Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2020

'Ayang tak tahu ni baby siapa' - Lelaki batalkan majlis pernikahan di saat akhir kerana tunang hamil 2 bulan dengan 3 lelaki lain

Curang adalah salah satu bentuk perkhianatan terbesar dalam suatu hubungan. Dalam menjalinkan hubungan, tiada sesiapa pun yang mahu dicurangi dan itulah nasib yang dialami oleh lelaki ini yang dikhianati oleh tunangnya sendiri. Hasrat seorang lelaki untuk menikahi wanita kesayangannya itu hancur musnah kerana tunangnya telah hamil sebelum menikah.  Kisah malang lelaki itu yang membatalkan majlis pernikahannya di saat terakhir juga viral di media sosial.  "Kes yang viral di Facebook. Hari pernikahan hanya tinggal beberapa hari saja lagi, tetapi dibatalkan oleh pihak lelaki kerana tunangnya hamil anak lelaki lain.  "Hikmahnya, kalau sudah ada calon suami, jangan main FWB (Teman Tapi Mesra)," tulis pengendali Twitter @PenjahatGunung. Dari gambar-gambar yang dikongsikan pada awalnya @ehalhaq memuat naik berita mengenai tentang seks sebelum nikah dan post itu direspon oleh salah seorang rakannya, Beno (bukan nama sebenar).  Beno memaklumkan majlis pernikahan...

(Video) 'Padan muka kau setan!' - Polis trafik saman ramai pemandu potong que & salahguna lorong motosikal di simpang Kota Warisan

Simpang tiga yang menghubungkan Putrajaya - Nilai - KLIA berhampiran Kota Warisan sememangnya kerap sesak terutamanya di waktu puncak.  Keadaan bertambah sesak apabila ada golongan pemandu yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan lorong motosikal semata-mata mahu cepat melepasi kesesakan itu.  Tindakan mereka itu membuatkan ramai pengguna lain bengang kerana sudah beratur dan bersabar, terpaksa pula menghadap golongan pemandu yang tidak bertanggungjawab itu.  Dalam video yang baru viral semalam menunjukkan seramai lapan anggota polis trafik menahan dan mengeluarkan saman terhadap pemandu yang menyalahgunakan lorong tersebut untuk kepentingan diri.  "Haaa.. korang semua, padan muka! Nak potong sangat kan, nak lalu lorong motosikal kan, tak nak lalu jem. Kau tengok abang polis kat depan tu dah jaga, padan muka kau setan!!! Haaa!" kata perakam video tersebut.  REAKSI NETIZEN Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

'Ingat kami student study kat McD beli fries je ke? Eww~ ada hati nak lawan customers tetap' - Student ini selar geng mak bapak complaint trend study di McD

Perkongsian teguran terhadap golongan student yang gemar conquer ruang di restoran makanan segera untuk study tempoh hari mengundang ketidakpuasan hati student dan salah seorang daripadanya tampil mempertahankan tindakan mereka itu.  INGAT kami student bila study McD tu beli fries je ke? Sorry sikit, itu anak-anak kaulah kot, bukan student UiTM.  Eww, aku tengok mak ayah bawa anak, mak bapak sumbat fries dan ice cream juga kat anak-anak. Pastu kau makan ayam goreng pedas seorang diri. Kau tak nak anak-anak kau meminta-minta nak ayam, kau biarkan anak kau main dan bising satu McD, ganggu masa makan orang lain. Pastu complaint pasal student. LOL! Student pun boleh complaintlah, perangai mak pak kaki sembang dalam McD tu, beli tak seberapa tunggu time hujung bulan. Datang McD nak order tekan kat skrin tu punyalah lombab sebab jarang datang dan susah nak buat keputusan.  Errk?? Ada hati nak lawan customer tetap seperti student yang dah ada ID dalam McD Apps pulak. ...

'Dia masih isteri saya yang sah!' - Suami nafi laporan media & tegaskan doktor itu jalinkan hubungan dengan isterinya

Didakwa cemburu sehingga sanggup bawa geng belasah doktor di hospital Sungai Petani, suspek utama dalam video viral tempoh hari tampil menafikan semua dakwaan itu dan menegaskan bahawa dia berada di pihak yang benar.  Menurut Amir Fakhrurrazi, dia bukannya gila talak seperti yang didakwa dan wanita itu masih merupakan isterinya yang sah.  Menjelaskan lebih lanjut, Amir berkata dia bertindak memukul doktor berkenaan kerana menjalinkan hubungan sulit dengan isterinya.  "Saya mengambil tindakan tersebut kerana doktor tersebut telah menjalinkan hubungan sulit dengan isteri saya. "Tuntutan kes fasakh kononnya didera oleh saya juga adalah tidak benar kerana saya telahpun memenangi kes fasakh beliau termasuk hak penjagaan anak.  "Kenyataan (dalam laporan media) bahawa mangsa (doktor) tidak sedarkan diri juga adalah tidak benar kerana doktor tersebut hanya mengalami luka ringan dan bukti-bukti telahpun diperolehi," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Fac...

2 doktor cedera digigit, sut hazmat dikoyakkan waris selepas bapa mertuanya meninggal dunia akibat Koronavirus

Dua doktor yang bekerja siang malam untuk menyelamatkan pesakit positif koronavirus telah digigit oleh waris pesakit selepas bapa mertuanya yang berusia 68 tahun meninggal dunia dipercayai akibat wabak itu. Suspek dilapor menyerang dua doktor berkenaan, malah mengoyakkan sut hazmat dan topeng muka yang digunakan untuk mengelakkan dari terkena jangkitan virus tersebut.  Pihak berkuasa Daerah Qiaokou di Wuhan berkata, suspek terlalu beremosi dan menyerang dua mangsanya di kepala dan leher.  Polis telah menahan suspek untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.  Kedua-dua mangsa yang tidak didedahkan identitinya itu tidak mengetahui bila mereka dibenarkan kembali bekerja dan berharap orang awam tidak bertindak menyerang petugas perubatan yang berusaha menyelamatkan pesakit koronavirus.  Sumber: Daily Mail

'Mangsa retak di tengkorak' - Gagal tuntutan fasakh, suspek ajak geng belasah doktor

Viral di media sosial sebelum ini video seorang doktor dibelasah sekumpulan lelaki atas dakwaan 'main' dengan isteri kepada salah seorang suspek. Namun ada individu tampil menafikan dakwaan tidak berasas itu dan menegaskan mangsa hanya membantu isteri suspek membuat laporan polis kerana dipukul.  Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah menjelaskan kes itu berlaku pada 23 Januari lalu di klinik ortopedik di hospital di Sungai Petani yang bermotifkan cemburu.  Mangsa berusia 30 tahun itu bertugas di hospital itu didatangkan oleh suspek bersama tujuh rakannya untuk membelasah mangsa.  "Suspek dipercayai cemburu dengan mangsa berikutan mangsa mengenali bekas isteri suspek yang juga seorang jururawat di hospital berkenaan.  "Tuntutan balas kes fasakh yang dibuat oleh suspek tidak berpihak padanya menyebabkan suspek semakin tidak berpuas hati dengan mangsa.  "Ekoran kejadian itu, mangsa dimasukkan ke wad kecemasan zon merah berikut...

'..dalam bisnes jangan ada tangan ketiga' - Viral rumah terbiar dengan kereta mewah, jiran kongsi kisah disebaliknya

Selasa lalu. pengendali Twitter Geng Travel memuat naik tiga gambar rumah terbiar yang ditinggalkan dengan dua buah kereta yang telah dimamah alam, menimbulka pelbagai reaksi netizen yang ingin tahu cerita di sebalik rumah itu.  Pelbagai spekulasi yang dibuat sehingga ada yang mengaitkan rumah itu dengan benda-benda mistik. Tampil seorang lelaki yang juga merupakan penduduk kampung di situ menceritakan kisah di sebalik rumah jirannya itu.  LOKASI rumah ini di Ketereh, Kota Bharu, Kelantan. Aku tengok sendiri proses pembinaan rumah ini. Memang cantik dan high class pada tahun itu. Lima orang stay dalam rumah ini. Diorang memang keluarga yang bahagia.  Si suami ada beberapa bisnes yang best pada masa itu, macam hardware. Pastu jual pasir yang sedut dari sungai, pastu sewa jentera berat seperti lori dan jengkau tu ha.  2/3 tahun bisnes diorang sangat maju dan masa si suami dan isterinya sangat baik. Diorang suka tolong orang kampung. Bagi sedekahlah, apalah. ...

'Bagi diorang makan kelawar' - Netizen puas hati 2 samseng belasah pemandu bas didakwa di mahkamah

Padah bikin kecoh menyerang pemandu bas pelancong hanya kerana kemalangan disebabkan salah sendiri, dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bharu hari ini.  Tertuduh, Lim Kia Pin, 39, dan Lai Kok Kong, 32, didakwa atas empat pertuduhan termasuk mendatangkan kecederaan terhadap pemandu bas dan menyerang anggota polis.  Bagaimanapun, Lim dan Lai memilih membuat pengakuan tidak bersalah ke atas empat pertuduhan tersebut.  Bagi pertuduhan pertama, Lim dan Lai dituduh secara bersama-sama berkelakuan tidak senonoh dengan bertindak agresif dan membuat bising di Balai Polis Gelang Patah pada 4.35 petang, 24 Januari 2020.  Mereka juga dituduh menyerang seorang penjawat awam yang juga anggotap olis ketika menahan mereka di lokap balai polis yang sama pada jam 5.51 petang, 24 Januari 2020.  Mereka didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500 atau penjara maksimum enam bulan jika sabit kesalahan serta Seksye...

Mayat budak ditemui tanpa kepala, organnya juga hilang dipercayai telah dimakan haiwan liar

Misteri kematian seorang kanak-kanak yang mayatnya ditemui dalam longkang masih menjadi tanda tanya kerana keadaan mayatnya yang tidak sempurna.  Disebabkan itu, pihak berkuasa mengalami kesukaran untuk mengenalpasti punca sebenar kematian mangsa.  Yusuf Ahmad Ghazali, 4, dilaporkan hilang dari Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak Jannatul Athfaal Jalan Abdul Wahab Syahranie, Indonesia pada Jumaat 22 November 2019.  8 Disember 2019, mayat mangsa ditemui tanpa kepala di dalam longkang. Selain itu organ badannya seperti jantung, paru-paru, tangan dan beebrapa lagi bahagian lain juga hilang. Malah tulang dadanya juga terkeluar.  Keluarga mangsa yakin bahawa mayat itu adalah Yusuf kerana bajunya yang dipakainya pada hari terakhir dia dilihat masih dipakai pada badannya.  Mayat mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk tindakan selanjutnya. Hasil pemeriksaan mendapati, polis menemui kulit haiwan reptilia di mayat mangsa.  Ketua Polis Samarinda Arif Bud...

'Melampau pengasuh ni!' - Ibu bengang perut anaknya diconteng dengan permanent marker

Tindakan pengasuh menconteng perut anak asuhan menggunakan permanent marker menimbulkan kemarahan ibu kepada kanak-kanak terbabit.  Ibu tunggal, Heather, hanya mengetahu perut anaknya diconteng dengan permanent marker ketika dia mahu menukar lampin anaknya itu dengan pesanan, "Mum, I'm out of diapers" semata-mata mahu mengingatkan dia untuk membeli lampin.  Menurut Heather, kebiasaannya pihak pusat jagaan akan meletakkan laporan aktiviti dua anaknya di bekas makanan untuk disemak. Laporan itu mengandungi maklumat seperti kelakuan anak-anaknya bila lampin mereka ditukar dan sama ada mereka memerlukan lampin pakai buang atau tisu basah lebih.  Heather mengakui dia mungkin terlepas pandang laporan itu sehingga menyebabkan perut anaknya diconteng.  "Kalau saya terlepas pandang pun, pengasuh boleh bersemuka dengan saya dan beritahu anak perlukan lampin lebih. Tetapi yang sebaliknya pula berlaku.  "Saya dah cuba lap perut Milo dengan tisu basah beberapa ka...

(Video) Sakit hati dipanggil 'Gemuk', suspek cekik & bakar rakan sekerjanya sehingga mati

Walaupun dituduh membunuh dan membakar jasad seorang wanita, lelaki ini tidak sedikit pun gentar atau takut. Ketika disoal siasat, suspek tetap santai melahap makanannya seperti dirinya langsung tidak bersalah.  Ali Heri Sanjaya, 27, ditahan di Banyuwangi, Indonesia selepas mayat mangsa ditemui tiga hari selepas kejadian dalam keadaan yang mengerikan.  Ketua Polis Banyuwangi, Arman Asmara Syarifuddin, berkata, motif kejadian adalah kerana sakit hati di mana mangsa yang juga merupakan rakan sekerja suspek, selalu memanggil suspek "Boboho' kerana badannya gemuk sehingga membuatkan suspek sakit hati.  "Kami percaya ia berlaku disebabkan suspek sakit hati dengan mangsa yang selalu memanggilnya begitu," katanya.  Suspek turut mengaku melakukan pembunuhan itu dalam satu video viral di media sosial.  "Hei, berselera betul kamu makan. Enak ye makanan itu?" soal polis yang merakam video tersebut.  Suspek yang mulutnya penuh tidak dapat membalas pertan...

(Video) Bengang tak dapat ubat, lelaki dari Wuhan ini sengaja batuk depan 2 petugas hospital

Bengang bekalan ubat kehabisan stok, lelaki yang mengalami demam ini sengaja batuk di hadapan dua petugas hospital dalam kejadian di Hospital Ibu dan Kanak-Kanak Hubei pada 27 Januari 2020.  Difahamkan, lelaki terbabit berasal dari Wuhan datang ke hospital itu bersama dengan teman wanitanya untuk membeli ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor untuk merawat demamnya.  Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kedua-duanya memakai topeng muka. Selepas dimaklumkan bahawa bekalan ubat yang dipinta itu kehabisan stok, lelaki itu terus menanggalkan topengnya dan batuk secara sengaja di hadapan dua petugas berkenaan.  Terkejut dengan tindakan lelaki itu, mereka terus menjauhkan diri.  Setelah diperiksa, doktor mengesahkan lelaki itu hanya mengalami masalah kesihatan biasa dan. Namun disebabkan tindakan itu, pihak hospital terpaksa membersihkan tempat tersebut. Laporan polis juga telah dibuat terhadap lelaki itu untuk tindakan lanjut.  Sumber...

'Kalau itu yang terbaik untuk Ayden, saya terima dia semula' - Bella sedia terima semula bekas suami, Aliff

Kenyataan Bella Astillah yang tidak menolak kemungkinan untuk menerima semula bekas suaminya, mengejutkan ramai netizen. Tetapi bagi Bella, jika itu adalah jalan yang terbaik untuk anak mereka, Mohamad Ayden Adrean, maka dia akan terima biarpun ramai yang akan bercakap mengenai keputusannya itu.  "Kalau itu yang terbaik untuk Ayden, saya terima dia semula walaupun orang akan bercakap macam-macam," katanya memetik laporan dari Harian Metro, 29 Januari 2020.  Bella berkata, dia tidak pernah membenci Aliff Aziz, malah hubungan mereka baik. "Hubungan kami baik-baik saja. Saya sendiri tak pernah membenci dia. Mengenai status hubungan kami, kami simpan dulu atas permintaan keluarga. Tapi, apabila sudah tiba masanya, kami akan kongsikan," katanya.  Bagi Bella, perpisahan yang berlaku telah banyak mengubah bekas suaminya itu menjadi orang yang lebih baik. Meskipun tidak meletakkan harapan 100 peratus, Bella cuba 'go with the flow'.  "Saya susah nak ...

Kerajaan setuju kenakan hukuman berat untuk pemandu mabuk

Kabinet hari ini bersetuju untuk meminda undang-undang bagi mengenakan hukuman lebih berat terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah; serta pemandu yang memandu secara berbahaya hingga mengakibatkan maut. Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata tiga seksyen di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu Seksyen 41, 44 dan 45 akan dikaji semula bagi memperketatkan undang-undang sedia ada dengan hukuman yang lebih berat. Loke berkata kementeriannya akan memulakan perbincangan dengan pihak berkepentingan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Peguam Negara dan agensi berkaitan untuk membolehkan pindaan itu dibawa ke Parlimen seawal Julai. Mengenai Seksyen 45 berhubung kepekatan alkohol pemandu yang dicadangkan dipinda, Loke berkata undang-undang di Malaysia buat masa ini mengenakan had alkohol pemandu 80 miligram alkohol bagi setiap 100 mililiter darah berbanding piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 miligram alkohol bagi setiap 100 mililiter dar...

'DAP keluar dari kerajaan jika Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) tidak diiktiraf' - Nga

Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming menegaskan DAP tidak akan teragak-agak keluar dari Kerajaan Pakatan Harapan (PH) jika Putrajaya enggan mengiktirafkan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).  "Kita malah capai kesepakatan bahawa DAP tidak akan teragak-agak kelaur dari kerajaan jika UEC tidak diiktiraf," katanya.  Memetik dari laporan MalaysiaKini, DAP katanya tidak kisah jika mereka tiada lagi dalam gabungan parti pemerintah kerana itu adalah prinsip yang mereka pegang.  PH terutamanya DAP dihentam masyarakat dan parti Cina kerana lambat memastikan kerajaan mengiktirafkan UEC seperti yang terkandung dalam manifesto PH 2018.  Selain itu, Nga juga mengaku dia kecewa kerana masyarakat awam tidak menghargai kejayaan DAP dan PH. "Kita selesaikan 70 peratus tugas, tetapi orang cuma lihat 30 peratus yang tak siap," katanya yang juga mengakui kejayaan itu tidak diuar-uarkan secara lebih berkesan.  Sementara itu di media sosial, netizen memberi pelbagai...

(Video) 'Dia main bini orang' - kata si suami & the geng, tapi sebenarnya mangsa tolong isteri buat report sebab..

Viral di media sosial hari ini video seorang lelaki dibelasah beramai-ramai sehingga pengsan kerana didakwa menjalinkan hubungan dengan isteri orang. Video berdurasi satu minit itu menunjukkan mangsa ditinju bertubi-tubi oleh seorang lelaki berbaju hitam (si suami) sehingga rebah dalam kejadian yang berlaku di bangunan yang tidak dinyatakan lokasinya. Berdasarkan percakapan dalam video tersebut, individu terbabit mendakwa mangsa 'main dengan bini orang'. Mangsa yang dibelasah tanpa henti sesekali merayu agar suspek tidak memukulnya lagi tetapi tidak diendahkan. Mangsa juga dipijak di atas dada dan mukanya disepak menyebabkan pandangannya terjejas seketika. Di kesempatan itu, suspek menghentak muka mangsa dengan menggunakan lutut lalu menyebabkan mangsa terus tidak sedarkan diri. Bagaimanapun, tampil seorang pengguna Facebook menjelaskan kejadian sebenarnya yang berlaku, sekali gus menafikan dakwaan sekumpulan lelaki dalam video tersebut. "Ini bukan kes kaca...

Anggota polis kantoi 'main' dengan isteri orang yang hamil 7 bulan, polis minta jangan perbesarkan kes

Seorang anggota polis di Sulawesi Selatan, Indonesia yang masih dalam tempoh percubaan didapati menjalinkan hubungan dengan isteri orang yang juga hamil 7 bulan.  Akibat dari tindakannya yang terdesak itu, anggota terbabit yang hanya dikenali sebagai Bripka BA, 42, kini berdepan dengan hukuman penjara. Anggota itu nekad menjalinkan hubungan dengan isteri kepada pemilik kantin di tempat kerjanya walaupun dia mengetahui wanita itu hamil 7 bulan.  Sebelum perbuatan anggota itu terbongkar, suami kepada kekasihnya itu, SA, keluar dari rumah untuk membeli tali. Di kesempatan itu, Bripka BA masuk ke rumah pasangan berkenaan untuk bertemu dengan kekasihnya.  Namun belum sempat bersenggama, Bripka BA dicekup oleh SA yang baru saja pulang dari membeli tali. Ketika ditemui, SA mendapati kedua-duanya berada di dalam bilik tanpa berpakaian dan hanya berbaju dalam.  Berang melihat kecurangan itu, SA mengamuk dan membantai lelaki tak guna itu sepuas hati sebelum membuat...

'Hello! Ini tempat makan kot? Bukan tempat study!' - Student kena sound sebab marah anak customer buat bising di McD, padahal...

Padah sound tak bertempat, sekumpulan pelajar ini disekolahkan oleh pelanggan sebuah restoran makanan segera kerana bengang dengan sikap mereka yang langsung tidak menunjukkan diri sebagai orang terpelajar.  Terdahulu, pelajar terbabit menegur dua beradik ini kerana terlalu bising sehingga membuatkan tidak fokus pada pembelajaran yang dibuat secara berkumpulan. Perkara itu berlaku di depan mata ibu bapa dua beradik itu yang kemudian memarahi anak mereka.  Tidak berpuas hati melihat keluarga itu terpaksa mengalah, tampil seorang wanita membalas semula kata-kata pelajar itu yang akhirnya membuatkan kumpulan terbabit beredar.  I SAW this picture, I ada story sikit. That time I dengan my firend ke McDonald (McD) Seksyen 26. Tengah que nak order, nampaklah ada satu keluarga ni berlima, ada anak kecil berumur 4-7 tahun dua orang dan seorang umur 12 tahun camtu, chinese.  So dua orang anak dia ni dok mainlah sambil gelak-gelak kat table diorang tu. Dari pandangan...