Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2019

Risau muka sebenar terdedah, wanita ini sanggup makeup tebal walaupun terlantar sakit di hospital

Make up merupakan antara perkara terpenting dalam kehidupan kebanyakan wanita. Ada yang berasa kekurangan apabila tidak memakai make up kerana merasakan hanya make up yang dapat menutup kekurangan di wajah mereka.  Baru-baru ini gambar seorang wanita di Vietnam viral di Facebook kerana kesanggupan dirinya memakai make up walaupun sedang sakit dan terlantar di hospital.  Dia langsung tidak kelihatan seperti pesakit yang sedang sakit dengan make upnya yang tebal, malah memakai anting-anting dan kukunya dicat.  Wanita itu memaklumkan, teman lelakinya sebelum itu ada menghubunginya dan mahu datang melawat. Maka dengan tubuh yang sakit, dia berusaha memakai make up. "Teman lelaki nak datang melawat saya," katanya.  Namun bagi netizen, tindakan wanita itu agak berlebihan dan berpendapat dia sepatutnya banyakan berehat dari memakai make up untuk kelihatan sempurna. Tidak kurang juga yang memuji usahanya.  Sumber: Sosok , Bastille Post

'Kalau aku tak dapat, perempuan lain pun tak boleh dapat!' - Gadis kerat pishang kekasih

MADHYA PRADESH, INDIA - Gara-gara darjatnya dianggap lebih rendah oleh keluarga teman lelakinya, gadis ini nekad mencederakan lelaki itu yang masih mencintai dia. Rasa sakit hati semakin menjadi-jadi apabila keluarga itu menyuruh dia meninggalkan anak mereka kerana lelaki itu bakal dijodohkan dengan perempuan lain.  Tidak sanggup melihat teman lelakinya yang dikasihi bertahun-tahun itu bahagia dengan gadis pilihan keluarga, dia mengambil keputusan untuk memberi kejutan yang luar biasa.  Suspek berusia 21 tahun itu mengajak mangsa, 23, bermain satu permainan dan matanya ditutup. Di kesempatan itu, suspek memotong alat sulit mangsa dengan menggunakan sabit bagi memastikan mangsa tidak 'tidur' dengan wanita lain.  Pada awalnya, mangsa cuba menyembunyikan kejadian itu dari keluarganya. Tetapi dek kesakitan yang tidak terkata dan bilik tidurnya juga mempunyai kesan darah, membawa kepada pembongkaran perbuatan suspek itu.  Mangsa dibawa ke hospital dan masih be...

Ladyboy tercantik di Thailand berjaya tewaskan wanita tulen dalam pertandingan ratu cantik

Bukan menjadi rahsia lagi, umum tahu negara Thailand mempunyai banyak 'kathoey' atau 'ladyboy' (wanita transgender), malah golongan itu diiktirafkan sebagai gender ketiga.  Mereka adalah orang yang dilahirkan sebagai lelaki tetapi menukar alat kelaminnya melalui pembedahan. Walaupun begitu, kecantikan mereka berupaya mengugat iman lelaki yang datang ke negara itu.  Salah seorang ladyboy yang terkenal kerana kecantikannya itu adalah Rinrada Thurapan atau lebih dikenali sebagai Yoshirin, berusia 22 tahun. Disebabkan kecantikannya itu, dia berjaya memenangi dua pertandingan kecantikan. Tahun 2017, Yoshirin menang dalam acara Miss Tiffany Universe. Setahun kemudian, dia mengikuti pertandingan Miss International Queen dan berjaya tersenarai dalam Runner Up Miss International Queen 2018.  Selain kariernya itu, Yoshirin juga menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang sanggup menerima dia sebagai teman sehidup.  Kita cinta mereka bermula ketika Bao pergi k...

Mayat lelaki ditemui dalam longkang, sukar diangkat kerana terlalu berat, rupa-rupanya...

Sudah menjadi lumrah orang awam akan heboh apabila terjumpa mayat manusia. Tetapi bagaimana jika mayat yang ditemui itu adalah gurauan semata-mata? Sudah tentu orang hanya mampu ketawa saja kerana terasa terperdaya, seperti kes yang viral di Filipina baru-baru ini.  Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak bergerak di dalam longkang dan gambar penemuan 'mayat' itu dimuat naik ke Facebook oleh Ronald Bato Dela Rosa Solid Supporters.  Orang awam percaya lelaki itu telah dibunuh di tempat lain dan mayatnya dicampak ke longkang itu yang penuh dengan sampah, lalu memaklumkan penemuan itu kepada pihak berkuasa.  Tidak beberapa lama kemudian, pasukan penyelamat tiba di lokasi dan cuba mengangkat mayat itu tetapi mengalami sedikit kesukaran kerana mayat itu berat. Percubaan kali kedua, dua anggota penyelamat berkenaan terkejut apabila mayat itu secara tiba-tiba mencelik matanya.  Setelah diperiksa, rupa-rupanya lelaki itu masih hidup dan dipercayai berada ...

'Kau tunggu balasan dari Tuhan!' - Netizen selar penangkap haiwan sepak perut anjing

Tindakan beberapa pekerja kontraktor penangkapan haiwan liar yang menyepak seekor anjing dengan kuat ketika cuba menangkapnya mengundang kemarahan netizen.  Menurut Persatuan Haiwan Malaysia (MAA), kejadian itu berlaku di UiTM Pasir Gudang, Johor dan pihak terbabit menggunakan kekerasan untuk menangkap anjing itu jelas sekali tidak mengikut kaedah yang betul.  "Garis panduan telah wujud sekian lama. Tetapi masih ada vendorm kontraktor penangkap haiwan dan pihak yang makan upah tangkap anjing tidak menjalani kursus pengurusan dan tangkapan haiwan jalanan supaya kaedah tangkapan difahami dan dipertingkat.  "Tidak pasti sama ada penangkapan anjing itu dilakukan oleh pihak yang berdaftar atau haram. Tetapi individu yang terlibat harus diheret ke mahkamah untuk tindakan lanjut," kata kenyataan persatuan itu.  Berdasarkan video, terdapat dua lelaki yang cuba memasukkan anjing itu ke dalam karung guni. Tetapi haiwan itu meronta-rontamenyebabkan lelaki berbaju biru...

Lelaki didenda RM12,158 kerana tampar 2 remaja yang bercakap buruk mengenai anaknya

Seorang lelaki berusia 48 tahun dikenakan denda S$4,000 (RM12,158) oleh mahkamah kerana menampar dua remaja lelaki yang bercakap buruk mengenai anak lelakinya. Lelaki terbabit yang tidak dapat didedahkan namanya bagi menjaga identiti anaknya, mengaku bersalah di atas pertuduhan tersebut.  Mahkamah dimaklumkan, dua remaja lelaki itu yang berusia 14 dan 15 tahun berkawan dengan anak tertuduh.  Hujung tahun lalu, tertuduh mendapati anak lelakinya telah dibuli di sekolah.  13 Mei 2019, tertuduh menerima panggilan telefon dari isterinya yang memaklumkan ada sekumpulan remaja mencari anak mereka. Tertuduh kemudian pergi berjumpa dengan kumpulan itu dan mendapati dua remaja terbabit adalah rakan sekolah anaknya yang bercakap buruk mengenai anak tertuduh.  Keesokan harinya pada jam 1 tengah hari, tertuduh menggunakan telefon anaknya untuk menghubungi salah seorang remaja terbabit untuk bertemu di sebuah kedai kopi di Blok 526 Jurong west Street 52 pada jam 3.30 p...

'Matanya memandang sayu batu nisan arwah ayah' - Kucing jatuh sakit selepas tuannya meninggal dunia

Pemergian tuannya, benar-benar membuatkan seekor kucing di Indonesia ini berasa sedih. Anak arwah menyangka kucing ini sakit, lalu dibawa ke klinik haiwan tetapi doktor mengesahkan segalanya normal. Sehinggalah mereka membawa kucing parsi ini ke kubur arwah tuannya. Dari situ, barulah mereka mengerti. KUCING ini namanya Rambo. Kucing parsi yang sejak dari kecil dibela oleh arwah ayah saya. Setiap hari Rambo menemani ayah saya di rumah. Makan dan minumnya dijaga, bahkah kalau sakit sampai dibawa ke klinik haiwan. Bila tidur pun Rambo selalu tidur di sisi ayah saya seolah-olah kawan rapat.  Namun pada hari ayah saya meninggal dunia, si Rambo jatuh sakit secara mendadak. Badannya panas dan tiada selera makan. Di ketika bacaan yasin, Rambo hanya duduk di samping jiran-jiran yang datang selama 7 hari berturut-turut.  Sejak dari hari itu, Rambo selalu di bawa ke klinik haiwan kerana kesihatannya merosot dan mengalami dehidrasi tinggi, serta ditinggalkan beberapa hari di kli...

'Kau ingat aku tak tau yang kau curang?' - Pengantin lelaki tayang video bakal isterinya curang di majlis perkahwinan

Hajat seorang wanita untuk mendirikan rumah tangga berkecai apabila lelaki yang bakal menjadi suaminya bertindak mendedahkan kecurangan wanita itu di depan khalayak ramai.  Berdasarkan video viral di media sosial, pasangan itu berjalan perlahan menuju ke pentas sambil diperkenalkan oleh pengacara kepada para tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan pasangan itu.  Segalanya berjalan seperti biasa mengikut perancangan dengan pasangan itu terutamanya pengantin perempuan yang kelihatan sungguh menawan.  Sebaik tiba di pentas, seperti kebanyakan majlis perkahwinan, video kenangan indah mereka ditayangkan kepada tetamu.  Tetapi pengantin perempuan itu tidak tahu bahawa bakal suaminya sudah tahu yang dia curang dengan suami kepada kakak kandungnya sendiri.  Malah, lelaki itu berjaya merakam perbuatan curang pengantin perempuan di rumah baru mereka menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasangnya di mana wanita itu melakukan hubungan intim dengan s...

'Dia cuba culik anak saya, mujur isteri sempat tahan' - Lelaki dakwa perempuan Arab cuba culik anaknya di shopping mall

29 Disember lalu, seorang lelaki mendakwa anaknya hampir menjadi mangsa culik dua wanita yang disyaki warga Arab di pusat beli-belah Sunway. Namun, usaha isterinya mendapatkan semula anak mereka menyebabkan cubaan menculik itu gagal dan suspek terus melarikan diri.  BARU saja berlaku di Sunway Pyramid. Ibu saya di dalam fitting room untuk mencuba pakaian, sementara isteri saya sedang mendukung anak lelaki sambil melihat pakaian lain dalam kedai yang sama. Saya bersama dengan anak perempuan saya keluar ke kedai sebelah.  Dalam masa yang sama, saya terampak seorang perempuan berpakaian serba hitam dengan mukanya ditutup hanya nampak mata (purdah) masuk. Saya nampak dia sedang mengambil gambar price tag, membuatkan saya kehairanan seketika. Saya terus pergi ke kedai sebelah.  Tidak beberapa lama kemudian, isteri saya berlari masuk ke kedai sebelah untuk mencari saya. Dalam keadaan panik dia memberitahu ada seorang perempuan Arab cuba menculik anak kami.  Pere...

'Bila tong sampah halang laluan, owner keluar kereta & suspek terus ambil peluang untuk samun/larikan kereta'

Orang ramai dinasihatkan sentiasa peka dan berhati-hati dengan penjenayah yang sering mengunakan pelbagai taktik untuk memerangkap mangsa dan seterusnya menyamun mereka, terutamanya di kawasan perumahan.  Terbaru, laman Facebook Polis Kedah berkongsi mengenai taktik penjenayah menggunakan tong sampah untuk mengumpan pemandu kereta keluar untuk mengalihkan tong tersebut dan di kesempatan itu, penjenayah akan terus menyamun atau melarikan kereta mangsa. ALIH TONG SAMPAH TAKTIK TARIK PEMANDU KELUAR Taktik terkini yang dikesan digunakan penjenayah melarikan harta benda khususnya kenderaan dengan menggunakan taktik Alih Tong Sampah.  Ketika mangsa pulang ke rumah, mangsa akan mendapati tong sampah di hadapan rumahnya berubah dari kedudukan asal. Mangsa kemudiannya keluar dari kenderaan untuk mengalihkan semula tong sampah itu dengan membiarkan pintu kenderaan terbuka sebelum penjenayah melarikan kenderaan mangsa.  MODUS OPERANDI Suspek terdiri daripada dua orang...

Mulai Jan 2020, pelancong China & India dikecualikan visa dengan 7 syarat ketat ini

Bermula 1 Januari depan, pelancong dari India dan China akan dikecualikan visa selama setahun dengan tempoh lawatan terhad kepada 15 hari tanpa tempoh lanjutan.  Pengumuman kerajaan itu adalah bersempena dengan kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM2020) pada tahun depan.  26 Disember lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menandatangani pewartaan tersebut dan disiarkan melalui laman sesawang Jabatan Peguam Negara. Berdasarkan warta tersebut, pengecualian visa itu tertakluk di bawah Subseksyen 2(1) Akta Pasport 1966.  Pelancong dari dua negara itu perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu dan melakukan perjalanan dalam tempoh tiga bulan selepas mendaftar.  Pelancong berkenaan hanya dibenarkan memasuki dan keluar dari Malaysia melalui lapangan terbang yang dibenarkan atau pos kawalan imigresen.  Pelancong dari dua negara itu wajib mempunyai tiket penerbangan perjalanan balik terus ke negara asal atau tiket penerbangan perjalanan ke mana-man...

'Anak ni tertidur nyenyak sampai tak sedar air hujan membasahi tubuhnya..' - Budak lari dari rumah, tak tahan dipukul ibu bapanya

Gambar seorang kanak-kanak lelaki tidur dalam kebasahan tular di media sosial. Apa yang lebih menyayat hati, kisah di sebaliknya.  Menurut sumber, kejadian ini berlaku di Kalimantan Barat, Indonesia. Kanak-kanak yang tidak diketahui namanya ini melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan dianiaya oleh ibu bapanya. Disebabkan tiada tempat berlindung, dia terpaksa menumpang tidur di depan sebuah premis. "Anak ini tertidur nyenyak sehingga dia tidak menyedari air hujan membasahi tubuhnya. Selepas dibangunkan oleh orang yang mengambil gambarnya, dia memberitahu yang dia lari dari rumah kerana selalu dipukul oleh ibu dan ayahnya.  "Lihat saja budak ini sudah tahu dia anak yang baik kerana dia tahu yang tempat itu kotor tetapi dia masih menanggalkan seliparnya," kata sumber.  Difahamkan, selepas gambar itu viral, ada pihak yang datang membantu kanak-kanak itu. "Tetapi sekarang Alhamdulillah dia sudah dibantu oleh seseorang semasa dia berada di balai pol...

(Video) 'Dia crettt camtu je tepi jalan?!'

Jumaat lalu viral di media sosial video seorang wanita sedang membuang di tepi jalan sambil ditemani oleh suaminya, mengundang pelbagai reaksi netizen.  Menurut pengguna Twitter @pio_dhurjana, kejadian itu berlaku di Kastam Johor Bharu. Kastam jb pic.twitter.com/SHAsxae87D — Pio_Dhurjana (@pio_dhurjana) December 27, 2019 Lebih baik berak sepah dari berak dalam seluar, tu sah2 beratur sejam lebih nk cop passport dekat jb — Pio_Dhurjana (@pio_dhurjana) December 27, 2019 Walaupun video itu hanya berdurasi tiga saat, netizen tidak dapat membayangkan kesan dari perbuatannya yang tidak bertamadun itu yang bakal menyusahkan penunggang motosikal yang melalui laluan tersebut.  Dalam pada itu, ada juga netizen yang bersangka baik dan menyangka mungkin wanita itu terdesak untuk membuang air besar disebabkan sudah terlalu lama beratur untuk cop pasport.  Sumber: Phio Dhurjana

(Video) 2 staff hotel dibelasah tetamu kerana minta bayaran jika mahu tukar bilik

Video yang menunjukkan seorang kakitangan hotel dibelasah dua lelaki viral di media sosial baru-baru ini. Kejadian yang dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua lelaki datang dan menyerang mangsa sebelum menyerang kakitangan di kaunter.  Berdasarkan sumber, kejadian itu berlaku di sebuah hotel di Bukit Bintang kira-kira jam 4 pagi.  Difahamkan, insiden itu berlaku apabila kakitangan hotel meminta bayaran dari suspek yang menuntut untuk menukar bilik berikutan bilik mereka kotor dan dipenuhi dengan botol arak. Namun, dua suspek terbabit enggan bekerjasama dan menyerang dua kakitangan hotel itu.  Suspek menampar, menendang dan beberapa kali mencampakkan peralatan di kaunter pada mangsa.  Polis kini sedang menyiasat kejadian itu dan memburu dua suspek terbabit.  Sumber: World of Buzz , Video Malaysia

(Video) 'Jangan balik kalau tak ada hasil!' - Isteri marah suami OKU kerana gagal mengemis

Malang nasib seorang lelaki orang kurang upaya (OKU), bukan sahaja dipaksa menjadi pengemis, malah dimarahi isterinya apabila dia tidak berjaya memperoleh sebarang hasil.  Menurut sumber yang memuat naik video dan gambar kejadian pada 23 Disember lalu di Facebooknya, insiden itu berlaku di Palembang, Indonesia.  "Isteri menganiaya suaminya kerana suaminya jadi pengemis tapi tak ada hasil," kapsyen post tersebut.  Berdasarkan video dan gambar, wanita itu memarahi suaminya tanpa mempedulikan adegan memalukan itu diperhatikan oleh orang awam dan ada yang turut merakam perbuatannya.  Si suami dengan keadaan dirinya yang kekurangan tidak melawan dan hanya mengelak dari dipukul isterinya. Sesekali dia diseret dan hampir saja dibaling dengan batu.  Tindakan si isteri itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang mengecam dan melabelkannya sebagai isteri derhaka.  Sumber: Florence Wong

Buat aksi 'wheelie' di jalan raya jam 1.20 pagi, penunggang motosikal dipenjara 14 bulan, denda RM5,000

Seorang penunggang motosikal berusia 21 tahun dijatuhkan hukuman penjara 14 bulan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret kerana menunggang secara berbahaya dengan melakukan aksi 'wheelie' di jalan raya.  Majistret Afiq Agoes menjatuhkan hukuman itu terhadap Adzrul Adzman bermula dari tarikh sabitannya, Khamis.  Tertuduh diminta membela dirinya bulan lalu apabila pendakwaraya berjaya membuktikan prima facie terhadapnya.  Azdrul yang didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 1.20 pagi 12 Ogos di Jalan Kota Kinabalu-Papar berhampiran JKR Putatan, kemudian memohon untuk dibicarakan.  Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM15,000 jika sabit kesalahan.  Afiq berkata, tertuduh melakukan aksi itu tanpa menghiraukan keselamatan dirinya dan juga pengguna jalan raya lain serta menimbulkan bahaya kepada orang ramai. Alasan tertuduh kononnya dia sedang m...