Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2019

Kakak biarkan dirinya terbakar untuk selamatkan adiknya

Kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan adik lelakinya dalam kebakaran yang berlaku di Hunan, China, pada 22 Februari lalu.  Lapor portal berita Shi Xun Wan, kebakaran itu berlaku pada jam 3 pagi ketika keluarga itu sedang tidur.  Si bapa terbangun dari tidur selepas terdengar anak-anaknya menangis meminta tolong, lalu segera pergi memeriksa keadaan mereka.  "Ketika saya membuka pintu, api sudah marak. Tangga sudah terbakar, laluan untuk keluar di tingkat dua juga penuh dengan asap dan sangat panas.  "Jadi saya segera menyuruh isteri saya pergi ke tingkap menjerit meminta tolong," kata si bapa.  Dalam masa yang sama, si bapa menyedari suara anaknya semakin tidak kedengaran, lalu berlari ke bilik untuk menyelamatkan dua beradik itu.  "Bilik itu sangat panas dan penuh dengan asap. Apabila saya berjalan ke katil, anak lelaki saya dibungkus dengan selimut sambil dipeluk oleh kakaknya. Kedua-dua mereka sud...

'Dah takdir Ilahi, kebetulan wakil rakyat PH yang meninggal, salah ke?' - Satim mohon maaf atas kenyataan sensitif

Susulan dikecam pelbagai pihak selepas mengeluarkan kenyataan yang dianggap kurang sensitif dan diberi tempoh dua hari untuk meminta maaf oleh keluarga bekas ADUN terbabit, Ketua UMNO Bahagian Puchong, Datuk Mohamed Satim Diman tampil memohon maaf, namun menegaskan kenyataannya telah disalah tafsirkan.  Satim tetap mempertahankan isi kandungan ceramahnya pada malam itu dan mendakwa kenyataan itu tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.  Selain itu katanya, pihak luar termasuk ahli keluarga bekas ADUN terbabit hanya memahami isi tersurat, bukannya maksud tersirat dalam kenyataan itu sehingga menyebabkan ia disalah tafsir.  "Saya cakap ia takdir Ilahi, jadi ambillah iktibar. Cuba dengar betul-betul video saya. Dah takdir Ilahi dan kebetulan wakil rakyat PH yang meninggal dan hikmahnya bila jadi macam ini, PAS dan UMNO boleh bergabung, tak bergaduh serta ada kerjasama. Salah ke?  "Saya tak niat nak tuju pada sesiapa tetapi kalau ia menjadi satu perkara sensitif...

Majikan tumbuk hidung pembantu rumah sampai patah hanya kerana mangsa terlewat bangun

Majikan wanita didakwa mendera pembantu rumahnya yang merupakan warga Indonesia semenjak mangsa baru bekerja dengannya dua bulan lalu, menyebab mangsa mengalami kecederaan termasuk patah hidung, lapor Asia One .  Jenny Chan Yun Hui, 41, juga memukul kepala mangsa dengan mangkuk sehingga berdarah dan menumbuk muka mangsa beberapa kali sehignga mata kirinya lebam dan pengelihatannya terjejas.  Chan mengakui bersalah di mahkamah atas tiga pertuduhan itu.  Mangsa, Rasi, 27, mula bekerja di kondominium Chan Jalan Tanjong Rhu, Singapura, Februari 2016.  Mangsa dikerahkan bangun jam 6 pagi setiap hari, sedangkan dia tidak cukup rehat dan selalu mengantuk ketika menjalankan tugas. Melihat keadaan Rasi begitu, Chan menjadi berang dan mula menderanya sejak April 2018.  Dalam satu kejadian, Chan tidak berpuas hati dengan mangsa yang tidak menyelesaikan tugasan paginya lalu diberi 'hadiah' penumbuk.  Chan juga memukul belakang kepala Rasi dengan mangkuk p...

Suami curang, ibu bunuh dan bakar mayat anaknya berusia 14 bulan

Seorang ibu muda ditahan kerana membunuh dan membakar anak perempuannya berusia 14 bulan hanya kerana mahu membalas dendam terhadap teman lelakinya yang curang.  Kejadian itu dilaporkan berlaku di Manazo, Peru, di mana Marco Antonio Ticona Chiccalla, 23, mendakwa suspek, Lucero Oscava Burgos, 21, telah membunuh anaknya.  Namun, suspek mendakwa anaknya terjatuh dari katil dan meninggal dunia sebelum mayatnya ditanam berdekatan dengan Sungai Hatun Mayu.  Pendakwaraya Guadalupe Ramirez Mittani mengarahkan polis untuk melakukan siasatan di lokasi kejadian, malangnya mereka gagal menemui mayat mangsa.  Polis menyoal siasat suspek sekali lagi yang akhirnya mengaku telah melemaskan mangsa dengan selimut sebelum membakar dan membuang mayatnya ke dalam silo gandum (ruang penyimpanan gandum).  Suspek berbuat demikian kerana teman lelakinya curang dengan rakan sepejabatnya.  Susulan pengakuan suspek, polis mengeledah silo gandum yang dikatakan itu dan me...

'Guna Brokoli jadi hand flower pun boleh, hahaha!' - Netizen

Kelainan yang ditampilkan oleh pasangan pengantin baharu ini membuatkan netizen berasa terhibur berikutan pengantin perempuan memilih sayur brokoli sebagai hand flower pada hari majlis pernikahannya.  Gambar dikongsi jurufoto Raja Nazrin sejak tengah semalam, diretweet lebih 4,172 kali.  "Baru-baru ini aku dapat customer yang paling sempoi. Kome tengok hand flower dia, pakai brokoli je.    "Lepas tu letak manik. Look how cute it's. Nampak simple tapi rare! Silap-silap lepas habis kenduri terus buat masak paprik. Hahaha!  "Bukan itu je, korang tengok pengantin lelaki punya butang baju melayu, pakai Lego! Memang sempoi bakhang. Hahaha!" - Raja Nazrin Reaksi netizen: Sumber: Twitter @rajanazrin_

'Are you wearing 34b or 36b? Nakal tak?' - Netizen terkejut baca screenshot perbualan nakal ini, FB artis ni kena hack ke?

"Mohon pupus artis spesis begini!" tweet @EyntanElysia pada jam 4.17 petang Rabu yang merujuk kepada screenshot perbualannya dengan seorang pelakon lelaki.  Berdasarkan screenshot itu, difahamkan Eyntan bermesej dengan pelakon tersebut yang bertanya mengenai saiz pakaian dalam yang dipakainya.  Mohon pupus artis spesis begini! pic.twitter.com/kMlrACWUg0 — E (@EyntanElysia) February 27, 2019 Memandangkan screenshot itu viral, tampil beberapa individu mengaku pernah menerima mesej 'nakal' dari artis terbabit.  Look here lol pic.twitter.com/TZR8v1VGIw — 𝓂𝑒𝑜𝓌 (@tertidurr) February 28, 2019 Bagaimanapun, ada segelintir netizen bersangka baik, berkemungkinan akaun Instagram pelakon berkenaan telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Netizen juga meninggalkan komen di Instagram artis itu yang bertanyakan apakah benar dakwaan itu. Tetapi sehingga kini dia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan penafian. Sumber: @EyntanElysia

(Video) Ibu terleka sesaat, anak digilis kereta

Sekumpulan pejalan kaki segera menghulur bantuan kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang secara tidak sengaja dilanggar kereta dalam kejadian di Fujian, minggu lalu, lapor Next Shark .  Mangsa terselamat dari kejadian itu selepas orang awam bersama-sama membantu mengangkat kenderaan jenis SUV itu yang menimpa badan mangsa.  Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bertarikh 18 Februari lalu, mangsa dilihat sedang berjalan dengan keluarganya di tengah jalan. Si ibu segera memimpin anaknya keluar dari laluan SUV itu yang disangkanya mahu meneruskan perjalanan ke depan. Sebaik merasakan anaknya berada di laluan selamat, si ibu leka berbual dengan seorang wanita di sebelah kanannya.  Tanpa disangka, kereta SUV itu membelok ke kanan dan tidak menyedari posisi mangsa lalu melanggar dan menggilisnya sebelum berhenti selepas terdengar jeritan si ibu.  Orang awam yang melihat kejadian itu segera datang membantu mengangkat kende...

2 bulan batuk berdarah, rupanya ada lintah gergasi berkampung di tekak

Selepas menanggung derita batuk berdarah dan tekak gatal selama dua bulan, lelaki berusia 60 tahun ini akhirnya dimaklumkan tekaknya dihuni oleh seekor lintah gergasi.  Sebelum ini, Li cuba mencari rawatan bagi merawat masalah kesihatannya itu, tetapi pegawai perubatan tidak dapat mengesan puncanya.  Bagaimanapun misteri itu akhirnya terjawab selepas doktor menjalankan endoskopi terhadap Li dan menemui seekor lintah berukuran 4 inci di dalam tekaknya.  Doktor Zhang Dadong, pakar di Hospital Perubatan Tradisional Cina Daerah Xingwen, menemui lintah tersebut yang sedang membesar di tekak pesakit berkenaan.  Proses mengeluarkan lintah itu agak sukar sehingga Dr Dadong terpaksa meminta bantuan rakan sekerjanya. Dengan menggunakan sedatif aerosol, mereka akhirnya berjaya mengeluarkan lintah itu.  Difahamkan, Li tinggal di kawasan pendalaman dan dipercayai terminum air mentah yang mengandungi telur lintah yang kemudian membiak di tekaknya dengan meng...

Wakil rakyat PH mati satu persatu, petanda dari Allah kepada rakyat - Mohamed Satim

Ketua UMNO Bahagian Puchong, Mohamed Satim Diman menyifatkan kematian wakil-wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) sejak PRU14 yang lalu adalah petanda amaran daripada Allah agar rakyat Malaysia memilih parti yang tepat.  Mohamed yang memberi ceramah dalam Ceramah Umum BN di pusat daerah mengundi Bandar Tasik Kesuma, Semenyih, malam tadi berkata,  "... Yang hairannya, yang meninggal tu siapa? Wakil rakyat mana? Wakil rakyat PH, bukan wakil rakyat BN.  "Jadi di situ sebenarnya Dia (Allah) memberikan amaran yang pertama, BN kalah di Sungai Kandis. Tak apalah, pasal belum nampak. Lepas tu ke Seri Setia pun kalah juga, tak apa.  "Allah kata agak-agaknya orang Islam di Malaysia ni tak faham lagi ke? Dia meninggalkan (mematikan) dekat Balakong. Pun tak faham lagi.  "Kau tak faham tak apa, aku bagi dekat Semenyih. Kalau itu tak faham (lagi), tak tahulah apa nak kata. Agaknya dunia dah nak kiamat kot," katanya lagi.  Dalam ceramah itu juga, Mohamed memband...

'I tak patut keluar dengan suami orang, Bella I nak minta maaf' - Oktovia

Susulan pendedahan Bella Astillah yang mendakwa suaminya curang bersama pelakon wanita, Oktovia Manrose akhirnya mengakui kesilapan dirinya yang keluar bersama dengan suami orang.  Melalui Instastorynya, anak kepada bekas penyanyi dangdut, Iwan itu berkata dia tidak pernah terfikir yang semua itu akan berlaku. Namun dia enggan terus menegakkan benang yang basah dan meminta maaf di atas kekilafannya itu.  "Today was a big day for me. Hari bersejarah saya. Tak pernah terfikir dan plan semua ini berlaku. Tapi it happen saya sedar ini kekhilafan dari diri saya. Saya manusia biasa yang takkan lari dari buat silap.  "To @BellaAstillah, I tak nak menegakkan benang yang basah. I nak minta maaf dengan apa yang dah berlaku. Dan apa yang dah berlaku memang sangat-sangat salah, I admit it.  "I tak patut keluar dengan suami orang. I tak patut keluarkan statement apa-apa pun sebab dah terang-terang I yang salah," katanya.  Menurut Oktovia, kenyataannya sebelum ini...

'Saya beri pilihan sama ada perbaiki hubungan atau keluar rumah, dia pilih keluar' - Bella tawar hati, reda jika perpisahan jadi jalan terakhir

Peluang kedua sudah diberi dan besar harapannya agar si suami insaf serta tidak mengulangi perbuatannya itu. Namun, penyanyi Aliff Aziz, 28, seperti tidak serik dan sekali lagi melukakan hati isterinya, Bella Astillah, 25.  Dalam temubual bersama Berita Harian, Bella mengakui dia reda sekiranya perpisahan merupakan jalan terakhir untuk menyelesaikan masalah rumah tangganya itu.  "Jika perpisahan menjadi jalan terakhir untuk perkahwinan kami, saya akur dan reda. Saya tak sangka dia akan buat hal lagi. Ingatkan, dia sudah berubah. Kali ini, dengan pelakon juga.  "Saya sudah tidak mampu untuk berselindung. Sebab itu juga saya memilih untuk berkongsi cerita ini di Instagram. Sebelum ini, saya maafkan dirinya dan memberikannya peluang. Namun dia tidak menggunakan peluang itu sebaik mungkin.  "Selepas ini, saya perlu berbincang dengan keluarga kerana apa sahaja keputusan mengenai rumah tangga kami, ia tetap membabitkan banyak hati," katanya yang juga mengakui su...

(Video) 'U tambah oranglah! Bukan masalah saya!' - Lelaki berang disuruh balik selepas tunggu 4 jam untuk dapatkan perkhidmatan di kaunter kerajaan

Viral di media sosial video seorang lelaki berang apabila penantiannya selama beberapa jam untuk mendapatkan perkhidmatan di sebuah kaunter kerajaan, akhirnya disuruh datang pada waktu lain.  Tidak dinyatakan di mana kejadian itu berlaku tetapi menurut individu yang memuat naik video tersebut, lelaki terbabit telah menunggu sejak dari jam 10 pagi hingga 2 petang.  "Apabila tiba gilirannya, pegawai di kaunter meminta dia datang semula pada waktu yang lain kerana mereka kekurangan kakitangan dan waktu itu adalah waktu untuk mereka berehat. "Sedangkan kelihatan ramai kakitangan di situ berjalan tanpa melakukan apa-apa," katanya.  A Malaysian loses his cool at a government office when he waited from 10am - 2pm, and when he was served, the officer asked him to come back other time citing lack of manpower and its their time for a break - when there's so many people walking around seemingly doing nothing pic.twitter.com/waCli0J6zH — Hilmi Adi Ruzaini (@HilmiAd...

'Keluar sebagai kawan pukul 3 pagi? You tahu itu suami orang?' - Bella luah rasa kecewa, suami buat hal lagi dengan pelakon wanita

"Assalamualaikum, and it happened again," demikian tulis Bella Astillah yang mendakwa suaminya 'buat hal' lagi walaupun telah diberi peluang kedua.  Melalui Instagramnya, Bella meluahkan rasa kesal terhadap suaminya, Aliff, malah kecurigaannya terhadap Aliff akhirnya terjawab apabila ada individu yang tampil memaklumkan perkara itu berserta dengan bukti.  "Sejak kes yang dulu, saya berikan peluang pada dia sebab setiap manusia buat kesilapan dan sebab saya pandang anak saya. But what I've been through korang takkan boleh imagine.  "Selepas Aliff habis shoot telemovie baru-baru ini, dia buat hal lagi dengan heroin yang bekerja dengan dia dalam tele itu.  "Dua hari sebelum habis shoot, dia dah mula berkelakuan lain di mana dia dah tukar password phone. Bila saya paksa buka phone, dia buka tetapi dia pandai. Dia dah delete WhatsApp dia dengan heroin itu.  "Saya cakap dengan dia 'I'm not a kid, kaau tak ada apa-apa kenapa perlu ...