Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2019

Pemandu disaman kerana menggaru muka ketika memandu

Seorang lelaki di China disaman pihak berkuasa selepas kamera trafik yang menggunakan sistem pengecaman muka merakam perbuatannya yang sedang menggaru muka ketika memandu.  Jilu Evening Post melaporkan, pemandu bernama Liu itu di Jinan, Shandong, China pada Isnin lalu dan mengangkat tangannya untuk menggaru muka ketika melalui kamera trafik tersebut.  Beberapa hari kemudian, Liau meerima makluman yang menyatakan dia telah melanggar undang-undang jalan raya kerana menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Malah, gambar dari kamera trafik juga turut disertakan kepadanya.  Liu dikenakan dimerit dan diarahkan membayar denda sebanyak 50 yuan (RM30). Liu cuba berbincang dengan pihak berkuasa mengenai perkara itu, namun tiada pegawai yang mahu melayani panggilan telefonnya.  Sementara itu, The Global Times melaporkan saman tersebut telah dibatalkan dan menjelaskan kamera pengawasan trafik itu akan merakam gambar pemandu secara automatik jika melakukan kesalahan...

Wanita putus kepala gara-gara earphone tersangkut di pintu lif

Seorang wanita berusia 48 tahun maut selepas kepala terputus akibat tersangkut pada lif yang tidak berbumbung di sebuah kilang plastik di Vadodara, Uttar pradesh, India, Isnin lalu, lapor Indian Express .  Difahamkan, mangsa, Sushila Vishwakarma sampai ke tempat kerja pada jam 8 pagi dan selepas habis waktu bekerja di tingkat bawah, Sushila menggunakan lif naik ke tingkat empat.  Tidak diketahui bagaimanapun kejadian itu boleh berlaku, namun polis percaya fon telinga mangsa mungkin tersangkut pada pintu lif kerana mereka menemui fon telinga itu masih berada di kepala mangsa.  Kepala mangsa ditemui di tingkat bawah, manakala badannya ditemui dalam lif di tingkat empat. "Kami telah menghantar mayat mangsa untuk menjalani post mortem dan kami sedang menyiasat segala kemungkinan bagaimana kepalanya tersangkut sama ada ia disebabkan fon telinga atau benda lain.  "Kami juga akan menyiasat sama ada lif itu rosak atau sebaliknya," kata Inspektor Tr Bamaniya....

(Video) 'You f***ing a**h*le!' - Pemandu e-hailing ditumbuk penumpang sebab tak nak bawa laju

Seorang pemandu perkhidmatan e-hailing, Lyft, di Bandar New York cedera dipukul penumpang yang gagal mengawal dirinya.  Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6 petang 23 Mei lalu dirakam dashcam menunjukkan mangsa ditumbuk suspek bertubi-tubi di bahagian muka dan kepala.  Terdahulu, mangsa, Eduardo Madiedo, 36, mengambil penumpang lelaki dan wanita yang meminta dihantar ke Mount Sinai Hospital.  Dalam perjalanan, lelaki itu kelihatan gelisah, baring di pangkuan wanita itu dan mengerang di tempat duduk belakang.  Selepas 11 minit perjalanan, lelaki itu meminta Eduardo memandu laju ke destinasinya.  "Maaf encik, saya tak dapat potong kereta yang berada di hadapan ini," balas Eduardo.  "Kenapa?" soal suspek.  "Kalau encik berterusan bersikap kurang ajar begini, saya akan berhenti di tepi jalan sekarang juga," kata Eduardo.  Berang dengan kata-kata itu, suspek terus menumbuk kepala mangsa bertubi-tubi dari belakang sambil dihalang ol...

'Toksah bangga kat media sosial 'social services' UK mai melawat' - Doktor bidas suami agungkan khidmat bersalin di UK

Viral di media sosial mengenai kelebihan perkhidmatan bagi ibu hamil yang disediakan di United Kingdom. Netizen memuji kelebihan yang diperoleh oleh rakyat di negara berkenaan dan membandingkan kemudahan yang disediakan di Malaysia. Susulan viral tersebut, Dr Imelda Balchin memberikan penjelasan terhadap isu ini. Beliau mengatakan sekiranya perkhidmatan kesihatan negara UK datang membuat rujukan, itu bermakna mereka datang untuk menyiasat dan memastikan samada ibu bapa bertanggungjawab atau tidak.  MAI nak habaq. Jika perkhidmatan kesihatan negara UK membuat rujukan ‘keluarga hangpa’ kepada social services dan kemudian pihak social care mai rumah hangpa, ini bermakna depa DATANG MENYIASAT dan nak mempastikan hangpa ni ibu bapa bertanggungjawab ke tidak, sampai nak mai menyibuk tengok hangpa jaga kebersihan rumah ke tidak.  Ini bermakna, ada pihak yang telah membuat laporan tentang keluarga hangpa kepada social services sebab ada ‘ concern ’ atau isu tentang keluar...

'Dia hendak melanggar & menghimpit saya' - Danial mengaku bersalah, mahkamah jatuhkan hukuman penjara 12 bulan

Mahkamah Majistert Petaling Jaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara minimum 12 bulan terhadap penunggang motosikal yang menghentak helmet pada cermin hadapan sebuah kereta sehingga pecah atas kesalahan melakukan khianat.  Majistret Nurshahira Abdul Salim menjatuhkan hukuman itu selepas Danial Abdullah Tan, 31, mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.  Tertuduh diperintah menjalani hukuman itu bermula dari tarikah dia ditangkap, semalam.  Berdasarkan pertuduhan, Danial didakwa melakukan perbuatan khianat dan mengetuk cermin hadapan kereta mangsa lelaki berusia 58 tahun itu menggunakan topi keledar sehingga pecah di Jalan Kasturi Seksyen 12, Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, jam 5.30 petang, pada 28 Mei lalu. Tertuduh dibicarakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.  Sepanjang prosiding berlangsung, Danial hanya menund...

'Ya Allah, banyaknya kemudahan VVIP & sangat ambil berat pada ibu bakal bersalin' - Netizen teruja dengan perkongsian pengalaman bersalin di UK

Setiap ibu bapa sudah pasti teruja menyambut kelahiran cahaya mata. Segala persiapan sudah pasti disediakan untuk keselesaan si manja. Si ibu pula perlu bersedia fizikal dan mental untuk menunggu hari yang dinantikan. Segalanya memerlukan kerjasama suami dan isteri untuk memastikan segalanya dipermudahkan. Berbeza di United Kingdom (UK), seperti yang dikongsikan oleh lelaki ini segala persiapan bagi ibu bersalin dipermudahkan. Wakil Kesihatan Sosial akan sentiasa memantau perkembangan mereka dari segi kelengkapan bayi, emosi si ibu, pemantauan semasa bersalin dan selepas bersalin. Undang-undang akan dikenakan kepada ibu bapa sekiranya tidak mematuhi segala peraturan yang disediakan. PENGALAMAN bersalin di UK. Sebulan sebelum due, wakil social health datang ke rumah check barang-barang apa yang dah beli untuk preparation sambut bayi lahir. Seperti baby car seat, baby cot, pakaian baby dan lain-lain. Kalau tak beli lagi, seminggu selepas itu dia mari check pula tanya khabar. Kal...

Tahun ni beraya di rumah mertua? Golongan menantu kena tahu 17 adab ini sebelum kena 'sembur'

Setiap tahun, pasti banyak keluarga yang akan beraya di kampung. Sama ada di kampung suami atau isteri, sudah semestinya salah seorang akan menjadi menantu. Perkara ini nampak mudah. Takkan beraya pun nak kena ada garis panduan? Untuk orang yang biasa, betul. Tak perlu baca pun mereka sudah pandai bawa diri di rumah mertua apabila beraya di sana. Tetapi, penulisan ini saya tujukan kepada kita semua yang masih keliru bagaimana nak bawa diri atau mainkan peranan di rumah mertua pada musim perayaan. Penulisan ini ditujukan untuk pihak suami dan pihak isteri. Ya, jangan kita ingat suami sahaja yang perlu ilmu ini, ramai juga para isteri yang masih terlepas pandang tanggungjawab mereka semasa di rumah mertua. Adab Semasa Beraya di Rumah Mertua 1. Bantu mertua di dapur Nampak seperti mudah, tapi ramai yang tak endahkan. Ramai yang mengelat. Tak kurang juga yang duduk berkurung dalam bilik. Ada juga yang buat-buat sibuk jaga anak walaupun anak tu dah besar dan tak perlu penjagaan...

'Dia selalu kena buli, dipulau sebab pakai baju buruk & tudung senget' - Kisah sayu di sebalik budak koma ini cetus rasa simpati netizen

Sayu melihat seorang lelaki tua yang hanya mampu memandang anak perempuannya terlantar koma di katil akibat kemalangan jalan raya.  Terdahulu viral di media sosial mengenai kanak-kanak perempuan bernama Siti Maisarah koma selepas motosikal yang dinaiki oleh dia dan ibunya terlibat dalam kemalangan di berdekatan pasar raya Econsave, Simpang Renggam. Menurut Cik Puan Eddy yang berkongsi perkara itu berkata, anaknya ada memaklumkan bahawa Maisarah sering dipulau dan dibuli di sekolah kerana dia datang dari keluarga miskin. "Doakan adik Siti Maisarah. Cepatlah sembuh dik, kesian kat ayah. Tengok ayah ni hari-hari mendoakan adik. Kami rakyat Malaysia hari-hari mendoakan adik sembuh.  " Adik Maisarah ini terlibat dalam kemalangan di depan Econsave Simpang Renggam beberapa hari lalu. Sekarang sedang koma.   "Di sebalik cerita dari anak saya sendiri, adik ini selalu dipulau dan dibuli di sekolah. Mungkin kerana adik ini kurang upaya dan dari keluarga yang susah ....

Lelaki ditahan selepas bergurau ada bom dalam bagasinya sebelum berlepas ke KL

Seorang penumpang penerbangan yang dijadualkan berlepas ke Kuala Lumpur pada petang 28 Mei lalu ditahan kerana bergurau mengenai bom yang kononnya disimpan dalam bagasinya.  Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani yang mengesahkan penangkapan itu berkata, suspek bergurau yang dia ada membawa bom ketika kakitangan syarikat penerbangan bertanya mengenai kandungan bagasinya semasa proses mendaftar masuk.  "Suspek berusia 28 tahun itu kini ditahan untuk membantu siasatan," katanya.  Awang Din menegaskan, insiden itu perlu dijadikan sebagai pengajaran kerana mengenai bom di lapangan terbang sebenarnya adalah perbuatan yang melanggar undang-undang.  "Lapangan terbang adalah kawasan kawalan keselamatan yang tinggi dan gurauan seperti itu boleh mencetuskan ketakutan dan panik di kalangan penumpang atau kakitangan di lapangan terbang," katanya.  Kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana intimidasi jenayah, y...

Adik Hafiiyzhar perlukan RM20,000 untuk pembedahan jantung berlubang

"Mohon jasa baik hampa semua doakan sepupu kami, Hafiiyzhar Nurmuhammad bin Hafiz cepat sembuh dari jantung berlubang dan injap pernafasan tidak stabil," demikian kata Syazana Fatihah.  Status yang dimuat naik di Facebooknya tengah hari tadi merayu orang ramai yang prihatin tampil membantu Hafiiyzhar yang berusia empat bulan dari segi wang tunai bagi membiayai kos perubatan dan pembedahan.  "Tak dapat tolong dengan duit, tolong doakan pun dah cukup. Saya tahu Hafiiyzhar kuat kan sayang," tulisnya.  Difahamkan, Hafiiyzhar yang merupakan anak kembar, berada di NICU Hospital Seberang Jaya untuk menerima rawatan sejak dia dilahirkan.  Ibunya merupakan suri rumah sepenuh masa, manakala bapanya pula bekerja sebagai pemandu di SMS Tun Syed Shahabudin Bukit Mertajam dan mereka tinggal di Permatang Kuang, Kepala Batas. Bagi yang mahukan maklumat lanjut sebelum menghulurkan sebarang bantuan bolehlah menghubungi bapanya, Hafiz Bin Hashim di talian 019-5959516 ....

(Video) Peragut seret warga emas sampai tertanggal seluar

Seorang lelaki warga emas cedera di lengan dan kaki selepas disamun tiga lelaki yag menaiki motosikal.  Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8 pagi Khamis berhampiran Pasar Billion di Alor Setar, mangsa berusia 66 tahun yang sedang mengayuh basikal didatangi dua buah motosikal sebelum salah seorang meragut beg tangannya.  Mangsa diseret beberapa meter sehingga seluarnya tertanggal. Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kerugian RM300.  Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, mangsa yang cedera kemudian pergi mendapatkan rawatan di hospital sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu.  Polis sedang menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari dua buah rumah yang merakam kejadian itu.  Usaha mengesan suspek sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.  Sumber: Harian Metro

Pemandu Grab nyaris maut ditembak penumpang warga asing

Seorang pemandu Grab nyaris maut selepas tembakan yang dilepaskan oleh penumpangnya warga Indonesia, dari arah belakang tersasar.  Dalam kejadian yang berlaku pada jam 4 petang tadi di Jalan Matang, Kuching, mangsa berusia awal 30-an terselamat tetapi mengalami kecederaan di kepala akibat terkena geseran peluru daripada senapang buatan sendiri. Difahamkan, mangsa mengambil suspek di Kuching Sentral dan ketika dalam perjalanan ke destinasinya Jentayu Strawberry Farm, suspek mengarahkan mangsa memberhentikan kenderaannya di Jalan Matang.  Mangsa yang enggan menuruti arahannya itu dipercayai berang lalu memukul kepala mangsa menggunakan tukul dan melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa.  Mangsa bernasib baik, peluru itu hanya bergeser dengan kepalanya sahaja dan mangsa terus melarikan diri ke hutan untuk menyelamatkan dirinya. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dennis Leong Soon Kuai mengesahkan kejadia...

'Heh mak, gi mati ar kau' - Iklan raya 2019 yang paling disturbing & dikecam netizen

Iklan raya sinonim dengan babak gembira dan sedih, berlainan dengan iklan raya karya dari Ikram Daud ini. Bukan sahaja dianggap menyeramkan, malah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang netizen yang kemudian mengecam iklan raya tersebut.  Berdasarkan iklan raya Kuih Bangkit yang berlatarkan lagu Selamat Hari Raya yang dinyanyikan penyanyi asal Miss Aminah pada 1963 dan berdurasi hampir sembilan minit itu menunjukkan si ibu meninggal dunia selepas menghubungi anaknya.  "Sampai mati mak, zam. Baru kau nak balik?" kata si abang, Azim, kepada adiknya, Azam ketika berada di kubur arwah ibu mereka.  Kecewa dengan pemergian ibunya, Azam kemudian mengambil tali dan cuba membunuh diri namun gagal berbuat demikian sebelum muncul bayangan ibunya di sebelah yang kemudian menjerut tali di leher Azam membuatkan lelaki itu hampir putus nafas.  Didorong dengan rasa kemarahan, Azam kemudian mengambil pisau dan menikam abangnya yang sedang tidur.  Selepas itu, ...

Suspek dicekup, motosikal dan helmet dirampas

Susulan viral video penunggang motosikal menghentak cermin sebuah kereta hanya kerana tidak puas hati dihon, lelaki terbabit telah ditahan polis hari ini.  Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Asmadi Borhan berkata, suspek berusia 30-an itu telah ditangkap sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang pada jam 3 petang.  Polis turut merampas motosikal dan topi keledar yang digunakan suspek pada hari kejadian.  Suspek yang bekerja sebagai pembantu stor kilang di Balakong akan direman setelah polis mendapatkan perintah reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Petaling Jaya. Sumber: Harian Metro LAPORAN BERKAITAN (Video) Marah kena hon, penunggang motosikal pecahkan cermin kereta