'Setiap malam dia buat macam tu' - Suami pening dengan perangai pelik isterinya, buat netizen terhibur
Baru empat bulan berkahwin, lelaki ini mengaku dia berasa amat bahagia dengan isterinya yang serba serbi pandai dalam menguruskan hal rumah tangga. Empat bulan pertama, segalanya indah seperti mana pasangan lain. Akan tetapi, di dalam keindahan itu terselit juga keperitan dan juga kengiluan. Mungkin bagi sesetengah orang tidak percaya hal seperti ini boleh berlaku. Tetapi bagi lelaki ini, dia terpaksa bertahan kerana tidak mahu isterinya menangis. ASSALAMUALAIKUM admin. Aku sangat-sangat memerlukan bantuan skuad makcik-makcik bawang dalam ini. Aku tak ada masalah rumah tangga. Cuma bini aku ni, aku tak tahulah nak cakap macam mana. Umur aku 27 dan bini aku 23 tahun. Kami baru berkahwin empat bulan. Alhamdulillah aku dapat perempuan yang bukan sahaja comel bambam, tapi manja, lembut, sopan, pandai memasak dan kelakar. Tetapi satu perangai pelik bini aku yang membuatkan aku pening kepala nak hadap setiap hari. Bila nak tidur malam, bini aku ada perangai ...