksudkan itu. Tetapi berdasarkan laporan media ada menyebut 'ciri-ciri tertentu' pada badan pelakon itu.  Sumber: Harian Metro

'Berhenti sebarkan video itu, kes itu sudah selesai' - Suami kepada Datin Bundle

Suami kepada wanita yang mengarahkan ustazah merangkak di dalam kelas, meminta orang ramai tidak lagi menyebarkan video tersebut. Ini kerana katanya, kes itu sudah diselesaikan di mana isterinya sudah bertemu dengan ustazah berkenaan dan memohon maaf di atas tindakannya itu.  "Kes sudah selesai dan kami berharap netizen berhenti bercakap mengenai perkara ini. "Kami sudah bertemu dan saling bermaafan semalam. Saya harap semua pihak tidak lagi bercakap mengenainya supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan.  "Kami juga berharap netizen berhenti menyebarkan video berkenaan dan aduan sudah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk sekatan," katanya memetik laporan dari Harian Metro, 26 Februari 2020.  Sementara itu, ustazah berkenaan juga memaklumkan kes itu sudah diselesaikan.  Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Mohd Yusop Husin pula berkata, pihaknya sudah mengambil tindakan serta menyelesaikan isu tersebut. Malah beliau...

(Video) 'Lelaki ada super sperm, boleh hamilkan perempuan di kolam renang tanpa bersentuhan' - Profesor Sitti Hikmawatty

Komisioner Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia (KPAI), Sitti Hikmawatty memberi peringatan kepada golongan perempuan untuk berhati-hati ketika berada di kolam renang awam.  Ini kerana kehamilan boleh berlaku pada perempuan yang berenang dengan golongan lelaki di kolam renang awam, yang disebut sebagai kehamilan tidak langsung (tidak bersentuhan).  "Ada jenis sperma tertentu yang sangat kuat. Walaupun tidak berlaku persetubuhan tetapi ada lelaki teransang dan mengeluarkan sperma.  "Lebih-lebih lagi kalau perempuan itu pula sedang berada dalam waktu subur, ia berkemungkinan besar boleh berlaku. Tiada siapa yang tahu bagaimana reaksi golongan lelaki apabila mereka melihat perempuan di kolam renang," katanya.  Namun, pakar kanak-kanak, Dr Kriston Silitonga berkata, kejadian seperti itu belum pernah berlaku dan apatah lagi mendengarnya.  "Sel telur dengan sperma harus bertemu dulu melalui hubungan intim di mana sperma masuk ke dalam vagina. ...

Penjawat Awam dilarang terlibat politik, mesti berkecuali

Penjawat awam adalah dilarang sama sekali daripada menghadiri atau terlibat dalam sebarang perhimpunan berkaitan politik serta membuat apa-apa pernyataan awam.  Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata penjawat awam juga dilarang mengedar atau menularkan berita palsu dalam media sosial atau sebarang medium komunikasi yang lain, serta melakukan perkara-perkara bertentangan dengan kehendak dan ketetapan undang-undang dan dasar kerajaan yang berkuat kuasa. "Penjawat awam mestilah mengekalkan pendirian apolitical dan berkecuali. Saya juga memohon agar semua penjawat awam untuk bertenang dan meneruskan tugas mengikut undang-undang dan dasar kerajaan yang berkuat kuasa," katanya menerusi edaran surat yang bertarikh 25 Feb, 2020 kepada semua Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan Persekutuan. Mohd Khairul Adib menegaskan penjawat awam perlu terus menjunjung dan mempertahankan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dengan mel...

(Video) 'Kau rekod kan?!' - Lelaki baju petak terajang penguatkuasa sampai terjatuh handphone

Lagi kes melibatkan orang awam memperlekehkan tugas anggota penguatkuasa viral di media sosial. Kali ini melibatkan seorang lelaki berbaju hijau biru berpetak-petak.  Menurut sumber, kejadian itu berlaku di Hentian Kajang baru-baru ini dan dipercayai lelaki itu tidak berpuas hati apabila anggota berkenaan mengeluarkan kompaun pada kenderaannya.  Apabila ada pemandu lain cuba meleraikan perbalahan mereka, lelaki itu berkata, "Alaaa dia ni bangang cik. Dah banyak kali dah."  Insiden itu turut direkod oleh seorang individu yang tidak dapat dipastikan sama orang awam atau rakan sekerja anggota berkenaan.  Secara tiba-tiba lelaki berbaju petak itu menendang telefon bimbitnya selepas mendapati lelaki itu membuat rakaman video menyebabkan kedua-duanya mula menengking sesama diri.  Lelaki Baju Petak: "Kau rekod kan?!"  Perakam: "Touch ah! Touch ah! Brader kaki naik brader!"  Lelaki Baju Petak: "Habis? Apa hal?!!"  Perakam: "Mana...

'Hari ni giliran adik pakai sebab dia ada PJ, saya pakai seluar sekolah la' - Di kala pemimpin berebut kuasa, rakyatnya masih hidup susah

Isu politik Malaysia yang semakin panas menenggelamkan isu-isu terkini yang berlaku. Walaubagaimanapun, isu-isu lain juga tidak harus dipandang remeh terutama sekali isu melibatkan hak-hak dan kebajikan rakyat. Bebenang di Twitter oleh guru ini bukan untuk meraih simpati tetapi untuk membuka mata semua pihak ambil peduli dengan keperluan golongan yang memerlukan. Dikongsikan guru ini, ketika latihan pusat olahraga diadakan, seorang pelajar didapati memakai seluar sekolah. Ketika disoal, pelajar ini mengatakan dia bergilir-gilir seluar dengan adiknya. SEDANG pemimpin Malaysia berebut kuasa, satu kisah untuk direnung bersama. Tadi latihan pusat olahraga, ada seorang peserta dari sekolah lain datang pakai seluar sekolah. "Mana seluar sukan?" "Harini giliran adik pakai sebab dia ada PJ. Saya pakai seluar sekolah la." Sedih. Ini bukan tweet nak meraih simpati. Cuma tweet untuk pemimpin negara kita yang sibuk sangat berebut kuasa padahal ada rakyat yang hid...

(Video) 'Bila masa kau buat kerja ni ha?!' - Maid kantoi rembat barang owner, 6 beg + 1 guni pakaian

Kepercayaan yang diberikan majikan, berakhir dengan pengkhianatan di mana pembantu rumah ini nekad membawa lari barang-barang berharga majikannya.  Bagaimanapun, usahanya itu menemui kegagalan selepas pembantu rumah yang bernama Juli itu terkantoi di depan majikannya.  Menurut sumber, Juli sebelum itu merancang dengan rakan-rakannya dan mahu membawa semua barangan itu lari dengan lori.  "Rumah member, maid plan nak bawa lari barang dengan lori. Pakat dengan kawan-kawan dia.  "Nasib baik owner sempat balik rumah. Penuh luggage disumbatnya harta benda tuan dia," katanya.  Berdasarkan video, antara barangan yang dicuri adalah beg tangan, alat solek, duit syilling, pakaian keluarga majikannya termasuk satu-satunya baju Melayu yang digunakan oleh majikannya untuk pergi solat Jumaat.  "Habis satu guni baju-baju. Bawa keluar semua baju-baju ni. Ni Juli nak bawa pergi ke mana semua ni? Ha?  "Ada lori datang ambik ke apa? Juli bersepakat dengan ...

'Cikgu ni wolverine ke apa peluk sampai jadi camtu?' - Belakang badan pelajar merah selepas diajar pakai seluar 30 kali berturut-turut

“Alhamdulilah, dia dapat memakai seluar sendiri dengan jayanya...” demikian alasan tidak masuk akal oleh seorang guru ketika memberi penjelasan kepada si ibu yang anak lelakinya mengalami bengkak dan kemerahan di belakang badan.  Ibu saudara kepada pelajar itu memuat naik dua gambar berkenaan di Twitter yang menunjukkan perbualan WhatsAppn di antara guru dengan ibu pelajar terbabit  Berdasarkan gambar itu, guru berkenaan yang tidak didedahkan namanya terdahulu memohon maaf kerana badan mangsa mengalami kemerahan. Alasan yang diberikan ialah dia cuba mengajar mangsa menguruskan diri tanpa pertolongan orang.  Bagi memastikan pelajar itu berupaya berdikari, guru berkenaan mengarahkan mangsa memakai seluar sebanyak 30 kali berturut-turut sehingga akhirnya dai dapat memakai seluar sendiri. "Assalamualaikum kak. Ini cikgu *****. Saya ingin meminta maaf kerana belakang Ziqri merah. Tadi saya mengajar Ziqri mengurus diri iaitu memakai seluar sendiri tanpa pertolong...