Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2019

Warga emas maut disengat lebih 200 ekor tebuan ketika membersihkan kebun

Seorang lelaki warga emas maut selepas disengat lebih 200 ekor tebuan ketika membersihkan kawasan kebunnya. Mangsa, Mohd Ghazali Awang, 67, disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Krai (HKK) selepas empat hari bertarung nyawa.  Menurut anak mangsa, Mohd Firdaus Mohd Ghazali, 21, berkata, arwah bapanya pergi ke kebun bersama dengan dua adik dan abangnya menggunakan kenderaan berasingan untuk membersihkan kebun.  Namun, arwah memandu jengkaut turun ke bawah bukit untuk membersihkan semak dan secara tiba-tiba sarang tebuan sebesar tayar kereta terjatuh dan mangsa terus disengat 200 ekor tebuan. Mangsa terjun dari jengkaut dan merangkak naik ke bukit untuk menuju ke kereta.  Mangsa sempat menelefon anaknya, Mohd Ikhwan, 33, yang berada tidak jauh dari situ untuk membawanya ke Hospital Gua Musang dan setelah diperiksa, terdapat 24 kesan sengatan di kepala, manakala di bahagian tubuhnya pula terdapat lebih 200 kesan sengatan.  Keadaan mangsa sangat kritikal ...

(Video) 'Kau dah kenapa giler?!' - Lelaki tendang budak, ancam nenek mangsa

Kanak-kanak perempuan berusia setahun yang berjalan di sebuah pusat beli-belah, secara tiba-tiba ditendang oleh lelaki yang kemudian mengugut nenek mangsa.  Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius, dan hanya lebam di bahagian belakang badannya. Kejadian itu berlaku pada 28 Ogos lalu di Shenzen, China dan polis masih giat memburu suspek.  Klip video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu turut tersebar di media sosial, mengundang kemarahan netizen dan mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap lelaki itu.  Berdasarkan video, suspek berjalan di pusat beli-belah itu sekitar jam 5 petang, ternampak mangsa yang berdiri berhampiran tiang sambil diperhatikan oleh neneknya tidak jauh dari situ.  Secara tiba-tiba, suspek terus menendang mangsa dengan kuat sehingga terjatuh. Neneknya yang ternampak kejadian itu terus berlari mendapatkan mangsa dan memarahi suspek.  Suspek berpatah balik dan mula mengancam wanita itu sebelum ...

Berang dengan tangisan, bapa baling bayi ke dinding sampai mati

Berang anak menangis tak berhenti-henti, seorang lelaki tergamak membaling anak tirinya yang berusia 15 bulan itu ke dinding sehingga mati.  Difahamkan, Roni Andriawan, baru enam hari berkahwin dengan ibu mangsa. Namun telinganya tidak dapat menahan kebingitan tangisan mangsa sehingga mendorongnya bertindak kejam.  Menurut jurucakap polis Serang Baru, Wito berkata, suspek membaling mangsa ke dinding beberapa kali di rumahnya di Desa Sukasari, Bekasi dalam kejadian Isnin lalu. Perbuatan kejam itu dilakukan suspek ketika isterinya, Danis Aprilia, tiada di dalam bilik.  Tindakan tidak berperikemanusiaan Roni itu menyebabkan kepala mangsa mengalami kecederaan.  Selepas kejadian itu, mangsa mengalami demam dan kerap menangis. Roni memberi mangsa ubat tetapi keadaannya tidak menunjukkan perubahan positif.  Ibu mangsa terkejut melihat anaknya tidak bergerak lalu segera membawa mangsa ke sebuah klinik berhampiran sebelum doktor mengesahkan mangsa sudah men...

'Saya tampar sebab pengawal keselamatan itu biadab' - Datin tampil cerita hal sebenar, nafi acah Diva

Susulan viral video di media sosial yang mendakwa seorang wanita menampar pengawal keselamatan kerana menyuruhnya turun mengambil makanan yang dipesan secara online, wanita itu tampil menafikan dakwaan tidak berasas itu.  Menurut Sharina Jamal, laporan media yang memetik kenyataan dari sebelah pihak itu tidak adil kerana dia menegaskan ada sebabnya dia bertindak sedemikian.  UNTUK MAKLUMAN semua, cerita yang viral itu hanya sebelah pihak punya kenyataan. Saya tampil buat kenyataan di mana saya tampar dia bukan sebab saya acah-acah diva, tetapi kerana pegawal keselamatan itu biadab.  Kenapa saya kata dia biadab? Sebab dia aniaya adik rider Food Panda perempuan sehingga dia menangis teruk.  Allahu, saya bukan jenis manusia yang baran. Yang mengenali saya tahu saya macam mana. Saya masih waras ye, mana mungkin sepak muka orang tanpa sebab?  Untuk pengetahuan, saya turun dan ambil makanan itu jam 3 pagi. Sebelum saya turun ke bawah, memang saya ada suru...

Suami ratah adik ipar 7 kali, dakwa dirasuk syaitan ketika melakukan perbuatan terkutuk itu

Faisal dan isterinya yang berusia 26 tahun baru sahaja bernikah empat bulan yang lalu dan menetap di sebuah rumah sewa bersama adik iparnya yang berusia 14 tahun sejak April lalu di Surabaya, Indonesia.  Difahamkan, si isteri membawa adiknya tinggal bersama kerana kedua orang tua mereka sudah bercerai.  Tetapi, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Faisal tergamak merogol adik iparnya yang masih di bawah umur itu.  Faisal melakukan perbuatan terkutuk itu ketika isterinya tiada di rumah atau sedang bekerja. Namun perbuatannya itu terbongkar apabila si isteri ternampak Faisal dengan adiknya tanpa seurat benang di dalam bilik mandi.  Remaja itu berkata, dia takut menceritakan perbuatan lelaki itu kepada kakaknya. Malah dia tidak mahu merosakkan kebahagiaan rumah tangga kakaknya yang baru sahaja dibina bersama Faisal.  Sementara itu, Faisal mengaku dia didorongi nafsu dan dirasuk syaitan ketika menggauli adik iparnya beberapa kali. Faisal mengaku ...

Suspek bunuh suami dulu, kemudian isterinya

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dalam sidang media yang diadakan di PTD Shah Alam petang tadi mendedahkan, pasangan suami isteri dibunuh oleh dua penyewa rumah mereka dengan menggunakan pisau lipat.  Laporan bedah siasat mendapati, mangsa, Lim Ah Kee, 79, ditikam sebanyak tujuh kali di bahagian perut selain dikelar pada malam 23 Ogos lalu di kediamannya di kondominium di Subang Jaya.  Mangsa dibunuh oleh dua suspek warga India yang tinggal bersama mereka di rumah berkenaan, di ruang tamu pada jam 10 malam. Mayatnya disumbat dalam bagasi dan dicampak ke longkang. Isteri mangsa, Tan Siew Mee, 52, hanya mengetahui suaminya dibunuh selepas pulang ke rumah pada jam 2 pagi.  "Selepas Tan mengetahui suaminya dibunuh dan mayatnya dibuang, berlaku sedikit kekecohan sebelum dia turut dibunuh dengan cara sama iaitu ditikam dan dikelar sebelum disumbat di dalam bagasi berlainan dan kemudian dicampak ke longkang di lokasi berlainan," katan...

'Dia selalu lan**p dalam kereta, dia pernah follow sampai depan pintu rumah'

"Kereta ni selalu tunggu di kawasan perumahan. Dia tunggu sampai budak-budak balik sekolah. Aku dengan kawan aku selalu kena tetapi kawan aku ni la yang berani ambil gambar kereta dia. "Tunggu nak buat laporan polis saja. Hati-hati girls yang balik sekolah jalan kaki tu," demikian kata Filzah Agus di Twitternya.  Berdasarkan perkongsian rakannya yang dikenali sebagai Ziana berkata, lelaki itu selalu menganggunya ketika dia pulang dari sekolah.  Bukan itu sahaja, malah dia mengesyaki lelaki itu melakukan perkara yang tidak senonoh di dalam keretanya.  "Guys, please help me! Kereta ini selalu kacau I waktu balik sekolah. Bukan macam biasa, tetapi dia macam nak mer*g*l tau. Tiap kali I nampak kereta ini, rasa nak menangis pun ada. Tak tahu nak lari mana. "Dia selalu lan*** di dalam kereta itu. Tak tahulah dia tunjuk dekat orang lain atau I sendiri saja. Tetapi I rasa macam dia tunjuk dekat I seorang saja sebab dia pernah follow I sampai depan pintu ru...

Zynakal didenda RM2,800 kerana cekik staff stesen minyak, halang anggota polis jalankan tugas

Semalam, seorang penyanyi yang dilabelkan sebagai 'budak baru nak up' (BBNU) ditahan polis kerana mencekik pekerja stesen minyak di Ampang dalam kejadian jam 4 petang semalam.  Zynakal, 21, ditahan polis selepas pengurus stesen minyak di Pandan Prima, Ampang itu menghubungi pihak polis.  Difahamkan, Zynakal datang ke stesen minyak itu bersama dengan Fareez Fauzi, 22, untuk mengisi minyak.  Zynakal kemudian masuk ke premis itu untuk membeli pen dan air dan ketika mahu membuat pembayaran menggunakan kad kredit, kakitangan stesen minyak itu, Ahmad Mostaksdi (Bangladesh), berkata kaedah pembayaran itu tidak diterima oleh stesen itu.  Penjelasan itu membuatkan Zynakal berang lalu menyerang dan mencekik leher mangsa.  Pengurus stesen minyak yang melihat keadaan menjadi semakin tidak terkawal terus bertindak menghubungi polis yang kemudian tiba di lokasi dan cuba menenangkan keadaan.  Malangnya, penyanyi BBNU itu enggan memberikan kerjasama menunjukk...

Pemilik rumah tembak mati 2 remaja kerana ceroboh garajnya pada waktu malam

Pemilik rumah di Ohio menembak mati dua remaja lelaki yang didakwa menceroboh kawasan rumahnya pada malam Rabu lalu.  Pemilik rumah itu tidak didedahkan identitinya tetapi kini sedang disiasat oleh pihak polis.  Menurutnya, kejadian itu berlaku pada jam 9.30 malam Rabu, dia menembak dua remaja terbabit di dalam garajnya sebelum menghubungi talian 911.  Kedua-dua mangsa berusia 17 tahun dikenali sebagai Devon Henderson dan Javier Harrison, tidak diketahui motif mereka menceroboh kediaman pengadu.  "Saya tembak dua lelaki yang cuba merompak... melakukan sesuatu dalam rumah saya. Mereka ada bersama dengan saya di sini." kata pengadu ketika menghubungi operator talian 911.  Apabila operator bertanya apakah dua remaja itu sudah mati? Dia berkata, "Saya tidak dapat lihat sebab keadaan di sini gelap. Mereka di lantai garaj." Dayton Daily News melaporkan, bapa kepada salah seorang remaja itu dipercayai mengenali pengadu dan pernah berada di garaj kediama...

Isteri tak mandi 3 hari sebab suami malas nak tolong jaga anak

Seorang isteri meluahkan rasa kecewanya di media sosial mengenai suaminya yang malas membantunya menjaga anak-anak sehingga dia tiada masa untuk membersihkan dirinya selama tiga hari.  Luahan yang dikongsikan di laman Reddit, wanita itu menjelaskan suaminya langsung tidak mahu membantunya walaupun hanya untuk beberapa minit.  Difahamkan, pasangan itu baru berpindah ke rumah keluarganya sementara mereka dalam usaha mencari kediaman sendiri.  "Kebiasaannya saya akan letak anak lelaki saya di luar bilik air dengan pintu terbuka agar saya dapat memerhatikannya sambil mandi.  "Tetapi di sini saya tidak dapat melakukannya kerana ahli keluarga yang ramai dan ia tidak sopan untuk berbuat demikian," katanya.  Menurut wanita berkenaan, dia selalu meminta tolong ahli keluarganya untuk membantu menjaga anaknya seketika. Tetapi apabila terlalu kerap, dia enggan selalu menyusahkan mereka.  "Saya bertanya kepada suami, boleh ke saya mandi dulu tetapi dia tak...

Suami isteri datang tuntut bayaran sewa rumah, dibunuh 2 penyewa warga asing

Susulan penemuan mayat wanita yang disumbat dalam beg pakaian, polis telah menahan dua suspek lelaki warga asing yang dipercayai terbabit dalam kes bunuh itu.  Mayat mangsa, Tan Siew Mee, 52, ditemui disumbat dalam beg pakaian yang dicampak ke dalam longkang. Bedah siasat mendapati terdapat 13 kesan tikaman di dada mayat.  Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, penahanan dua suspek itu membawa kepada penemuan mayat suami Tan, iaitu Lim Ah Kee, 79, yang dicampak di lokasi berasingan. Suspek juga membuang senjata yang digunakan untuk membunuh pasangan itu di lokasi lain.  Kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk mendapatkan perintah reman. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.  Difahamkan, kedua-dua suspek adalah penyewa rumah pasangan berkenaan yang sebelum itu sudah berulang kali menuntut bayaran sewa bulanan dari suspek tetapi mereka enggan membayarnya.  Tan dan Lim tinggal bersama ...

Imigresen nafi pegawainya tampar pekerja Indonesia, hanya tepuk tempat duduk sahaja

Susulan viral video seorang wanita Indonesia mendakwa anggota Imigresen melakukan kekerasan terhadap pekerja warga Indonesia dalam sebuah bas, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tampil menafikan dakwaan itu.  Ketua Pengarah JIM, Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud berkata, pegawainya tidak menampar pekerja warga asing itu ketika operasi bersepadu dijalankan di Seberang Prai, Pulau Pinang. Sebaliknya pegawai terbabit hanya menepuk tempat duduk pekerja itu selepas berlakunya provokasi.  Jelasnya, ketika pemeriksaan dilakukan, ada segelintir pekerja Indonesia yang tidak membawa dokumen.  "Jadi, apabila soalan dilontarkan, elemen-elemen provokasi ditimbulkan. Maknanya mereka enggan memberikan kerjasama. Ini maklumat awal yang saya peroleh," katanya.  Walaupun begitu, beliau tetap mengarahkan Pengarah Imigresen Pulau Pinang menjalankan siasatan.  Difahamkan, dokumen pekerja warga Indonesia itu disimpan oleh majikan. Mereka kemudian dilepaskan setelah majikan ...

(Video) Berang disuruh turun ambil makanan yang dipesan, Datin tampar Pengawal Keselamatan

Berang disuruh turun ambil makanan, seorang wanita menampar pengawal keselamatan dalam kejadian petang semalam di sebuah kondominium di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur, jam 4.21 petang.  Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut merakam dengan jelas kejadian itu dan video itu kini viral meluas di media sosial.  Menurut Jawatankuasa Pengurusan Kondominium berkenaan, Hazri Mohd Zahri berkata, siasatan mendapati wanita itu bersama dengan pasangannya bengang apabila mereka diarahkan turun ke lobi untuk mengambil makanan yang dipesan secara online.  Difahamkan, peraturan di kondominium itu menetapkan, penghuni yang membuat pesanan makanan atau apa-apa perlu barang perlu mengambil sendiri di lobi kerana orang luar tidak dibenarkan naik ke rumah penghuni bagi tujuan keselamatan.  "Difahamkan, wanita itu yang mengaku dirinya adalah Datin dan suaminya Datuk, mengarahkan pengawal keselamatan yang bertugas mengiringi penghantar makanan ke rumahnya, te...

Anak bunuh & goreng otak mak untuk dimakan

Berang tidak diberikan wang untuk membeli alkohol, lelaki berusia 32 tahun sanggup membunuh ibunya dengan kejam sebelum menggoreng otak mangsa di dalam kuali untuk di makan.  Suspek, Sitaram Iraon, dari perkampungan Botalda, India, didakwa membunuh ibunya, Phoolbai, 50, dengan kapak, dalam kejadian yang berlaku pada Selasa lalu.  Menurut laporan media tempatan, suspek selalu pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan memukul ibunya. Tidak tahan dengan perbuatan suspek, mangsa enggan lagi memberi anaknya wang untuk membeli alkohol.  Berang tidak diberikan wang, suspek mengambil kapak lalu menyerang kepala ibunya sebelum mengeluarkan otak mangsa lalu digoreng di dalam kuali untuk dimakan.  Kejadian itu turut disaksikan oleh kakak ipar suspek yang kemudian melarikan diri sebelum berjaya ditahan oleh pihak polis semalam.  Siasatan awal polis mendapati, suspek berada dalam keadaan tidak waras dan ketika ditahan, suspek ditemui bersembunyi di kawasan berhampi...

'Mak tak nak balik, geli bau tahi atok' - Ibu terkilan, menantu berubah selepas suaminya jatuh sakit

Di awal perhubungan mereka, segalanya baik. Ketiga-tiga menantunya dilayan sama rata, tiada dibanding beza sehingga mereka menjadi begitu akrab dan bahagia.  Tetapi, segalanya berubah selepas bapa mertua jatuh sakit dan tidak lagi berkemampuan bergerak seperti orang normal. Sedikit demi sedikit, timbul rasa kurang selesa di kalangan menantu. Suami mereka pula tetap taat menjaga bapa yang tidak sihat, meskipun isteri masing-masing adakalanya enggan bersama pulang ke kampung atas alasan jijik.  Perkara itu diceritakan oleh si cucu kepada neneknya, membuatkan wanita warga emas itu terkilan. Dia terpaksa berpura-pura tidak mengetahui semua itu dan tetap melayani menantunya seperti biasa. Sehingga kemuncak.. segalanya sudah tidak dapat dibendung lagi. ASSALAMUALAIKUM . Cucu makcik kata di sini boleh meluahkan perasaan. Kalau makcik luahkan depan anak menantu, bimbang mereka terasa hati. Makcik harap, apa yang makcik taip sampailah pada anak menantu makcik.  Makcik ad...

'Kau play race card sebab nak dapatkan sale? Lemah gila!' - Wanita ini terkejut bila pakcik kedai runcit lempar kata-kata bersifat perkauman

Serba salah berdepan dengan peniaga yang terlalu ekstrim seperti ini. Niat dihati pengadu, dia mahu membantu peniaga kedai runcit bangsa sendiri. Namun dia tidak menyangka, peniaga terbabit tergamak mengungkap kata-kata yang tidak sepatutnya.  Niat mahu membantu itu terus terpadam, bertukar menjadi geram ekoran bengang dengan kata-kata pakcik berkenaan. Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku. Rezeki itu datang daripadaNya, bukannya dari menghasut pelanggan untuk memboikot peniagaan orang lain.  NAIK darah aku memalam ni pasal pakcik kedai runcit Melayu. Aku pergi kedai runcit depan rumah nak cari telur Gred A untuk buat kek orang order untuk esok dan cari ice cream coconut walls.  Tetapi kedai dia hanya ada telur Gred B dan C. Jadi, aku letak dna pergi ke kedai India di sebelah. Tengok kedai India ada telur Gred A, so aku belilah kan. Kedai India itu ada juga ice cream coconut tu.  Tapi aku rasa bersalah dekat pakcik tu. Dah masuk kedai dia, tapi tak...

(Video) 'Ini negara aku tau, kalau hangpa tak nak ikut, boleh balik!' - Netizen kesal dengan tindakan anggota Imigresen terhadap pekerja Indonesia

Viral di media sosial ketika ini, klip video seorang anggota Imigresen didakwa mengasari pekerja Indonesia di dalam sebuah bas.  Video yang dimuat naik oleh Dewi Kholifah di Facebooknya mendakwa anggota terbabit turut melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya terhadap sekumpulan pekerja berkenaan. "Awak apa pun tak bawa? Awak buat elok-elok sikit. Haa? Ini negara aku tau? Ingat, ini negara aku tau, Malaysia.  "Kalau hangpa tak nak ikut, hangpa boleh balik! Ha?! Paham dak?! Hangpa cari makan dekat negara aku Malaysia. Tau?!" demikian kata-kata yang disebut oleh anggota terbabit.  Difahamkan, kejadian itu berlaku pada waktu pagi 28 Ogos 2019 di Seberang Prai, Pulau Pinang.  Dewi berkata, anggota itu sepatutnya menyelidik terlebih dahulu mengapa para pekerja warga asing itu tidak membawa pasport mereka, bukannya bertindak menggunakan tangan dan melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya.  Jelas Dewi, pasport para pekerja berkenaan disimpan oleh ...

'Dia block kereta orang & minta duit, kalau tak bagi, dia follow kereta mangsanya'

Kecoh di Twitter mengenai tindakan seorang wanita yang memandu kereta Perodua Kancil meminta duit dari orang awam dengan alasan dirinya ibu tunggal dan memerlukan wang. Difahamkan, kejadian itu berlaku di Shah Alam dan ada beberapa individu turut mengesahkan pernah didatangi wanita terbabit. ASSALAMUALAIKUM . I just wanted to share with you something that happened to me while waiting to fetch my daughter today. Around 1.30pm, tiba-tiba ada sebuah kereta (Kancil warna putih) block/park betul-betul di sebelah kereta I (opposite guard HSE). Then dia bagi isyarat suruh I buka tingkap kereta. I tak syak apa-apa terus buka tingkap dan dia terus minta duit. Katanya tak kisah berapa saja yang I ada. Dia kata dia ibu tunggal tetapi I dapat rasa pandangan dia sangat pelik. I rasa tak sedap hati dan terus tutup tingkap kereta. Mujur anak perempuan saya dah ada di sebelah dan nak masuk kereta. Tak dapat.. So dia terpaksa alihkan kereta dia. Tetapi my daughter cakap, dia berhentikan...