Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2019

Dana Tabung Harapan Malaysia RM205 juta telah digunakan untuk bayar hutang 1MDB

Dana Tabung Harapan Malaysia (THM) sebanyak RM205 juta telah digunakan sepenuhnya untuk membayar hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Guan Eng berkata, kerajaan pada 28 November telah menggunakan keseluruhan dana THM dengan pembayaran sebanyak RM61.68 juta bagi pelunasan bayaran faedah sukuk 1MDB IMTN (Islamic Medium Term Note). "Pembayaran sebanyak RM61.68 juta yang dibiayai oleh dana THM adalah hanya sebahagian daripada jumlah pembayaran faedah IMTN yang berjumlah RM143.75 juta. Baki sebanyak RM82.07 juta telah dibiayai melalui dana pemulihan aset 1MDB yang berjumlah kira-kira RM1.45 bilion setakat ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Menurutnya, kerajaan komited untuk membayar semua obligasi pinjaman yang diwarisi daripada pentadbiran terdahulu dengan bayaran seterusnya yang perlu dibuat oleh 1MDB adalah bayaran faedah bon terbitan 1MDB Global Investments Limited (GIL) sebanyak AS$66 juta yang akan dibayar pa...

Remaja kantoi sorok patung 'ehem²' dalam almari

Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun di Hubei, China, terkantoi memiliki patung. Perbuatan remaja itu diketahui oleh neneknya yang menemui patung tersebut ketika membersihkan almari.  Menurut laporan China Press, remaja berkenaan menyembunyikan patung tersebut di dalam kotak hitam yang diisi dengna bahan kimia yang tidak boleh didedahkan kepada cahaya, agar tiada sesiapa yang membuka kotak tersebut.  Namun pada April lalu, ketika neneknya membersihkan almari remaja itu menemui kotak berkenaan. Curiga dengan isi kandungannya, si nenek membuka kotak itu dengan kunci yang ditemui dalam bilik tersebut dan menemui patung seks yang telah disembunyikan cucunya.  Si bapa berkata, dia berada dalam dilema dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan kerana selama ini anak lelakinya itu berkelakuan baik, patuh pada ibu bapanya, malah mendapat keputusna cemerlang dalam akademik.  Namun selepas insiden yang memalukan itu, anaknya memberontak, tidak mendengar nasihat. ...

Tangan digigit lipas ketika tidur kerana mangsa tak jaga kebersihan

Seorang wanita berkongsi gambar tangannya yang mengalami kesan-kesan gigitan yang dipercayai digigit oleh lipas ketika tidur.  Menurut laporan Ettoday, wanita itu mengambil pil tidur pada malam kejadian dan langsung tidak merasa anggota badannya digigit oleh lipas.  Keesokkan paginya, apabila dia bangun dan mendapatkan tangannya penuh dengan kesan-kesan gigitan.  Anehnya, hanya dia seorang sahaja dalam keluarga yang digigit serangga itu. Wanita itu kemudian pergi mendapatkan rawatan dan doktor memaklumkan mungkin di tangannya pada malam kejadian ada kesan makanan.  Walaupun lipas adlaam omnivor dan makan makanan organik serta lebih menggemari gula-gula, daging dan sebagainya, ia juga tertarik dengan tempat-tempat yang tidak bersih atau kotor.  Wanita itu kemudian diberitahu bahawa lipas itu menggigitnya kerana dia tidak menjaga kebersihan diri.  Lipas sememangnya boleh menggigit manusia sekiranya seranggai terlalu lapar terutamanya ketika mang...

'Baybee, malam ni on tak?' - Isteri hidap kanser tahap 4 terkejut jumpa mesej suami curang dengan adik kandungnya sendiri

Hide profile saya min. Saya isteri berumur 44 tahun, ada tiga orang anak. Bulan Ogos 2018, saya disahkan menghidap kanser payudara tahap empat. Hidup saya sejak itu keluar masuk hospital saja. Payudara sebelah kanan sudah dibuang. Chemo dah 16 kitaran. Saya baru saja keluar dari hospital. Sekarang kanser dah merebak sampai paru-paru. Doktor bagi balik dengan oksigen dan ubat tahan sakit.  Saya tahu masa saya dah tak lama. Sepanjang duduk di dalam wad, saya dah nampak dah biasanya kanser tahap saya ini paling lama boleh tahan sampai raya ni je. Saya dan keluarga pun dah tandatangan perjanjian dengan doktor hospital untuk tidak selamatkan saya (tak buat CPR atau masuk tibu dalam mulut saya) jika keadaan saya semakin tenat. Sejak keluar dari hospital, saya perasan suami selalu hilang pada waktu malam. Saya tak tahu berapa lama dah dia jadi begini. Mungkin semenjak dari saya duduk di hospital lagi sebab waktu itu yang jaga saya adalah anak perempuan kami.  Selepas dua mi...

'Mangsa ditekup dengan bantal sehingga mati' - Peguam kongsi detail kes 3 penuntut kolej bunuh teman wanita & bapanya

Gara-gara bimbang teman wanita buat laporan polis berhubung kehilangan barang kemas ibunya, suspek tergamak bersuhabat dengan dua rakannya untuk membunuh pensyarah dan bapanya yang merupakan pesara.  Kes pembunuhan ini berlaku pada 9 Mac 2012. Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 22, Mohamad Sharafe Matt Noh, 21, dan Azizi Aizat Ibrahim, 22, didapati bersalah dan dikenakan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan membunuh pensyarah Zara Eleena, 23 (OKU), dan bapanya, Omar Peter, 56 di rumah di Taman Kinrara, Puchong.  Kes kembali viral di media sosial yang dimuat naik oleh peguam Sir Kamarul di Twitternya. DULU pernah ada kes duit hilang sebab boyfriend curi. Takut kena tangkap polis, boyfriend pun menyamar dan berlagak macam ustaz. Kononnya boleh merawat penyakit dan menghalau hantu pada duit yang hilang. Rawatan yang dibuat rupa-rupanya membawa satu kisah ngeri.  Kes ini tercetus angkara kehilangan duit dan barang kemas kepunyaan mangsa dan ibu mangsa. Barang...

Penunggang motosikal terbabas, tercampak ke tiang lampu menyebabkan badannya terputus dua

Seorang penunggang motosikal terbabit dalam kemalangan di jalan bertingkat di Lebuhraya Tun Dr Lim Choong Eu, menghala ke Batu Maung, petang semalam.  Dalam kejadian yang berlaku pada jam 2 petang itu, mangsa berusia 31 tahun menunggang motosikal bersendirian dan dilaporkan terbabas ke sebelah kanan jalan dan terpelanting ke tembok pemisah jalan menyebabkan badannya terputus dua.  Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, "Mangsa tercampak dari motosikalnya lalu terkena tiang lampu di tembok pemisah jalan sehingga menyebabkan badannya terbelah dua.  "Dia yang datang dari arah Georgetown dalam perjalanan ke Balik Pulau meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.  Mayat mangsa dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Sumber: Sinar Harian , PenangKini

'Wow! Anak saya ni Allah beri kelebihan dia di bahagian lain' - Bagusnya kalau setiap parents mempunyai pemikiran macam ni

Tidak dinafikan, ibu bapa mana yang tidak ingin melihat anak berjaya dalam pelajaran. Namun ketahuilah bahawa, setiap anak itu mungkin ada kelebihannya tersendiri.  Sebagai ibu bapa, usahlah menekan anak dengan keterlaluan. Sebaik-baiknya, ambil pendekatan yang betul untuk mendidik mereka atau anak mungkin ada potensi untuk perkara-perkara yang lain.  ANAK saya tahun ini UPSR, tak tahu keputusan dia macam mana. Dari darjah satu sampai tahun 3 kelas pemulihan. Keputusan peperiksaan wajib ada merah, biru itu jarang-jarang.  Sebagai ibu, saya tidak pernah paksa dia sebab saya tahu setiap anak-anak ada kelebihan masing-masing. Dengan usia dia 12 tahun sekarang, kelebihan saya tengok, dia suka baiki barang yang rosak. Mouse komputer 2/3 biji saya humban dalam tong sampah, dah rosak. Dia kutip dan baiki. Terkejut saya bila mouse itu boleh digunakan semula.  Saya jual mesin jahit mini, bila ada customer mengadu mesinnya rosak dan tak hidup, return kat saya. Dia...

'Saya tak dapat terima dia (anak luar nikah), saya layan dia dengan penuh kebencian' - Ibu

Anak yang tidak berdosa ini menjadi mangsa kebencian ibu kandungnya sendiri hanya kerana kesilapan yang dilakukannya sendiri buat suatu ketika dulu.  Sudah cuba untuk menerima, tetapi hatinya tetap tertutup dan saban hari kebencian itu semakin bertambah. Sudah pasti perasaan si anak terganggu, kasih yang diberi ibu tidak sama seperti yang diterima oleh adiknya yang berlainan bapa.  SALAM admin, hai semua warga Kisah Rumah Tangga. Saya nak meluahkan apa yang saya lalui.  Saya pernah mengandungkan anak luar nikah. Mula-mula saya mengandung, ayah dapat tahu dan dia pukul saya hampir separuh mati.  Sekarang anak itu dah berusia lima tahun dan saya pun sudah berkahwin dengan orang lain, bukan dengan lelaki yang menghamilkan saya dulu. Sekarang pun saya dah ada anak dengan suami ini, yang berusia dua tahun dan kini sedang mengandungkan anak yang kedua.  Masalahnya, saya masih tidak dapat menerima anak (luar nikah) itu dengan ikhlas. Saya sentiasa mela...

Banyak premis jual 'bubble tea' tiada sijil halal & mengelirukan pengguna beragama Islam - JAIS

Minuman 'bubble tea' kian popular dan banyak premis yang menjual produk minuman berasaskan bebola ubi kayu atau tapioca itu semakin bertambah.  Namun, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesan banyak kedai yang menjual minuman tersebut yang menggunakan bahan tanpa sijil halal.  Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAIS, Wan Najmiah Wan Mohamad Ali berkata, kebanyakan bahan yang digunakan untuk membuat minuman itu diimport dari Taiwan dan pemeriksaan pihaknya mendapati, ia tidak mempunyai logo halal.  Beliau berkata, pihaknya kini sedang giat memantau premis berkenaan kerana tindakan mereka yang mengelirukan pengguna khususnya yang beragama Islam.  "Pengguna kebanyakannya terpengaruh dengan persekitaran premis yang bersih, malah ada yang menggunakan tenaga pekerja wanita Islam bertudung bagi mengaburi mata pembeli.  "Apabila minuman 'bubble tea' itu viral, orang ramai tidak berfikir panjang dan sanggup beratur panjang untuk mendapatk...

Makcik culik & jual anak saudara demi iPhone 11

23 November lalu, Polis dari An Giang, Vietnam membuat keputusan untuk menahan seorang wanita atas dakwaan cuba menjual anak saudaranya sebagai pertukaran untuk iPhone 11. Menurut portal media Vietnam, Dantri, suspek, Hanh, berusia pertengahan tahun itu diamanahkan oleh saudaranya untuk menjaga kanak-kanak berusia dua tahun, Ng, untuk seketika.  Baru-baru ini juga, Hanh berkenalan dengan seorang kawan baru menerusi media sosial dan individu itu dikenali sebagai Vinh.  31 Oktober, Hanh membawa Ng keluar dan pada masa itu Vinh membuat panggilan video pada Hanh. Ketika mereka sedang berbual, Vinh kerap mengatakan Ng sangat comel.  Hanh kemudian menipu Vinh dan berkata, Ng dibuang oleh bapa kandungnya, sementara ibu Ng pula ketagih berjudi dan merupakan penagih dadah, dan Hanh merancang untuk menghantar Ng ke tokong untuk dijaga. Vinh kemudian menawarkan diri untuk mengambil Ng sebagai anak angkat dan berjanji akan memberi Hanh sebuah iPhone 11 bersama sedikit wan...

'Kesian ayah & ibu cari duit beli baju sekolah tetapi diconteng bila tamat ujian SPM'

Conteng baju sekolah selepas hari terakhir peperiksaan SPM nampaknya sudah menjadi trend pelajar sekolah. Tidak diketahui dari mana asal usulnya trend itu, namun ada yang mendakwa trend itu dari negara jiran.  Seronok, seronok juga, tetapi tidakkah anda terfikir daripada anda mencontengkan baju sekolah itu, ada baiknya jika disedekahkan kepada pelajar yang memerlukan? Anda bukan sahaja dapat mengurangkan bebanan ibu bapa mereka, malah mendapat pahala dari kebaikan yang dilakukan itu seperti yang disarankan oleh Cikgu Emmet.  ALHAMDULILLAH dan selamat berjaya kepada anak-anak lepasan SPM yang berjaya menamatkan ujian dengan jaya. Rasa lega dan release, kan? Happy tak terkira. Ok, cikgu nampak trend conteng baju ini makin menjadi-jadi saban tahun. Cikgu rasa trend ni berkembang sejak lima atau enam tahun lepas. Cikgu tak tahu apa kepuasan yang adik-adik dapat jika menconteng baju ini. Yang pasti baju ini adik takkan pakai pergi kenduri atau berpeleseran di bandar. Nasib...

2 penumpang maut akibat pemandu terlelap & langgar belakang lori

Sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur terbabit dalam kemalangan di Kilometer 86, Lebuhraya Central Spine Road, Lipis, pagi tadi menyebabkan dua lelaki maut.  Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, kejadian itu berlaku pada jam 4.45 pagi dan mangsa yang maut dalam kemalangan itu ialah Mohd Shaiful ABdul Manaf, 42, dan Wan Khairul Anwar Wan Kamarunzaman, 32.  Ketika itu, mangsa bersama seorang lagi rakan mereka, Nukman Salleh, 39, dalam perjalanan ke destinasi.  Apabila tiba di tempat kejadian, Nukman dipercayai terlelap lalu merempuh belakang sebuah lori yang membawa muatan pakaian terpakai di lorong kecemasan.  Mohd Shaiful yang duduk di tempat duduk hadapan dan Wan Khairul Anwar yang berada di tempat duduk belakang maut akibat cedera parah di bahagian kepala dan badan.  Katanya, pemandu dan kelindan lori tidak mengalami kecederaan. Pemandu kereta sedan itu juga tidak mengalami kecederaan....

'Saya menyesal..' - Pelajar bunuh janda anak satu kerana kerap didesak mangsa untuk bertanggungjawab di atas kehamilannya

Seorang pelajar ditahan polis kerana disyaki membunuh seorang janda muda berusia 20 tahun di Bojonegoro, Indonesia.  Mayat mangsa ditemui di longkang pada pagi Isnin, 25 November lalu, oleh seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang ketika itu mahu melepaskan hajatnya di longkang tersebut.  Terkejut menemui mayat mangsa, Fikri Firmansyah terus melaporkan penemuan itu kepada pihak polis.  "Saya nak kencing, ternampak pula ada mayat, seram pula saya," katanya.  Ketika ditemui, mayat mangsa masih memakai baju merah dan seluar dalam berwarna putih. 25 dari kedudukan mayat pula terdapat seluar panjang bercorak bunga yang dipercayai milik mangsa.  Muka mangsa juga mempunyai luka seperti dipukul dengan objek tumpul.  Polis telah mengumpul bahan-bahan bukti berkenaan untuk siasatan lanjut.  Siasatan awal mendapati, mangsa bernama Aidatul Izah, 20, janda anak satu. Polis juga telah menahan suspek yang dipercayai terbabit dalam kes bunuh itu....

Budak 4 tahun hilang 20 batang gigi susu kerana ibu bapanya tak perasan gigi anak rosak & mereput

Seorang doktor gigi di Hospital Patong di Phuket, Thailand berkongsi di Facebooknya mengenai seorang pesakitnya yang mempunyai banyak gigi yang telah rosak.  Pesakit berkenaan hanya berusia empat tahun yang datang ke kliniknya kerana mengalami masalah yang serius di bahagian giginya pada 26 November lalu.  20 batang giginya telah mereput, ada yang sudah pecah dan ada yang hanya tnggal akar di bahagian gusi sahaja.  Menurut laporan Sin Chew Daily, ibu bapa kanak-kanak lelaki itu selepas menghantar anak mereka ke pusat asuhan dan tidak menyedari si anak mengalami masalah gigi rosak. Kakitangan di pusat asuhan itu juga tidak menyedari perkara itu.  Doktor gigi itu berkata, oleh kerana masalah yang dialami itu adalah serius, saraf di bawah gigi pesakit boleh terkena jangkitan dan menjejaskan gigi kekal yang berada di bawahnya.  Doktor tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa mencabut kesemua gigi rosak itu berbanding membiarkan gigi rosak itu tercabut s...

(Video) 'Kau tak faham? Aku belum ada duit! Berambus!' - Makcik pukul lelaki yang datang minta dia bayar hutang RM76

Viral di media sosial video seorang wanita mengamuk apabila didatangi lelaki yang menagih hutangnya.  Bukan sahaja marah, malah wanita terbabit tergamak melempar batu dan memukul mangsa dengan penyapu untuk menghalaunya dari perkarangan rumah.  Sementara itu, datang seorang wanita yang dipercayai jirannya menasihatkan mangsa untuk beredar sebelum kejadian menjadi semakin buruk.  Insiden pergaduhan di antara dua pihak berkenaan viral di media sosial sejak Khamis, 28 November 2019.  Berdasarkan video itu, mangsa sedang menagih hutang daripada wanita bertudung labuh unggu itu. Namun dia menjelaskan dia belum mempunyai wang untuk membayarnya dan bertindak menghalau lelaki itu dengan cara kasar.  "Aku belum ada duit, pergi kau dari sini!" katanya sambil menghayun penyapu pada mangsa.  Wanita itu juga meminta mangsa tidak merakam videonya tetapi permintaannya itu tidak dipedulikan. Mangsa berkata, dia hanya datang menuntut hutang Rp260,000 (RM76) s...

'Anak saya dah tiada...' - Bayi maut tercekik selepas diberi makan jeli

Seorang bayi lelaki berusia satu tahun di Filipina tercekik ketika diberi makan Jelly Ace, makanan manis yang sedang popular di negara itu pada 15 November lalu.  Mangsa, Dean Adrian Villanueva Martin, dikejarkan ke hospital di mana dia telah disahkan meninggal dunia, tetapi bernafas semula selepas pasukan perubatan mencuba sedaya upaya menyelamatkannya.  Untuk pengetahuan umum, sel otak akan mula rosak selepas 4-6 minit tiada peredaran darah di organ tersebut. Selepas 10 minit, otak akan terus berhenti berfungsi dan mati.  Dalam kes ini, tiada peredaran darah di dalam otaknya selama 26 minit dan disebabkan itu, mangsa berada dalam keadaan koma.  Mangsa mula mengalami kegagalan organ dan tahap hemoglobinnya juga rendah, berlaku pendarahan dan tahap gula yang tinggi dan banyak lagi.  Selepas dua hari kemudian, mangsa tidak dapat lagi bertahan dan meninggal dunia pada 22 November.  Kejadian ini menunjukkan betapa pentingnya ibu bapa m...