Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun bertindak membunuh diri selepas bertengkar dengan bapanya ketika bermain permainan League of Legends; pada malam hari ulangtahun kelahirannya, lapor Next Shark . Insiden yang berlaku pada 23 Mac lalu di Changhua, Taiwan itu, remaja yang dikenali sebagai Cheng bertengkar dengan bapanya kira-kira jam 9:30 malam. Menurut laporan media tempatan, lelaki itu memarahi anaknya bermain permainan tersebut berbanding mengulangkaji pelajarannya berikutan peperiksaan bakal tiba pada 26 Mac ini. Cheng yang tidak mengendahkan teguran itu menyebabkan bapanya bertindak memadamkan palam suis komputer membuatkan remaja itu berang. Selepas bapanya keluar dari bilik, Cheng terjun dari tingkap kediamannya di tingkat tiga menyebabkan dia mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Kejadian itu hanya disedari oleh datuk Cheng selepas mereka tiba di kediaman tersebut pada malam kejadian. Difahamkan, datuk mangsa tiba di ...