Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2018

Mata dan mulut bengkak bernanah digigit semut charlie

Gara-gara digigit semut charlie ketika tidur, bayi berusia 11 bulan mengalami bengkak di bahagian muka.  Dalam kejadian pada minggu lalu di rumahnya di Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan, gigitan semut itu menyebabkan mulut mangsa, Muhammad Iffat Iskandar Mohd Babudin, bernanah. Keadaan itu menyebabkan dia sukar untuk minum susu selama beberapa hari.  Menurut ibunya, Koperal Nurul Nazirah Zainol berkata, anaknya dipercayai digigit semut charlie pada jam 12 tengah malam Ahad lalu ketika tidur.  "Kami menyedari dia digigit semua charlie kira-kira jam 3 pagi selepas dia mula merasa gatal-gatal menyebabkannya tidak selesa. Kami membawanya ke Hospital Pekan dan menerima rawatan biasa.  "Pada mulanya keadaannya agak membimbangkan, mulutnya bengkak dan bernanah menyebabkannya susah hendak minum susu. Namun sekarang keadaannya bertambah baik. Bahagian bengkak sudah mulai kering," katanya.  Turut menerima nasib yang sama adalah anak jir...

Kes buli jalan raya, tertuduh didenda RM1,500 sahaja

Lelaki yang menyerang dan merosakkan sebuah kereta yang didakwa menghalang laluannya baru-baru ini didakwa di mahkamah dan dikenakan denda RM1,500.  Ketika dibawa ke mahkamah, tertuduh tersenyum dan tidak segan menunjukkan wajahnya kepada kamera pihak media.  Menurut laporan Sinchew, juruteknik berusia 30 tahun berasal dari Kedah itu mengaku bersalah dan menyesal dengan tindakannya.  Terdahulu, tertuduh didakwa menyerang pasangan suami isteri yang menaiki kereta Toyota Camry. Tertuduh ketika itu menendang cermin sisi kereta mangsa sehingga rosak dan merampas telefon bimbit pasangan berkenaan.  Bagaimanapun, kejadian itu berjaya dileraikan orang awam dan tertuduh memulangkan telefon bimbit mangsa.  Mangsa kemudian membuat laporan polis dan bertindak atas laporan itu, polis telah menahan lelaki terbabit.  Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana merosakkan harta.  Peguamnya menegaskan, anak guamnya itu telah berkahwin ...

(Video) 'Aduhai, tandas kan ada..'

Viral di media sosial video sepasang suami isteri membantu anak kecilnya kencing dalam botol, menimbulkan rasa jijik para pengunjung mahupun netizen di media sosial.  Video yang dimuat naik oleh Simrath  pada 26 September lalu dilaporkan berlaku di sebuah restoran yang terletak di Setia Alam.  "Why are parents these days so dumb?!?! Like, you could've just taken your son to the rest room to potty, but instead you showed everyone a little boy taking a piss into a bottle while they were eating.  Why are parents these days so dumb?!?! Like, you could've just taken your son to the rest room to potty, but instead you showed everyone a little boy taking a piss into a bottle while they were EATING. pic.twitter.com/nlP3qZFCq8 — Simrath (@simrath98) September 26, 2018 Berdasarkan video lima saat itu, si bapa membantu mengangkat baju anaknya, sementara si ibu pula menyuakan kemaluan anaknya ke dalam botol.  Ketika kejadian itu berlaku, terdapat ramai pela...

'Dalam 2 minit, dia lepaskan duit kita dalam akaun bank' - Scammer ceroboh akaun bank orang awam

Jenayah yang dilakukan bukan melibatkan jumlah wang yang sedikit, tetapi mereka mampu melesapkan wang individu dengan hanya menggunakan taktik-taktik tertentu. Kebiasaannya mangsa mendapat panggilan telefon dari scammer yang menyamar sebagai pegawai bank, polis atau individu tertentu supaya dapat mempengaruhi mangsa memberikan maklumat. Seorang wanita menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan panggilan yang tidak dikenali dan mencurigakan. Dia dan suaminya sudah terkena dengan permainan scammer. Hanya panggilan selama dua minit, scammer tersebut sudah mampu menarik sejumlah wang di dalam akaun mereka tanpa memberikan apa-apa maklumat tentang bank. SCAMMER : PLEASE BEWARE ESPECIALLY  FOR THOSE CIMB ACC HOLDERS WAWA antara salah seorang mangsa scammer dua hari lepas, macam tak percaya terjadi dekat i dengan hubby, sebab hubby wa jenis yang sangat teliti dan bukan kata nak puji  atau riak tapi dia ada banyak jugak knowledge especially tentang IT. Tapi still boleh...

Penjawat Awam Putrajaya disamun dan kereta dilarikan suspek

Penjawat awam wanita disamun lelaki bersenjatakan pisau di tempat letak kereta di Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Larai, Presint 6, Putrajaya, malam tadi.  Dalam kejadian jam 10.37 malam itu, mangsa berusia 37 tahun yang mahu menaiki lif ke rumahnya, diacu dengan pisau oleh suspek memakai topi berwarna gelap, berbaju T kelabu gelap dengan ketinggian kira-kira 180 sentimeter serta berkulit gelap.  Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, kejadian itu disedari orang awam lalu mengejar suspek yang turut melarikan kereta Nissan Almera milik mangsa, selain melarikan beg tangannya.  "Bagaimanapun, kereta dipandu suspek hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di Persiaran Timur menghala ke Kajang-Puchong.  "Suspek berjaya melarikan diri ke dalam hutan berhampiran. Kami masih giat mengesan suspek," katanya.  Khidmat Unit K9 Sepang juga digunakan tetapi suspek masih gagal dikesan. Namun, hasil pemeriksaan angg...

Dua remaja perempuan dirogol 9 suspek secara bergilir-gilir

Dua remaja perempuan termasuk seorang pelajar sekolah berusia 13 tahun dirogol secara bergilir-gilir oleh sembilan remaja lelaki berusia 15 hingga 17 tahun dalam tiga kejadian di Taiping, baru-baru ini.  Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, sembilan suspek terbabit telah ditahan selepas salah seorang mangsa tampil membuat laporan polis, semalam.  "Bertindak atas laporan dibuat pelajar itu, seramai sembilan suspek berusia antara 15 tahun hingga 17 tahun ditahan sehingga pagi tadi bagi membantu siasatan.  "Kami kini mengesan dua lagi suspek dikenali sebagai Hadi dan Boya, yang dikatakan turut terbabit dalam kes rogol itu," katanya.  Berdasarkan laporan mangsa, kes pertama berlaku pada jam 11 pagi pada 18 September lalu apabila mangsa dan rakannya pergi ke Taman Tasik Taiping sebelum mereka dibawa ke rumah seorang lelaki yang dikenali sebagai Deng, di Kampung Kurnia Jaya, Kamunting.  Sebaik saja tiba di rumah Deng, kedua-...

(Video) Bengang dihon, lelaki pecahkan cermin dan rempuh pintu kereta

Seorang wanita berusia 44 tahun berdepan dengan detik cemas apabila dia diserang oleh pemandu Perodua Viva tanpa diketahui apa motif lelaki terbabit.  Lapor Sinchew , kejadian itu berlaku pada jam 10 pagi Rabu ketika mangsa sedang memandu bersendirian sebelum terserempak dengan kereta suspek.  Menurut mangsa, suspek secara tiba-tiba memecut dan memotongnya secara berbahaya di hadapan menyebabkan mangsa terkejut lalu membunyikan hon terhadap suspek.  Berang dengan bunyi hon itu, suspek dengan sengaja menghalang laluan mangsa dari meneruskan perjalanan. Suspek juga memberhentikan keretanya dan memukul cermin depan kereta mangsa dan kembali ke keretanya untuk meneruskan perjalanan.  Mangsa yang terkejut melihat kejadian itu bertindak mengejar suspek dan terus membunyikan hon bertalu-talu agar suspek memberhentikan keretanya. Malangnya, suspek enggan melayani kemahuan mangsa. Apabila tiba di persimpangan lampu isyarat, suspek berhenti dan keluar dari kere...

'Aku panggil sek jate rogol mu ramai-ramai'

Seorang peniaga pakaian online dijatuhkan hukuman denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini kerana mengugut memanggil lelaki merogol seorang wanita yang disyaki menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya, bulan lalu.  Nur Eznie Syarmimy Ab Aziz, 25, mengaku bersalah selepas Majistret Kamarul Hasyime Rosli membaca pertuduhan itu dan memerinta tertuduh dipenjara selama empat bulan jika gagal melunaskan denda tersebut.  Berdasarkan pertuduhan, Nur Eznie didakwa mengugut Nuraziera Awang, 20, dengan kata-kata ancaman akan memanggil lelaki untuk merogolnya dan meletakkan dadah agar dia ditangkap polis.  "Kalau mu tok sey (tidak mahu) bagi buka baju, aku panggil sek jate (kumpulan lelaki) bawah mari atas rogol mu ramai-ramai. Jika mu lawan, aku akan boh (letak) dadah dalam bilik ni, lepas tu panggil polis bagi mu kena tangkap" . Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik hotel di Jalan Dusun Muda, Kota Bharu, pada jam 7 malam hingga 8.45 ...

Ibu tunggal cuba melacurkan diri dipenjara 6 bulan, 6 sebatan

Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama enam bulan dan enam sebatan terhadap seorang ibu tunggal selepas dia mengaku bersalah di atas pertuduhan cuba melacurkan diri, lapor Harian Metro .  Hakim Tinggi Syarie, Rosdi Harun, menetapkan hukuman sebatan syariah itu dilaksanakan di Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan. Bagaimanapun, beliau memerintah hukuman itu dilaksanakan selepas tempoh 14 hari sekiranya tertuduh tidak mengemukakan rayuan.  Ketika hukuman dijatuhkan, tertuduh hanya tunduk sahaja.  Dalam pada itu, Rosdi juga menyatakan kekecewaannya terhadap sikap ibu tunggal berusia 30 tahun itu yang langsung tidak menunjukkan sebarang tanda keinsafan sepanjang prosiding dijalankan.  Berdasarkan pertuduhan, ibu kepada seorang anak perempuan berusia 7 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 kerana perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan diri.  Tertud...

Bayi baru lahir ditemui dalam beg PUGB, nyaris dibuang ke dalam lori sampah

Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dibuang oleh ibunya dalam beg plastik, telah diselamatkan selepas pekerja pengutip sampah mendengar suara tangisannya ketika lelaki itu hampir saja membuang plastik tersebut ke dalam lori sampah.  Klip video yang dirakam orang awam menunjukkan, bayi itu berada dalam beg yang digantung pada pagar di Bandar Lapu-Lapu, Filipina.  Ramai orang awam yang berkumpul melihat bayi itu yang perlahan-lahan membuka matanya dan meletakkan jarinya ke dalam mulut. Salah seorang individu kemudian mengipasnya untuk memberi keselesaan. Ambulans tiba di tempat kejadian pada jam 10 pagi, Isnin, sebelum membawa bayi itu ke Hospital Daerah Lapu-Lapu.  Turut ditemui dalam beg itu adalah pakaian seragam pelajar perempuan sekolah menengah dan seluar dalam yang berlumuran darah. Pakaian seragam itu dipercayai milik seorang pelajar sekolah berusia 12 atau 16 tahun.  "Pada awalnya kami tak tahu sama ada bayi itu masih hidup atau mati. ...

'Dia tunjuk punai dia kat anak saya' - Ibu cemas, anak-anaknya diganggu lelaki pedo

Alangkah terkejutnya seorang wanita apabila dia dimaklumkan oleh anak-anaknya mereka diganggu oleh seorang lelaki gila yang secara tiba-tiba menunjukkan kemaluannya.  Menurut Affida Anggun Sedi , kejadian itu berlaku di Giant Putra Permai Seri Kembangan, berhampiran Pasar Borong Selangor pada Ahad lalu.  Beliau sempat mengadu perkara itu kepada pihak pasar raya, namun suspek telah melarikan diri.  "Selalu dengar dan baca saja pasal pedophile. Hari ini terjumpa seekor di Giant Putra Permai Seri Kembangan, sebelah Pasar Borong Selangor.  "Dia tunjuk punai dia kat anak lelaki saya berumur 12 tahun dan anak dara dan seorang lagi kawan anak perempuan berumur 16 tahun. "Mula-mula bila anak beritahu saya macam ni, "Mummy, kitorang jumpa orang gila". Saya terus marah dan sound balik. "Eh korang ni, orang gila mende? Tak elok cakap macam tu.".  "Kemudian anak lelaki saya darjah 6 terus cakap, "Bukan gila macam tu, ini gila lain! Dia tun...

'Bini aku serabai, tak pandai bergaya, badan gemuk' - Suami buntu, isterinya tak jaga penampilan diri

Luahan seorang suami yang tidak puas hati dengan sikap isterinya yang tidak pandai menjaga penampilan dirinya, menjadi bualan hangat netizen di media sosial.  Perkongsian individu yang tidak didedahkan identitinya itu berkata, dia kesal isterinya tidak pandai bergaya seperti isteri rakan-rakannya.  Selain itu, tanpa rasa segan, dia mendakwa isterinya tidak pandai berjimat cermat dan sering menghabiskan duit belanja yang diberikan setiap bulan. "Salam min. Macam mana nak buat kalau bini serabai, tak pandai bergaya? Isteri aku ni min, tak macam isteri kawan-kawan aku. Isteri kawan aku dok rumah pun pakai baju lawa. Make up segala bagai. "Isteri aku pula, pakai kain batik je kat rumah, kadang-kadang tak pakai bra. Kalau pakai pun, bra koyak rabak, reput-reput semua.  "Aku bukan tak nak bagi dia belanja. Ada juga dalam RM200 sebulan. Anak kami baru dua orang saja. Kalau aku bagi RM200, tak cukup nak belanja.  "Anak aku minum susu seorang saja, yang kecil...

'Boleh tak check out dan mintak refund?' - Anak ternampak benda tepi langsir, berdiri tegak tengok diorang

Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Selamat membaca. TERPANDANG SESUATU DI DALAM BILIK STOR Saya ada cerita menarik yang ingin dikongsi bersama. Saya pernah bekerja di beberapa buah hotel di Melaka. Salah satunya hotel budget di Banda Hilir Melaka.  Masa itu staff tak ramai sebab hotel itu pun ala-ala nak bankrap pun. Memang sebelum ini, ada staff saya yang rasa tak sedap hati tentang hotel itu tetapi kitorang buat tak tahu saja.  Sampailah satu malam itu, hanya ada seorang staff saja yang jaga. Night auditor, saya namakan dia sebagai 'A' sahaja.  Ada satu bilik ini request towel. Jadi, si A ini pun naiklah ke tingkat dua nak ambil towel di bilik stor. Semasa dia tolak pintu stor, dah rasa berdiri bulu roma. Lampu stor pula tak boleh dihidupkan, jadi dia sendal pintu tumpang cahaya dari korid...

'Aku nak disiplinkan dia' - Budak 3 tahun kelaparan diikat dan didera bapa

Hancur luluh hati seorang ibu apabila menemui anak lelakinya yang kelaparan diikat di balkoni rumah sewa bekas suaminya, pada 22 September lalu. di Taiwan. Mangsa yang berusia tiga tahun itu diikat menggunakan pengikat kabel (cabble tie) di lengan kedua-dua belah tangannya dan tidak memakai baju. Kesan calar juga jelas kelihatan jelas di badannya. Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum diserahkan kembali kepada ibunya.  Menurut ibu berkenaan, dia mengambil keputusan untuk datang melawat dan melihat keadaan anak lelakinya itu yang tinggal bersama dengan bapanya selepas anak perempuannya mengadu kerap bermimpi adik bongsunya selalu menangis. Selain itu, ibu mangsa juga bimbang dengan keadaan anaknya di dalam jagaan bekas suaminya, kerana kali terakhir dia merawat anaknya, terdapat kesan calar pada badan mangsa.  Lapor Taiwan News, pihak berkuasa sudah mula melakukan siasatan pada kes itu yang diklasifikasikan sebagai kes penderaan kanak...

Tiada lagi Dunkin' Donuts, hanya Dunkin' sahaja

Dunkin' Donuts pada Selasa lalu berkata, pihaknya mahu menjenamakan semula syarikat itu sebagai "Dunkin'", sebagai sebahagian dari perancangan baru Ketua Pengarah Eksekutif Dave Hoffman, untuk membawa minuman dan sarapan pagi dalam menu restoran tersebut.  Menurut kenyataan syarikat itu, Dunkin akan memberikan fokus pada hidangan kopi terbaik dan pantas, serta masih akan kekal menggunakan tema warna merah jambu, jingga dan font ikoniknya itu.  Buat masa ini, sudah ada beberapa buah restorannya yang menggunakan nama "Dunkin'" tanpa "Donut" dan penggunaan nama baharu itu akan digunakan semua cawangannya di seluruh dunia mulai Januari 2019.  Selain itu, Dunkin juga mahu menaiktaraf rekabentuk restorannya dengan menggunakan material berwarna yang lebih terang, lebih terbuka dan lebih banyak pencahayaan.  Dunkin juga mahu memberi pengalaman drive-thru yang lebih cepat di mana pelanggannya boleh memesan terlebih dahulu melalui aplikasi ...

260 senarai pemaju perumahan bermasalah

Sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah, orang ramai terutamanya mereka yang baru pertama kali mahu membeli rumah dinasihatkan untuk memeriksa latar belakang pemaju perumahan. Ini bagi mengelakkan anda ditipu atau menanggung kerugian di kemudian hari.  Percayalah, di peringkat awal, ejen-ejen yang dilantik oleh pemaju akan menjanjikan bulan dan bintang agar anda tertarik dan akhirnya tersangkut. Jika pemajunya jujur dan mempunyai rekod cemerlang, anda bernasib baik.  Jika sebaliknya? Rumah yang sepatutnya siap pada tarikh yang ditetapkan, akan mengambil masa tambahan mungkin setahun ke atas atau langsung menjadi projek terbengkalai.  Oleh yang demikian, anda dinasihatkan memeriksa nama pemaju yang telah dimasukkan dalam senarai hitam pemaju perumahan yang bermasalah, yang disenaraikan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).