Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2018

Harga petrol RON97 turun 31 sen

Harga petrol RON97 turun 31 sen ke RM2.50 untuk bulan Disember. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesahkan perkara ini di laman rasmi Facebooknya hari ini. Harga baharu ini berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 31 Disember, 2018. Harga petrol RON95 dan diesel kekal sejak Mei 30 – RON95 (RM2.20 seliter) dan Euro 2M diesel (RM2.18 seliter) dan Euro 5 diesel (RM2.28 seliter). - Astro Awani

'Kau ingat level soalan SPM sekarang sama dengan level soalan zaman kau dulu?' - kata pelajar tetapi lelaki ini pula kata sebaliknya...

Laman troll yang menyerupai sebuah portal berita online baru-baru ini memuat naik tweet berikut:  "#SPM2018 Budak-budak SPM pandai dan lantang bersuara di laman sosial tetapi hakikatnya mereka bodoh di dunia sebenar. Berita selanjutnya di... 7.45."  Tweet itu bagaimanapun mengundang rasa tidak puas hati seorang pelajar SPM yang berang dan mendakwa pengendali Twitter troll itu tidak memahami bahawa peringkat soalan SPM tahun ini tidak sama dengan zaman SPM yang lalu.  "Jawablah, tengok bodoh tak bodoh. Kat sekolah belajar lain, kat SPM keluar lain. Suka hati nak cakap orang bodoh. "Kau ingat level soalan SPM sekarang sama ke dengan level soalan SPM zaman kau dulu? Aku bengang ah ni nak cakap orang bodoh suka hati," remaja perempuan berkenaan.  Tweet itu juga mendapat perhatian dari Asfan (@arcx13) yang berpandangan bahawa golongan pelajar hari ini lebih banyak menghabiskan masa di media sosial berbanding memanfaatkan waktu untuk mengulangkaji ...

'Apsal banyak komen pervert?' - Biadab! Video Bella Hadid makan nasi lemak dicemari komen lucah

Okay, Roti Kaya muat naik video model Amerika, Bella Hadid atau nama sebenar Isabella Khair Hadid, 22, sedang makan nasi lemak di Instagram, dua hari lalu, mendapat banyak reaksi netizen.  "Sedap nampak Bella Hadid makan nasi lemak," kapsyen video tersebut.  Bagaimanapun, di ruangan komen dipenuh dengan komen-komen berunsur lucah dari golongan lelaki, tidak kurang juga dari golongan wanita.  Komen-komen seperti itu membuatkan netizen lain berasa jijik dan meloyakan.  "Semua dok komen pasal nasi lemak dia. Dah macam tak ada adab. Hmm.." - @xirns "Reading all the comments from these kind of men makes me embarrassed and disgusted at the same time. Y'all men really had no shame anymore. "Bila kata trash, kang marah. Tapi itulah, dah kenyataan. Malu dengan perangai lelaki Melayu ni," - @uniqxnv "Lelaki Melayu boleh tak stop tunjuk perangai jijik pervert itu?" - @salmahfox.  Tidak kurang juga, netizen mempertikaikan ap...

(Video) Isteri maut dilempar bom ikan oleh suami yang enggan bercerai

Polis menahan seorang lelaki berusia 40 tahun yang didakwa membunuh isterinya dengan menggunakan bom ikan, lapor Tribun News .  Mohammad Ibnu, 40, ditahan di rumah saudaranya di Kampung Ngempit, Pekan Kraton, Pasuruan, Indonesia, semalam.  Ketua Polis Pasuruan, AKBP Rizal Martomo berkata, suspek didakwa dengan nekad melempar bom ikan ke arah isterinya kerana tidak mahu bercerai.  Difahamkan, pasangan itu sudah tidak tinggal bersama dan mangsa mahu mereka bercerai. Tetapi, lelak iitu tidak dapat menerimanya lalu nekad melempar bom ikan pada mangsa.  "Motif awal kejadian adalah suspek marah kerana mangsa mahu bercerai dengannya. Tidak dapat menerima hakikat itu, suspek melempar bom ikan ke wajah mangsa, yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas habis berkerja," katanya.  Akibat dari kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah kepala dan maut di tempat kejadian.  Suspek juga mengalami kecederaan di muka dan tangan akibat terkena serpihan...

Isteri maut dicekik suami kerana tolak ajakan 'bersama'

Berang permintaannya untuk mengadakan hubungan intim ditolak, lelaki berusia 38 tahun tergamak mencekik isterinya yang berusia 37 tahun sehingga mati.  Suspek, M Januri, mengaku berbuat demikian kerana isterinya, Sulasmini, menolak ajakannya untuk melakukan hubungan seks dalam kejadian Isnin lalu, di Blora, Indonesia. Suspek berkata, selepas mencekik isterinya sehingga mati di katil kelamin mereka, dia tidak melarikan diri, malah tidur di sebelah mayat isterinya.  "Selepas membunuh, suspek tidur di sebelah mayat isterinya. Bila tiba waktu subuh, suspek bangun dan mengerjakan solat subuh sebelum pergi ke sawah," kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Blora, AKP Heri Dwi Utomo.  Menurut Heri, di waktu tengah hari, Heri sempat pulang ke rumah dan di saat itu, ibu mangsa, Sarmini, 55, telah menemui mayat anaknya dalam keadaan tidak bernyawa.  "Ketika itu, ibunya menyangka Sulasmini mati akibat dipatuk ular berikutan ada kesan luka di bahagian leher, ditambah pula d...

Bayi 9 bulan dicabul dan dibunuh lelaki berhalusinasi

Seorang lelaki berusia 37 tahun ditahan polis kerana didakwa mencabul dan membunuh bayi berusia sembilan bulan, lapor Tribun News .  Kejadian itu berlaku di Pekan Kota Baru, Bandar Ende, Nusa Tenggara Timur, Indonesia, di mana perbuatan suspek terbongkar berdasarkan seluar dalam yang digunakannya untuk menutup badan mangsa.  "Ketika melihat seluar dalam yang menutupi mayat mangsa, penduduk berkata seluar dalam itu selalu dipakai oleh suspek dan mereka meminta polis menyoal siasat lelaki terbabit dan ternyata suspek mengakui melakukan jenayah itu," kata Pegawai Penyiasat Ende Iptu Sujud Alif.  Menurutnya, suspek nekad mencabul dan membunuh mangsa kerana mengalami halusinasi di mana suspek menyangka bayi itu adalah teman wanitanya bernama Lenta, 30.  Sebelum kejadian itu, suspek yang dalam keadaan berhalusinasi pergi ke rumah mangsa dan membawa bayi itu keluar dan di saat itulah suspek melakukan pencabulan terhadap bayi terbabit.  Iptu juga dimaklumka...

'Kalau genius sangat, daftar saja SPM' - Netizen tegur Adi Putra

Baru-baru ini, media melaporkan remaja genius dalam subjek matematik, Adi Putra Abdul Ghani, meluahkan rasa kecewanya dengan sistem pendidikan di negara ini.  Dalam kenyataannya itu, Adi mengakui modul pendidikan yang diikutinya suatu ketika dahulu disifatkan sebagai gagal melonjakkan dirinya dalam pembelajaran seperti yang dicita-citakannya.  Bagaimanapun, netizen pula mempunyai pandangan berbeza mengenai isu yang melibatkan pelajar genius ini.  "Adi Putra ini sekadar tahu teknik pemudah cara untuk jawab matematik saja, bukan ada penemuan baru. Itu pun ego tak nak ambil SPM bagai.  "Kalau genius sangat, daftar saja SPM, tak perlu masuk kelas pergi sekolah bagai. Ambil peperiksaan saja. Janganlah dah gagal, salahkan sistem," demikian tulis Zamir Mohyedin di Twitternya.  "Einstein pun tak suka dengan sistem pendidikan di sekolahnya dulu. Tapi dia tetap habiskan pendidikan formal sebab dia tahu dia tak boleh pergi jauh sebagai ahli fizik kalau tiada pe...

'Mahal ni tuan. Minta maaf, saya betul tak perasan' - Pemandu teksi cuak terlanggar kereta mahal, namun lelaki ini....

Bila berlaku kemalangan tak kira besar atau kecil, jarang benar kedua-dua pihak mahu mengambil pendekatan menyelesaikan masalah itu dengan cara baik. Seperti lelaki ini, beliau redha dan tidak beremosi apabila berdepan dengan situasi itu. Malah, berfikir secara positif meskipun apa yang berlaku bukan berpunca daripadanya.  Inilah salah satu contoh yang baik untuk kita jadikan sebagai teladan agar sentiasa mengambil sikap bertenang dan mengambil berat antara satu sama lain biarpun tidak mengenali seseorang itu. Jika ramai yang mengamalkan sikap sebegini, pastinya banyak perkara buruk dapat dielakkan.  UNCLE ini keluar dari kereta dan berlari anak sambil tangan sebelah menutup kepala yang akan demam kalau lama-lama menadah hujan. Aku perasan uncle ini berlari anak sambil kaki berdengkot.  Dengan gentle dia berkata, "I'm so sorry, I am really sorry sir!"  Kasihan, insan yang semakin dimamah usia terpaksa meminta maaf pada orang yang berpuluh tahun muda dari...

'Kalau itu menggembirakan mereka, biarkanlah' - Uncle Dey

Baru-baru ini viral di media sosial video seorang lelaki dengan mimik mukanya marah tetapi melucukan, menghiburkan netizen.  Bagaimanapun, ahli perniagaan, S Kanagarajah, yang berada di lokasi rusuhan kuil Sri Maha Mariamman, berkata, dia tidak sengaja membuat mimik muka seperti itu.  "Kalau itu menggembirakan mereka, biarkanlah.  "Saya bukan sengaja, kalau awak tengok kawan awak muka kena potong keluar darah, kita tolong mereka pada masa itu," katanya.  Beliau menyifatkan, tindakan netizen meniru gayanya adalah melucukan.  Sehingga ke waktu ini, video tersebut masih tular di media sosial termasuk WhatsApp. Malah ada individu yang rajin mencantumkan video ahli perniagaan itu dengan babak Director Ahmad Nisfu dalam babak screen test P. Ramli. Sumber: Sinar Harian

'Pihak pemaju telah dapat perintah mahkamah untuk ambil alih pemilikan tanah sejak 2014' - Menteri KDN jelas kronologi penuh kejadian

Berikut ucapan penuh Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin berhubung insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield, USJ, Selangor kepada Dewan Rakyat. Tuan Yang Di-Pertua, 1. Saya ingin memberi penerangan kepada Dewan Yang Mulia ini tentang satu isu penting yang menarik perhatian rakyat pada masa ini, iaitu insiden pergaduhan dan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Siefield, Subang Jaya, Selangor pada 26 dan 27 November 2018.Terlebih dahulu saya ingin menjelaskan kronologi insiden ini. KRONOLOGI INSIDEN 2. Pada 26 November 2018 sekitar jam 2.40 pagi, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya telah menerima panggilan daripada orang awam mengenai insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield. Sejurus selepas menerima laporan, Ketua Polis Daerah Subang Jaya telah mengarahkan semua unit yang berada di lapangan menuju ke tempat kejadian. 3. Pada jam 2.50 pagi, 4 buah MPV polis tiba di tempat kejadian tetapi telah dihalang masuk oleh sekumpulan lelaki India. C...

Lelaki rogol wanita selepas ugut dengan 3 ekor ular berbisa, mati dipatuk

Seorang lelaki ditemui mati di bilik sebuah hotel selepas mangsa membuat laporan polis dan mendakwa lelaki itu telah merogolnya, lapor Miaopai . Dalam kejadian 22 November di bandar Jiangxi, Fuzhou, China, mangsa membuat laporan polis dan memaklumkan suspek membawa tiga ekor ular berbisa ke biliknya. Mangsa mendakwa suspek mahu membuat hubungan seks dengan dia dan jika permintaannya ditolak, suspek akan membiarkan salah seekor ular itu mematuk mangsa.  Oleh kerana tiada pilihan lain, mangsa terpaksa menuruti permintaan suspek.  Selepas itu, suspek pergi ke bilik air dan bermain dengan haiwan reptilianya itu sebelum tiba-tiba menjerit meminta mangsa keluar dari bilik kerana dia telah dipatuk oleh salah seekor ularnya.  Suspek bagaimanapun meminta mangsa tidak menghubungi polis atau paramedik. Mangsa segera keluar dari bilik hotel dan menaiki teksi terus ke balai polis untuk membuat laporan berhubung kejadian rogol itu.  Apabila polis tiba di tempat kejad...

'Depan mata aku ayah dating dengan perempuan lain, sejak dari itu hidup aku berubah 360'

Setiap anak pastinya mengharapkan keluarganya sempurna tanpa adanya gangguan dari orang ketiga. Anak mana yang mahu melihat ibu bapanya bercerai, namun adakalanya perihal orang dewasa kita tidak dapat halang dan sebagai anak hanya terpaksa akur. Akur, tetapi ketiadaan ibu atau ayah itu terasa. Apatah lagi jika anak itu masih, tidak memahami apa-apa, mencari-cari di mana ibu atau ayahnya.  Kisah benar dari followers Kisah Rumah Tangga. Baca, hadam dan ambil pengajarannya. Jangan kerana orang ketiga, keluarga ditinggalkan. Kasihankan isteri dan anak-anak yang memerlukan kasih sayang seorang suami dan bapa.   ASSALAMUALAIKUM . Di sini, aku namakan diri aku sebagai Lily. Penceritaan aku kali ni adalah mengenai kehidupan aku di mana teman-teman boleh jadikan pengajaran. Aku berumur awal 30-an, telah berkahwin dan telah bekerja di salah satu IPT di Malaysia. Aku mulakan penceritaan aku sejak aku dari kecil. Penghujung tahun 90an Aku masih bersekolah rendah. Keluarga a...

'Company tak kisah pun, dia kisah masa kita berguna saja'

"No matter how good you are, you can always be replaced" kata-kata yang selalu diungkap pada mereka yang sudah memasuki alam pekerjaan, namun dapatkah anda menilai tindakan majikan anda dengan kata-kata seperti itu?  Bagi yang pernah terkena, pasti akan setuju dengan perkongsian Amirul Aslam di bawah ini. Kerjalah dengan kuat dan rajin, memang akan dipandang oleh pihak syarikat atau majikan. Sebaliknya pula berlaku apabila anda sudah menjadi liabiliti kepada syarikat, bermacam-macam cara yang mereka akan lakukan untuk 'mengusir' anda.  MASA dinner tadi aku baru sembang dengan member aku dan kongsikan kenapa jangan kerja terlampau kuat untuk company kau.  Tiba-tiba ternampak story kawan aku ini. So, aku rasa boleh kot aku kongsi juga dengan korang buah fikiran aku.  Aku terfikir benda ni bila aku terlibat dalam kemalangan semasa menjadi penghantar pizza dulu. Selepas peristiwa itu, aku terfikir yang syarikat kita ini sebenarnya tak kisah pun tentang kita....

(Video) 'Terima kasih Google Malaysia kerana bagi Aliff Syukri duit RM53,000!'

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri hari ini meluahkan rasa gembiranya kerana mendapat bayaran sebanyak RM53,000 dari Google Malaysia.  "Terima kasih Google Malaysia kerana bagi Aliff Syukri duit. Kerana Aliff Syukri sering dikecam, dikutuk..." katanya. "Datuk, yang kecam Datuk dapat apa? Nan hado," kata kakitangannya. "Dapat dosa," sampuk rakannya lagi.  Difahamkan, pendapatan itu diperolehi dari laman YouTube dan blog beliau bagi tempoh dua bulan, hasil penjanaan dari pengiklanan bersama syarikat tersebut.  Menurut Aliff, dia amat berterima kasih di atas rezeki yang tidak dijangkakan itu, malah rezeki itu turut dikongsikan bersama isteri, bibik dan kakitangan syarikatnya.  "Kecamlah lagi, kecamlah lagi ye," kata salah seorang kakitangan beliau.  "Bagi orang yang kecam Datuk itu memang rugi," kata seorang lagi kakitangan Aliff yang merupakan individu di sebalik tadbir saluran YouTube TV Terlajak Laris.  Seme...

Dipenjara 20 tahun,12 sebatan, pembunuh Zara rayu diringankan hukuman kerana perlu menyara keluarga, isteri dan 3 orang anak

Mahkamah Sesyen Kajang hari ini menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 12 sebatan terhadap tukang gunting yang mendera bayi berusia 11 tahun yang diasuh oleh isterinya, sehingga mati, lapor Harian Metro .  Hakim Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan enam sebatan bagi setiap pertuduhan terhadap Hazmi Majid, 36, yang mengaku bersalah dan mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 13 November lalu.  Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa memasukkan jari ke dalam kemaluan dan dubur bayi terbabit di sebuah rumah di Apartmen Sri Cempaka, Jalan 6/3, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi antara jam 10.30 pagi dan 1.30 petang pada 7 November lalu. Bagi kedua-dua pertuduhan, Hazmi didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.  Hazmi yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu agar mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan pe...

Rogol cucu saudara, buruh rayu mahkamah ringankan hukuman

Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun dan 10 sebatan terhadap seorang buruh atas kesalahan merogol cucu saudaranya sendiri minggu lalu, lapor Astro Awani .  Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah di atas pertuduhan itu.  Berdasarkan pertuduhan, buruh berusia 45 tahun itu merogol mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun pada jam 5 hingga 5.30 petang 18 November lalu di sebuah rumah di Kampung Larak Pendek, Kota Bharu. Tertuduh telah masuk ke bilik dan merogol mangsa yang sedang tidur sambil menutup mulut mangsa dengan tangan agar dia tidak dapat menjerit.  Pada keesokan harinya, tertuduh sekali lagi cuba merogol mangsa. Tetapi gagal berbuat demikian karana bapa saudara mangsa pulang ke rumah.  Mangsa kemudian menghubungi pihak polis dan dia dibawa ke Balai Polis Nilam Puri untuk membuat laporan berhubung kejadian itu.  Tertuduh didakwa melakukan kesalahan...

'Saya bakar buku Add Math sebab...'

Susulan viral tweet gambar seorang pelajar membakar buku subjek matematik tambahan dikecam netizen, pelajar terbabit tampil memohon maaf dan memberi penjelasan mengapa dia berbuat demikian.  Terdahulu, pelajar terbabit menggunakan nama Afnaan Althaf kini telah menukar namanya kepada Dato Ponan dengan gambar profil anjing menggonggong sekuntum bunga merah.  "Saya minta maaf kepada semua. Saya dah tanya junior-junior saya, diorang tak nak pun buku itu atas alasan diorang nak buku past year yang latest dan ada SPM 2018. Lagipun dah guna buku itu dan diorang nak buku latest. Bukan tak nak bagi kat junior dan adik-adik/  "Saya bakar dengan niat tak nak buku itu terbiar terbuang di lantai sebab banyak saya tengok buku-buku lain terbiar atas lantai saja.  "Lagipun saya bakar dan saya tanam dengan niat tak adalah orang terpijak dan biarkan buku hanya dikak orang lain.  "Akhir kata, rezeki orang lain-lain, tak semua mampu jawab sesuatu itu, kita manusia. Saya...

'Nampak logo Tiger Platoon pada bahu, you pergi main jauh-jauh sebab 'harimau' dah bangun'

Kejadian rusuhan yang berlaku baru-baru ini menimbulkan pelbagai reaksi orang awam. Namun pihak berkuasa meminta orang ramai bertenang dan tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan.  Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataan akhbarnya semalam menegaskan, kejadian rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, Seafield pada 26 November lalu bukan rusuhan kaum. Sebaliknya mempunyai unsur jenayah sehingga mendatangkan kecederaan terhadap anggota polis dan bomba.  Difahamkan, 21 individu telah ditahan dan dalang kejadian itu juga telah dikenalpasti. Perdana Menteri juga berkata, dalang kejadian itu akan dikenakan tindakan tegas.  Sementara itu di Twitter, netizen berkongsi gambar dua anggota unit elite Polis Diraja Malaysia, iaitu Tiger Platoon, yang ditempatkan di lokasi kejadian rusuhan yang menunjukkan pihak berkuasa memandang serius dengan isu tersebut.  "Time-time macam ni, sabar kena lebih. Jangan ikut perasaan. Riot head b...

'Kau yang tak pandai, nak salahkan buku?' - Netizen selar pelajar SPM bakar buku Add Math

"Baru belajar sikit ilmu, tapi adab dah tak ada. Rugi," demikian kata netizen mengenai tindakan seorang pelajar SPM yang membakar buku subjek 'Add Math'.  Pengguna Twitter, Afnaan Althaf, memuat naik gambar buku addmath dibakar dipercayai dilakukan di kawasan sekolah. Tindakan kurang cerdiknya itu menimbulkan banyak reaksi netizen, namun Afnaan enggan mengendahkan semua itu dan membiarkan gambar itu terus berada di Twitternya.  Dear addmath let me express in term my frustration #SPM2018 pic.twitter.com/LEYUhxmHNt — Afnaan Althaf (@AfnaanAlthaf) November 27, 2018 "Dik, abang dulu pun benci juga dengan Add Math. Tengok cikgu buat, macam senang. Bila kita nak buat, haram.  "Masa SPM, abang cuma jawab tak sampai 5% soalan. Selebihnya abang tidur. Tapi tak adalah sampai bakar buku itu. So, biarlah bodoh tak dapat jawab soalan, janga bodoh buat benda begini," - @WadieAzman.  "Anak-anak orang miskin sanggup cari di longgokan sampah sar...