Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2019

“Sayang mungkin tak mampu beri B anak..” - Wanita ini kongsikan pengalaman kandung cyst

Setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza-beza. Hanya individu yang kuat mampu menanggung segala ujian yang diberikan. Wanita tabah ini tidak terkecuali menerima ujian ini. Pada mulanya, dia berasa kehidupannya gelap seketika apabila dia dimaklumkan oleh doktor berkemungkinan rahimnya bakal dibuang jika cyst terus merebak. Tetapi, dia tidak terus melatah, sebaliknya menadah tangan memohon petunjuk. Perkongsian wanita ini diharapkan dapat memberikan peringatan kepada wanita di luar sana supaya menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. I WASN'T PREGNANT, I HAD CYST . Panjang masa yang di ambil untuk membuat perkongsian ni. Di sini, ada kisah berserta nasihat yang ingin diberikan berdasarkan sedikit pengalaman yang pernah dilalui. Januari 2016, Alhamdulillah saya menjadi seorang isteri kepada imam bernama Azrul Aziz. 2 tahun pertama kami merancang untuk tidak lagi menimang zuriat atas faktor kami pelajar, untuk mengukuhkan ikatan pernikahan yang baru dibina...

(Video) Pengemis kudung kantoi ada kaki

Di Jakarta, sebuah rakaman video tular di media sosial menunjukkan anggota tentera membongkar penipuan seorang pengemis yang kononnya  tidak berkaki. Video yang dimuat naik pada Selasa minggu lalu menerusi akaun Facebook Pesan Bunda itu tetap tular kerana masih dikongsikan, lapor Tribun News. Durasi video selama lima minit itu menunjukkan seorang pengemis yang nampak seperti tidak berkaki dilihat duduk di atas jalan sambil menggalas beg. Beberapa anggota tentera dilihat menghampirinya, dan pemuda yang merakam video itu berkata: “Ada kan kakinya? Boleh buka-buka. Cakap jujur saja.” Selepas didesak beberapa kali, akhirnya dia mengakui, dia menipu. Anggota tentera berkenaan kemudian memujuknya untuk mengeluarkan kakinya dan berjanji memberinya wang. Kumpulan itu berjaya mengesan pengemis berkenaan sebenarnya memakai lima lapis seluar, malah selepas semuanya dibuka kakinya yang sempurna dapat dilihat.  Susulan itu, mereka menasihatkan pengemis itu supaya berhenti meni...

'Saya alihkan babi di bawah, barang cikgu saya letak di atas sekali' - Guru terharu diberi layanan baik masyarakat Kenyah di Sarawak

Malaysia terkenal dengan masyarakat pelbagai kaum, suku dan bangsa. Pembentukan masyarakat majmuk ini telah mewujudkan satu bentuk toleransi, kepercayaan dan saling hormat-menghormati. Perkongsian dari seorang guru ini membuktikan bahawa sikap-sikap mulia ini masih kekal sehingga kini walaupun terdapat perbezaan budaya dan juga agama. Segala perkongsiannya bukan bertujuan untuk meraih populariti, sebaliknya untuk memupuk toleransi dalam jiwa masyarakat berbilang bangsa dan agama.  Diceritakan, beliau pada ketika itu buntu untuk memikirkan tempat untuk menyimpan stok barang-barang basah setelah generator sekolah telah kehabisan minyak. Dia tidak punya pilihan, dia ingin menumpang untuk menyimpan barang tersebut di rumah orang kampung. Apa yang mengejutkannya, tindakan orang kampung tersebut menyentuh hatinya. " BOLEH saya tumpang letak barang dalam "ice box" kamu?" "Tapi cikgu...ada babi dalam ni." Aku sudah tiada pilihan lain. Generator seko...

'Selfie pun bayar, bagus bergambar sama kuda' - kata netizen, tapi Aiman Tino kata itu semua salah faham

Kemunculan penyanyi muda ini pastinya dinantikan oleh ramai peminat-peminatnya. Popular dengan lagu Ku Rela Dibenci, Aiman Tino kini menjadi siulan netizen bukan kerana persembahan atau lagu-lagu terbarunya tetapi kerana sekeping tiket jualan.  Berdasarkan tiket tersebut yang dimuatnaik oleh Kota Belud Info, tertera tiket VVIP berselfie bersama Aiman Tino yang diadakan di Padang Pekan Kota Belud sempena Pesta Lampu Kota Belud. Sememangnya kehadiran Aiman Tino dinantikan oleh para peminatnya di sana. Tetapi, apabila tersebarnya tiket berkenaan mereka mula mengecam tindakan ini dan berasa hairan mengapa dikenakan caj bayaran jika mahu berswafoto bersama Aiman. Ada yang mengatakan perkara ini datangnya dari pihak penganjur. Tetapi, setakat ini tiada pengesahan atau pengakuan yang dibuat. Rata-rata netizen mempersoalkan individu yang bernama Aiman Tino di dalam industri sedangkan penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza tidak pernah mengenakan caj untuk bergambar dengannya...

'Genap sebulan perkahwinan kita, sayang pergi buat selamanya...'

Setiap pasangan inginkan perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat. Hanya ajal dan maut yang memisahkan antara mereka. Tidak ada siapa yang mampu menidakkan situasi sebegini kerana kita hanya merancang. Perkahwinan pasangan ini baru sahaja genap sebulan pada hari ini. Tetapi tidak disangka ujian hebat yang perlu ditanggung oleh si suami. Ketika suami di luar sana sedang berbahagia bersama isteri dan anak-anak, lelaki ini menanggung kesedihan di atas kehilangan isteri tersayang.  Isterinya Allahyarham Norhijrah Hussin meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya. Satu nukilan khas yang ditulis kepada si isteri melalui perkongsian di Facebook meruntun hati netizen. AL-FATIHAH buat isteriku yang tersayang. Semoga damai di sana. Maafkan abang atas apa jua kesalahan abang selama perkahwinan yang singkat ini. Hari ini 30.04.2019 genap sudah sebulan perkahwinan kita. Abang bersyukur diberikan kebahagiaan walaupun hanya sementara kerana sayang sudah pergi ...

Rumah terbakar, ibu jatuhkan anak dari tingkat 10 sebelum terjun & kedua-duanya maut

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun mati selepas dijatuhkan oleh ibunya yang tiada pilihan lain, dari tingkat 10 di mana kediaman mereka dijilat api, lapor Mirror .  Ibu mangsa yang berusia 32 tahun itu dapat dilihat memegang anaknya di luar tingkap sebelum melepaskan anaknya ke bawah dengan harapan orang ramai menyambutnya.  Sementara itu, di bawah bangunan, orang awam membentangkan kain untuk menyelamatkan kanak-kanak itu.  Malangnya, berat mangsa yang jatuh dari tingkat tinggi itu telah menyebabkan kain itu terkoyak dan maut serta-merta di tempat kejadian kerana kecederaan parah.  Tidak lama kemudian, ibu mangsa juga terjun dari ketinggian 100 kaki itu dan menerima nasib yang sama.  Dalam kebakaran itu, 30 mangsa berjaya diselamatkan dan pihak berkuasa sedang menyiasat punca kebakaran. 

Isteri tuntut cerai kerana suami tak benarkan main PUBG

Seorang wanita berusia 20-an menuntut cerai dari suaminya kerana lelaki itu tidak membenarkan dia bermain permainan popular, PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG), lapor Gulf News . Pengarah di Pusat Sosial, Kapten Wafa Khalil Al Hosani, berkata, pihaknya menerima satu kes yang luar biasa itu yang membabitkan permainan popular berkenaan.  "Seorang wanita Arab datang ke pusat ini, meminta bantuan selepas dia bergaduh dengan suaminya mengenai permainan itu.  "Wanita itu menuntut cerai kerana dia haknya untuk bermainan permainan itu dihalang, sedangkan dia selesa dan menggemari permainan itu.  "Dia juga menjelaskan, dia tidak mengaktifkan fungsi chat di mana dia akan terdedah kepada orang yang tidak dikenali dan hanya bermain dengan kenalan dan juga keluarganya," katanya.  Tambahnya lagi, suaminya takut dia akan ketagih dengan permainan itu yang mana akan menyebabkan dia mengabaikan tanggungjawabnya terhadap suami dan keluarga.  Si suami menegaskan dia...

'Berlinangan air mata tengok video keluarga ni' - Netizen

Lagu Ayah dan Ibu nyanyian Allahyarham Sudirman cukup sahaja membuatkan kita sebak memikirkan jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan kepada kita.  Begitu juga, netizen turut tersentuh dengan video yang dimuatnaik oleh pemuda ini ketika sambutan kelahiran. Video tersebut menujukkan ibunya sedang menyuapkan makanan kepadanya serta adik beradik yang lain diiringi dengan lagu Ayah dan Ibu. Jelas pemuda ini menerusi status di Facebook, dia memuatnaik video-video berkenaan bukan bertujuan untuk menunjuk tetapi untuk berkongsi kenikmatan ketika berkumpul bersama keluarga. Selain itu, aktiviti ini juga dapat mengembalikan kenangan semasa kecil dahulu. ALHAMDULILAH terima kasih pada semua adik beradik yang sudi balik. Video ini saya share bukanlah hanya untuk menunjuk. Tetapi just nak share betapa nikmatnya jika dapat berkumpul macam ni. Dan juga kita teringat masa kecil-kecil dahulu tangan mak ayah lah yang suapkan kita. Apa salahnya sudah lama kita tak rasa macam tu. ...

'Tuhan mahu saya tolong awak' - Aktivis ini bersyukur anaknya yang terkandas di KLIA, dibantu rakyat Malaysia

Rakyat Malaysia terkenal dengan sikap keprihatinan, bukan sahaja sesama bangsa dan negara sendiri malahan turut bersimpati dengan masyarakat negara luar. Perkara ini turut diakui oleh seorang aktivis sosial Amerika Syarikat  yang memuji sikap seorang lelaki yang telah menghulurkan bantuan buat anaknya. CJ Werleman menceritakan tentang nasib malang yang menimpa anak perempuannya yang berusia 18 tahun selepas kehilangan kad debit bank ketika menunggu penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Werleman berkongsikan kisah tersebut melalui status di Twitternya pada petang Isnin. Jelas Werleman, selepas lebih 12 jam menunggu penerbangan seterusnya anaknya itu menyedari kad debit beliau tiada dalam simpanannya. Dan beliau tidak mempunyai wang untuk membeli makanan dan minuman. Ketika beliau dalam keadaan tertekan dan sedih, rupa-rupanya dia tidak keseorangan. Seorang lelaki berusia dalam lingkungan umur 50-60 tahun telah menegur beliau. Hal tersebut dicerit...

Wanita mati disengat lipan ketika cuba menyelamatkan kucingnya

Seorang wanita berusia 54 tahun meninggal dunia akibat disengat serangga berbisa ketika cuba melindungi haiwan kesayangannya, lapor Kapook .  Dalam kejadian yang berlaku pada tengah malam Sabtu lalu di Nakhon Pathom, Thailand, mangsa, Chutikan, bimbang kucingnya disengat lipan lalu bertindak memijak serangga itu.  Malangnya, lipan itu bertindak balas lalu menggigit kaki kanannya. Chutikan kemudian mengambil kayu dan memukul serangga itu sehingga mati.  Tidak beberapa lama kemudian, mangsa mengadu sakit di bahagian kakinya dan meminta anak saudara membawanya ke hospital.  Doktor kemudian memberi dua suntikan dan ubat untuk dimakan di rumah.  Apabila pulang ke rumah, mangsa mengadu kakinya semakin sakit dan luka di kakinya bengkak dan lebam. Sehingga pagi keesokan harinya ketika anak saudara memanggil mangsa keluar makan, tiada respon yang diterima.  Sebaik saja membuka pintu bilik, dia mendapati mangsa sudah meninggal dunia.  Tidak dik...

'Tak sanggup buka tudung, terbayang diri jadi penghuni neraka' - Che Ta

Seorang wanita Sejak kebelakangan ini, semakin bertambah artis wanita membuat keputusan untuk membuka tudung dengan alasan mereka memakai tudung bukan kerana Allah. Malah dengan berani berkata mereka lebih selesa selepas kembali menjadi diri mereka sendiri.  Tetapi tidak bagi Rozita Che Wan atau Che Ta yang membayangkan dirinya bakal menjadi penghuni neraka sekiranya berbuat demikian.  Menurut Che Ta, dia tidak sanggup mengubah penampilannya yang sudah bertudung sejak sekian lama kerana takut dengan azab seksaan di akhirat yang perlu ditanggungnya kelak.  "Saya rasa kalau buka tudung, boleh terus masuk neraka.  "Itu (peringatan) untuk diri saya. Siapalah kita untuk menghukum manusia lain. Kita tak boleh hukum dia, itu dugaan dia (yang buka tudung) dengan Allah. Kena doa Allah bagi dia rahmat dan hidayah. Kita doa yang terbaik untuk dia," katanya.  Jelas Che Ta lagi, individu yang mahu berubah, sebaik-baiknya menukar circle of friends agar kekal istiq...

Wanita Malaysia ugut RM2,900 dari pasangan ini jika mahu gambar mendiang bayi mereka dikembalikan

Seorang wanita Malaysia dituduh memeras ugut sepasang suami isteri yang kematian bayi mereka untuk sejumlah wang A$1,000 (RM2,900).  Siti Nurhidayah Kamal, 24, tidak dibenarkan diikat jamin oleh Mahkamah Ringwood semalam, kerana bimbang tertuduh akan keluar dari Australia.  Ibu kepada dua anak itu dituduh menghubungi ibu bapa kepada mendiang Amiyah Windross, 11 bulan, dan meminta bayaran A$1,000 jika mahu telefon bimbit milik pasangan itu yang mengandungi banyak gambar bayi mereka, dikembalikan.  Difahamkan, Amiyah meninggal dunia minggu lalu kerana menghidap masalah saraf sejak lahir.  Mengikut pertuduhan, Siti Nurhidayah menghubungi Jay dan Dee Windross pada Selasa melalui aplikasi WhatsApp selepas pasangan itu merayu di media sosial agar telefon bimbit Samsung Galaxy S8 milik mereka dikembalikan.  Peguamnya, Royce Dekker, berkata, anak guamannya mengaku bersalah di atas pertuduhan itu.  "Ini sangat menjijikkan. Kenapa tergamak berbuat...

'Mommy ada kat syurga' - Photographer tunaikan amanah arwah si ibu, netizen sebak melihat hasil gambarnya

Berkaca air mata photographer, berkaca jua mata netizen yang membaca kisah dan melihat gambar photoshoot keluarga ini. Arwah si ibu telah mengamanahkan kepada photographer untuk membuat photoshoot anak bongsunya sebelum pergi buat selama-lamanya.  Menurut Zara Haleena, dia cuba menahan kesedihan dan air mata dari menitis ketika itu, namun apakan daya rasa sebak dan sedih yang tidak mampu dibendung, mengalir jua air matanya. Lebih-lebih lagi ketika menyiapkan anak bongsu arwah.  "Mommy ada kat syurga" HAMPIR enam bulan arwah Ad'lean Nael'da meninggal dunia. Akhirnya, kami tunaikan amanah arwah Elin untuk buat photoshoot anak bongsunya, Eva Miranda. Perasaan hiba bila anak sekecil ini tahu mommy dia menanti dia, abang dan adik dia di syurga. Pada 19 April, kami datang ke rumah arwah di Ipoh. Seperti biasa anak-anak arwah dengan gembira menyambut kami depan pintu untuk photoshoot. Siap pegang tangan ajak masuk. Tolong angkat barang. 😭😭 Aku tak tahu nak start...