Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2019

(Video) 'Driver gila!' - Penunggang motosikal dirempuh kereta dipandu laju dari belakang

Viral di media sosial klip video dashcam seorang penunggang motosikal terselamat dari kemalangan yang hampir meragut nyawanya.  Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8.43 malam Sabtu lalu di sebatang jalan yang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, kelihatan seorang penunggang motosikal sedang memotong kenderaan di hadapannya di lorong kiri.  Secara tiba-tiba datang sebuah kereta yang dipandu dengan laju di lorong kiri memasuki lorong tengah lalu merempuh penunggang motosikal terbabit menyebabkan mangsa terseret jauh.  Kemalangan itu menyebabkan kereta itu hilang kawalan dan terbalik serta terseret lebih 100 meter di depan.  Video juga menunjukkan penunggang motosikal itu selamat dan segera beralih ke tepi jalan untuk mengelakkan dari dilanggar kenderaan lain.  Tidak diketahui nasib kedua-dua mangsa, namun kejadian itu membuatkan netizen tergamam kerana kemalangan seperti itu kebiasaannya boleh meyebabkan kehilangan nyawa.  ...

'Ibu, bangunlah ibu' - Anak menangis tanpa henti, ibunya mati dilanggar lari ketika menyapu jalan

Seorang wanita yang bekerja sebagai petugas pembersihan maut selepas dilanggar lari di Jalan Metro Tanjung Bunga, Kecamatan Mariso, Kota Makassar, Indonesia.  Kejadian yang menimpa mangsa, Lina, 37, berlaku pada 9 Ogos lalu dan gambar anaknya, Bowo, menangis meratapi jasad ibunya yang terbaring kaku di hospital viral di media sosial.  Difahamkan, Lina bertugas menyapu jalan di Pantai Losari setiap hari dan ketika sedang menyapu di tepi jalan, dia dilanggar sebuah kereta. Mangsa cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Siloam Makassar.  Siasatan polis mendapati, ketika mangsa sedang menyapu jalan, datang sebuah kereta Honda Brio dengan kelajuan 50-60 km/j melanggar mangsa sehingga terpelanting.  "Pemandu kereta itu dipercayai mahu memotong kereta di hadapan dan tidak menyedari mangsa yang sedang menyapu lalu melanggarnya. Pemandu itu juga disyaki memandu dalam keadaan mengantuk," kata sumber polis.  Peman...

Isteri lari dari rumah kerana suami tak masak telur rebus untuknya setiap hari

Seorang wanita bertindak melarikan diri dari rumah dengan teman lelakinya kerana tidak berpuas hati suaminya gagal menyediakan telur rebus untuknya setiap hari.  Menurut sumber polis, wanita berkenaan yang menetap di Campierganj, sebelum ini melarikan diri dengan kekasihnya sebelum kembali ke rumah selepas empat bulan kemudian.  Si isteri memberitahu polis dia bertindak demikian kerana suaminya tidak mampu menyediakan telur rebus dan itu membuatkan dia berasa terkilan. Pasangan itu bergaduh pada Sabtu lalu mengenai isu yang sama dan sekali lagi, si isteri melarikan diri dari rumah. Teman lelakinya juga tidak ditemui di rumahnya, yang dipercayai kedua-duanya telah melarikan diri bersama-sama.  Si suami yang bekerja sebagai pekerja buruh berkata, dia tidak mampu membeli telur setiap hari kerana hanya menerima gaji harian.  Dia juga mendakwa, lelaki perampas itu mengetahui kelemahannya dan mengambil kesempatan dengan membeli telur untuk isterinya setiap hari...

5 ekor anjing jalanan ditembak mati lelaki ini kerana dendam haiwan itu pernah mahu menggigit anaknya

Ahad, 27 Oktober lalu, lima bangkai anjing jalanan ditemui mati dipercayai dibunuh dengan sengaja di kawasan berhampiran Jalan Anggerik Mokara 31/57 Kota Kemuning. Lima bangkai anjing itu ditemui oleh seorang wanita tempatan ketika mahu memberi makan kepada kira-kira 15 ekor anjing berkenaan. Tiga daripadanya ditemui terbaring mati di atas lantai dan penutup longkang kawasan tersebut. Manakala dua lagi ditemui mati di Food Court Jalan Anggerik Mokara.  Siasatan awal mendapati, berlaku pendarahan di bahagian telinga dan hidung haiwan itu dan kawasan kejadian pula jauh dari taman perumahan.  Bangkai-bangkai haiwan itu kemudian dihantar ke Hospital UPM untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian. Susulan kes itu, hasil maklumat orang awam dan penelitian video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran, suspek lelaki berusia 40 tahun ditahan sepasukan anggota Bahagian D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada...

'Ada orang ketuk pintu mama...' - Dalam iklan nampak cantik, tapi bila sampai, scary...

Tertarik dengan iklan yang disiarkan di aplikasi Agoda. Namun apabila keluarga ini sampai ke hotel yang ditempah untuk percutian mereka, alangkah terkejut apabila mendapati keadaan hotel itu jauh berbeza dengan yang diiklankan.  SEMALAM pergi tidur di hotel yang ditempah secara online. Dalam gambar nampak cantik ,tetapi bila sampai sana, rasa pucat muka tengok bangunan. Di waktu malam, terdengar orang menyanyi di bilik air. Sebab mengantuk buat tak cara sangat.  Masa nak solat subuh, suami kata "Kita nak pindah ke hotel lain tak? Atau nak tinggal di sini lagi?" Hari ni murah je, RM50.00 je. Booking semalam RM141.00, memang tak lah nak duduk kat sini lagi. Perasaan takut bila duduk di sini. Dah nak pagi baru husband cerita bila dia jenguk ke tingkat bawah, ada ternampak muka orang yang tengah tengok dia. Tapi tak pasti sebab bila tengok kat bawah piring Astro, Mungkin cahaya lampu malap nampak macam muka orang. Saya terus teringat orang menyanyi di bilik air sem...

'Mummy... Mummy...' - Anak menangis panggil ibunya yang sudah tiada

"Mummy... Mummy..." panggil si anak pada ibunya yang sudah terbaring kaki di jalan raya.  Motosikal yang dinaiki pasangan itu bersama anak kecil mereka terbabit dalam kemalangan berpunca dari kecuaian pengguna jalan raya lain di mana si bapa cedera parah dan isterinya maut serta-merta di tempat kejadian. Menurut Shamsuddin Ismail, kejadian itu berlaku semalam dan ketika itu dia sedang menghadiri mesyuarat di pejabatnya terkejut mendengar dentuman kuat di luar.  "Kejadian berlaku di depan office Damen USJ yang meragut satu nyawa malam ini akibat kecuaian pemandu lain, manakala tiga yang lain cedera parah dibawa ke hospital. "Ya Allah, apalah nasib anak kecil ini. Dalam sekelip mata dia kehilangan ibu yang tersayang akibat kecuaian orang lain.  "Ayahnya pula cedera parah, ibunya dah terbujur kaku tidak bernyawa lagi. "Kesemuanya penunggang dan pembonceng motosikal sebelum itu berhenti di persimpangan lampu isyarat sebelum dirempuh sebuah ke...

'Suami aku curang dengan janda anak satu...' - Tindakan si isteri yang seterusnya buat netizen puas hati 100%

SALAM KRT. Saja nak luah ni. Suami aku curang dengan janda anak satu. Aku cuma tahu bila perempuan itu sendiri berani call dan WhatsApp aku untuk izinkan suami nikah lagi. So aku tanya suami, dia cakap ye dia nak nikah. Aku cakap, bagi aku masa tiga hari untuk bersedia.  Tiga hari selepas itu, aku berjumpa dengan perempuan itu bersama-sama dengan suami. Duduk semeja di restoran mahal. Kalau tiga orang makan mau dekat RM200 kot aku rasa.  Suami aku ingat nak suai kenal agaknya. Sengih bukan main, amboi-amboi, gatal miang kau ye jantan, bukan main lagi.  Aku order air, order makan bagi depa perabih dulu, biar kenyang terbelahak busung perut geram aku aih. Habis makan, aku susun pingan letak ke tepi. Aku tanya perempuan tu.  "Sungguh ka ampa nak nikah dengan suami kami?"  Dia angguk-angguk senyum simpul naahaiii. Amboi suka hang nak ambil laki kami. Aku bawa keluar slip gaji suami aku, dok terang dah kat sana gaji berapa, potong itu ini tinggal RM800...

Ibu pukul anak sampai mati kerana kotorkan lampin

Seorang ibu didakwa membunuh anak lelakinya sendiri selepas dipukul hanya kerana mengotorkan lampinnya.  Trinity Pittman, 23, pada Sabtu lalu selepas membawa anaknya, Conner Perry, ke hospital pada Jumaat lalu dan mendakwa mangsa terjatuh dari trampoline.  Namun, kakitangan perubatan di Hospital Piedmont Newnan di Georgia berasa curiga kerana kecederaan yang dialami mangsa tidak konsisten dengan pengakuan ibunya.  Rongga abdomen mangsa dipenuhi dengan darah dan paru-parunya juga dikesan mempunyai bendalir ketika diperiksa. Selain itu, rahang mangsa juga patah, lebam di muka dan beberapa giginya hilang serta pendarahan di otak.  Lewat petang Jumaat, mangsa dirujuk ke Children's Healthcare Atlanta di mana dia disahkan meninggal dunia pada jam 11 malam kerana kecederaan yang dialami.  Trinity kemudian ditahan dan mengaku memukul mangsa beberapa kali kerana mengotorkan lampin.  Ketika dipukul, mangsa terjatuh dan kepalanya terhentak di lantai la...

Doktor jangkiti lebih 900 kanak-kanak dengan HIV selepas guna semula jarum suntikan yang diambil dari tong sampah

28 Oktober lalu, seorang pakar pediatrik di Pakistan didakwa menjangkitkan hampir 900 kanak-kanak berusia 12 tahun dengan HIV kerana dia menyuntik mereka menggunakan jarum suntikan yang telah dibuang ke dalam tong sampah.  Dr Muzaffar Ghanghro merupakan doktor yang menawarkan perkhidmatan termurah di Pakistan dengan mengenakan caj sebanyak 80 sen bagi setiap pesakit yang datang bertemu dengannya. Namun, melihat pada caranya merawat pesakit, adalah amat menyedihkan.  Bapa kepada salah seorang mangsa berkata, dia melihat dengan matanya sendiri Dr Ganghro mengambil jarum suntikan terpakai dari tong sampah untuk menyuntik anaknya berumur 6 tahun yang kemudian disahkan positif HIV.  Apabila si bapa mula protes, doktor itu menjelaskan dia tidak mempunyai wang untuk membeli jarum suntikan yang baru.  Ibu bapa kepada tiga lagi kanak-kanak yang dijangkiti HIV juga menuduh doktor itu menggunakan jarum suntikan yang sama untuk menyuntik 50 kanak-kanak yang lain tanpa ...

'Saya tak menyesal, dah banyak bukti' - Anak bunuh bapa kerana curang di belakang ibunya

Seorang lelaki berusia 28 tahun tergamak membunuh bapa kandungnya, Rahadi, 58, dengan kapak dan menyembunyi mayat mangsa di dalam tangki septik.  Kejadian yang berlaku di Desa Kendayakan, Kecamatan Warureja, Kabupaten Tegal, Indonesia, pada 29 Oktober lalu menggemparkan penduduk kampung. Difahamkan, suspek yang merupakan anak ketiga dari empat beradik tinggal dengan ibu bapanya.  Namun perbuatan bapanya yang curang di belakang ibunya membuatkan dia berang dan berniat mahu membunuh mangsa.  Ketika mangsa bersendirian di rumah, suspek mengambil kesempatan itu untuk membunuh bapanya dengan menyerangnya menggunakan kapak sehingga mati.  Selesai melakukan jenayah itu, suspek kemudian menyembunyikan mayat mangsa di dalam tangki septik dan disimen. Senjata yang digunakan dalam kejadian itu pula dibuang ke tanah kubur berhampiran.  Kejadian itu disedari isteri mangsa yang juga merupakan ibu kandung suspek berikutan penemuan banyak kesan darah di rumah....

Instagram sekat kandungan promosi produk kurus, prosedur kosmetik kepada pengguna bawah 18 tahun

September lalu, Instagram mengumumkan satu dasar baru yang menghalang atau membuang kandungan yang mempromosikan produk kurus atau prosedur kosmetik kepada remaja bawah usia 18 tahun. Pengguna Instagram di bawah usia itu akan disekat dari melihat sebarang kandungan yang berkaitan dengan dua perkara tersebut.  Selain itu, kandungan yang membuat tuntutan yang tidak berasas berkenaan diet tertentu atau produk penurunan berat badan dan dikaitkan dengan kod diskaun atau tawaran lain juga tidak akan dibenarkan serta dibuang dari platform itu.  Dasar baru itu dibuat kerana impak dari golongan influencer yang mempromosikan produk diet, suplemen dan pembedahan kosmestik yang diragui kesahihan dan keselamatannya.  "Kami mahu Instagram menjadi tempat yang positif untuk semua orang yang menggunakannya dan dasar ini adalah sebahagian daripada kerja kami yang sedang dilaksanakan bagi mengurangkan tekanan yang datang dari media sosial," kata Instagram dalam satu kenyataan....

Dua maut akibat terkena tiang konkrit jatuh dari treler (11 gambar)

Dua lelaki maut, manakala dua lagi wanita cedera selepas kereta mereka terkena beberapa tiang konkrit yang terjatuh dari treler.  Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9 malam tadi di Kilometer 257 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Terowong Menora di Kuala Kangsar, beberapa tiang konkrit yang dibawa treler berkenaan jatuh ke atas jalan.  Tiang konkrit itu turut terpelanting ke laluan bertentangan dan mengenai beberapa kenderaan di kedua-dua arah lebuh raya itu.  Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, dua lelaki maut dan dua wanita cedera dalam kejadian itu.  "Dilaporkan terdapat beberapa kenderaan terbabit dalam kemalangan disebabkan pelanggaran dari arah belakang daripada tiang konkrit yang menghempap kereta pertama," katanya.  Dua mangsa lelaki maut tersepit dalam kereta, manakala dua lagi mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.  Sumber: ...

Adik tikam kakak sampai mati kerana tak nak bagi pinjam phone sebelum terjun bunuh diri

28 Oktober lalu, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun menikam kakaknya sehingga mati sebelum membunuh dirinya dengan terjun dari bangunan.  Lapor Oriental Daily, remaja di China itu terdahulu mahu meminjam telefon pintar kakaknya yang berusia 21 tahun itu untuk bermain permainan video, tetapi mangsa tidak memberi keizinan untuk berbuat demikian.  Berang permintaannya ditolak, suspek terus mengambil pisau dan menikam kakaknya sehingga mati. Kemudian suspek terjun dari tingkap rumah di tingkat 23.  Ketika kejadian, keluarga mereka berada di rumah. Namun hanya si ibu yang mendengar pergaduhan dua beradik itu, malah menyaksikan suspek menikam mangsa sebelum terjun keluar dari tingkap.  Si ibu tidak sempat menghalang anak lelakinya berbuat demikian.  Lebih menyedihkan, sehari sebelum kejadian itu merupakan ulang tahun kelahiran ibu mangsa dan dia tidak menyangka akan kehilangan dua orang anaknya sekali gus.  Sumber: Oriental Daily , World of Buzz...

Lelaki mengaku tidak bersalah liwat isterinya 104 kali & cabul 3 anak perempuannya

Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini mendakwa seorang penjawat awam di atas 104 pertuduhan seks luar tabii kerana meliwat isterinya dan tujuh pertuduhan amang seksual (cabul) terhadap tiga anak perempuannya. Tertuduh berusia 42 tahun yang bekerja sebagai pemandu itu didakwa meliwat isterinya sejak Mac hingga Jun lalu dan mencabul tiga anak perempuannya berusia 12, 10 dan lima tahun pada Mei dan Jun lalu.  Tertuduh didakwa meliwat isterinya berusia 37 tahun dengan purata dua atau tiga kali hampir setiap hari bermula 1 Mac hingga 3 Jun lalu antara jam 12.30 tengah malam hingga 11.30 malam, tanpa kerelaan isterinya di kediaman mereka di Sungai Siput.  Bagi 104 pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun, serta sebatan.  Bagi pertuduhan amang seksual, tertuduh didakwa mencabul tiga anak perempuannya pada 4 dan 7 Mei lalu serta 4 Jun lalu di lokasi...

Meninggal dunia kerana masalah jantung

Guru wanita yang ditemui mati di rumahnya di Kampung Banggol, Jeneri, Sik petang semalam disahkan meninggal dunia kerana masalah jantung.  Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, keputusan bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar mendapati, punca kematian mangsa adalah disebabkan 'Coronary Atherosclerosis' atau kegagalan arteri pada jantung.  Bedah siasat tidak menemui sebarang kecederaan lain pada tubuh mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.  Sumber: Harian Metro LAPORAN BERKAITAN Guru ditemui mati tertiarap, dipercayai dibunuh ketika sedang sembahyang

Murid 8 tahun lumpuh selepas dipaksa lakukan 'push-up' 10 kali sebagai denda

Seorang murid perempuan berusia lapan tahun mengalami kecederaan saraf tunjang dan lumpuh separuh badan selepas dia dipaksa melakukan 'push-up' di kelas kerana melakukan kesilapan ketika membaca teks yang diberikan.  Biarpun sudah tiga tahun berlalu, keadaannya masih tidak berubah. Dalam tempoh itu, ibu bapa mangsa juga telah membelanjakan banyak wang untuk membiayai kos perubatan mangsa dan kini mengambil keputusan untuk memfailkan saman terhadap pihak sekolah berkenaan.  Insiden itu berlaku pada 6 Disember 2016 di mana mangsa melakukan kesilapan ketika membaca teks yang diberikan lalu dipaksa melakukan push up di podium sebagai denda.  Mangsa hanya mampu melakukan denda itu sebanyak lapan kali, tetapi rakan sekelasnya yang lain tidak berpuas hati dan meminta mangsa melakukan lebih lagi.  Mangsa akur dan melakukannya. Namun pada push up yang ke-10, bahagian belakang bawah badannya terasa sakit menyebabkan dia tidak dapat bangun. Bimbang melihat keadaan itu...